KEK PISANG

Monday, August 25, 2014

CREAM PUFF COKLAT









CREAM PUFF COKLAT
sumber  :  QaseyHoney; thanks



Bahan-bahan :

   1  cawan   tepung gandum
   2  sudu besar   serbuk koko
   1  cawan   air
1/2  sudu kecil   garam
   1  sudu besar  gula
1/2  cawan   mentega tanpa garam
   4  biji   telur A/B


Cara Penyediaan :

1.   Ayak tepung dan serbuk koko.
2.   Panaskan bahan-bahan yang lain kecuali telur sehingga mentega cair.  Tutup api.
3.   Masukkan campuran tepung sekaligus dan kacau sehingga sebati.
4.   Masukkan telur satu demi satu sambil dipukul.  Pastikan adunan likat dan boleh dipaipkan.
5.   Masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle bintang dan paipkan di atas dulang pembakar yang telah di alas dengan kertas parchment/kertas minyak yang digris.
6.   Bakar selama 25 minit pada suhu 200'C.  Sejukkan.
7.   Potong cream puff di bahagian tengah, paipkan dengan inti kastad. (atau boleh juga dipaipkan dengan coklat ganache atau nutella).


Coklat Ganache :

100  ml   double cream/whipping cream
250  gm  coklat masakan - dicincang halus
    1  sudu besar  golden syrup
    1  sudu kecil  esen vanilla


Cara-cara :

     Double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat dan sedikit garam, kacau rata.  Bila semua sudah cair, angkat dan sejukkan.


Bahan Inti Kastad :  Majalah SAJI Nov. 2012 (Chef Kamarul)

500  ml   susu segar
    1  biji  telur
  25  gm  tepung kastad
  30  gm  tepung jagung
100  gm  gula kastor
    1  tsp  esen vanilla


Cara-cara :

     Campurkan dan gaul sebati telur, gula kastor, tepung kastad, tepung jagung dan esen vanilla.  Kemudian tuangkan susu yang telah dipanaskan sedikit dan masak sehingga likat.  Sejukkan.  Masukkan ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam creme puff.

BAKED MACARONI


 24/8/2014 (Ahad)  -  Tempahan Baked Macaroni dari Pn. Aznin (3 set) &
Pn. Norhayati dari Damansara (2 set), terima kasih..maaf jika ada kekurangan...





Saturday, August 23, 2014

APAM B. SOLO

 23/8/2014 (Sabtu) -  Tempahan Apam B Solo berintikan kacang merah (50 biji)
 & kelapa (50 biji) dari Pn. Jaja, terima kasih....


Thursday, August 21, 2014

LASAGNA DAGING










LASAGNA DAGING
buku 'Kompilasi Hidangan Berkeju' oleh Noraini Zakaria; sangat sedap!!!



Bahan-bahan :

6  keping   lasagna segera  (instant lasagna - brand 'San Remo')


Bahan Inti :

400  gm   daging kisar
200  gm   keju Mozzarella (untuk taburan)
    2  biji   tomato  (dipotong dadu)
 1/2  batang   lobak merah  (dipotong dadu)
    3  sudu besar   minyak masak/minyak zaitun  (untuk menumis)
 1/2  biji   bawang besar  -  dicincang
    1  ulas  bawang putih   -  dicincang
 1/2  cawan   pes tomato/tomato puri
 1/2  cawan   sos cili
 1/2  cawan   air
    3  helai   daun bay
Sedikit serbuk oregano
Garam & gula pasir secukup rasa


Bahan Sos Keju  : 

  60  gm   mentega
    3  sudu besar   tepung gandum
600  gm   susu segar kotak
100  gm   keju Mozzarella atau keju Cheddar
Garam & serbuk lada hitam seckup rasa


Cara membuat :

1.   INTI  :   Tumis bawang besar, bawang putih dan daun bay sehingga berbau wangi.  Masukkan lobak merah dan kacau hingga lembut.  Kemudian masukkan daging kisar, pes tomato dan sos cili.  Masak hingga daging empuk dan berubah warna.  Kemudian masukkan air.

2.   Masukkan tomato, garam, gula pasir dan serbuk oregano.  Biarkan mendidih perlahan-lahan selama 20 minit hingga kering airnya.  Angkat dari api dan sejukkan.

3.   SOS KEJU :   Panaskan mentega hingga cair.  Masukkan tepung gandum dan dikacau rata.  Perlahankan api dan tuangkan susu.  Kacau hingga adunan agak sedikit pekat lalu masukkan keju.

4.   Akhir sekali, masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.  Angkat dari api.


Cara menyusun lasagna :

1.   Sediakan baking tin atau aluminium foil berukuran 8" x 8".  Boleh juga menggunakan mangkuk tahan panas.  Sapukan minyak disekeliling baking tin tersebut.

2.   Susun lasagna dua keping.  Letakkan inti dan tuangkan sos keju di atasnya.  Taburkan keju Mozarella.

3.   Susun lasagna dua keping lagi.  Buatlah proses yang sama hingga 3 lapisan.  Di atas sekali taburkan keju Mozarella dan sedikit hirisan cili merah (jika suka).

4.   Panaskan ketuhar selama 15 minit pada suhu 180'C.  Bakar lasagna dengan api atas dan bawah selama 35-45 minit bergantung kepada kepanasan ketuhar sendiri.

5.   Keluarkan dari ketuhar dan hidangkan.


TIPS  :  lasagna segera hendaklah direbus ala dante anggaran 20 minit bersama dengan sedikit minyak & garam kemudian hendaklah ditoskan sebelum digunakan...

CHEDDAR CHEESECAKE









CHEDDAR CHEESECAKE
cookbook  :   'Baking Code' -  Alex Goh



Ingredients A :

130  gm   fresh milk
  40  gm   butter
125  gm   sliced cheddar cheese  (about 6-7 pieces)


Ingredients B :

  20  gm   plain flour
  15  gm   corn flour


Ingredients C :

   2  egg   yolk


Ingredients D :

    3  egg   whites
  80  gm    caster sugar
 1/8  tsp    cream of tartar


Method :

1.   Grease and line the sides and bottom of a 18cm/7 inch round baking tin with greaseproof paper.
2.   Cook ingredients A over double boiler until the cheese melts completely.
3.   Remove from the heat.  Add in ingredients B, mix until well blended.  Add in ingredients C, mix until well combined.
4.   Whip ingredients D until stiff and add it into the above mixture, mix until well incorporated in 3 batches.
5.   Pour it into the prepared baking tin.
6.   Bake at 150'C in water bath for 50 minutes or until done.
7.   Remove it from the baking tin immediately when baked, set aside to cool.
8.   Decorate with any pie filling :  blueberry pie filling etc.

Tuesday, August 19, 2014

COOKIES POD

 sebelum bakar
 selepas bakar


 dengan pelbagai inti -
inti peanut butter lagi sedap...





COOKIES POD
Chef asal :  Chef Dominique Ansel
sumber  :  FB Grup Resipi
c/p dari :   Citarasawan, thanks...sangat sedap...



Bahan-bahan :

380  gm   tepung gandum  (2 3/4  cawan)
    1  tsp   soda bikarbonat
 1/2  tsp   baking powder
  50  gm   serbuk walnut/hazelnut/almond  (I use hazelnut)
250  gm   mentega  (1  cawan)
220  gm   gula kastor  (1 1/4  cawan)
    1  biji   telur gred 'A'
    1  tsp   esen vanilla


Acuan muffin kecil  -  digris
Nutella, Peanut Butter or Blueberry Pie fillling secukupnya


Cara-cara :

1.   Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.  Kemudian satukan dengan serbuk hazelnut.

2.   Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang dan gebu.  Masukkan telur dan esen vanilla.  Putar rata.

3.   Masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.  Rehatkan doh selama 15 minit.

4.   Bulat-bulatkan doh sebesar ibu jari (15 gm), tekankan ke dalam acuan.

5.   Bakar pada suhu 170'C selama 10-15 minit.

6.   Keluarkan dari oven kemudian tekankan menggunakan penekan kayu untuk membuat lubang ditengahnya.  Buat ketika biskut masih panas, jangan tunggu sehingga biskut sejuk kerana ia akan retak dan susah ditekan.

7.   Bakar semula selama 5 minit atau sehingga kelihatan keperangan sedikit.

8.   Sejukkan biskut dahulu sebelum dipaipkan dengan filling pilihan ditengahnya.  Hiaskan mengikut citarasa.

(menghasilkan  :  66 pieces)

Finally arrived...


 Finally arrived from China - different types of Popsicles that I longed to buy..
bought from Ebay.com




Saturday, August 16, 2014

KEK COKLAT KUKUS









KEK COKLAT KUKUS
sumber dari :   K.Nor@SecubitGaram & Hanieliza, thanks...



Bahan A :

220  gm   tepung gandum
    1  tsp   baking powder
 1/2  tsp   baking soda bicarbonate
  50  gm   serbuk koko
180  gm   gula perang


Bahan B :

    2  biji   telur gred 'A'
    1  tsp   esen vanilla


Bahan C :

200  ml   susu cair atau susu segar
200  ml   minyak mazola atau minyak sayuran biasa
200  ml   air panas


Cara-cara :

1.   Gaulkan kesemua bahan A di dalam mangkuk supaya rata.
2.   Pukul bahan B di dalam bekas berasingan kemudian masukkan ke dalam mangkuk bahan A.  Kacau rata.
3.   Masukkan bahan C ke dalam adunan bahan A.  Kacau rata dan sebati.
4.   Panaskan kukusan dan lapikkan loyang 8" x 8" dengan kertas minyak.
5.   Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 1 jam dengan api sederhana.
6.   Bila dah masak hiaskan dengan krim coklat.


Chocolate Ganache :

300  gm     coklat masakan (potong kecil)
    1  tbsp   susu pekat
 1/2  cawan  susu cair
    2  tbsp   butter
 1/4  cawan   air panas


Cara-cara :

     Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler.  Masukkan coklat masakan dan kacau lagi hingga coklat cair.  Tutup api dan masukkan butter.  Kacau lagi hingga butter cair.  Curahkan 1/2 dari ganache ke atas kek yang masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.  Biarkan lebih kurang 15-30 minit supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
     Panaskan kembali lebihan ganache tadi (kaedah double boiler) dan masukkan air panas.  Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.  Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk. 

Nota/Tips :

1...memang agak banyak ganache yang dihasilkan sebab nak kena siram 2 kali atas kek untuk menghasilkan kek yang super moist.

2...bila menggunakan bekas kecil (dadih) masa kukus :  30-35 minit dengan api sederhana supaya kek tidak naik membumbung atau supaya kek tidak merekah. 

3...tutup bekas plastik dengan penutup bekas supaya air tidak menitik masuk ke dalam kek.

4...bila kek dah masak, bolehlah diteruskan dengan membuat ganache.

5...untuk bekas kecil :   isikan 1/2 di dalam bekas..

Puding yang mengecewakan....


Hari ni  pertama kali kak mencuba buat Puding Kasih Bertaut.  Cadang untuk dibawa sebagai buah tangan ke majlis pertunangan anak buah kak tapi bila cuba dikeluarkan dari acuan ianya pecah sedikit.  Sungguhlah sedih dan amat mengecewakan.  Jadi kak cuba pula buat untuk kali kedua tapi kali ni menggunakan resepi dan teknik lain.  Selalunya acuan dibasahkan tapi kali ni kak oleskan dengan sedikit mentega/marjerin...ternyata kali ni senang untuk mengeluarkan puding dari acuan.  Barulah terasa gembira dan hilang rasa kecewanya...hihihi..



 yang ni percubaan resipi kali kedua..dari buku..ayuh kita mencubanya...






RAINBOW BREAD PUDDING
cookbook :  The Magic of Agar-Agar



Ingredient (A) :  for decorating filling

    7  gm   agar-agar powder
100  gm   sugar
600  gm   water
Food colouring :  yellow, green & red


Method :

1.   Boil agar-agar, sugar and water in a pot.
2.   Divide the mixture into 3 parts, 1 portion yellow, 1 portion red and 1 portion green in 3 small bowls.
3.   Cut into long shapes when set or shaped into desired pattern/shapes..


Ingredient (B) :

    20  gm   agar-agar powder
  300  gm   sugar
  400  gm   thick coconut milk
1400  gm   water
      1  tsp    salt
      1  tsp    pandan paste
      2  blades   pandan leaves  (knotted)


Ingredient (C) :

    3  slices   white bread  (cut into small cubes) *
250  gm   evaporated milk *  (* soak)
    2  egg   yolks


Method :

1.   Place ingredient (B) in a pot, stir it until boiled.
2.   Add in ingredient (C) stir well and bring it to a boil.
3.   Add ingredient (A) into the mixture, stir well and pour it into the mould.  Leave to set.
4.   Chill in the refrigerator before taking out from the mould.

Note :  

1.   you can cut the bread in cubes or just blend it along with the milk and egg yolks before adding into the pot (no.2)..
2.   you can put the ingredient (A) into the mould first then slowly pour in the warm agar-agar mixture into it...

APAM B. SOLO


15/8/2014 (Jumaat) - Tempahan Apam B Solo dari Pn. Hayati sebanyak 200 biji
berintikan kacang merah & kelapa, terima kasih...



Thursday, August 14, 2014

MANGO STRAWBERRY LASSI








MANGO STRAWBERRY SMOOTHIE
Oleh  :  zaralovebaking



Bahan-bahan :

  1  biji   mangga masak ranum (anggaran 300 gm)
10  biji   buah strawberry (cuci bersih & potong kecil)
90  gm   plain Greek yogurt
  1  cawan   susu segar perisa Strawberry
  1  biji   pisang montel (dipotong-potong)
Gula jika perlu
Sedikit perahan lemon/lime
Sedikit air jika perlu
Sedikit air batu - dihancurkan


Cara Penyediaan :

     Kisarkan mangga, buah strawberry, pisang, yogurt, air batu yang telah dihancurkan bersama susu segar.  Masukkan gula jika perlu.  Perahkan lemon/lime dan kisarkan sehingga smoothie hancur dan licin.  Tambahkan sedikit air jika smoothie terlalu pekat.  Sejukkan dahulu sebelum dinikmati.

ZUCCHINI BROWNIES

 sebelum letak toping

 selepas letak toping






ZUCCHINI BROWNIES
source from :  Marian/allrecipes.com - mpist & delicious



Ingredients :


   1/2  cup    vegetable oil
1 1/2  cups   white sugar 
      2  tsp      vanilla extract
      2  cups    all-purpose flour
   1/2  cup      unsweetened cocoa powder
1 1/2  tsp       baking soda
      1  tsp       salt
      2  cups    shredded zucchini
   1/2  cup      toasted chopped walnuts


Frosting :

     6  tbsp    unsweetened cocoa powder
  1/4  cup     margarine
     2  cups   icing sugar
  1/4  cup    fresh milk
  1/2  tsp     vanilla extract


Method :

1.   Preheat oven to 175'C.  Grease and flour a 9 x 13 inch baking pan.  Set aside.

2.   In a large bowl, mix together the oil, sugar and vanilla extract until well blended.  Meanwhile, combine the flour, cocoa powder, baking soda and salt; stir into the sugar mixture.  Fold in the shredded zucchini and walnuts.  Spread evenly into the prepared pans.  (Don't worry if the batter is a bit dry, it's ok).

3.   Bake for 25 to 30 minutes in the preheated oven, until brownies spring back when gently touched.

4.   To make the frosting :  melt together the 6 tablespoons of cocoa powder and margarine; set aside to cool slightly.  In a medium bowl, blend together the icing sugar, milk and vanilla extract.  Then stir in the cocoa mixture.  Spread over cooled brownies before cutting into squares. (using hand whisk or spatula).

NOTE :  This brownies is moist & delicious but too sweet for me.  The frosting too is also sweet.  This is a reminder for me.  Next time when I want to make it again, I had to reduced the sugar in this recipe.