KEK PISANG

Thursday, February 28, 2019

POPIA PISANG COKLAT CHEESE...







RESEPI POPIA PISANG
COKLAT CHEESE
sumber :    aimzfi.blogspot.com




Bahan-Bahan :

Kulit popiah secukupnya
Pisang berangan secukupnya  ~  potong kecil atau belah dua
Chocolate chips secukupnya
Gula pasir secukupnya
Larutan tepung gandum + sedikit air,  sebagai gam@pelekat
Minyak masak untuk menggoreng
Parutan cheddar cheese secukupnya


Bahan Sos Susu Pekat :

2  sudu makan  susu pekat
3  sudu makan  air
1  sudu makan  butter


Cara-Cara :

1.  Bentangkan sehelai kulit popiah di atas pinggan.
2.  Letakkan pisang, taburkan sedikit gula dan chocolate chip.
3.  Gulung dan sapu gam/pelekat tepung gandum di hujung kulit popiah.
4.  Kemaskan balutan.  Buat sehingga habis.
5.  Panaskan minyak.  Goreng sehingga kuning keemasan.
6.  Angkat dan toskan.
7.  Untuk Sos Susu Pekat :   Satukan susu pekat, air dan butter dalam kuali.
8.  Panaskan sehingga butter larut.  Tutup api.
9.  Masukkan popiah yang telah digoreng tadi, gaul sehingga semua sebati.
10.  Angkat, letakkan dalam pinggan dan taburkan parutan cheddar cheese.
11.  Sedia dihidangkan.!!!





APPLE CRUMBLE MUFFIN...







APPLE CRUMBLE MUFFIN
sumber :    tiffinbiru@CMG...
hasil :    16 biji




Bahan-Bahan :

1 3/4  cawan  tepung berserbuk penaik@self-raising flour
1  sudu teh  baking powder
1/3  cawan  gula halus
75  gm  mentega  ~  dicairkan & sejukkan
1  biji  telur  (saya guna gred A)
1  sudu teh  esen vanilla
3/4  cawan  susu segar 
2  biji  epal hijau  ~  buang kulit, empulur & dadu sederhana besar
1/2  cawan  tepung gandum *
60  gm  mentega  ~   dadu kecil-kecil & sejukkan *
1/4  sudu teh  garam halus *
1/4  cawan  gula pasir kasar *   ( * bahan-bahan untuk crumble )


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 200'C, sediakan muffin cup jenis keras atau alas muffin pan dengan papercup secukupnya.  Ketepikan.

2.  Satukan bahan-bahan untuk "crumble", gaul rata dengan hujung jari sehingga menjadi teksture seakan-akan serbuk roti yang kasar.  Ketepikan.

3.  Dalam satu bekas, gaul rata tepung berserbuk penaik, baking powder dan gula halus.  Ketepikan.

4.  Dalam bekas lain, satukan mentega cair, telur, susu segar dan esen vanilla, kacau rata dengan menggunakan whisk.

5.  Kemudian masukkan tepung tadi ke dalam adunan mentega@bahan cecair dan gaul rata, kacau satu arah sahaja.  Masukkan epal dan gaul sekali lagi sehingga rata dan sebati.  Sudukan ke dalam bekas-bekas yang telah disediakan tadi 3/4 penuh.

6.  Taburkan dengan "crumble" tadi di atas setiap muffin, tekan-tekan sedikit.  Bakar selama 25 minit atau sehingga masak.  Sejukkan di atas jaringan sepenuhnya.





STEW AYAM...







RESIPI STEW AYAM
sumber :    Azie Kitchen...




Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam  ~  potong ikut suka
4  ulas  bawang merah  ~  hiris
3  ulas  bawang putih  ~  hiris
1/2  inci  halia  ~  hiris
1  batang  kulit kayu manis
2  kuntum  bunga lawang
2-3  sudu besar  tepung gandum
Sedikit kicap
Sedikit lada hitam biji  ~  tumbuk kasar
Garam & serbuk perasa secukupnya
1  biji  ubi kentang  ~  potong 4
1  batang  lobak merah  ~  potong baji  (saya ganti dengan 2 batang celery ~  dipotong serong)
1  biji  bawang besar  ~  potong 4
Air secukupnya
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Tumis bahan penumis (kayu manis, bunga lawang) dan bawang merah, bawang putih serta halia yang dihiris nipis sehingga wangi.  Masukkan tepung gandum dan digoreng dengan api perlahan supaya tepung agak masak.

2.  Masukkan ayam, ubi kentang, lobak merah, bawang besar dan dikacau rata.  Masukkan sedikit air atau secukupnya, kicap, garam, lada hitam dan serbuk perasa.  Masak sehingga kentang dan lobak merah empuk.  (Masukkan celery akhir sekali, jika guna).

3.  Sesuaikan rasa dan kepekatannya.  Tabur daun sup dan bawang goreng.  (Tak letak sebab tiada stok).

4.  Hidangkan.

NOTA :   Jika dipekatkan, boleh dijadikan inti Chicken Pie.  Sebaiknya ubi kentang & lobak merah direbus dahulu untuk proses mempercepatkan masakan.





Tuesday, February 26, 2019

LEMON DRIZZLE CAKE...







LEMON DRIZZLE CAKE
source from :    anncoojournal.com




Ingredients :

125  gm  soft butter
2  eggs  ~  lightly beaten  (about 120 gm)
2  tbsp.  fresh milk
70  gm  caster sugar
1  tsp.  vanilla extract
1  tbsp.  lemon juice
lemon zest from one lemon
125  gm  self-raising flour  or  cake flour + 1 1/4 teaspoon baking powder


To Make Lemon Syrup :

2  tbsp.  lemon juice
3  tbsp.  caster sugar


Instructions :

1.  Preheat oven to 160'C.

2.  Pour all the ingredients (except the lemon syrup ingredients) together into a large bowl and whisk at low speed until just combined, about 30 seconds.  Then gently fold well the mixture with a rubber spatula.

3.  Fill the silicone cases or cupcake liners to 2/3 full and bake in the middle rack of the oven for about 25-30 minutes or test with a skewer inserted into the cake comes out clean.  Meanwhile, boil the lemon syrup until sugar dissolved at low heat.

4.  Cool cake about 5 minutes, then remove cakes from cases and poke each cake a few times with a skewer.  Then brush the warm lemon syrup generously onto each cakes.  Leave cakes to cool before serving.!!!





TELUR DADAR aka INDONESIAN OMELETTE...









TELUR DADAR aka
INDONESIAN OMELETTE
sumber :    Azie Kitchen...




Bahan-Bahan :

3  biji  telur
1  sudu besar  tepung beras  ~  dibancuh dengan 1 sudu besar  air
Daun bawang secukupnya  ~  hiris
Daun kunyit secukupnya  ~  hiris
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukupnya
Minyak masak


Bahan Tumbuk :

1  ulas  bawang putih
1-2  ulas  bawang merah
3  tangkai  cili api merah


Cara Memasak :

1.  Larutkan tepung beras dengan air, garam dan serbuk kunyit.
2.  Masukkan bahan tumbuk, daun bawang dan daun kunyit yang dihiris.
3.  Masukkan telur dan dipukul serta dikacau rata.  Panaskan minyak dan goreng seperti biasa.

TINGGAL SEBAGAI KENANGAN!!!


24/2/2019 (Ahad)  Mixer hasil titik peluh yang ku kumpul sedikit demi sedikit untuk membelinya hasil dari tempahan kuih-muih terpaksa dijual.  Tinggal sebagai kenangan memandangkan tiada anak-anak ku yang berminat untuk meneruskan legasi ku membaking.  Walaupun sedih untuk menjualnya tetapi terpaksa juga di jual agar ia tidak rosak di kemudian hari, lebih baik dijual memandangkan ada yang berminat untuk membelinya.  Sedih juga memandangkan mixer ni banyak berjasa buat ku selama 10 tahun ini dan tidak pernah meragam atau rosak.!!!

Monday, February 25, 2019

PUDING LAPIS JELLY...








PUDING LAPIS JELLY
sumber :    FB@Resepi Puding Sedap
hasil :    11 bekas...




Bahan-Bahan :

1  cawan  tepung kastad
4  cawan  air
1  cawan  susu cair
1/2  cawan  gula
1  kotak  instant jelly perisa raspberry/strawberry/limau/mangga
Fruit cocktail  ~  toskan airnya
1  biji  kiwi  ~  potong kiub


Cara-Cara :

1.  Satukan tepung kastad bersama gula, susu cair dan air.  Gaul sebati semuanya.

2.  Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan sentiasa dikacau.  Biasanya dalam anggaran 20 minit.

3.  Setelah agak pekat, matikan api dapur dan tuangkan ke dalam bekas-bekas kecil atau loyang yang disukai.  Biarkan sejuk sebentar.

4.  Kemudian masak instant jelly mengikut cara pada bungkusan kotak dan tuangkan adunan jelly di atas permukaan puding dan taburkan fruit cocktail yang ditoskan dan buah kiwi...sejukkan.




GULAI AYAM DAUN KESUM...








GULAI AYAM DAUN KESUM
sumber :    ruzita's kitchen...




Bahan-Bahan :

400  gm  ayam
1  ikat  daun kesum
8  biji  bendi  (saya tambah)
1  keping  asam gelugor
1  sudu besar  serbuk kunyit
1  sudu besar  gula
1/2  sudu besar  garam kasar
1  cawan  santan pekat
1.5  liter  air


Bahan Kisar :

4  ulas  bawang merah
3  ulas  bawang putih
5  tangkai  cili kering
1  inci  halia


Cara Memasak :

1.  Masukkan bahan kisar dan air ke dalam periuk.
2.  Masukkan ayam, garam, gula, asam gelugor dan serbuk kunyit.
3.  Masak sehingga ayam empuk.
4.  Bila mendidih dan ayam empuk, masukkan santan, bendi dan daun kesum.
5.  Kacau sehingga mendidih dan bendi sedikit layu/masak.
6.  Sesuaikan rasa.  Sedia dihidangkan.




TEMPAHAN...


24/2/2019 (Ahad)  ~  Tempahan Krim Puff Coklat Inti Coklat Ganache
sebanyak 2 kotak (50 biji) dari Cik Sue, Perak yang kebetulan ada tugasan di Beranang.



KIWI MUFFINS...









KIWI MUFFINS
adapted from :    theproducemoms.com
yields :    24 pcs.




Ingredients :

4  Kiwi (medium size)  ~  dice to 1/2 inch size, approximately 1 cup total
4  cups  all-purpose flour
2  tbsp.  baking powder
1  tsp.  salt
1  cup  granulated sugar
1/2  tsp.  cinnamon powder
2  eggs (large)  ~  slightly beaten
2  cups  milk
2  tsp.  vanilla extract
1/2  cup  canola oil  (I used vegetable oil)
Turbinado sugar for dusting  (I used brown sugar)


Instructions :

1.  Preheat oven to 400'F/200'C.  Line muffin tins with paper cupcake liners.  Set aside.

2.  Sift flour, salt, sugar, cinnamon powder and baking powder in a bowl and mix well.

3.  Beat together egg, milk, oil and vanilla extract in a large bowl.  Slowly mix in the dry ingredients.  Fold in the chopped kiwi.

4.  Spoon mixture into a cupcake liner and fill them to the top.  Sprinkle with the raw/turbinado sugar.

5.  Bake for approximately 25 minutes.  Muffins are done when slightly brown and a toothpick inserted into the center comes out clean.

MASAK LEMAK CILI API IKAN...









MASAK LEMAK CILI API
IKAN CENCARU BAKAR
sumber :    MyResipi/Hanieliza...




Bahan-Bahan :

2-3  ekor  ikan cencaru
2  cawan  santan  ~  dari 1/2 biji kelapa
10  biji  terung telunjuk  (saya guna 1 biji  tomato belah 6)
3  keping  asam gelugor
3  batang  serai  ~  diketuk
15  biji  cili api *
3  biji  bawang merah *
1  inci  kunyit hidup *   ( * dikisar/ditumbuk lumat )
Garam secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Basuh ikan cencaru dan toskan.
2.  Bakar ikan di atas pemanggang sehingga masak.
3.  Buangkan kulit tebal ikan.
4.  Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih dan pekat.
5.  Masukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.

Thursday, February 21, 2019

SINGGANG SERANI...







SINGGANG SERANI MEMIKAT SELERA
sumber :    tiffinbiru@CMG...




Bahan-Bahan :

1  ekor  ikan tuna@tongkol putih saiz sederhana, kerat & cuci bersih  (saya guna 3 ekor ikan selar)
1  biji  tomato  ~  belah 6
1  batang  serai  ~  dititik
2  keping  asam gelugor
Air secukupnya
1  kiub  ikan bilis  (optional)
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak


Bahan Tumbuk Lumat :

5  biji  bawang merah
2  ulas  bawang putih
6  biji  cili padi merah thai
1/2  inci  kunyit hidup
1/2  inci  halia
1/2  inci  lengkuas
3/4  sudu teh  lada hitam biji


Cara Memasak :

1.  Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali, masukkan serai dan bahan tumbuk lumat sehingga berbau harum.  Tuangkan air secukupnya, kacau dan biarkan mendidih.  Tambahkan asam gelugor dan juga kiub ikan bilis, jika guna.

2.  Masukkan ikan dan biarkan mendidih perlahan.  Tambahkan garam secukup rasa dan secubit gula.  Akhir sekali masukkan tomato, kacau perlahan dan masak sekejap.  Rasa dan jika 'ok' boleh dimatikan api dapur.  Hidangkan bersama nasi hangat.