KEK PISANG

Friday, November 30, 2012

Cake In A Jar







RAINBOW CAKE IN JAR


resipi dari   :   Juicycafe, tqvm for this delicious recipe
dicuba oleh :   zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

200  gm   mentega
330  gm   gula kastor
    5  biji   putih telur (A)
    2  tsp   esen vanilla
400  gm   tepung gandum   )
    4  tsp   baking powder   )  diayak bersama
290  gm   susu segar
    1  tsp   pewarna ungu
    1  tsp   pewarna biru
    1  tsp   pewarna hijau
    1  tsp   pewarna kuning
    1  tsp   pewarna oren
    1  tsp   pewarna merah


Cara membuat :

1.   Pukul mentega dan gula hingga kembang dan putih.
2.   Masukkan putih telur dan esen vanilla, kemudian pukul lagi hingga sebati.
3.   Masukkan tepung secara selang-seli dengan susu segar.  Gaul sebati dengan spatula.
4.   Bahagikan kepada 6 bahagian (setiap bahagian anggaran 210 gm) dan letakkan pewarna dan masukkan setiap adunan berwarna tadi ke dalam piping bag.
5.   Paipkan adunan ungu ke dalam balang diikuti dengan tiap-tiap adunan warna yang lain.  Jangan 'paip' tebal sangat nanti kek akan mengembang.
6.   Bakar secara 'water bath' pada suhu : 170'C selama 35 minit.
7.   Sejukkan kek dahulu barulah dipaipkan adunan cheese di atas kek dan hias ikut kreativiti.


Icing Cheese :

250  gm   cream cheese  -  suhu bilik
  50  gm   mentega
100  gm   gula aising  -  ayak


Cara membuat :

    Sebatikan cream cheese dan butter hingga lembut.  Masukkan gula aising dan pukul hingga adunan rata.  Siap untuk diguna.

Nota  :              boleh korek bahagian atas kek sedikit kemudian hancurkan kek tersebut dan tabur atas     cheese.
Menghasilkan :  13 balang

Juadah untuk tengahari ini.







PAPRIK AYAM


resipi dari  :   majalah SAJI Disember 2012, Azizah Zulkifli
dicuba oleh :  zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

    3  ulas       bawang merah  -  hiris halus
    2  ulas       bawang putih  -  hiris halus
  40  gm        kubis bunga
    1  batang   lobak merah  -  hiris memanjang
    4  tangkai  kacang panjang
  20  gm        isi ayam  -  potong dadu
    3  helai      daun limau purut
    1  kiub       pati ayam
Sos cili, sos tomato & sos tiram secukupnya
    3  tbsp      kicap manis
200  ml         air
    3  tbsp      minyak masak
Garam secukup rasa


Cara menyediakan :

1.   Panaskan minyak, tumis bawang hingga layu.
2.   Masukkan air, sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap manis.
3.   Masukkan kubis bunga, lobak merah, kacang panjang dan ayam ke dalam kuah tersebut.
4.   Masukkan kiub pati ayam dan sedikit garam.  Tunggu hingga 5-10 minit, sekiranya sayur sudah layu, bolehlah diangkat dan hidangkan.

Thursday, November 29, 2012

Durian Crepe


 DURIAN CREPES





DURIAN CREPES


sumber resepi   :   yatiememories &  blogger-blogger yg. lain
dicuba oleh  :         zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :

    4   tbsp  rata   tepung gandum/Hong Kong
    4   tbsp  rata   tepung kastad
    2   tbsp  rata   tepung jagung
    2   tbsp  rata   tepung ubi
    2   tbsp  rata   tepung hoen kwee/kentang/sagu
    3   biji    telur
 1/4   tsp    garam
250   ml     susu cair  (suhu bilik)
    1   tbsp  mentega cair/minyak masak
         Pewarna kuning


Bahan filling :

1  cawan   non-dairy whipping cream ( pukul hingga kental)
Isi durian secukupnya ( dilenyek )


Cara membuat :

1.   Satukan semua bahan, kacau rata dan tapis.  Rehatkan selama 20 minit.  Adunan yang agak cair menghasilkan dadar yang tipis.
2.   Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, sapukan dengan sedikit minyak dengan menggunakan tisu dapur.
3.   Ambil satu senduk kecil dan lenggangkan dalam kuali secara kiri dan kanan.  Masakkan hingga mengering.  Tidak perlu di terbalikkan.
4.   Angkat dan ulang/buat hingga adunan dadar habis.


1.   Bentangkan 1 keping crepe.
2.   Letakkan sedikit whipping cream.
3.   Letakkan sedikit isi durian.
4.   Tutupkan semula dengan whipping cream.
5.   Lipatkan dan sejukkan dalam peti sejuk.

Kuih talam

 TALAM PANDAN





TALAM PANDAN


sumber dari  :   buku  'Aneka Minuman Petang'
dicuba oleh  :   zaralovebaking.blogspot.com


Bahan Lapisan Bawah :

170  gm      gula pasir
130  gm      tepung beras
  10  helai   daun pandan   )  dikisar untuk mendapatkan
200  ml      air                   )  air/jus pandan
200  ml      santan  (dari  1/4 biji kelapa)
200  ml      air
    1  tbsp   tepung gandum
    1  tsp     air kapur  (cair)
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna hijau


Bahan Lapisan Atas :

  85  gm   tepung beras
450  ml    santan  ( dari  3/4 biji kelapa)
Garam secukup rasa

Loyang :  22 sm/9 inci



Cara membuat :

1.   Lapisan bawah :  masak gula dan air hingga gula larut.  Biarkan sejuk.  Satukan semua bahan hingga sebati.  Jerangkan dengan api sederhana sambil dikacau hingga naik wap.
2.   Tuangkan adunan ke dalam loyang yang dilengser dengan sedikit minyak.  Kukuskan selama 20 minit atau hingga masak.  (loyang boleh juga dialas dengan plastik untuk memudahkan talam dikeluarkan dari loyang).
3.   Lapisan atas :  satukan semua bahan hingga sebati.  Kacau atas api perlahan hingga naik wap.  Tuangkan ke atas lapisan yang telah dikukus tadi.  Kemudian kukus lagi selama 20 minit.  ( sebelum menuang adunan lapisan atas, cakar dulu permukaan lapisan bawah agar lapisan bawah dan lapisan atas tidak terpisah).
4.   Apabila sejuk, barulah dipotong.

Nota :  bahagian lapisan atas kelihatan tidak cantik, walau apapun talam ini sangat sedap. Akan cuba lagi sehingga mendapat permukaan yang cantik.

Masakan yang sempoi untuk tengahari.

 Sambal Berlada Ikan Pari
Tumis Air Sayur Bayam

Monday, November 26, 2012

Masakan berasaskan ayam.






AYAM ASAM PEDAS


sumber dari   :   Majalah SAJI Julai 2010 - Marhaini Ashari
dicuba oleh   :   zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

500  gm        ayam  (potong kecil-kecil, dibersih & toskan)
    1  batang   serai  (ketuk)
    1  biji         terung panjang
    2  keping   asam gelugur
Sedikit garam
Air secukupnya
Minyak masak untuk menumis


Bahan dikisar halus :

10  tangkai   cili kering
  2  biji         bawang besar
  1  ulas        bawang putih
  4  cm         belacan bakar


Cara menyediakan :

1.   Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
2.   Masukkan cili kering, belacan dan serai.  Tumiskan sehingga pecah minyak.
3.   Tuangkan sedikit air dan asam gelugur.  Kacau perlahan-lahan.
4.   Masukkan ayam dan garam secukup rasa.
5.   Setelah ayam masak, barulah dimasukkan terung.  Biarkan seketika dan kecilkan api.  Apabila sudah mendidih, tutupkan api.

Sunday, November 25, 2012

Kuih Muih




KUIH SERIMUKA PANDAN


sumber dari  :  buku 'Tempting Kuih' - Azimah Mansor
dicuba oleh  :  zaralovebaking.blogspot.com


Lapisan bawah :

700  gm   beras pulut  (direndam 6 jam)
500  ml    santan cair
1/2   tsp   garam


Cara-cara :

1.   Toskan beras pulut, masukkan ke dalam loyang (10 x 10") yang dialas plastik (14 x 14").
2.   Masukkan santan cair yang dicampur dengan garam.  Kukus selama 30 minit ATAU hingga pulut kembang dan kacau sebati.



Lapisan atas :

    5  biji   telur
600  ml    santan pekat yang telah dicampur dengan jus pandan
350  gm   gula pasir
  30  gm   tepung jagung
  60  gm   tepung gandum
    1  tsp   perisa pandan


Cara-cara :

1.   Masukkan kesemua bahan di atas dan kacau di atas api sederhana hingga naik wap.
2.   Turunkan pulut dan tekan padat.  Bancuh 1 tbsp. tepung jagung dan 2 tbsp. air.  Sapukan rata di atas permukaan pulut.  Kukus sebentar.
3.   Tuangkan adunan hijau tadi dan kukus semula dengan api sederhana perlahan selama 25 minit.

Tempahan Kuih-Muih

 SERIMUKA PANDAN (tempahan dari Pn. Normala,
Kondo Taman Kenari (25/11/2012 - Ahad)


begitu juga dengan Kuih Talam Pandan,
kenapa ya bahagian atasnya kurang menarik. 
Selalu bila buat talam yang bahagian kepalanya putih mesti merekah. Ada sesiapa yang boleh bagi tips
supaya bahagian atas kuih kelihatan cantik? tolonggggg....

Saturday, November 24, 2012

Puding pisang yang enak






BANANA LAYERED BREAD PUDDING


sumber dari  :  buku 'Istimewa Pemanis Mulut' CTdelima
dicuba oleh  :   zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

     12    keping    roti putih  (tak perlu buang kulit tepi)
   200    ml          santan kotak
2 1/2     cawan    air
   1/2     cawan    gula pasir  (boleh dikurangkan jika tidak suka manis)
      3     biji         telur  (pukul sedikit dengan garfu)
   1/2     tsp         esen vanilla
      1     tsp         pandan paste
      1     tsp         pewarna hijau
sedikit garam
sedikit kismis  (saya tambah  -  optional)
sedikit chocolate chip  (saya tambah - optional)

Hiasan :   5  biji   pisang berangan masak  -  hiris serong

Loyang :  8 inci bulat atau segiempat


Cara membuat :

1.   Didihkan air dalam periuk kukusan.  Sapu loyang dengan sedikit minyak, ketepikan.  (boleh juga alas dengan plastik bersih dalam loyang tadi.  Lebihkan sedikit plastik supaya mudah dikeluarkan dari loyang nanti).

2.   Dalam mangkuk besar masukkan semua bahan-bahan kecuali roti.  Pukul dengan whisk hingga gula larut dan rata.

3.   Rendamkan kepingan roti dalam adunan tadi dan susun ke dalam loyang sekeping demi sekeping.  Kemudian susun hirisan pisang di atasnya dan susun lagi kepingan roti yang direndam tadi sekeping demi sekeping.  Ulang proses menyusun hingga habis.

4.   Kukus selama 15-20 minit dengan api sederhana.  Buka penutup kukus biarkan roti yang dikukus itu berada dalam periuk kukus selama 3 minit lagi barulah dimatikan api.

5.   Biar betul-betul sejuk dahulu barulah boleh dipotong dan sedia untuk dihidangkan.

Friday, November 23, 2012

Cupcakes with buttercream frosting.

 CHOCOLATE CUPCAKES WITH BUTTERCREAM FROSTING


Thursday, November 22, 2012

Apam yg. gebu dan enak.

 APAM BERAS. sedap dimakan dengan kelapa parut.
Tapi, bila dalam cuaca yang sejuk ni makan tanpa kelapa pun tetap sedap
apalagi sambil minum kopi panas.


yang ini untuk hubby bawa ke surau.
Sesiapa yang nak resepi ini sila ke label Apam.

Tuesday, November 20, 2012

Brownies, moist, chocolatey and so.....yummy.

 BROWNIES




BROWNIES


sumber rujukan  :  dari majalah 'SEDAP'
dicuba oleh  :    zaralovebaking.blogspot.com


Bahan :

100  gm   marjerin
200  gm   coklat masakan hitam - dipotong-potong
    2  biji   telur
120  gm   gula kastor
  50  gm   tepung gandum
  20  gm   serbuk koko
 1/4  tsp   serbuk penaik
  75  gm   kacang gajus sangai  -  cincang kasar
  15  gm   hirisan badam untuk taburan

Acuan :  7 inci bulat, gris dan alas dengan baking paper


Cara membuat :

1.   Panaskan marjerin.  Matikan api.  Masukkan potongan coklat masakan hitam.  Kacau hingga larut.  Ketepikan dan biarkan memekat.
2.   Pukul telur dan gula kastor selama 2 minit hingga pekat.
3.   Masukkan campuran marjerin sedikit demi sedikit sambil dipukul rata.
4.   Masukkan tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik sambil diayak dan dipukul perlahan.  Masukkan kacang gajus.  Kacau rata.
5.   Tuangkan ke dalam loyang dan taburkan dengan hirisan badam.
6.   Bakar dengan api bawah suhu ketuhar : 180'C selama 30 minit hingga masak.  Sejukkan.

Sunday, November 18, 2012

Majlis Perkahwinan






 18/11/2012 (Ahad) menghadiri majlis perkahwinan di Mambau, N.S.
anak kepada Kamal, saudara sebelah ayah ku. Pergi dgn. adikku Zaid & isteri.



MRSM Parit Buntar

 di MRSM Parit Buntar ketika menghantar anak ku AJ
balik ke asrama selepas cuti sempena Hari Raya Haji. (28/10/2012 - Ahad)



Saturday, November 17, 2012

Cake in a jar

 RAINBOW CAKE IN A JAR with Vanilla Frosting

Thursday, November 15, 2012

Kek Balbu Merah


 RED VELVET CAKE, dari Kak Halimah, Tmn. Andalas,
Kelang untuk majlis perkahwinan anaknya pada hari Sabtu (17/11/2012), tqvm. 


Cupcake in gold colour

 Chocolate Moist Cupcake tema Gold

 Cupcake bouquet sebagai hadiah utk. teman ku