KEK PISANG

Saturday, April 28, 2012

Friday, April 27, 2012

Thursday, April 26, 2012

TALAM BERAS GULA MERAH

TALAM BERAS GULA MERAH


TALAM BERAS GULA MERAH  (loyang : 8 inci)
resepi dari :  Yatiememories
dicuba oleh :  zaralovebaking.blogspot.com


Lapisan Bawah A :

120 gm  tepung beras
40   gm  tepung hoen kwee
500 ml   air
1    tsp.  air kapur

Lapisan Bawah B :

200 gm  gula merah
60 gm    gula pasir
125 ml  air

Cara-cara :

1.  Masak bahan B hingga gula larut.  Tapis dan ketepikan.
2.  Sebatikan bahan A hingga rata, masukkan bahan B, sebatikan dan tapiskan ke dalam periuk.
3.  Masakkan naik wap dan tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit.

Lapisan Atas :

300 ml  santan pekat KARA
200 ml  air
60 gm   tepung beras
20 gm   tepung ubi
1  tsp.   garam

Cara-cara :

  Sebatikan semua bahan lapisan atas dan tapis kemudian tuangkan ke atas lapisan bawah tadi dan kukus lagi selama 30 minit.

Saturday, April 21, 2012

Friday, April 20, 2012

GREEN VELVET CAKE

Salam teman-teman semua. Hari ini saya mencuba resepi dari blog Masam-Masam Manis (Azlita Aziz) iaitu Red Velvet Cake untuk makan-makan bersama keluarga sambil menyambut hari lahir anakku M.A. Zaim yang ke ..... Memandangkan kehabisan pewarna merah maka saya tukarkan ke warna hijau. Maka terjadilah versi Green Velvet Cake.

Kebetulan sahabat saya dari Perak (Wahida & anak serta cucu-cucunya) datang ke rumah, maka dapatlah dia merasainya. Rezeki mereka dapat merasainya. Terlupa pula nak ambil gambar mereka. Terima kasih kepada Wahida & anak kerana sudi singgah sambil menjemput). Insyaalah jika tiada aral melintang kak akan ke sana.


GREEN VELVET CAKE

GREEN VELVET CAKE


Tuesday, April 17, 2012

Italian Rainbow Cake -
tempahan dari rakan karibku Pn. Halimah dari Tmn. Andalas,
Klang - 17/4/2012 (Selasa), tqvm.

ITALIAN RAINBOW CAKE with CREAM CHEESE FILLING

Monday, April 16, 2012

16/4/2012 (Isnin) - Tempahan dari Cik Kamilah dari
Taman Muhibah 'Oreo Cupcakes' buat ibu tersayang.
Semoga ceria buat ibu & anak, tqvm.

Thursday, April 12, 2012


BINGKA CRACKERS



BINGKA CRACKERS
resepi dari : Yatiememories & teman bloggers yang lain (tqvm pada semua)
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

140 gm biskut cracker/lemak (hancurkan sedikit)
85 gm tepung gandum
210 gm gula kastor (atau 1 cawan)
3 biji telur (A)
710 ml santan/susu cair
1 tbsp. butter/marjerin/minyak sapi
1 tsp. pandan pes + sedikit pewarna hijau
secubit garam
sedikit bijan untuk tabur

Loyang : (8 inci alas dengan kertas minyak)


Cara membuat :

1. Panaskan oven pada suhu 180'C. Lengserkan acuan dan alas dengan kertas minyak/foil.
2. Blendkan semua bahan kecuali bijan hingga hancur.
3. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan taburkan bijan di atasnya jika suka.
4. Tetapi terlebih dahulu panaskan loyang yang disapu minyak selama 3 minit barulah dituangkan adunan.
5. Bakar selama 1 jam/hingga keperangan.

SELAMAT MENCUBA (Bingka ini sedap sangat & lembut).
IKAN BERKUAH TAUCO



IKAN BERKUAH TAUCO
resepi asal : tiffinbiru (CMG)
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

1 ekor ikan tenggiri atau ikan pilihan anda
1 batang leek (kerat pendek dan rendam, saya guna tomato jer)
1 tbsp. tauco
1 tbsp. sos tiram
1 cawan air atau secukupnya
sedikit sos ikan
Hirisan daun bawang

Bahan tumbuk lumat :

1 biji bawang besar saiz sederhana
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah

Cara membuat :

1. Ikan dilumur dengan sedikit kunyit dan garam kemudian goreng jangan sampai garing.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan tumbuk hingga harum, masukkan tauco dan masak sekejap.
3. Tambahkan sos tiram dan leek/tomato, kacau dan tuangkan air secukupnya. Bila mendidih masukkan ikan.
4. Tambahkan sedikit gula dan sos ikan secukup rasa. Masakkan sekejap dan tutupkan api. Taburkan hirisan daun bawang.

Tuesday, April 10, 2012

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE




SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
resepi dari : blog DJ & teman-teman blogger yang lain
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

1 cawan tepung gandum
1 tsp. baking powder
1/2 tsp. soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 tbsp. susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dari peti sejuk)
1 cawan gula perang
1 tsp. esen vanilla
1/2 tsp. coffee emulco/chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak sayuran/jagung/mentega cair
1 tsp. cuka atau jus lemon

Loyang : (6" atau 7")
Paperliner : No. 8 (menghasilkan anggaran : 22 biji)

Cara Penyediaan :

1. Panaskan oven pada suhu 160'C.
2. Ayakkan tepung, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko dalam bekas besar.
3. Masukkan susu tepung, garam dan gula perang. Kacau rata dan sebati.
4. Masukkan air sejuk, minyak, esen vanilla dan coffee atau chocolate emulco. Gaulkan perlahan dengan whisk tangan. Pastikan adunan tidak berketul.
5. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Kacaukan hingga sebati.
6. Tuangkan ke dalam loyang atau papercup dan bakar selama 30-40 minit (untuk loyang) dan 20-25 minit untuk cupcake.
7. Setelah kek atau cupcake sejuk bolehlah dihias ikut citarasa. (Kek atau cupcake ini sedap & moist. Tqvm to everyone involved in contributing this delicious resepi.)

Monday, April 9, 2012


KEK PISANG




KEK PISANG
resepi oleh : Noorsha
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

150 gm pisang emas, dilecek
180 gm tepung gandum
155 gm gula kastor
3 biji telur (A)
120 ml minyak masak/jagung/sayuran
1 tsp. ovalet
1 tsp. soda bikarbonat
1 tsp. baking powder
secubit garam
50 ml susu segar
1/2 tsp. esen pisang (saya tambah)

Loyang : 7 inci, di alas kertas minyak

Cara Penyediaan :

Campurkan kesemua bahan di atas ke dalam mixer dan putar hingga adunan sebati dan kelihatan putih menggunakan kelajuan high speed level. Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang. Bakar pada suhu : 180'C selama 40-50 minit. (Jika suka boleh taburkan sedikit badam hiris di atasnya dan bakar). Tqvm for this lovely recipe.

Sunday, April 8, 2012


Chocolate Moist Cake with simple buttercream decoration
and ready made sugarpaste flower ordered
by Echa, friend of Fatin my daughter (8/4/2012 - Sunday),
Tqvm.

Friday, April 6, 2012

Salam semua! Hari ini saya mencuba Kek Gulung. Sudah lama juga saya teringin untuk membuatnya tetapi takut tidak menjadi. Almaklumlah ketika hendak menggulung kek ini. Tapi ku cuba juga. Akhirnya inilah hasilnya. Kurang memuaskan. Akan mencuba lagi sehingga mendapat hasil yang lebih cantik dan kemas gulungannya. Tqvm kepada KI dari blog Citarasawan.


KEK GULUNG KUKUS STRAWBERRY



KEK GULUNG KUKUS STRAWBERRY
resepi asal : KI blog Citarasawan
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

5 biji kuning telur (A)
3 biji putih telur
75 gm gula pasir
1 tsp. ovalet
65 gm tepung gandum
1 tbsp. susu cair
1 tbsp. minyak jagung
1/4 tsp. garam
1/2 tsp. strawberry emulco + pewarna merah
1/2 tsp. pandan pes + pewarna hijau
Jem strawberry secukupnya

Loyang : 10" x 10" square, di alas kertas minyak (biar berjuntai sebelah kiri & kanan utk. senang dikeluarkan)

Cara membuat :

1. Pukul telur, gula pasir, garam dan ovalet hingga kembang dan pekat. Masukkan tepung diikuti dengan susu cair dan minyak, putar dengan kelajuan sederhana hingga sebati.

2. Ambil 4 tbsp. adunan tadi, campurkan pandan pes + pewarna hijau. Gaul sebati dan masukkan ke dalam piping bag. Ketepikan.

3. Ambil 3 tbsp. adunan tadi, campurkan strawberry emulco + pewarna merah. Gaul sebati dan masukkan ke dalam piping bag. Ketepikan.

4. Tuangkan baki adunan ke dalam loyang, ratakan dengan spatula. Picitkan adunan hijau kemudian tindihkan dengan adunan merah di atasnya. Kukus selama 15 minit dengan api sederhana hingga masak.

5. Keluarkan dari loyang, terbalikkan ke atas kertas minyak (bahagian bercorak dibawah). Sapu permukaannya dengan jem strawberry secukupnya ketika masih suam kemudian gulungkan dengan kemas.

Thursday, April 5, 2012

APAM BERAS MARBLE




APAM BERAS MARBLE (menghasilkan : anggaran 48 biji)
oleh : CT Delima & teman-teman blogger yang lain
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 3/4 cawan gula perang
2 1/2 cawan air
2 tsp. yis (mauripan)
Pewarna yang digemari
Kelapa parut putih (digaul dengan sedikit garam jika suka)

Cara Penyediaan :

1. Kisar nasi dan air hingga halus. Air dimasukkan secara sedikit-sedikit.
2. Setelah halus, campurkan gula perang ke dalamnya dan kisar lagi hingga sebati.
3. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
4. Selepas itu, masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam bekas tepung. Kacau hingga sebati.
5. Perapkan selama 3 jam atau hingga naik berganda.
6. Panaskan pengukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
7. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna yang disukai.
8. Masukkan adunan dalam acuan secara berselang-seli membentuk marble dan kukus selama 15 minit dengan api sederhana. Hidangkan bersama kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam. Enak juga dimakan begitu saja.
KEK KUKUS PINKY STRAWBERRY



KEK KUKUS PINKY STRAWBERRY (Acuan : 8" bulat)
oleh : Chef Zubaidah Che Pa
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com


Bahan A :

175 gm mentega
140 gm gula kastor
1/2 tbsp. ovalet
3 biji telur (B)

Bahan B :

140 gm tepung superfine
20 gm tepung jagung
1 tsp. serbuk penaik
20 gm tepung beras

Bahan C :

100 gm susu cair

Hiasan :

Pewarna pink & sedikit strawberry emulco
Chocolate rice (optional)

Cara membuat :

1. Pukul bahan A sehingga gebu dan pekat.
2. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam adunan telur dan kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kaup balik adunan.
4. Bahagikan 3 bahagian dan warnakan dengan pewarna pink terang, pink lembut dan satu bahagian dibiarkan kosong.
5. Tuangkan adunan kosong dan kukus selama 20 minit.
6. Setelah masak tuang lagi adunan pink lembut, tabur sedikit chocolate rice (jika suka) dan kukus lagi selama 20 minit.
7. Tuang lagi adunan terakhir warna pink terang dan kukus lagi selama 20 minit.

Nota : Kek ini sedap dan gebu rasanya.
KEK GULA HANGUS


KEK GULA HANGUS/KEK SARANG SEMUT (loyang : 7" x 7")
oleh : CT Delima, Potretkasih.com dll.
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

1 cawan gula pasir/halus
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat manis
2 tsp. soda bikarbonat
4 biji telur (gred A)
2 tbsp. mentega

Cara membuat :

Masakkan gula dengan api sederhana hingga perang/hangus. Masukkan air dan kacau hingga gula mencair. Kemudian masukkan mentega, kacau hingga mentega cair dan sejukkan.
Pukul telur hingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat dan kacau sebati. Ayakkan tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur tadi, kaup balik sebati dan akhir sekali masukkan air gula hangus tadi dan kacau rata. Perapkan adunan selama 3-4 jam (proses ini untuk mendapatkan sarang yang cantik).
Bakar dengan api sederhana selama 45 minit hingga 1 jam pada suhu 160'C.

Tuesday, April 3, 2012

Cake decorating: How to make fondant letters four ways step by step tuto...

CHEESE MUFFIN


CHEESE MUFFIN
resepi dari dapur CT
dicuba oleh : zaralovebaking


Bahan Kering :

2 cawan tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
4 tbsp. gula kastor
1 tsp. garam

Bahan Basah :

1 biji telur (gred A)
1 cawan susu segar atau susu cair
1/2 cawan minyak jagung atau minyak masak biasa

Bahan Lain :

1/2 cawan cheddar cheese - diparut

Cara Penyediaan :

1. Panaskan oven terlebih dahulu selama 15 minit. Ayak bahan kering bersama kemudian ketepikan.
2. Di mangkuk lain, masukkan kesemua bahan basah dan pukul dengan hand whisk sekadar bercampur, tak perlu hingga kembang.
3. Tuang campuran bahan basah ke dalam bahan kering dan gaul hingga rata.
4. Kemudian masukkan keju parut dan gaul lagi hingga bercampur rata.
5. Sudukan adunan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh. Tabur sedikit parutan cheddar cheese di atasnya jika suka.
6. Bakar selama 20-25 minit atau hingga masak dengan suhu : 180'C - 200'C.


Monday, April 2, 2012

2/4/2012 (Isnin) - Kelas 'Drawing On Buttercream Cake' dengan De'Heart oleh Pn. Ellie Darus di Seksyen 5 Tambahan, Bandar Baru Bangi.





Sunday, April 1, 2012

How To Form Marzipan Fruits

How To Do Marzipan Cake Decorations

Marzipan Rosebuds



31/3/2012 (Sabtu) - Kelas hands on Fancy Cookies with Royal Icing dan Fondant
dengan Pn. Zura Othman, pemilik blog decorcookies.blogspot.com. di Tmn. Juara Jaya, Balakong. Seronok menyertai kelas ini dengan pelbagai tips-tips yang berguna. Tqvm pada Pn. Zura. May Allah Bless You.