KEK PISANG

Sunday, September 30, 2018

PUDING ROTI SOS KASTAD...








PUDING ROTI SOS KASTAD
sumber :    seripayaku.blogspot.com




Bahan-Bahan Puding Roti :

8  keping  roti
2  cawan  susu segar
4  sudu besar  gula halus@gula kastor
2  biji  telur  (saya guna gred A)
1  sudu teh  esen vanilla
2  sudu besar  mentega  ~  dicairkan
1  kotak kecil  kismis  (saya guna kranberi kering & sedikit kuaci)


Cara-Cara :

1.  Masukkan susu segar, gula halus, telur dan esen vanilla ke dalam satu bekas besar.  Kacau sebati, guna mixer, senang nak sebatikan semuanya, (tidak perlu kembang), memadai sekadar telur dah pecah mesra dengan bahan-bahan yang lain.  (saya guna whisk tangan jer).

2.  Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam bekas adunan tadi, biarkan terendam dan meresap sekejap.  Masukkan mentega yang dicairkan serta separuh kismis ke dalam bekas tadi dan gaul sedikit.

3.  Sapukan sedikit mentega ke dalam loyang bersaiz 8 inci bulat/persegi (saya guna acuan aluminium foil) untuk membakar.  Tuangkan roti yang telah direndam tadi ke dalam loyang pembakar.  Taburkan baki kismis di atas adunan.  Bakar pada suhu 180'C selama 30 minit, (bergantung pada oven masing-masing)...


Bahan Sos Kastad :

1  tin  susu cair
2  sudu besar  tepung kastad
2  sudu besar  gula


Cara-Cara :

Masukkan susu cair, tepung kastad dan gula ke dalam periuk.  Gaul sebati kemudian kacau-kacau menggunakan api perlahan tanpa henti.  Bila adunan sos dah sebati atau kelihatan sedikit pekat, tutup api.  Biarkan sejuk dan sedia dihidangkan bersama Puding Roti tadi.!!!!





AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROSE...








AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROSE
sumber :    Naz@ovenkecil.blogspot.com




Bahan-Bahan :

1  paket  serbuk agar-agar  (10 gm/11 gm)
1  liter  air  (4 cawan ~  saya lebihkan lagi dalam 1/2 cawan untuk mendapatkan agar-agar yang lembut)
200  gm gula pasir  (lebih kurang 1 cawan)
200-250  ml  santan pekat  (1 cawan  ~  saya guna santan kotak dalam 250 ml)
1  biji  telur  (saya guna gred A, masukkan dalam santan & kocok dengan garfu)
Secubit garam
2  helai  daun pandan  ~  cuci bersih & simpulkan
1-2  sudu besar  sirap rose  ATAU  beberapa titis pewarna pink & perisa rose secukupnya


Cara-Cara :

1.  Di dalam periuk, masakkan 1 liter air bersama gula dan serbuk agar-agar sehingga gula larut.

2.  Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur tadi, garam dan sirap rose.

3.  Masukkan juga simpulan daun pandan.  Kacau dan tunggu sehingga menggelegak atas api sederhana.

4.  PENTING!!!  Bila menggelegak, biarkan seketika lebih kurang 1-2 minit, atau boleh kuatkan api dapur dan biarkan adunan menggelegak kuat sambil dikacau-kacau untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk.

5.  Apabila telah kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil, tutupkan api.

6.  Basahkan loyang pilihan atau acuan-acuan kecil dengan air dan toskan.  Kemudian tuangkan adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras.  Simpan di dalam peti sejuk untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk...!!!




SAMBAL TUMIS IKAN KEMBUNG...









RESIPI SAMBAL TUMIS
IKAN KEMBUNG
sumber :    Insta@resepisedap...




Bahan-Bahan :

4  ekor  ikan kembung  ~  bersihkan, kelar & lumurkan garam & serbuk kunyit
3  senduk  cili kisar  (cili kering + bawang besar)
2  biji  bawang besar  ~  hiris kasar
Air asam jawa secukupnya
Sedikit air
Garam & gula secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng & menumis


Cara Memasak :

Ikan kembung digoreng sampai masak.  Ketepikan seketika.
Panaskan minyak masak yang agak banyak supaya bahan tumis cepat garing.
Tumiskan cili kisar dengan api perlahan sehingga cili benar-benar masak dan garing.  Setelah cili masak, masukkan gula secukup rasa.
Kacau rata supaya sambal berkilat dan berwarna merah cantik sebelum dimasukkan ikan yang digoreng tadi.
Masukkan air asam jawa secukupnya, air sedikit dan garam secukup rasa.  Oleh kerana ikan telah masak, masakkan ikan seketika sahaja.
Kacau sehingga sambal pecah minyak lagi.  Akhir sekali, masukkan bawang besar yang telah dihiris.  Kacau sehingga bawang layu, barulah ditutup api.
Sedia dihidangkan...

SAMBAL TELUR REBUS...








RESIPI SAMBAL TELUR REBUS
sumber :    IG@Surianti Kitchen...




Bahan-Bahan Kisar :

2  genggam  cili kering  ~  rebus sehingga mendidih supaya lembut & toskan
3-4  biji  bawang besar saiz sederhana
5  ulas  bawang putih


Bahan-Bahan Lain :

5  biji  telur  (saya goreng sekejap)
1/2  sudu teh  pes asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Kicap manis Adabi atau lemak manis
Minyak masak untuk menumis
1/2  labu  bawang besar  ~  dihiris bulat/baji


Cara Memasak :

Panaskan minyak masak secukupnya, tumiskan bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak.  Masukkan gula, garam, pes asam jawa dan kicap, gaul rata.
Masukkan telur yang digoreng tadi dan hirisan bawang besar. 
Masak sehingga bawang sedikit layu.
Siap !!!! untuk dihidangkan...


TIPS : 
i)  Renjiskan 4 atau 5 renjis kicap manis Adabi untuk mencantikkan warna sambal.
ii)  Cili perlu dimasak sehingga garing/pecah minyak untuk sambal tahan lama.




Wednesday, September 26, 2018

CHOCOLATE CRUNCH COOKIES...










CHOCOLATE CRUNCH COOKIES
adapted from :    anncoojournal.com
yields :    57 pcs...




Ingredients :

125  gm  butter
100  gm  brown sugar
1  egg,  lightly beaten  (I use grade A)
30  gm  Valrhona cocoa powder  ~  sifted
90  gm  self-raising flour  ~  sifted
60  gm  plain flour  ~  sifted
45  gm  dessicated coconut
150  gm  dried cherry tomatoes or other dried fruit,  chopped  (I use dried cranberries)
150  gm  chocolate chips


Directions :

1.  Preheat oven to 180'C.

2.  Lined two baking trays with baking paper.  Set aside.

3.  Beat butter and sugar until light and creamy.  Add egg; beat until combined.  Transfer to a large bowl.

4.  Stir in sifted cocoa powder and both flours, dessicated coconut, dried cherry tomatoes and chocolate chips.  Mix well to form a dough.

5.  Roll level tablespoons of mixture into rounds.  Place on prepared baking trays, flatten slightly.  Sprinkle some dessicated coconut on it.

6.  Bake for about 15-18 minutes and transfer to a wire rack to cool completely before storing in an airtight container...

AYAM GORENG KUNYIT...









RESIPI AYAM GORENG KUNYIT




Bahan-Bahan :


Isi ayam secukupnya  ~  potong kecil, dilumur garam & serbuk kunyit  (saya guna 1/2 ekor ayam dipotong kecil-kecil)
4  batang  kacang panjang  ~  dipotong 2 inci
1  biji  tomato  ~  dibelah enam
1  biji  bawang besar kuning  ~  hiris panjang
1  tangkai  cili merah  ~  hiris
2-3  tangkai  cili padi  ~  jika suka
2  ulas  bawang putih  ~  titik
Gula secukup rasa
Sedikit minyak masak


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak menggunakan api yang besar.  Kemudian masukkan bawang putih, kacang panjang, cili merah dan bawang besar.  Kacau rata sehingga sayuran lembut.

2.  Masukkan tomato diikuti dengan sedikit gula.  Kacau sehingga tomato sedikit layu.  Sesuaikan rasa.  Angkat dan sedia untuk dihidangkan...

SUP SAYUR CAMPUR DENGAN TAUHU TELUR...










RESIPI SUP SAYUR CAMPUR
DENGAN TAUHU TELUR




Bahan-Bahan :

2  paket  tauhu telur  ~  dipotong kecil
1  sudu besar  ikan bilis atau secukupnya  ~  ditumbuk kasar
5  ulas  bawang merah *
3  ulas  bawang putih *  ( * dihiris atau ditumbuk )
Sayur campur ikut pilihan  (saya guna :  karot, bunga kobis & fucuk yang direndam kembang)
1  tangkai  cili merah  ~  hiris
Garam & serbuk lada sulah secukupnya
Daun bawang  ~  hiris
Minyak masak untuk menumis


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak dalam kuali dan goreng tauhu telur sehingga kuning keemasan.  Balik-balikkan, angkat dan ketepikan.

2.  Menggunakan minyak yang sama, tumiskan bawang putih, bawang merah dan ikan bilis sehingga naik bau.

3.  Masukkan air secukupnya, masak sehingga mendidih.  Masukkan karot.  Apabila karot sudah agak lembut, masukkan bunga kobis dan fucuk (toskan airnya).

4.  Apabila semua sayuran sudah agak lembut, masukkan tauhu yang telah digoreng tadi.  Masukkan garam dan serbuk lada sulah secukup rasa.

5.  Sesuaikan rasa.  Sebelum dihidangkan, taburkan cili merah dan daun bawang.  Sedia untuk dihidangkan.  (Boleh juga ditaburkan sedikit bawang goreng jika suka)...

Tuesday, September 25, 2018

OREO NUTELLA PUDDING...








OREO NUTELLA PUDDING
sumber :    Ilham Dapur.blogspot.com




Bahan-Bahan :

8-10  keping  biskut Oreo  ~  hancurkan sepenuhnya
150  ml  Non-Dairy Whipping Cream  ~  yang dah manis tu
1/2  sudu teh  esen vanilla
2-3  sudu besar  Nutella
Secubit garam

Gelas kaca/bekas yang sesuai


Cara-Cara :

1.  Dalam mangkuk yang bersih, putar whipping cream, esen vanilla dan garam sehingga kental.

2.  Kemudian bahagikan kepada 2 bahagian.  Satu bahagian campurkan dengan Nutella dan sebatikan kemudian masukkan ke dalam piping bag berasingan.

3.  Dalam gelas kaca/bekas yang sesuai ratakan dalam 2 sudu besar biskut Oreo kemudian paipkan lapisan vanilla di atasnya, diikuti dengan lapisan Nutella dan di atasnya ratakan satu lapis nipis Oreo sekali lagi.

4.  Kemudian bolehlah dihias ikut citarasa.  Simpan di dalam peti sejuk dahulu dalam 1 jam sebelum dinikmati...

TIPS :   boleh juga menggunakan whipping cream UHT, cuma kena letak gula kastor dalam 3-4 sudu besar...





MELT-IN THE MOUTH PINEAPPLE TARTS...








MELT-IN THE MOUTH PINEAPPLE TARTS
adapted from :    anncoojournal.com




Ingredients :

125  gm  soft butter
150  gm  plain flour
25  gm  milk powder
15  gm  icing sugar
1  egg  yolk  (I use grade B egg)
1/2  tsp  vanilla extract

Pineapple filling (store bought) 360 gm, shape into small round balls, 12 gm each (30 pcs)


Directions :

1.  Use an electric mixer to blend butter, sugar, vanilla extract, milk powder and flour together.  (I use a wooden spoon only).

2.  Add in egg yolk, blend into a soft dough, do not over work.

3.  Pinch off some dough to wrap the pineapple filling and roll into round ball.  Use cookie cutters to print shape; if desired.

4.  Bake in a pre-heated oven at 180'C for about 15-20 minutes or until golden brown...

Note :

 For filling I weigh :  8 gm 
For dough I weight :  10 gm
Yields :  33 pcs...





BUBUR JAGUNG SAGU...







RESIPI BUBUR JAGUNG SAGU
sumber :    seripayaku
hidangan :    5-6 orang




Bahan-Bahan :

2  tongkol  jagung manis mentah  ~  dihiris nipis
4  sudu besar  sagu biji  ~  yang halus atau kasar
Secubit garam
100  ml  santan pekat  (santan kotak/tin/fresh santan)
1  liter  air  ~  dicampur dengan santan pekat
3  sudu besar  gula merah  ~  tambah lagi jika nak warnanya lebih perang
5  sudu besar  gula pasir  ~  tambah lagi jika nak lebih manis


Cara-Cara :

1.  Basuh sagu biji dan toskan.  Jangan direndam.  Basuh sekali lalu saja.

2.  Masukkan jagung yang telah dihiris, santan pekat yang telah dicampur dengan air dan juga garam ke dalam periuk.

3.  Masak di atas api sederhana sambil dikacau sehingga mendidih.

4.  Setelah mendidih, masukkan pula sagu biji, gula merah dan gula pasir.  Kacau sehingga sagu biji bertukar menjadi jernih dan bolehlah ditutup api.

5.  Siap untuk dihidangkan.  Sesuai untuk minuman petang...

Nota :

***  Kuantiti gula merah dan gula pasir hendaklah disesuaikan mengikut kemanisan yang diperlukan.
***  Kuantiti air boleh dikurangkan atau ditambah bergantung kepada banyak kuah yang diperlukan.