Wednesday, October 31, 2018
SAMBAL PEDAS TELUR REBUS GORENG...
SAMBAL PEDAS TELUR
REBUS GORENG
sumber : Majalah RASA November 2018
Bahan-Bahan :
5 biji telur rebus
3 biji cili merah ~ dihiris kasar
10-15 biji cili padi
2 biji bawang besar ~ dihiris
3 ulas bawang putih
1 keping asam gelugur
1 biji bawang besar ~ dimayang
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan goreng telur rebus sehingga kekuningan dan sedikit garing. Angkat.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng cili merah, cili padi, bawang besar dan bawang putih sehingga sedikit layu. Angkat dan tumbuk kasar.
3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali lain dan tumis seketika bahan tumbuk kasar tadi.
4. Masukkan asam gelugur. Biarkan merenih seketika.
5. Perasakan dengan garam serta gula secukup rasa.
6. Tambahkan hirisan bawang besar yang dimayang tadi. Masak sehingga bawang lembut.
7. Akhir sekali, masukkan telur. Gaul rata dan angkat.
8. Sedia untuk dinikmati...
Labels:
Sambal & Sos
AYAM GORENG MADU MANIS...
AYAM GORENG MADU MANIS
sumber : Majalah RASA November 2018
Bahan-Bahan :
6 ketul kepak ayam ~ dipotong dua (saya guna 2 keping dada ayam dipotong kiub)
1 biji telur
Tepung goreng ayam serbaguna secukupnya
4 sudu makan tepung jagung
Air secukupnya
Sedikit bijan disangai tanpa minyak
Sedikit daun bawang ~ hiris
Minyak masak untuk menggoreng
Bahan Sos :
5 ulas bawang putih ~ hiris halus
4 sudu makan kicap lemak manis
2 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos makanan laut (boleh ganti dengan sos tiram)
Sedikit air
1 sudu makan cuka epal
Sedikit madu
1 sudu makan gula perang
2 sudu makan cili giling
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan kicap, sos cili dan sos makanan laut. Gaul rata.
3. Tambahkan sedikit air. Biarkan mendidih.
4. Masukkan cuka epal, madu, gula perang dan cili giling. Jika suka manis, boleh lebihkan madu.
5. Kacau semua bahan dan masak sehingga pekat. Padamkan api dan sejukkan sos.
6. Bagi menyediakan ayam : cuci, tos airnya dan satukan bersama telur, tepung goreng serbaguna, tepung jagung dan sedikit air. Gaul rata sehingga sebati dan bersalut.
7. Panaskan minyak dan goreng ayam menggunakan teknik double fried (2 kali gorengan). Ia bertujuan untuk mendapatkan tekstur ayam yang rangup.
8. Masukkan ayam ke dalam kuali berisi sos yang telah disejukkan tadi. Gaul sehingga rata.
9. Hias dengan taburan bijan dan hirisan daun bawang sebelum dinikmati...
KONVO UNIMEP, PERLIS...
28/10/2018 (Ahad) Majlis KONVO Sidang ke 13, berlangsung di UNIMEPS, Perlis
anak ku MUHAMMAD AMIN HAKIM...
29/10/2018 (Isnin) Dalam perjalanan balik ke Beranang, kereta kami meragam di R&R Gurun, Kedah dan terpaksa di tunda ke bengkel. Peristiwa yang mungkin tidak akan dilupakan. Selama ni kereta tidak pernah buat hal tapi walau bagaimanapun kami selamat sampai jua ke rumah dalam keadaan hujan lebat, Alhamdulillah !!!
Labels:
Album Famili
Tuesday, October 30, 2018
TAUHU BERGEDIL...
RESIPI TAUHU BERGEDIL VIRAL
sumber : FB@ nur elina
Bahan-Bahan :
1 paket Tauhu pok ~ yang biasa diletak dalam kuah mee kari
5-6 biji ubi kentang ~ hiris nipis & goreng kekuningan
Daun sup secukupnya ~ hiris halus
Bawang goreng secukupnya
100 gm daging cincang ~ digoreng
1 sudu teh garlic salt ~ jika ada. Boleh gantikan dengan garam biasa atau pati ayam. Jumlah ikut kesesuaian
1 sudu teh lemon pepper ~ boleh guna serbuk lada hitam biasa
1-2 biji telur ~ dipukul
Cara Penyediaan :
1. Gunting permukaan kulit tauhu dan korek isinya. Ketepikan.
2. Kentang yang telah digoreng, ditumbuk sehingga lumat.
3. Kemudian masukkan ke dalam bekas bersama dengan daging goreng, daun sup, bawang goreng, garlic salt dan lemon pepper. Jika suka, lebihan isi tauhu boleh juga dicampur sekali.
4. Gaul rata semua bahan dan bulat-bulatkan. Kemudian sumbatkan ke dalam tauhu. Buat sehingga habis.
5. Kemudian salutkan tauhu tadi ke dalam telur yang telah dipukul.
6. Goreng seketika dan angkat bila nampak kekuningan dan garing. Angkat dan toskan.
7. Sedia dinikmati bersama Sambal Kicap. (saya hidangkan bersama Sos Cili saja)...
SAMBAL KICAP : (Jumlah bahan ikut citarasa)
Bahan-Bahan :
Cili merah & cili hijau
Cili api secukupnya
Limau kasturi secukupnya
Garam & gula secukup rasa
Kicap lemak manis secukupnya
Cara-Cara :
Satukan semua bahan sambal kicap dan kisar halus. Kemudian simpan di dalam peti sejuk untuk mendapatkan kepekatan sambal yang dikehendaki...
Labels:
Tauhu
MINI CHEESE CAKE...
RESEPI MINI CHEESE CAKE
sumber : sharmine205omarshahab.blogspot.com
Bahan Untuk Base :
1 cawan biskut crackers/marie yang dikisar
2 sudu besar butter ~ dicairkan
2-3 sudu besar gula aising
*** Campurkan dan gaul rata kesemua bahan untuk base. Ketepikan.
Bahan Untuk Cheese Cake :
250 gm cream cheese, suhu bilik (saya guna Tatura)
50 gm gula kastor (boleh tambah)
3 biji telur gred C, kalau gred A guna 2 biji sahaja
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung
150 ml whipping cream (saya guna Non-Dairy Whipping Cream)
Bahan Topping :
Strawberry filling@ apa-apa filling yang disukai dan buah-buahan untuk hiasan, jika suka
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 180'C.
2. Susun papercup dalam muffin tray@ acuan tart pun boleh guna juga.
3. Sudukan bahan base ke dalam setiap papercup dan tekankan sedikit.
4. Simpan di dalam peti sejuk sementara kita buat adunan cream cheesenya pula.
5. Untuk adunan cream cheese : putar cream cheese dengan gula kastor sehingga sebati.
6. Masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti dengan esen vanilla. Putar sebati.
7. Masukkan tepung jagung, putar lagi.
8. Akhir sekali campurkan whipping cream dan putar lagi sehingga adunan gebu.
9. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam papercup yang berisi biskut tadi.
10. Bakar selama 20 minit. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk selama beberapa jam.
11. Hidangkan bersama fruit filling kesukaan anda dan hiaskan dengan buah-buahan pilihan jika suka...
Labels:
Cheesecake
Friday, October 26, 2018
CHOCOLATE CHEESECAKE...
CHOCOLATE CHEESECAKE
adapted from : yum yum magazine January 2018...
Ingredients A :
60 gm corn oil
200 gm cream cheese
80 ml milk
1/4 tsp salt
6 egg yolks (I use grade A/large)
100 gm plain flour
20 gm cocoa powder
Ingredients B :
6 egg whites (grade A/large)
1/2 tsp cream of tartar
100 gm caster sugar
Method :
1. Combine corn oil, cream cheese, milk and salt in a heat resistant bowl, double-boil and stir until smooth. Remove from heat and leave to cool slightly. Add in egg yolks slowly and mix well. Add in plain flour, cocoa powder and stir well.
2. Put egg whites and cream of tartar in a clean mixing bowl, beat until foamy. Add in sugar in 2 batches and continue whisking until soft peaks form (when lift the beater, peaks will form and curl over slightly).
3. Combine 1/3 of whisked egg white with mixture method (1) and mix well gently. Pour into the remaining whisked egg white and mix well gently. Pour the batter into a 9 inch loose-base cake tin. (Wrap cake tin with aluminium foil to prevent water from seeping through). (You may lined it with parchment if you prefer).
4. Bake in water bath at the preheated oven of 160'C for about 50-60 minutes until golden brown and cooked through.
5. Remove, unmold and leave to cool. Chill in the fridge before serving...
Labels:
Cheesecake
AYAM SAMBAL CILI PADI BUNGA KANTAN...
AYAM SAMBAL CILI PADI
BUNGA KANTAN
sumber : Majalah RASA Oktober 2018
Bahan-Bahan :
1 kg ayam ~ potong sederhana
2 kuntum bunga kantan ~ hiris memanjang
1 biji tomato ~ belah empat
1 biji bawang besar ~ hiris
1 sudu makan air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya ~ untuk menggoreng & menumis
Bahan Kisar :
15 tangkai cili padi
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 batang serai ~ hiris
Cara Memasak :
1. Gaulkan ayam dengan sedikit serbuk kunyit dan garam halus sehingga rata. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak, goreng ayam sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
4. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
5. Masukkan bunga kantan, tomato, hirisan bawang besar, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
6. Kecilkan api, masukkan ayam yang digoreng tadi, gaul rata.
7. Sesuaikan rasa, tutup api dan ayam sambal sedia dihidangkan...
Labels:
Sambal & Sos
Thursday, October 25, 2018
COCONUT FLAN...
COCONUT FLAN -- Banh Flan Dua
adapted from : danangcuisine.com
yields : 10 small ramekins
Ingredients :
3 whole eggs (I use large eggs/grade A)
2 yolks (grade A)
180 gm sweetened condensed milk (about 1/2 can)
400 ml milk
200 ml coconut cream
1 tsp vanilla extract
1 tbsp butter ~ to grease the ramekins
200 gm sugar * (1 cup)
2 tbsp water * ( * to make the caramel )
1-2 lime (squeeze to get the juice)
Directions :
1. First of all, butter the molds, so it is easier to remove the flan later. You can use ceramic ramekins or plastic molds.
2. Then we make the caramel. In a small saucepan, add 200 gm (1 cup) sugar and 2 tablespoon water. Bring to a boil over medium heat. DO NOT STIR. Only swirl the pan once in a while to melt the sugar. When it is melted, lower the heat and watch the caramelization process closely. The color gradually changes to amber. TURN OFF HEAT and add 2 tablespoon lime juice.
3. Quickly pour into the ramekins to coat the bottom of each one with a thin layer of the caramel. It's extremely hot and the caramel hardens very fast, so handle quickly with care please.!!!
4. To make the custard mixture : crack the eggs in a large bowl. You need 3 eggs and 2 yolks. Egg whites make flan firmer and bouncier; egg yolks make it richer and softer. So this ratio gives a nicely soft and rich flan. If you want your flan to be more on the firm side, you can use 5 whole eggs. Mix gently with a balloon whisk or a fork, making sure it always touch the bottom of the bowl. This is to prevent creating bubbles.
5. Then add the sweetened condensed milk, coconut cream and milk. You can also use coconut milk to replace coconut cream if not available. If you prefer making normal flan instead, use heavy cream to replace coconut cream.
6. Next, add vanilla extract and stir well till homogenous. Then pour to a pourable jug through a sieve to get a smooth mixture. Pour into the prepared ramekins or plastic molds. Cover with lids or pieces of aluminium foil.
7. Fill the base of your steamer with 2 cups of water. Arrange the custard molds in the steamer compartment. Steam on high for 5 minutes and then turn the heat to low and steam for another 10-15 minutes depending on the size and material of the molds. Make sure to check to avoid over cooking the flan. Overcooked flans has bubble dots around the surface which is still fine to eat but they are not perfect for presentation.
8. When you insert a toothpick into the center and it comes out clean, it's done. Chill at least 4 hours or overnight.
9. To unmould : run a knife along the edges and place the ramekin upside down onto a plate to let the flan drop out.
10. Serve and Enjoy. !!!!
Labels:
Puding
IKAN BAWAL MASAK KUAH PECAK...
IKAN BAWAL MASAK KUAH PECAK
sumber : Majalah RASA Julai 2018...
Bahan-Bahan :
1 ekor ikan bawal ~ bersihkan
4 helai daun limau purut ~ hiris
4 helai daun salam ~ hiris
1 biji buah tomato ~ belah 6
Minyak untuk menggoreng
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu besar air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Bahan Kisar :
5 tangkai cili kering ~ rendam seketika dalam air panas hingga lembut
3 biji cili merah
2 biji bawang besar
2 batang serai
2 cm lengkuas
Cara Memasak :
1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Ketepikan.
3. Tinggalkan dalam 3 sudu makan minyak dari minyak gorengan ikan tadi.
4. Tumiskan bahan-bahan kisar bersama daun limau purut dan daun salam sehingga berbau wangi.
5. Masak sehingga garing dan pecah minyak kemudian masukkan air asam jawa, gula dan garam.
6. Kacau seketika dan masukkan buah tomato.
7. Tambahkan sedikit air jika hendakkan kuah pecak yang berkuah.
8. Tuangkan kuah pecak ke atas ikan tadi. Sesuaikan rasanya terlebih dahulu.
9. Ikan sedia dihidangkan...
Labels:
Ikan
Subscribe to:
Posts (Atom)