KEK PISANG

Saturday, July 30, 2011

KUIH HARUM MANIS
sumber : dari buku Kak Ita Delight



50 gm mentega cair
200 gm gula pasir
300 gm gula melaka
350 gm tepung gandum
350 ml air
3 biji telur
8-9 biji pisang - dihiris bulat nipis
1/2 tsp. baking powder
1/4 tsp. garam
1 tsp. soda bikarbonat
1 tbsp. esen vanilla


1. Masak gula melaka dan air hingga menjadi sirap gula. Tapis & sejukkan.
2. Ayak bersama tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat, kemudian ketepikan.
3. Putar telur dan gula hingga naik.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dgn. menggunakan spatula dan kacau rata.
5. Masukkan esen vanilla, mentega cair serta sirap gula dan kacau hingga sebati.
6. Sapukan acuan kecil-kecil dgn. sedikit mentega/minyak. Tuangkan 3/4 penuh sahaja ke dalam acuan lalu letakkan hirisan pisang ke atas adunan.
7. Kukus selama 15 minit.
KEK BROWNIES KUKUS KEJU
sumber : buku 'Kompilasi Hidangan Kek' dari Nor Aini Zakaria



Bahan Kek : 200 gm gula kastor
130 gm tepung gandum )
50 gm serbuk koko ) diayak (A)
1/2 tsp. baking powder )
170 gm minyak masak
120 gm coklat masakan - dicincang
50 gm susu krimer manis
10 gm ovalet
5 biji telur (gred 'A')
1/2 tsp. coklat emulco
1/2 tsp. esen vanilla

Bahan Kek Keju : 500 gm krim keju
130 gm gula kastor
4 biji telur (gred 'A')



Sediakan pengukus dan isikan air 1/4 penuh. Jerangkan hingga mendidih. Griskan acuan empat segi berukuran 8 x 8 inci. Lapik dengan kertas serap minyak.
Masak coklat masakan secara double-boiler. Apabila cair, masukkan minyak masak dan gaul sebati. Sejukkan.
Satukan telur, gula kastor dan ovalet dalam mangkuk adunan. Pukul dengan kelakuan tinggi hingga kembang dan gebu selama 10 minit. Masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau berselang-seli dengan adunan ciklat masakan tadi. Kemudian masukkan susu krimer manis, coklat emulco dan esen vanilla. Gaul hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam acuan. Kukus selama 20 minit hingga masak.
Kek Keju : Pukul krim keju dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati. Tuangkan adunan krim keju atas kek coklat yang sudah masak tadi. Tutup acuan kek dengan kertas aluminium supaya air wap tidak menitik. Kukus semula selama 30 minit atau hingga masak. Gunakan api besar.

Thursday, July 28, 2011

MARBLE DAHLIA CUSTARD COOKIES tanpa telur
sumber : Myresipi.com


125 gm butter/marjerin
40 gm gula icing )
50 gm tepung kastad ) diayak bersama
150 gm tepung gandum )
1/2 tsp. esen vanilla
sedikit pewarna merah
ceri merah, kismis atau chocolate chip untuk hiasan



Putar butter, gula & esen vanilla hingga berkrim. Masukkan bahan-bahan kering dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian warnakan merah dan satu bahagian lagi biarkan warna asal.
Masukkan sedikit adunan merah & asal dan paipkan atas dulang. Hias dan bakar.

Suhu oven : 160'C - 20 minit. (Tqvm kepada yang empunya resipi yang enak ini).

MUFFIN COKLAT

MUFFIN COKLAT
sumber : Azlita Aziz (Masam Masam Manis)


Bahan A : 2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan serbuk koko
2 tsp. baking powder
2 tsp. soda bicarbonate
3 tsp. serbuk Nescafe
sedikit garam

Bahan B : 2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair/susu segar
3 biji telur
1 - 2 tbsp. oren sunquick

Bahan C : 3/4 cawan air panas


Campur semua bahan B dan ketepikan. Ayak semua bahan A ke dalam mangkuk besar. Masuk bahan B ke dalam A dan kacau rata. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul rata. Cedok ke dalam muffin cup dan bakar.

Suhu oven : 175'C - 20 minit
Nota : muffin ini sedap dan moist gitu. Tqvm kepada yang empunya resipi ini.

Saturday, July 23, 2011

PUDING ROTI MARBLE COKLAT STRAWBERRY
sumber : Hanamemories


4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170 ml susu cair
10 gm serbuk agar-agar
1/2 cawan gula kastor
2 tbsp. butter/marjerin
3 1/2 cawan air (230 ml)
2 tbsp. serbuk koko/coklat emulco
2 tbsp. strawberry emulco


Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula dalam periuk. Blend/kisar roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air tadi (1/2 cawan) kemudian tuang dalam periuk agar-agar yang sudah mendidih tadi. Masukkan butter dan kacau rata sampai mendidih. Tutup api.
Bahagi kepada 2 bahagian. Satu bahagian masukkan serbuk koko manakala satu bahagian lagi strawberry emulco. Gaul sebati kedua-dua bahagian secara berasingan. Tuang dalam loyang berselang-seli hingga habis. (buat dengan cepat kerana puding ini cepat membeku). Simpan dalam peti ais selama 1 jam.

Loyang : 7/8 inci
Nota : Tqvm Hana for this lovely recipe.
BINGKA SUJI
sumber : buku Tempting Kuih dari Chef Azimah



250 gm tepung suji
50 gm butter
1 liter air biasa
5 biji telur (gred B & kalau A = 4 biji)
1 tin susu cair
100 gm susu pekat manis
300 gm gula kastor
50 gm tepung gandum
2 helai daun pandan
1 tsp. esen vanilla
1/2 tsp. garam
sedikit pewarna kuning jika suka


Pukul telur dan gula hingga sebati. Masukkan tepung gandum, tepung suji, susu cair, susu pekat, garam dan air. Kacau sebati. (Guna whisk tangan). Kacau atas api hingga agak pekat (masak secara naik wap), tutup api baru masukkan butter dan esen vanilla.
Tuang dalam loyang 8 x 8 inci persegi yang dialas foil dan sapu butter. Bakar selama 1 jam atau bahagian atas nampak berlemak dengan Suhu : 180'C api atas bawah. (tidak perlu dipanaskan oven terlebih dahulu).
PULUT SERIKAYA
sumber : dari blog 'tiffinbiru'



Bahan Bawah : 2 cawan beras pulut (rendam 30 minit & toskan
1 1/2 cawan santan cair
1/2 tsp. garam
1 tbsp. minyak masak

Gaul semua bahan diatas hingga sebati dan kukus selama 30 minit. (Letak 1 helai daun pandan agar wangi). Selepas masak tekan dengan padat dan tuang bahan lapisan atas dan kukus lagi selama 30 minit hingga masak.


Bahan Lapisan : 1 cawan tepung gandum
Atas 1 tbsp. tepung jagung
1 tbsp. tepung beras
3/4 cawan gula melaka (hiris) ) masak hingga larut,
1/2 cawan gula pasir ) tapis & sejukkan.
1 helai daun pandan - simpul ) Buang daun pandan.
1 cawan air )
2 biji telur
2 cawan santan pekat
1/2 tsp. garam
sedikit chocolate emulco (optional)

Satukan semua bahan di atas. Tapis jika bergentel. Masak naik wap. Tuang atas bahan bawah dan kukus selama 25 minit hingga masak dengan api sederhana.

Acuan : loyang 9 x 9 inci, sapu minyak dan alas dgn. plastik. (Tqvm kepada Mat Gebu kerana resepi yang sedap ini).
PUDING TRIORASA
sumber : Majalah Anjung Seri



Bahan A : 2 tsp. serbuk agar-agar
400 ml air
2 biji kuning telur
60 gm gula pasir
200 ml pati santan dari 1/2 biji kelapa
1/2 tsp. esen pudina
sedikit pewarna hijau
1/2 tsp. esen oren
sedikit pewarna kuning

Bahan B : 500 ml air
2 tsp. serbuk agar-agar
50 gm gula pasir (boleh tambah jika kurang manis)
2 helai daun pandan - disimpul)
1/2 tsp. esen mawar/ros


Cara membuat bahan A : Jerang serbuk agar-agar, air, kuing telur, gula dan santan hingga mendidih. Bahagi kepada 2 bahagian. Satu bahagian bubuh esen pudina dan pewarna hijau dan satu bahagian lagi bubuh esen oren dan pewarna kuning. Isikan dalam 2 bekas berasingan yang dibasahkan dan biar keras. Apabila beku/keras, potong menjadi dadu-dadu kecil. Ketepikan.
Sementara itu, jerang bahan B hingga serbuk agar-agar dan gula larut. Buang daun pandan. Tutup api dan masukkan agar-agar warna hijau dan kuning yang telah dipotong dadu-dadu kecil tadi. Tuang ke dalam acuan dan biar keras sebelum dihiris. Hidang sejuk.
PUDING KACANG MERAH
sumber : blog Gulahangus.



3 cawan air (600 ml)
3 cawan susu segar (600 ml)
2 cawan gula pasir (200 gm)
20 gm. serbuk agar-agar
1 tin kacang merah (Sunstar Red Kidney Beans)
sedikit pewarna merah & garam


Kisar kacang merah dan airnya hingga halus. Masakkan serbuk agar-agar, gula dan air hingga mendidih dan gula larut. Masukkan susu, kacang merah, garam dan pewarna. Masak hingga mendidih. Setelah mendidih tutup api dan tuang ke dalam acuan pilihan yang telah disahkan terlebih dahulu. Sejukkan dahulu sebelum dimasukkan dalam peti ais.

Nota : untuk dapatkan puding yang agak lembut sedikit cuma tambah sedikit lagi air anggaran 1/4 cawan. Tqvm kepada empunya resepi ini.


PUDING NENAS - 9"
sumber : blog 'Gulahangus'



2 biji telur
1 tin nenas gelang (brand 'Adabi')
1 tin susu cair
20 gm. serbuk agar-agar
3 tbsp. tepung kastad
1 3/4 cawan gula kastor
5 cawan air
1 tsp. perisa nenas



Nenas asingkan beberapa keping untuk hiasan - agak-agak 5 keping. Kisar lebihan nenas dan sirapnya bersama tepung kastad, telur, perisa nenas dan susu cair. Sementara itu masak gula, serbuk agar-agar bersama air. Masak hingga mendidih.
Setelah mendidih masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Kecilkan api. Kacau selalu hingga mendidih. Setelah mendidih masukkan dalam loyang atau bekas yang telah disusun dengan nenas didalamnya. Tunggu hingga suam barulah dimasukkan dalam peti ais.

Nota : letak cerim merah ditengah (lubang) nenas gelang agar cantik. (Puding ini cantik & sedap. Tqvm pada empunya resipi kerana sudi berkongsi).

Friday, July 22, 2011

MUFFIN COKLAT PISANG KUKUS
sumber dari : buku 'Inspirasi Kek' Ita Delight



Bahan A : 260 gm tepung gandum
2 tbsp. serbuk koko
1 tsp. soda bicarbonate
1 tsp. baking powder
1/2 tsp. serbuk kayu manis (optional)
1/4 tsp. garam

Bahan B : 225 gm pisang berangan/emas - dilecek halus
190 gm marjerin Daisy (cairkan)
210 gm gula perang
2 biji telur (pukul sedikit)


Panaskan kukusan. Ayak bahan-bahan A dan masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan semua bahan-bahan B dan gaul sebati. Masukkan adunan ke dalam acuan muffin yang telah dialas dengan kertas cawan, kemudian isikan 3/4 adunan dan kukus selama 20 minit. (sudah cuba dan sedap)
TELUR KUKUS SRI RAMPAI
sumber dari : Storyofmama

Suami ku pada mulanya agak takut juga nak makan kerana dia ingat ini kuih cekodok. Jadi katanya ianya untuk dimakan ketika minum petang. Jadi saya terangkan padanya yang ini adalah lauk berasaskan telur barulah dia memakannya. Maklumlah tak pernah mencuba masakan ini. Saya katakan resepi ini dapat dari blog Storyofmama. Jadi saya pun mencubanya. Ianya menjadi dan sedap, apalagi ketika dimakan panas-panas dgn. sos cili. Tqvm kepada empunya blog ini kerana sudi berkongsi resipi ini.
TELUR KUKUS SRI RAMPAI


4 biji telur
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 biji cili merah (hiris halus memanjang)
1 biji tomato (hiris/dadukan)
1 tangkai daun bawang & daun sup
1/2 tsp. gula
2 tbsp. minyak
1/2 pek daging kisar (saya guna udang kisar/cincang)
garam secukup rasa
sedikit lada sulah (jika suka)


Masukkan semua bahan ke dalam telur yang telah dipukul dan gaul hingga sebati. Masukkan ke dalam acuan yang disukai. (Sapu sedikit minyak pada acuan) dan kukus.
Masa Kukus : 10-15 minit jika guna daging kisar. Hidang panas-panas dengan nasi putih.
PUDING SEMPOI STRAWBERRY
sumber dari : tiffinbiru.blogspot.com


10 gm serbuk agar-agar
1000 ml air
400 ml susu cair (1 tin)
300 gm gula kastor (elok dikurangkan sikit sebab manis - 250 gm)
secubut garam
sedikit pewarna merah jambu & perisa strawberry


Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air dalam periuk dan masak hingga mendidih dan gula larut. Masukkan pewarna dan perisa. Kacau dan biar mendidih perlahan. Bancuh garam bersama susu cair dan tuang ke dalam bancuhan agar-agar. Masak dengan api perlahan hingga mendidih. Kacau selalu untuk mengelakkan dari meruap. Bila mendidih tutup api dan tuang dalam acuan kegemaran. Sejukkan dan hidangkan. (kepada Mat Gebu tqvm for this lovely & delicious pudding).

BISKUT BUAH KANA
sumber : Dayang Jack



1 1/4 cawan tepung gandum )
1/2 cawan tepung kastad ) ayak bersama
1/2 cawan tepung jagung )
1/2 tsp. baking powder )
1/2 cawan marjerin/butter (125 gm)
1 biji telur (gred B)
1 tsp. esen vanilla
1/2 cawan gula halus
1 tsp. chocolate emulco (yg. ini saya tambah)
Jem kesukaan secukupnya/Nutella


Pukul gula dan butter hingga sebati. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata. Kemudian masukkan tepung-tepung yang telah diayak dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
Untuk membentuk, ambil sedikit adunan doh dan tekan ke dalam acuan buah kana. Ketuk untuk keluarkan dari acuan dan susun di atas dulang pembakar. Bakar dengan suhu : 180'C selama 20-25 minit. Kemudian sapukan dengan nutella/jem yang digemari pada biskut dan cantum dengan kemas. (sapu jem semasa biskut masih panas supaya ia cepat kering dan melekat dgn. sempurna.)
Tqvm to Dayang Jack for this lovely and delicious recipe.

Tuesday, July 19, 2011

CHOCOLATE CHIP MUFFIN
sumber : Joy od Baking.com



1/2 cawan butter - cairkan & sejukkan (113 gm)
2 biji telur (A) )
1 cawan susu segar ) gaul sebati
1 1/2 tsp. esen vanilla )
2 cawan tepung gandum
2/3 cawan gula kastor
1 tbsp. baking powder
1/2 tsp. garam halus
1 cawan chocolate chip

Topping : 1 tbsp. gula kastor ) gaul sebati & tabur atas muffin
1/2 tsp. serbuk kayu manis ) & bakar


Dalam mangkuk, bancuh bahan basah dan bahan kering hingga sebati. (Do not overmix or else the muffin will be tough). Kemudian tabur bahan topping atas muffin dan bakar hingga masak. Suhu oven : 190'C selama 18-20 minit bergantung pada oven masing-masing. (Muffin ini sedap dan kemanisannya sederhana),
SELAMAT MENCUBA

Monday, July 18, 2011

CHEESE CHIFFON CAKE
sumber : buku Kevin Chai


Egg yolk batter :

3 pcs. cheese slices
20 ml. cooking oil
20 ml. milk
2 egg yolks
20 gm caster sugar
40 gm plain flour

Egg white foam :

2 egg whites
1/4 tsp. cream of tartar
50 gm caster sugar


To make egg yolk batter, melt the cheese slices, oil and milk over simmering water. Remove from heat, combine with egg yolks and sugar in a mxing bowl. Fold in flour until forms batter.
To make egg white foam, beat egg whites and cream of tartar until mixture forms soft peaks. Gradually add in sugar, beating at high speed until frothy and stiff peaks form. Gently fold beaten egg white foam into egg yolk batter until blended.
Pour batter into ungreased 6-in (19 cm) tube pan. Bake in preheated oven at 170'C for 30 minutes or until cooked. Remove from oven, invert cake onto wire rack until completely cooled.

PUTRI AYU MARBLE
sumber dari : Yatiememories.blogspot.com


4 biji telur (A)
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
1/2 tsp. baking powder
1/2 cawan santan pekat/santan kotak/susu segar (saya guna susu segar)
1 tsp. ovalet
perisa pandan/perisa kegemaran

Inti Kelapa : 2 cawan kelapa parut putih )
1 tbsp. tepung ubi ) gaul sebati
1/2 tsp. garam )

Putar telur dan gula hingga kembang. Masuk ovalet dan putar lagi hingga betul-betul kembang. Masuk tepung selang-seli dengan susu segar dan putar lagi hingga sebati.
Bahagi kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut suka.
Kukus selama 15 minit.

Saturday, July 9, 2011

CARROT CAKE (10/7/2011 - Ahad)
untuk temanku Pn. Yanti. Tersilap tulis tarikh. Minta maaf banyak-banyak dan tqvm.
CUPCAKE FONDANT
untuk temanku Pn. Yanti (10/7/2011 - Ahad)
CUPCAKE BC WITH SIMPLE DECO
hadiahkan untuk temanku Pn. Yanti sempena majlis perkahwinan anaknya - 10/7/2011 - Ahad)
Bunga Fondant
GULA MELAKA CHIFFON CAKE


Egg yolk batter :

150 gm gula melaka
100 ml coconut milk
6 nos egg yolks
4 tbsp cooking oil
1/4 tsp salt
140 gm plain flour

Egg white foam :

6 nos egg whites
1/4 tsp cream of tartar
50 gm caster sugar

To make egg yolk batter, melt the gula melaka and coconut milk over low heat. Remove and pour in a mixing bowl, leave to cool.
Combine with egg yolks, cooking oil and salt. Fold in flour u ntil forms batter.
To make egg white foam, beat egg whites and cream of tartar until mixture forms soft peaks. Gradually add in sugar, beating at high speed until frothy and stiff peaks form. Gently fold beateen egg white foam into egg yolk batter until blended.
Pour batter into ungreased 9-in (22 cm) tube pan. Bake in preheated oven at 170'C for 30-40 minutes or until cooked. Remove from oven, invert cake onto table until completely cooled. (Kek ini sedap dan wangi ketika dibakar).

GULA MELAKA CHIFFON CAKE
Source: from Kevin Chai's book

Saturday, July 2, 2011

CUPCAKE with simple BC deco. Tempahan dari rakan Fatin (Echa - 2/7/2011 - Sabtu) TQVM

Cupcake with simple BC deco for hand practice only.
APAM DOT-DOT berintikan blueberry filling
APAM DOT-DOT berinti strawberry filling
kedua-dua apam ini ditempah oleh jiranku Pn. Alin (1/7/2011 - Jumaat). TQVM
KEK SIFON PANDAN
sumber : dari buku Kompilasi Hidangan Kek
oleh : Nor Aini Zakaria



Bahan (A) : 150 gm tepung kek
1 tsp. serbuk penaik
1/2 tsp. soda bikarbonat
1 tsp. pes pandan
125 gm gula kastor
7 biji kuning telur (gred A)
75 gm minyak masak
75 gm pati santan

Bahan (B) : 7 biji putih telur (gred A)
125 gm gula kastor
1/4 tsp. serbuk krim tartar

Cara membuat :

Bahan (A) : Ayak tepung kek, serbuk penaik dan soda bikarbonat dalam mangkuk adunan. Campurkan bahan yang lain dan gaul perlahan dengan senduk kayu hingga rata.
Pukul bahan B) hingga pekat dan gebu. Masukkan ke dalam adunan tepng tadi. Gaul perlahan hingga sebati.
Sediakan acuan kek sifon berukuran (24 cm - 10 inci). Tuangkan adunan ke dalamnya. Acuan tak perlu digriskan. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180'C selama 50 minit- 1 jam.
Apabila kek telah masak, terbalikkan acuan agar permukaannya tidak mendap. Setelah 15 minit, pusingkan semula pada kedudukan asal. Lorekkan pisau pada keliling kek dan keluarkan kek. Sediakan. SELAMAT MENCUBA.
Bold
KEK SIFON PANDAN