Saturday, November 30, 2019
IKAN KERISI TUMIS ASAM ...
IKAN KERISI TUMIS ASAM
sumber : yatiememories ...
Bahan-Bahan :
5 ekor ikan kerisi atau ikan apa-apa pun boleh
1 batang serai ~ dititik
2 sudu besar asam jawa ~ bancuh bersama 1/2 cawan air
Garam & sedikit gula
Sedikit serbuk kunyit untuk menggoreng ikan
Minyak masak secukupnya
1 cawan air atau secukupnya
Bahan-Bahan Hiris :
2 tangkai cili hijau/merah
6 tangkai cili padi
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia
Cara Memasak :
1. Siangkan ikan, cuci bersih dan toskan. Gaul ikan kerisi bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga separuh masak. Angkat, toskan minyaknya dan ketepikan dulu.
2. Tinggalkan sedikit minyak gorengan ikan tadi di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dihiris tadi, masukkan juga serai yang dititik tadi.
3. Setelah wangi, masukkan air asam jawa. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tambahkan sedikit air lagi jika perlu. (ikut selera masing-masing yang nak kuah banyak atau sedikit).
4. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul sebentar. Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Labels:
Ikan
SAYUR PARK CHOY ...
RESIPI SAYUR PARK CHOY
sumber : www.rasa.my@Februari 2018 ...
Bahan-Bahan :
300 gm sayur park choy (dalam 4 tangkai dipotong kecil jika mahu)
1 batang lobak merah saiz kecil ~ dihiris membulat
3 biji bawang putih ~ ditumbuk kasar
2 sm halia ~ dicincang halus
4 sudu makan sos tiram
1 sudu teh minyak bijan (atau minyak biasa)
Garam & gula secukupnya
Sedikit serbuk perasa
1/2 sudu makan tepung jagung ~ dibancuh dengan sedikit air
Sedikit bawang goreng
Sedikit hirisan cili merah
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Sayur leraikan dari kelopak dan dibasuh bersih.
2. Celurkan sekejap park choy tadi dalam air panas yang dimasukkan sedikit garam. Angkat dan toskan.
3. Sayur disusun atas pinggan atau dipotong kecil, jika mahu. Ketepikan seketika.
4. Sementara itu panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih serta halia sehingga naik bau. Masukkan lobak merah, biarkan lembut.
5. Kemudian masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung yang secukupnya. Kacau sebati hingga agak pekat sedikit.
6. Kemudian masukkan garam, perasa serta sedikit gula dan beberapa titik minyak bijan.
7. Biarkan seketika sehingga kuah menjadi pekat seperti yang dikehendaki anda.
8. Tutupkan api. Akhir sekali curahkan sos/kuah di atas sayur park choy tadi.
9. Sebagai hiasan, taburkan bawang goreng, hirisan cili merah dan sedia untuk dihidangkan.
Labels:
Sayur
Friday, November 29, 2019
MASAK TEMPOYAK IKAN PATIN ...
MASAK TEMPOYAK IKAN PATIN
RESIPI ASLI TEMERLOH
sumber : Azie Kitchen.com
Bahan-Bahan :
1 ekor ikan patin saiz sederhana
2 senduk gulai tempoyak
4 cawan air ~agak-agak pekat kuah yang disukai
1 biji cili merah (optional ~ untuk bagi kuah merah)
Segenggam cili padi merah ~ ikut kepedasan yang disukai
1 inci kunyit hidup
Secekak daun kesum
Sedikit garam
Cara Memasak :
1. Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.
2. Masukkan ikan dan kesemua bahan-bahan kecuali daun kesum ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan mendidih.
3. Setelah mendidih, masukkan daun kesum. Masak dalam 2-3 minit sahaja. Sesuaikan rasa dan tutup api. Sedia dihidangkan.
NOTA :
1. Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah ditambahkan sedikit asam keping/gelugor.
2. Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai.
3. Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan sepertimana yang dibuat oleh kedai-kedai makan di Temerloh.
Labels:
Ikan
SALAD TELUR ...
RESIPI SALAD TELUR
sumber : hanamemories.blogspot.com
Bahan-Bahan :
Telur rebus ~ dibelah dua
Salad
Timun & tomato ~ dihiris nipis
Sos cili
Sos tomato
Mayonis
Cara Penyediaan :
1. Susunkan salad, timun, tomato dan telur rebus di dalam pinggan.
2. Tuangkan sos cili, sos tomato dan mayonis.
3. Sedia dihidangkan.
Labels:
Salad/Kerabu
SAYUR CAMPUR SOS TIRAM ...
SAYUR CAMPUR SOS TIRAM
sumber : sajiandapurbonda.blogspot.com
Bahan-Bahan :
2 biji bawang merah ~ dihiris halus
4 ulas bawang putih ~ cincang halus
Sedikit ikan bilis
1 sudu besar sos ikan/sos sotong
5 sudu besar sos tiram ~ dibancuh dengan sedikit air
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk pasti sedap Knorr
1 biji cili merah ~ dihiris
Air secukupnya ~ untuk kuah
1 sudu teh tepung jagung ~ dibancuh dengan sedikit air (jika suka) untuk memekatkan kuah
Garam & gula secukup rasa
1 sudu besar minyak masak untuk menumis
Bahan Sayuran :
Bunga kobis ***
Lobak merah ***
Putik/baby jagung ***
Tomato ***
Kacang sepat ***
*** Cara pemotongan & kuantiti sayur ikut citarasa.
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sehingga naik bau.
2. Selepas itu masukkan sos tiram bersama air. (Air yang digunakan ikut citarasa kepada banyaknya kuah yang disukai).
3. Perasakan dengan sos ikan, serbuk lada hitam, serbuk pasti sedap Knorr, garam dan gula secukupnya. Kacau dan masak sehingga mendidih.
4. Masukkan kesemua sayur-sayuran kecuali tomato. Biarkan mendidih seketika. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga sayur-sayuran mesra dan sebati. Akhir sekali masukkan tomato dan cili, kacau sekejap. Tutup api dan sedia dihidangkan.
Labels:
Sayur
Thursday, November 28, 2019
MAYONIS COKLAT MUFFIN ...
RESIPI MAYONIS COKLAT MUFFIN
sumber : FB@Aznie Khasri
Bahan A : (cairkan)
250 gm dark cooking chocolate
250 gm butter
Bahan B : (sebatikan)
4 biji telur gred A
225 gm gula kastor
160 gm mayonis
1 sudu teh esen vanilla
Bahan C : (diayak)
170 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
1/2 sudu teh soda bikarbonate
Bahan D :
350 gm coklat chip
Cara-Cara :
~ panaskan oven pada suhu 200'C.
~ cairkan butter bersama dark cooking chocolate dengan cara double boil hingga larut.
~ sebatikan bahan B di dalam mangkuk bersesuaian.
~ masukkan bahan A yang telah dicairkan, gaul sehingga sebati.
~ masukkan bahan C sedikit demi sedikit, gaul sehingga sebati, tak perlu gaul lama-lama, gaul cukup sehingga sebati saja.
~ masukkan coklat chip, gaul sehingga rata dan sebati.
~ sudukan ke dalam muffin liner 3/4 penuh, taburkan sedikit coklat chip (jika suka) di atasnya.
~ turunkan suhu kepada 175'C dan bakar selama 25-30 minit hingga masak sepenuhnya (bergantung pada oven masing-masing).
~ Siap !!!
Labels:
Muffin
KAILAN IKAN MASIN ...
RESIPI KAILAN IKAN MASIN
sumber : Surianti Ramli
Bahan-Bahan :
2 ikat sayur kailan ~ dicuci bersih & dipotong
5 ulas bawang putih ~ diketuk
1 labu bawang besar ~ dipotong baji
2 biji cili merah ~ dihiris
2 keping ikan tenggiri jeruk ~ dibersihkan & dipotong kecil
1 biji limau kasturi ~ diperah ambil jusnya
2 sudu besar sos tiram
Sedikit air
Sedikit minyak masak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali. Goreng ikan tenggiri jeruk sehingga sedikit garing. Masukkan bawang putih, kacau rata sehingga harum baunya.
2. Masukkan sedikit air dan sos tiram. Biarkan mendidih sekejap.
3. Masukkan sayur kailan bersama bawang besar dan cili merah serta air perahan limau kasturi. Kacau rata sebentar.
4. Sesuaikan rasanya, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Labels:
Sayur
IKAN KEMBUNG GORENG CILI ...
IKAN KEMBUNG GORENG CILI
sumber : Insta@majalahrasa ...
Bahan-Bahan :
6 ekor ikan kembung ~ dilumur garam kunyit & digoreng (me : guna ikan sardin)
4 sudu makan kicap manis
2 sudu makan kicap pekat
4 sudu makan sos cili
5 biji cili padi ~ dikisar
4 biji bawang merah ~ dikisar
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1 biji bawang besar Holland ~ dihiris
1 cm halia ~ dihiris halus
1 biji tomato ~ dibelah 6 (me : tambah)
Sedikit serbuk lada hitam
8 biji cili padi ~ dibuang tangkai
Sedikit air
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar sehingga garing berbau wangi.
2. Kemudian masukkan hirisan bawang putih, bawang besar, halia dan cili padi. Kacau sehingga naik bau.
3. Seterusnya masukkan kicap manis, kicap pekat, serbuk lada hitam dan sos cili. Kacau rata. Tambahkan sedikit air. Biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan yang digoreng dan tomato. Perasakan dengan garam secukupnya, jika perlu. Gaul rata dan biarkan mendidih seketika.
5. Tutup api, angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Labels:
Ikan
Wednesday, November 27, 2019
DAGING MASAK HITAM ...
RESIPI DAGING MASAK HITAM
sumber : www.rasa.my
kredit to : delimazamrud.my
Bahan-Bahan :
1 kg. daging (me : guna daging batang pinang)
1/2 botol kecil kicap pekat Jalen warna merah
Gula pasir/gula Melaka secukupnya
Garam secukup rasa
1 sudu kecil air asam jawa
1 biji bawang besar ~ dimayang, untuk hiasan
Minyak masak
Bahan Dikisar :
10 batang serai
10 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut & toskan, boleh tambah jika suka pedas
4-5 inci halia
3 biji bawang besar kuning
6 biji buah keras
1 labu bawang putih
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali, masukkan daging dan dikacau rata.
2. Kemudian masukkan bahan kisar. Biarkan masak sehingga daging lembut dan pecah minyak.
3. Akhir sekali masukkan kicap pekat, air asam jawa, gula serta garam secukup rasa.
4. Jika suka, masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan. Sesuaikan rasa, tutup api, bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.
Labels:
Daging
Monday, November 25, 2019
KURMA TELUR TANPA SANTAN ...
RESIPI KURMA TELUR
TANPA SANTAN
sumber : resepisedap-nennie.blogspot.com
Bahan-Bahan :
8 biji telur ~ direbus & dikupas kulit
4 biji ubi kentang ~ dikupas kulit & potong ikut suka
5 biji buah keras ~ ditumbuk lumat
1 peket serbuk rempah kurma
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 keping asam gelugor (saya tambah)
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
Sedikit air atau secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Kupas bawang merah, bawang putih, halia dan dimayang halus kemudian tumis semua bawang, halia bersama kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga terbit bau wangi.
2. Campurkan rempah kurma dengan sedikit air. Bila bawang sudah layu, masukkan rempah kurma dan terus mengacau sehingga rempah kurma masak dan terbit minyak.
3. Kemudian masukkan semua buah keras yang ditumbuk lumat, kacau sekejap dan terus masukkan air secukupnya. Masukkan semua ubi kentang dan biarkan kuah mendidih sekejap. Masukkan semua telur yang sudah di kelar-kelar dan kacau supaya semua bahan mesra.
4. Masukkan asam gelugor, garam secukup rasa dan kacau kuah sekali-sekala dan bila kentang dah empuk/lembut, bolehlah ditutup api dapur.
5. Sedia dihidangkan.
Labels:
Telur
NASI GORENG IKAN MASIN ...
NASI GORENG IKAN MASIN
YANG MUDAH & SEDAP
sumber : Azie Kitchen ...
Bahan-Bahan :
1 mangkuk besar nasi putih sejuk
1/2 biji bawang besar Holland ~ hiris
2 keping isi ikan masin
5 - 6 tangkai cili padi ~ ketuk (me : gantikan dengan sedikit cili kisar, tak suka terlalu pedas)
3 biji telur
Sayur sawi secukupnya
Lobak merah secukupnya, hiris memanjang (tambahan)
Sos sotong
Garam
Serbuk lada sulah
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali sehingga kelihatan berasap. Tumis bawang besar sehingga naik bau.
2. Ketepikan bawang dan masukkan ikan masin dan goreng sehingga ikan garing. Masukkan cili padi yang diketuk tadi. Hancurkan ikan masin.
3. Ketepikan bahan tadi disudut kuali dan pecahkan telur. Tutup api dan kacau telur sehingga masak. Buka api semula.
4. Masukkan daun sawi, hirisan lobak merah dan nasi. Dikacau rata.
5. Satukan sos sotong, garam dan serbuk lada sulah. Tuangkan ke atas nasi. Kacau rata.
6. Sedia untuk dihidangkan.
Labels:
Nasi
Saturday, November 23, 2019
SINGKONG THAILAND ...
RESEP SINGKONG THAILAND
sumber : Insta@resepresepenak
By : @irmadesmayanti
Bahan :
1 kg. singkong ~ kupas & cuci bersih
2 lembar daun pandan
Sedikit garam & gula pasir
Secukupnya air untuk merebus
Bahan Saus Santan :
700 ml santan dari 1 butir kelapa
3 sdm susu bubuk
1 lembar daun pandan
1 sdt garam
3 sdm tepung maizena ~ larutkan dengan sedikit air
100 - 120 gm gula pasir ~ sesuaikan selera
Cara :
Rebus singkong bersama daun pandan bersama sedikit garam dan gula hingga empuk.
Setelah matang tiriskan/toskan.
Dalam periuk, campur santan dengan susu bubuk, daun pandan, garam dan gula pasir, aduk rata dan masak sampai mendidih (sambil terus di aduk ya).
Masukkan larutan maizena, aduk hingga diperoleh saus yang kental.
Sajikan singkong rebus dengan siraman saus santan.
Nota : Singkong@ubi kayu
Labels:
Kue Indonesia
Subscribe to:
Posts (Atom)