KEK PISANG

Wednesday, June 29, 2016

SAGU DELIMA@SAGU BRONOK









SAGU DELIMA@SAGU BRONOK
sumber  :    Chef Hanieliza...




Bahan A :

1  cawan  sagu biji
3  cawan  air
1  cawan  gula pasir
1  sudu kecil  pewarna hijau
1  helai  daun pandan  -  disimpulkan


Bahan B :

1/2  biji  kelapa parut muda dan
sedikit garam digaul rata


Cara Membuat :

1.  Sagu biji dibersihkan kemudian rendam sebentar dan ditoskan.
2.  Masakkan air, gula dan daun pandan hingga mendidih.  Buangkan daun pandan.
3.  Masukkan sagu serta pewarna hijau.  Kacau hingga sagu kembang.
4.  Apabila sagu kembang, angkat dan masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit, tutup api dan sejukkan.
5.  Apabila sejuk, potong dan gaulkan dengan kelapa parut muda yang digaulkan dengan garam.
6.  Sedia dihidangkan...

KEK OREN SUNKIST











KEK OREN SUNKIST
sumber  :    kasihibuhaiqal.blogspot...




Bahan-Bahan :

   1  biji  limau oren Sunkist
   2  cawan  tepung naik sendiri  -  diayak
   1  cawan  gula halus@gula kastor
   1  cawan  minyak jagung
   3  biji  telur gred B
1/2  sudu teh  ovallate
1/2  sudu teh  garam


Cara-Cara :

1.  Parut kulit oren tapi jangan sampai terkena bahagian putihnya nanti pahit.
2.  Kemudian limau tersebut di potong 2, buang bijinya dan perah untuk ambil jusnya.
3.  Ambil blender, masukkan telur, gula, minyak, ovallate, garam dan jus oren.  Kisar bahan-bahan tersebut hingga halus.
4.  Tuangkan bahan yang dikisar tadi ke dalam mangkuk dan masukkan tepung sedikit demi sedikit diikuti dengan parutan kulit limau.  Kacau hingga sebati dan tidak bergentel.
5.  Griskan loyang bersaiz 8 inci dengan mentega dan tuangkan adunan tersebut ke dalamnya.
6.  Bakar pada suhu 160'C selama 40 minit atau hingga masak sepenuhnya.

KUAH SERAWA DURIAN









KUAH SERAWA DURIAN
sumber  :   CMG...




Bahan-Bahan :

    1  biji  durian  -  diambil isinya
700  ml   santan
500  ml   air
    1  ketul  gula melaka  -  hiris halus
 1/2  cawan  gula pasir
    1  helai  daun pandan  -  disimpul
    1  sudu besar  tepung gandum *
    3  sudu besar  air *  ( * dikacau rata )


Cara Membuat :

     Di dalam periuk satukan kesemua kecuali bancuhan air + tepung gandum dan masak hingga mendidih menggunakan api perlahan.  Masukkan secubit garam untuk menaikkan rasa lemak.  Biarkan mendidih perlahan-lahan, sesuaikan rasanya.  Tambahkan sedikit lagi gula jika kurang manis.  Akhir sekali tuangkan bancuhan tepung gandum dan masak lagi anggaran 2-3 minit hingga kuah sedikit pekat.  Tutup api.  Hidangkan mengikut citarasa.

ASAM PEDAS IKAN PARI









ASAM PEDAS IKAN PARI
sumber  :    Chef Hanieliza...




Bahan A :

500  gm  ikan pari  -  dipotong & dibersihkan
  10  biji  bendi
    1  biji  tomato  -  dipotong 4
 1/2  cawan  jus asam jawa
    5  tangkai  daun kesum
    2  batang  serai  -  titik
    3  cawan  air
    3  sudu besar  minyak masak
Garam secukup rasa


Bahan B :  (Dikisar)

20  tangkai  cili kering
  1  labu  bawang besar
  3  ulas  bawang merah
  3  ulas  bawang putih
  1  sudu kecil  serbuk kunyit


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar bersama serai hingga naik minyak dan wangi.
2.  Masukkan air asam jawa dan air.  Biarkan hingga mendidih.
3.  Masukkan ikan, garam, daun kesum dan bendi kemudian biarkan hingga mendidih lagi.
4.  Masukkan buah tomato.
5.  Perlahankan api dan biarkan hingga naik minyak dan sayur lembut.
6.  Angkat dan hidangkan bersama nasi putih dan lauk pauk pilihan...

KACANG GORENG BETAWI










KACANG GORENG BETAWI
sumber  :   buku masakan...




Bahan-Bahan :

400  gm  hati ayam  -  dibersihkan  (tak letak ganti dengan ikan bilis jer)
300  kacang panjang  -  dipotong
 1/4  batang  lobak merah  -  dihiris ikut suka
    4  ulas  bawang putih *
    3  ulas  bawang merah *  ( * ditumbuk)
    2  sudu makan  minyak masak
    1  sudu makan  kicap manis
 1/2  sudu kecil  serbuk lada hitam
 1/2  cawan  air
Garam secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Gaulkan hati ayam dengan garam dan goreng hingga garing.  Toskan.
2.  Panaskan 2 sudu minyak dalam kuali.  Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga berbau wangi.  (Masukkan sekali ikan bilis jika guna).
3.  Masukkan lobak merah, kacang panjang dan goreng hingga sedikit empuk.
4.  Kemudian masukkan air, hati ayam, garam dan serbuk lada hitam.  Kacau rata dan tutup api.
5.  Hidangkan...

KASWI PANDAN TANPA SANTAN










KASWI PANDAN TANPA SANTAN
sumber  :   FB@duniamasakanJalilah JJ...




Bahan-Bahan :

      2  cawan  tepung gandum
      1  cawan  tepung beras
   1/4  cawan  tepung ubi kayu
      5  helai  daun pandan
      5  cawan  air
   1/2  sudu teh  kapur masakan dibancuh dengan sedikit air
1 1/2  cawan  gula pasir/gula kastor
Secubit garam halus
Pewarna hijau epal


Cara Membuat :

1.  Blender/kisar air bersama daun pandan dan tapis, sukatan air mestilah 5 cawan.
2.  Campurkan tepung gandum, tepung beras dan tepung ubi, garam dan gula.  Kacau sebati dan tapis.
3.  Letakkan beberapa titis pewarna hijau epal, kacau sebati.
4.  Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci yang sudah disapu minyak dan dilapik dengan plastik.
5.  Kukus selama 1/2 jam hingga masak sepenuhnya.  Penutup kukusan hendaklah dibalut supaya air tidak menitis di atas kuih.

NASI LEMAK KUNING (TUMIS)










NASI LEMAK KUNING (TUMIS)
sumber  :     yatiememories...




Bahan-Bahan :

   3  cawan  beras
   2  cawan  santan
   2  cawan  air atau secukupnya
1/2  sudu besar  halba
   1  helai  daun pandan  -  disimpul
   1  cm  halia  -  hiris halus
   1  batang  serai  -  titik/ketuk
   2  biji  bawang merah  -  hiris
   1  sudu besar  minyak masak  +  1 sudu besar  minyak sapi
Garam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit  (optional)


Cara Memasak :

1.  Panaskan kedua-dua minyak, tumiskan bawang dah halia di dalam periuk sehingga garing.
2.  Masukkan air dan santan, kacau sehingga pecah minyak.
3.  Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai dan garam.
4.  Selepas itu tutup  api, alihkan ke dalam rice cooker 'ONkan' suis dan teruskan masak nasi lemak seperti biasa sehingga masak sepenuhnya.
5.  Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur rebus dan ikan bilis goreng.

INFO  :   Untuk nasi lemak kuning, tambahkan 1 sudu besar serbuk kunyit semasa memasukkan santan dan air.  (untuk 5-6 orang makan)...

Tuesday, June 28, 2016

BROKOLI GORENG









BROKOLI GORENG
sumber  :  buku 'Aneka Hidangan Sayur'...




Bahan-Bahan :

400  gm  brokoli  -  dipotong
100  gm  cendawan hitam  -  dipotong  (tak letak)
    3  sudu besar  sos tiram
    2  sudu besar  sos lada hitam
    1  sudu kecil  tepung jagung dibancuh dengan  1/2 cawan air
    3  ulas  bawang putih  -  dicincang halus
    1  biji  bawang besar  -  dipotong dadu
    2  sudu besar  minyak masak
Garam & serbuk lada sulah secukupnya


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak dalam kuali.  Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga berbau harum.
2.  Masukkan brokoli dan garam.
3.  Kemudian masukkan sos tiram, sos lada hitam, bancuhan air tepung jagung dan serbuk lada sulah.
4.  Masukkan sedikit air.  Kacau selama 3 minit sebelum diangkat.
5.  Taburkan bawang goreng.  (tak letak tiada stok)...

IKAN BILIS SAMBAL BERSANTAN









IKAN BILIS SAMBAL BERSANTAN
sumber  :   buku masakan...




Bahan-Bahan :

100  gm  ikan bilis  -  cuci bersih & toskan
    2  sudu makan  cili kering kisar
    1  ulas  bawang putih *
    2  ulas  bawang merah *  ( * dikisar )
    1  biji  bawang besar  -  dihiris bulat
100  ml   santan
    2  cm  belacan
  50  ml   air asam jawa
Garam & gula secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Goreng ikan bilis hingga garing.  Ketepikan.
2.  Tinggalkan sedikit minyak kemudian tumis bahan dikisar dan cili kering kisar hingga garing dan pecah minyak.
3.  Selepas itu masukkan bawang besar.  Kacau rata dan bawang sedikit layu.
4.  Masukkan air asam jawa.  Kacau lagi.
5.  Kemudian masukkan santan, garam dan gula secukup rasa.  Biarkan mendidih seketika.
6.  Akhir sekali masukkan ikan bilis yang digoreng tadi.  Gaul rata dan angkat.

GULAI LEMAK IKAN









GULAI LEMAK IKAN
sumber  :   buku masakan...




Bahan-Bahan :

    6  ketul  ikan pilihan  (saya guna 4 ekor ikan selar saiz sederhana)
    1  sudu teh  serbuk kunyit
500  ml   santan
    3  batang  serai  -  titik
    2  ulas  bawang putih *
    4  biji  bawang merah *
 1/2  inci  halia *
    1  sudu teh  udang kering *  ( * dikisar )
    2  biji  cili merah *
    1  biji  cili hijau *  ( * dihiris halus )
    7  biji  cili padi
Garam secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Masukkan santan ke dalam periuk dan biarkan sehingga panas.
2.  Masukkan bawang putih dan bawang merah.
3.  Masukkan halia dan diikuti dengan serai, serbuk kunyit dan cili padi.
4.  Masukkan ikan dan diikuti dengan serbuk udang kering dan garam secukup rasa.
5.  Akhir sekali masukkan hirisan cili merah dan hijau.  Masak sehingga mendidih dan ikan masak sepenuhnya. 

Monday, June 27, 2016

BISKUT BEBOLA KRISTAL


 selepas dibakar & belum disalut dengan gula...








BISKUT BEBOLA KRISTAL
buku :  'Resipi Biskut & Kek' - Chef Hanieliza...




Bahan A :

250  gm  tepung gandum
125  gm  gula halus@gula kastor
125  gm  minyak sapi


Bahan B :

Pewarna merah, kuning dan hijau
Acuan kertas secukupnya
Gula halus@gula kastor secukupnya  -  untuk salut biskut


Cara Membuat :

1.  Gaulkan kesemua bahan A sehingga sebati menggunakan senduk kayu.

2.  Kemudian bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan masukkan pewarna yang berlainan seperti merah, kuning dan hijau.

3.  Bentukkan adunan seperti bebola kecil dan cantumkan ketiga-tiga warna seperti bebola besar sedikit (anggaran 1/2 sudu teh setiap bebola kecil).

4.  Susunkan di dalam loyang pembakar dan bakar pada suhu 180'C selama 20-25 minit atau sehingga masak sepenuhnya.

5.  Apabila biskut sudah sejuk, gaulkan ke dalam gula halus@gula kastor.  Masukkan ke dalam cawan kertas.

6.  Simpan di dalam bekas kedap udara.