KEK PISANG
▼
Wednesday, June 29, 2016
SAGU DELIMA@SAGU BRONOK
SAGU DELIMA@SAGU BRONOK
sumber : Chef Hanieliza...
Bahan A :
1 cawan sagu biji
3 cawan air
1 cawan gula pasir
1 sudu kecil pewarna hijau
1 helai daun pandan - disimpulkan
Bahan B :
1/2 biji kelapa parut muda dan
sedikit garam digaul rata
Cara Membuat :
1. Sagu biji dibersihkan kemudian rendam sebentar dan ditoskan.
2. Masakkan air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Buangkan daun pandan.
3. Masukkan sagu serta pewarna hijau. Kacau hingga sagu kembang.
4. Apabila sagu kembang, angkat dan masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit, tutup api dan sejukkan.
5. Apabila sejuk, potong dan gaulkan dengan kelapa parut muda yang digaulkan dengan garam.
6. Sedia dihidangkan...
KEK OREN SUNKIST
KEK OREN SUNKIST
sumber : kasihibuhaiqal.blogspot...
Bahan-Bahan :
1 biji limau oren Sunkist
2 cawan tepung naik sendiri - diayak
1 cawan gula halus@gula kastor
1 cawan minyak jagung
3 biji telur gred B
1/2 sudu teh ovallate
1/2 sudu teh garam
Cara-Cara :
1. Parut kulit oren tapi jangan sampai terkena bahagian putihnya nanti pahit.
2. Kemudian limau tersebut di potong 2, buang bijinya dan perah untuk ambil jusnya.
3. Ambil blender, masukkan telur, gula, minyak, ovallate, garam dan jus oren. Kisar bahan-bahan tersebut hingga halus.
4. Tuangkan bahan yang dikisar tadi ke dalam mangkuk dan masukkan tepung sedikit demi sedikit diikuti dengan parutan kulit limau. Kacau hingga sebati dan tidak bergentel.
5. Griskan loyang bersaiz 8 inci dengan mentega dan tuangkan adunan tersebut ke dalamnya.
6. Bakar pada suhu 160'C selama 40 minit atau hingga masak sepenuhnya.
KUAH SERAWA DURIAN
KUAH SERAWA DURIAN
sumber : CMG...
Bahan-Bahan :
1 biji durian - diambil isinya
700 ml santan
500 ml air
1 ketul gula melaka - hiris halus
1/2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan - disimpul
1 sudu besar tepung gandum *
3 sudu besar air * ( * dikacau rata )
Cara Membuat :
Di dalam periuk satukan kesemua kecuali bancuhan air + tepung gandum dan masak hingga mendidih menggunakan api perlahan. Masukkan secubit garam untuk menaikkan rasa lemak. Biarkan mendidih perlahan-lahan, sesuaikan rasanya. Tambahkan sedikit lagi gula jika kurang manis. Akhir sekali tuangkan bancuhan tepung gandum dan masak lagi anggaran 2-3 minit hingga kuah sedikit pekat. Tutup api. Hidangkan mengikut citarasa.
ASAM PEDAS IKAN PARI
ASAM PEDAS IKAN PARI
sumber : Chef Hanieliza...
Bahan A :
500 gm ikan pari - dipotong & dibersihkan
10 biji bendi
1 biji tomato - dipotong 4
1/2 cawan jus asam jawa
5 tangkai daun kesum
2 batang serai - titik
3 cawan air
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan B : (Dikisar)
20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar bersama serai hingga naik minyak dan wangi.
2. Masukkan air asam jawa dan air. Biarkan hingga mendidih.
3. Masukkan ikan, garam, daun kesum dan bendi kemudian biarkan hingga mendidih lagi.
4. Masukkan buah tomato.
5. Perlahankan api dan biarkan hingga naik minyak dan sayur lembut.
6. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih dan lauk pauk pilihan...
KACANG GORENG BETAWI
KACANG GORENG BETAWI
sumber : buku masakan...
Bahan-Bahan :
400 gm hati ayam - dibersihkan (tak letak ganti dengan ikan bilis jer)
300 kacang panjang - dipotong
1/4 batang lobak merah - dihiris ikut suka
4 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah * ( * ditumbuk)
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan kicap manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Gaulkan hati ayam dengan garam dan goreng hingga garing. Toskan.
2. Panaskan 2 sudu minyak dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga berbau wangi. (Masukkan sekali ikan bilis jika guna).
3. Masukkan lobak merah, kacang panjang dan goreng hingga sedikit empuk.
4. Kemudian masukkan air, hati ayam, garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata dan tutup api.
5. Hidangkan...
KASWI PANDAN TANPA SANTAN
KASWI PANDAN TANPA SANTAN
sumber : FB@duniamasakanJalilah JJ...
Bahan-Bahan :
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi kayu
5 helai daun pandan
5 cawan air
1/2 sudu teh kapur masakan dibancuh dengan sedikit air
1 1/2 cawan gula pasir/gula kastor
Secubit garam halus
Pewarna hijau epal
Cara Membuat :
1. Blender/kisar air bersama daun pandan dan tapis, sukatan air mestilah 5 cawan.
2. Campurkan tepung gandum, tepung beras dan tepung ubi, garam dan gula. Kacau sebati dan tapis.
3. Letakkan beberapa titis pewarna hijau epal, kacau sebati.
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci yang sudah disapu minyak dan dilapik dengan plastik.
5. Kukus selama 1/2 jam hingga masak sepenuhnya. Penutup kukusan hendaklah dibalut supaya air tidak menitis di atas kuih.
NASI LEMAK KUNING (TUMIS)
NASI LEMAK KUNING (TUMIS)
sumber : yatiememories...
Bahan-Bahan :
3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air atau secukupnya
1/2 sudu besar halba
1 helai daun pandan - disimpul
1 cm halia - hiris halus
1 batang serai - titik/ketuk
2 biji bawang merah - hiris
1 sudu besar minyak masak + 1 sudu besar minyak sapi
Garam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit (optional)
Cara Memasak :
1. Panaskan kedua-dua minyak, tumiskan bawang dah halia di dalam periuk sehingga garing.
2. Masukkan air dan santan, kacau sehingga pecah minyak.
3. Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai dan garam.
4. Selepas itu tutup api, alihkan ke dalam rice cooker 'ONkan' suis dan teruskan masak nasi lemak seperti biasa sehingga masak sepenuhnya.
5. Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur rebus dan ikan bilis goreng.
INFO : Untuk nasi lemak kuning, tambahkan 1 sudu besar serbuk kunyit semasa memasukkan santan dan air. (untuk 5-6 orang makan)...
Tuesday, June 28, 2016
BROKOLI GORENG
BROKOLI GORENG
sumber : buku 'Aneka Hidangan Sayur'...
Bahan-Bahan :
400 gm brokoli - dipotong
100 gm cendawan hitam - dipotong (tak letak)
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1 biji bawang besar - dipotong dadu
2 sudu besar minyak masak
Garam & serbuk lada sulah secukupnya
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga berbau harum.
2. Masukkan brokoli dan garam.
3. Kemudian masukkan sos tiram, sos lada hitam, bancuhan air tepung jagung dan serbuk lada sulah.
4. Masukkan sedikit air. Kacau selama 3 minit sebelum diangkat.
5. Taburkan bawang goreng. (tak letak tiada stok)...
IKAN BILIS SAMBAL BERSANTAN
IKAN BILIS SAMBAL BERSANTAN
sumber : buku masakan...
Bahan-Bahan :
100 gm ikan bilis - cuci bersih & toskan
2 sudu makan cili kering kisar
1 ulas bawang putih *
2 ulas bawang merah * ( * dikisar )
1 biji bawang besar - dihiris bulat
100 ml santan
2 cm belacan
50 ml air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Cara Memasak :
1. Goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan.
2. Tinggalkan sedikit minyak kemudian tumis bahan dikisar dan cili kering kisar hingga garing dan pecah minyak.
3. Selepas itu masukkan bawang besar. Kacau rata dan bawang sedikit layu.
4. Masukkan air asam jawa. Kacau lagi.
5. Kemudian masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih seketika.
6. Akhir sekali masukkan ikan bilis yang digoreng tadi. Gaul rata dan angkat.
GULAI LEMAK IKAN
GULAI LEMAK IKAN
sumber : buku masakan...
Bahan-Bahan :
6 ketul ikan pilihan (saya guna 4 ekor ikan selar saiz sederhana)
1 sudu teh serbuk kunyit
500 ml santan
3 batang serai - titik
2 ulas bawang putih *
4 biji bawang merah *
1/2 inci halia *
1 sudu teh udang kering * ( * dikisar )
2 biji cili merah *
1 biji cili hijau * ( * dihiris halus )
7 biji cili padi
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Masukkan santan ke dalam periuk dan biarkan sehingga panas.
2. Masukkan bawang putih dan bawang merah.
3. Masukkan halia dan diikuti dengan serai, serbuk kunyit dan cili padi.
4. Masukkan ikan dan diikuti dengan serbuk udang kering dan garam secukup rasa.
5. Akhir sekali masukkan hirisan cili merah dan hijau. Masak sehingga mendidih dan ikan masak sepenuhnya.
Monday, June 27, 2016
BISKUT BEBOLA KRISTAL
selepas dibakar & belum disalut dengan gula...
BISKUT BEBOLA KRISTAL
buku : 'Resipi Biskut & Kek' - Chef Hanieliza...
Bahan A :
250 gm tepung gandum
125 gm gula halus@gula kastor
125 gm minyak sapi
Bahan B :
Pewarna merah, kuning dan hijau
Acuan kertas secukupnya
Gula halus@gula kastor secukupnya - untuk salut biskut
Cara Membuat :
1. Gaulkan kesemua bahan A sehingga sebati menggunakan senduk kayu.
2. Kemudian bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan masukkan pewarna yang berlainan seperti merah, kuning dan hijau.
3. Bentukkan adunan seperti bebola kecil dan cantumkan ketiga-tiga warna seperti bebola besar sedikit (anggaran 1/2 sudu teh setiap bebola kecil).
4. Susunkan di dalam loyang pembakar dan bakar pada suhu 180'C selama 20-25 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
5. Apabila biskut sudah sejuk, gaulkan ke dalam gula halus@gula kastor. Masukkan ke dalam cawan kertas.
6. Simpan di dalam bekas kedap udara.