Tuesday, October 27, 2015
RESIPI CUCUR KEMBUNG UDANG
RESIPI CUCUR KEMBUNG UDANG
sumber : FB/Tahrunnisah Jali; thanks...
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
6 ekor udang - buang kulit & dipotong kecil
1 biji telur
1 sudu kecil yis Mauripan
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 1/2 cawan air suam
Sedikit daun bawang/daun kucai - dihiris
Sedikit taugeh
Lada besar dipotong dadu
Garam & serbuk kunyit secukupnya
Cara-cara :
1. Campurkan yis tadi dengan sedikit air suam dari resipi di atas dalam cawan, biarkan selama 5 minit dengan bekas tersebut tertutup, jika ia mengembang/berbuih bermakna ia aktif.
2. Masukkan campuran yis tadi ke dalam adunan tepung dan diikuti dengan kesemua bahan di atas, gaul sebati.
3. Biarkan adunan tertutup selama 30 minit.
4. Kemudian bolehlah digoreng dengan minyak yang sudah dipanaskan terlebih dulu dengan api sederhana. Goreng sehingga keperangan, angkat dan toskan minyaknya.
5. Enak dicicah dengan sos cili/tomato, kuah kacang atau ikut citarasa...
Labels:
Kuih-muih
RESIPI JUS APPLE ASAM BOI
RESIPI JUS APPLE ASAM BOI
sumber : seripayaku; thanks...
Bahan-bahan :
1 biji apple hijau - dipotong empat
1 sudu kecil serbuk asam boi
2-3 biji asam boi
1 biji limau kasturi - dipotong 2
1 sudu kecil gula (jika suka manis boleh tambah sikit lagi)
2 cawan air
Sedikit ais kiub
Cara-cara :
1. Kisar hancur buah epal.
2. Apabila siap, toskan/tapiskan jusnya.
3. Tuangkan ke dalam jug. Masukkan gula secukupnya dan serbuk asam boi.
4. Perasakan dengan perahan air limau kasturi dan kemudian masukkan ketulan asam boi. Kacau sebati.
5. Masukkan beberapa ketulan ais kiub dan sedia untuk dihidangkan dingin.
Labels:
Minuman/Jus
Monday, October 26, 2015
STRAWBERRY BANANA LASSI & AIR DURIAN BELANDA SEGAR
STRAWBERRY BANANA LASSI
source from : allrecipes.com...
Ingredients :
10 ripe fresh strawberries, rinsed
1 fresh banana, cut into chunks
2 tbsp white sugar
1/4 cup whole milk
1 cup low fat yogurt
4 ice cubes
Method :
1. Cut 3 strawberries into small pieces and set aside. In a blender, place the remaining strawberries, banana and sugar, blend on high speed for 30 seconds. Pour in the milk and blend another 30 seconds. Add the yogurt and blend on high speed for 1 minutes.
2. To serve, place 1 ice cube in each of 3 glasses and pour in the lassi. Top with the strawberry pieces and serve.
AIR DURIAN BELANDA SEGAR
sumber : mamawandiha; thanks...
Bahan-bahan :
1/2 biji durian belanda yang masak ranum saiz besar/sederhana
1 liter air
Gula secukup rasa
Ais ketul secukupnya
Cara-cara :
1. Perisikan isi durian belanda kecil-kecil.
2. Masukkan isi durian belanda tadi di dalam jug besar. Tambahkan air dan masukkan gula secukup rasa. Ikut citarasa masing-masing nak manis macam-mana. Kacau sehingga gula larut. Masukkan ais ketul secukupnya dan biarkan sebentar sehingga air menjadi dingin.
Labels:
Minuman/Jus
Sunday, October 25, 2015
PUDING PANDAN KARAMEL
PUDING PANDAN KARAMEL
sumber dari : Mas Cotek/FB; thanks..
dicuba : zaralovebaking; (sangat sedapp)...
Bahan A :
3 sudu makan gula pasir - dimasak di dalam loyang atas api perlahan sehingga perang, ketepikan..
Bahan B :
2 cawan air
2 cawan jus pandan (dari 7 helai daun pandan)
10 gm serbuk agar-agar
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula pasir
3 sudu besar tepung kastad
1 sudu teh esen vanilla
Loyang : 8 inci..
Cara-cara :
1. Masak kesemua bahan B sehingga mendidik/pekat.
2. Tuangkan ke atas karamel, bahan A tadi.
3. Setelah wap panas hilang, sejukkan di dalam peti sejuk.
4. Setelah puding sejuk dan mengeras, terbalikkan di atas pinggan hidangan.
5. Sedia dihidangkan...
Labels:
Puding
VANILLA CHIFFON CAKE
VANILLA CHIFFON CAKE
source from : MintysKitchen.blogspot.com...
Ingredients A :
5 egg yolks grade A/B (I use grade B)
20 gm caster sugar
60 gm oil
70 gm soy milk (I use UHT milk)
70 gm cake flour (I use plain flour)
1 vanilla pod (scrape the vanilla bean out) - I use 1/2 tsp vanilla extract
Pink colour gel
Ingredients B :
5 egg whites
85 gm caster sugar
1/2 tsp cream of tartar
Method :
1. Preheat oven to 160'C.
2. Beat egg yolks and sugar until thick and pale. Gradually add in oil, milk and vanilla bean. Beat until well combined.
3. Sift flour into a mixing bowl. Gradually whisk in the egg yolk mixture in a slow and steady stream and mix until well combined.
4. In another clean bowl, beat egg whites until foamy, add in cream of tartar and beat until soft peaks form. Gradually add in sugar and beat until stiff peaks form.
5. Gently fold the beaten egg whites into the flour/egg yolk mixture in 3 batches until well combined with a spatula.
6. Divide the batter into two portions and add in colour (pink gel) into one portion, mix well while the other portion plain.
7. Pour batter into an ungreased 8-inch/20cm tube pan alternating between the plain and pink batter until done.
8. Bake for about 45 minutes or until cook. Remove cake from oven and immediately invert the pan to cool completely before unmoulding the cake. (otherwise the cake will shrink if you skip this method)..
Labels:
Chiffon cake
Thursday, October 22, 2015
PAPAYA MILK PUDDING
PAPAYA MILK PUDDING
cookbook : 'Pudding Cake' - Jamie Jong
tried by : zaralovebaking; (delicious)...
Ingredients :
300 gm ripe papaya - blend into fine puree
Ingredients A :
15 gm agar-agar powder
250 gm sugar
1000 ml water
Ingredients B : (stir well)
300 ml evaporated milk
2 tbsp custard powder
Method :
1. Mix A, stir and bring to the boil.
2. Add in B, stir and bring to the boil, add papaya puree, remove from heat.
3. Pour into desired mould, leave to set, and chill in refrigerator.
Labels:
Puding
PANDAN BUTTER CAKE
PANDAN BUTTER CAKE
source from : MamaFami; thanks (delicious & moist)...
Ingredients :
250 gm butter
200 gm white sugar
4 eggs (I use grade B)
250 gm plain flour
5 gm baking powder (1 tsp)
100 ml fresh milk
50 gm poppy seeds (or chocolate rice, chocolate chip)
1/4 tsp pandan essence
Few drops of apple green food colouring
Method :
1. Preheat oven to 170'C, greased and line a 7-inch baking pan (or 2 loaf foil pans), set aside.
2. Beat butter and sugar until creamy.
3. Add in eggs, one at a time, beating well after each addition. Add in pandan essence and a few drops of apple green food coloring and stir until fully incorporated.
4. Fold in sifted flour and baking powder.
5. Stir in milk, mix to form batter.
6. Add a teaspoon of flour into the chocolate rice and stir to coat. Pour the chocolate rice into the batter and fold to mix until fully incorporated.
7. Pour the batter into the prepared pans. Sprinkle some chocolate chips and chopped almonds (if desired). Bake in oven for about 40-45 minutes or until cooked.
Labels:
Kek
Tuesday, October 20, 2015
PANNA COTTA KURMA
PANNA COTTA KURMA (DUA HIDANGAN)
Bahan-bahan :
225 ml susu segar sejuk dari peti ais
5 gm gelatin halal
35 gm gula
100 ml whipping cream
5 biji kurma
1/8 tsp serbuk kayu manis
Cara-cara :
1. Ambil 100 ml susu segar sejuk dan taburkan serbuk gelatin. Biarkan 5 hingga 10 minit sehingga kembang.
2. Kisar kurma bersama susu selebihnya tadi dan masak bersama whipping cream. Tambahkan sedikit serbuk kulit kayu manis dan kacau sebati.
3. Seterusnya masukkan gelatin bersama susu tadi ke dalam susu yang sedang dimasak.
4. Tutup api dan tapis jika perlu. Masukkan adunan ke dalam gelas. Sejukkan di dalam peti sejuk.
5. Hidangkan bersama hirisan kurma sebagai hiasan.
Labels:
Pencuci mulut
Monday, October 19, 2015
SMOOTHIE PISANG KAKI @ PERSIMMON
SMOOTHIE PISANG KAKI @ PERSIMMON
sumber : Little Amie's Kitchen; (delicious & yummy); thanks....
Bahan-bahan :
2 biji pisang kaki @ persimmon (dikupas kulit, dibelah & potong kecil-kecil)
75 gm yogurt asli (saya guna Greek yogurt)
100 ml susu segar
1 1/2 sudu gula
Cara Penyediaan :
1. Sejukbekukan pisang kaki @ persimmon di dalam peti ais (bahagian freezer) selama 4-5 jam. (Saya simpan semalaman).
2. Kisarkan pisang kaki bersama susu segar, yogurt dan gula hingga halus dan sebati.
3. Tuangkan ke dalam gelas pilihan.
4. Sedia untuk dinikmati....
Labels:
Minuman/Jus
SUP BEBOLA DAGING
SUP BEBOLA DAGING
Majalah SAJI Mei 2015....
Bahan-bahan :
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
3 cm halia - ketuk
1 bungkus sup bunjut
Sebungkus bebola daging segera (saya guna jenama Ramly)
1 liter air
1 kiub pati daging
1 batang lobak merah - dipotong kiub
1 batang celery - dihiris serong (saya tambah)
2 biji kentang - dipotong kiub
Garam secukup rasa
Bahan taburan :
Hirisan daun bawang & daun sup secukupnya
Bawang goreng secukupnya
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dah halia hingga wangi.
2. Masukkan air dan sup bunjut, kacau hingga mesra.
3. Seterusnya masukkan bebola daging, lobak merah, kentang dan celery.
4. Renihkan hingga kentang dan lobak merah empuk. Masukkan kiub daging dan biarkan mendidih.
5. Sesuaikan rasa dan hidangkan dengan taburan hirisan daun bawang, daun sup dan sedikit bawang goreng.
Labels:
Daging
TUMIS KACANG PANJANG TELUR MASIN
TUMIS KACANG PANJANG TELUR MASIN
Majalah SAJI Mei 2015....
Bahan-bahan :
300 gm kacang panjang - dihiris serong atau dipotong ikut suka
1 sudu besar sambal belacan - atau tumbuk 1 tangkai cili merah dengan 1 sudu kecil belacan
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil lada sulah
1/4 cawan air
5 ekor udang saiz sederhana
1 biji telur masin - direbus dan belah dua (1 bahagian dicincang dan satu bahagian lagi dipotong baji)
Bahan Tumis :
2 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih - hiris
3 ulas bawang merah - hiris
1/2 tangkai cili merah - hiris
Bahan Sos :
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar sos sotong
Cara Memasak :
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah hingga harum dan keperangan.
2. Masukkan kacang panjang dan udang. Kacau perlahan-lahan. Masukkan air. Masak sehingga kacang lembut sedikit.
3. Seterusnya, masukkan bahan sos, lada sulah dan gula sambil di kacau. Jika kuah agak pekat, masukkan sedikit air lagi. Masukkan juga satu sudu besar sambal belacan.
4. Kemudian masukkan pula sebahagian telur masin yang dihancurkan dan kacau rata.
5. Hidangkan sayur kacang panjang yang telah masak dengan menabur sebahagian lagi telur masin yang dipotong.
Labels:
Sayur
Subscribe to:
Posts (Atom)