KEK PISANG

Saturday, February 29, 2020

PUDING ROTI BAKAR CHEESE ...











PUDING ROTI BAKAR CHEESE &
SOS KASTAD
sumber :    daridapur.com
kredit :    Pn. Nor Izan Mustapa




Bahan-Bahan :

10  keping  roti gardenia
1  sudu makan  marjerin Planta
2  cawan  susu segar atau susu cair
1/2  cawan  gula halus/gula kastor
2  biji  telur   (me : guna gred A)
1  sudu teh  esen vanilla
Chocolate chips secukupnya   (ikut suka)
Cheddar cheese   (ikut suka)  & jenama ikut pilihan anda


Cara-Cara :

1.  Sapu marjerin pada kesemua roti.  Potong 1 keping roti kepada 6 bahagian.  Susun 5 keping roti di dalam loyang (boleh guna 8/9 inci aluminium foil), taburkan chocolate chip dan tindihkan lagi dengan baki roti.  Taburkan lapisan kedua chocolate chip.

2.  Dalam bekas lain, kacau sebati dengan tangan/whisk telur, gula, serta esen vanilla.  Bila telur dah sebati, masukkan susu dan kacau-kacau manja.  Dah siap, tuangkan ke dalam loyang berisi roti, dan tekan permukaan roti supaya meresap masuk.  Parutkan cheese ke atas permukaan roti dan rehatkan 10 minit.

3.  Sambil itu panaskan oven selama 10 minit pada suhu 160'C dan barulah masukkan loyang beriti roti tadi.  Bakar pada suhu 150'C selama 40-45 minit menggunakan api atas bawah.  Keluarkan Puding Roti Bakar Cheese dan sejukkan dahulu.

4.  Sambil itu kita sediakan Sos Kastad yang sedap ini.


Bahan Sos Kastad :

1  tin  susu cair
1/2  cawan  air
2  sudu makan  gula halus/gula kastor
2  sudu makan  tepung kastad
1  sudu teh  esen vanilla


Cara-Cara :

1.  Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk, kacau sampai tepung kastad larut.  Barulah diletakkan di atas api kecil dan sentiasa dikacau sos sehingga sos mulai pekat.   Siap !!!

2.  Potong Puding Roti Bakar Cheese yang dah sejuk, hidangkan bersama Sos Kastad ini.


NOTA :    kalau anda tak nak guna chocolate chip pun boleh, gunakan kismis sebagai ganti atau buah-buahan kering.  Tiada masalah.  Nak campur lapisan pertama chocolate chip, lapisan kedua kismis pun boleh.  Memang nikmat makan Puding Roti Bakar Cheese camni.

TEMPAHAN UNTUK TAHUN 2020 ...


29/2/2020 (Sabtu) Tempahan pertama untuk Tahun 2020
Pn. Rogayah dari Bukit Kepong, Beranang
(Brownies Bites, 50 pcs@2 kotak & sebiji Kek Gula Hangus, saiz 7 inci).





NASI GORENG SOSEJ ...









RESIPI NASI GORENG SOSEJ
sumber :    Azie Kitchen @you tube...




Bahan-Bahan :

1  mangkuk  nasi putih
8  batang  sosej   ~  dihiris kecil-kecil
4-5  ulas  bawang putih   ~  dicincang
4-5  biji  telur
1-2  tangkai  cili merah   ~  dihiris
Daun sup   (saya ganti dengan kacang panjang,  dihiris kecil-kecil)
Kicap manis secukupnya
Garam secukupnya
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya dan goreng sosej sehingga sedikit keperangan.  Angkat dan ketepikan.

2.  Masukkan pula bawang putih yang dicincang dan tumis sehingga keperangan.

3.  Masukkan telur.  Biarkan telur separuh mengeras, sebelum dikacau rata.  Masukkan nasi putih.

4.  Masukkan sosej, cili merah, daun sup, garam dan kacau rata.

5.  Akhir sekali, masukkan kicap manis secukupnya.
SIAP !!!

Wednesday, February 26, 2020

KEK GULA HANGUS@KEK SARANG SEMUT ...









KEK GULA HANGUS@KEK SARANG SEMUT
sumber :    FB/keluarga.my@Siti Noor Aishah via MAHN ...




Bahan Gula Hangus :

2  cawan  gula pasir
2  cawan  air panas
3  sudu makan  marjerin


Bahan Kek :

4  biji  telur gred A
1/2  cawan  susu pekat manis
2  cawan  tepung gandum
2  sudu kecil  soda bikarbonate
1  sudu kecil  esen vanilla


Cara-Cara :

1.  Cairkan gula pasir menggunakan api perlahan.  Bila gula dah larut dan bertukar menjadi warna perang masukkan air panas.  Masukkan marjerin 3 sudu makan, kacau, bila dah berbuih tutup api dan ketepikan.

2.  Di dalam bekas/mangkuk yang sesuai, kacau telur dengan garfu (kacau manja-manja jer).  Masukkan susu pekat manis dan esen vanilla, kacau biar sebati.

3.  Ayakkan tepung dan soda bikarbonate kemudian masukkan ke dalam adunan tadi, kacau sehingga adunan tidak berketul.

4.  Masukkan air gula hangus yang dicairkan tadi ke dalam adunan dan kacau perlahan sehingga sebati.

5.  Sapukan minyak dan alas loyang bersaiz 7 inci.

6.  Tapiskan adunan tadi ke dalam loyang dan bakar pada suhu 150'C - 160'C selama 45-50 minit sehingga masak menggunakan api bawah sahaja dan tambah 10 minit bakar guna api atas bawah.


TIPS :

1.  Boleh cucuk dengan lidi sate untuk tengok kek dah masak ke belum pada minit ke 45.  Kalau tak melekat bermakna kek dah masak.

2.  Sejukkan dan keluarkan kek dari loyang, barulah dipotong melintang untuk serlahkan sarangnya.  Mula-mula anda belah dua kek dan tengok alur sarangnya, barulah dipotong melintang melawan alur dan InsyaAllah keluarlah sarangnya.





RED VELVET CHOCOLATE CHIP MUFFIN ...










RED VELVET CHOC CHIP MUFFIN
sumber :    Insta@intaidapur@liza




Bahan-Bahan :

230  gm  tepung gandum *
2  tsp  baking powder *
130  gm  gula perang
130  gm  minyak jagung
130  gm  buttermilk   (me :  guna yogurt)
2  biji  telur gred A
1  tsp  esen vanilla
1  tsp  red velvet emulco
1/3  cawan  chocolate chip


Cara-Cara :

~   satukan bahan bertanda (*) dan ketepikan.
~   whisk telur, esen vanilla dan gula perang, sekadar sebati jer.
~   masukkan minyak jagung, buttermilk/yogurt dan red velvet emulco.
~   masukkan bahan ayak tadi bersama chocolate chip, kacau kaupbalik sahaja.  
~   sudukan adunan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh dan hias dengan chocolate chip.
~   Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga masak.


TIPS :   untuk membuat Buttermilk :   130 gm susu segar + 1 sudu besar cuka makan, biarkan dalam 10 minit sebelum digunakan.

DAGING KUNYIT BERKOBIS ...









DAGING KUNYIT BERKOBIS
sumber :    tiffinbiru@CMG ...




Bahan-Bahan :

250  gm  daging batang pinang   ~  hiris nipis, cuci bersih & toskan
1/2  inci  halia muda *
3  ulas  bawang putih *
2  inci  kunyit hidup *    ( * ditumbuk halus )
1/2  camca teh  garam
Secubit gula
1  biji  bawang besar   ~  dihiris
1  biji  cili merah   ~  dihiris serong
1/4  biji  kobis bulat   (me :  guna 8 tangkai kacang panjang)
1/3  cawan  air
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Daging digaul dengan bahan tumbuk halus sehingga rata.  Perap sekurang-kurangnya 2 jam di dalam peti sejuk.  Kobis dihiris kasar (jika guna kacang panjang, dipatah-patahkan anggaran 1 inci), cuci dan toskan.

2.  Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bawang besar sehingga layu, kemudian masukkan daging tadi dan masak sehingga daging berubah warna.  Tuangkan air dan masak sehingga daging lembut.

3.  Tambahkan sayur kobis atau kacang panjang dan cili merah hiris, kacau rata dan biarkan sehingga kobis/kacang panjang lembut tapi masih rangup.  Sesuaikan rasa dan jika perlu tambahkan sedikit lagi garam, kacau rata, angkat dan hidangkan panas bersama nasi.

PORTUGUESE EGG TART ...










PORTUGUESE EGG TART
sumber :    FB




Bahan-Bahan :

Puff Pastry 'KAWAN'   ~  canai pastry lepas itu isikan pastry tadi ke dalam bekas aluminium.
(pastry yang siap dicanai saya tekap dengan gelas yang saiznya lebih besar dari cup kemudian potong.  Selepas itu baru dimasukkan pastry yang dah siap dipotong ke dalam cup).


Bahan Filling :

2  biji  telur gred A
75  ml  air 
60-65  gm  gula kastor
125  ml  susu cair
Secubit garam
Sedikit esen vanilla


Cara-Cara :

Kacau sebati dan tapis.
Tuangkan ke dalam pastry, bakar pada suhu 180'C - 200'C (ikut oven masing-masing) sehingga masak.


TIPS :

1.  Filling telur lagi hitam lagi sexy...tapi bukan hangus ye.
2.  Saya bakar lebih kurang 45 minit ... 10-15 minit terakhir saya guna api bawah.
3.  45 minit ialah masa bakar secara keseluruhan api atas bawah.  10-15 minit terakhir saya guna api bawah sahaja.  Boleh tambah masa ikut kerangupan pastry yang anda suka dan suhu mengikut oven masing-masing.

Monday, February 24, 2020

MINI PAVLOVA ...









RESIPI MINI PAVLOVA
sumber :    FB@Azlina Ina...




Bahan-Bahan :

4  biji  putih telur gred A
3/4  cawan  gula kastor   (150 gm)
1  sudu besar  tepung jagung
1  sudu kecil  cuka makan
1  sudu kecil  esen vanilla


Cara-Cara :

1.  Pukul putih telur sehingga kembang dan berbuih-buih.

2.  Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sehingga habis, pukul sehingga kental dan berkilat.

3.  Masukkan tepung jagung, cuka makan dan esen vanilla, kacau laju menggunakan spatula.

4.  Bentukkan adunan di atas loyang yang telah dilapik baking paper (pastikan tengah pavlova berbentuk untuk diisikan topping dan filling).

5.  Bakar adunan selama 60-75 minit pada suhu 130'C - 140'C bergantung pada oven masing-masing.

6.  Bila sudah masak, biarkan Pavlova di dalam oven sebentar dengan pintu oven di renggangkan sedikit.

7.  Biarkan sejuk.

TIPS 1 :   Pastikan tiada air atau minyak di dalam mangkuk pengadun (kering & bersih).
TIPS 2 :   Terbalikkan mangkuk pengadun untuk menguji adunan meringue.  Jika meringue tidak jatuh, maka ia sudah sedia untuk digunakan.


Bahan Topping :

2  cawan  Non-Dairy Whipping Cream  (brand VIVO),  yang ni dah manis
Buah-buahan kegemaran


Cara-Cara :

1.  Pukul whipping cream sehingga kental.
2.  Potong buah ikut saiz kesukaan  (jika perlu).
3.  Paipkan cream ke atas Pavlova dan susunkan buah-buahan.


Bahan Topping :   (Jika guna Dairy Cream)

1  cawan  whipping cream  (me :  guna Anchor Dairy Whipping Cream), pastikan ia sejuk
2  sudu makan  gula aising
1  sudu makan  esen vanilla


Cara-Cara :

Satukan kesemua bahan ke dalam mangkuk pengadun dan pukul/putar sehingga kental.  Sedia untuk dipaipkan ke atas Pavlova.





LONGAN AND WALNUT MUFFIN ...










LONGAN and WALNUT MUFFIN
adapted from :    nasilemaklover.blogspot.com




Ingredients :

200  gm  all-purpose flour
2  tsp  baking powder
2  eggs   (A  size)
80  gm  brown sugar
120  gm  corn oil or vegetable oil
120  gm  fresh milk
80  gm  natural yogurt
80  gm  dried Longan, chopped   (me : use dried cranberries)
80  gm  walnut,  chopped


Instructions :

1.  Preheat oven to 190'C.

2.  Fill muffin tin with paper liners, set aside.

3.  Sift flour and baking powder in a mixing bowl.

4.  Add egg, sugar, corn oil, milk and yogurt in another mixing bowl, whisk to combine and sugar is dissolved.

5.  Add dry ingredients into wet ingredients and gently mix together.  Do not over mix.

6.  Fold in the chopped dried Longan and walnut, gently mix.  Set aside for 5 minutes.

7.  Fill the liners with the batter until 90% full.  Bake for 30-40 minutes (at last 5 minutes bake upper heat at 200'C to brown the top) or until a skewer inserted into the centre of the muffin comes out clean.

8.  Remove the muffin from the oven and set on a wire rack to cool completely.

KARI IKAN MAMAK STYLE ...









KARI IKAN TENGGIRI MAMAK STYLE
sumber :    Azie Kitchen
kredit :    MaDiHaA ...




Bahan-Bahan :

5  keping  ikan tenggiri   ~  guna kepala ikan lagi sedap
5  sudu besar  rempah kari ikan   (me : guna jenama Adabi)
2  sudu besar  cili kisar atau cili serbuk
2  tangkai  daun kari   ~  jangan dileraikan
1  sudu kecil  halba campur
Air asam jawa,  lebihkan sedikit   (atau :  1 sudu besar pes asam jawa Adabi)
Garam secukup rasa
Air secukupnya untuk kuah
Minyak masak


Bahan-Bahan Kisar :

1  biji  bawang besar
4  ulas  bawang merah
4  ulas  bawang putih
1  sudu kecil  serbuk lada hitam


Bahan-Bahan Mayang@Hiris :

1  labu  bawang besar
3  ulas  bawang putih
3  tangkai  cili padi   ~  potong kecil


Bahan Rampai :

Terung ungu panjang   ~  belah tengah ;  atau
Kacang bendi
Cili hijau
Buah tomato   ~  belah dua


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya dan masukkan cili padi yang dipotong.  Masukkan halba campur dan bahan-bahan yang dimayang.  Setelah agak layu, masukkan cili kisar dan bahan-bahan kisar.

2.  Kemudian masukkan rempah kari ikan.  Masukkan 2 tangkai daun kari.  Jangan diceraikan daun itu sebab batang daun kari itu akan memberi aroma yang sedap pada kari.

3.  Masakkan sehingga hilang bau rempah itu.  Masukkan sedikit air jika rempah nampak kering.

4.  Setelah rempah dah masak dan hilang bau, masukkan air asam jawa yang ditapis, air secukupnya ikut kepekatan kuah yang disukai.  Masukkan garam secukup rasa.

5.  Setelah mendidih, masukkan ikan, bahan-bahan rampai.  Masakkan sekejap sahaja supaya tak nak ikan masak terlalu lama dan hancur.  Sesuaikan rasanya.

6.  Tutup api.  Sedia untuk dihidangkan.    SIAP !!!