KEK PISANG

Thursday, January 31, 2019

MELT-IN-MOUTH MUNG BEAN COOKIES...








MELT-IN-MOUTH MUNG BEAN
(GREEN BEAN) COOKIES
(mykitchen101en.com)
yields :    49-50 pcs




Ingredients :

300  gm  mung bean/green bean @ kacang hijau
75  gm  plain flour
70  gm  icing sugar
1/8  tsp  salt
70  gm  vegetable shortening
About  3-4  tsp  vegetable oil


Method :

1.  Rinse and drain mung bean.  Stir-fry in dry pan over medium heat for about 4 minutes until the water has dried up.  Reduce to medium-low heat, cook for another 6-7 minutes until fragrant.  Set aside to cool completely.

2.  When finally cooled, process mung bean in 2 batches into flour using dry mill grinder.  Sift the mung bean flour.  Repeat grinding and sifting coarse leftover until it yields 270 gm of mung bean flour.  Discard any leftover.
(Reminder :   You may use store-bought mung bean flour/green bean flour).

3.  Sift together plain flour, icing sugar and salt together.

4.  Sift again into mung bean flour, mix until combined.

5.  Add in vegetable shortening, mix until well combined.  Add in adequate vegetable oil (about 3-4 teaspoons) depending on the wetness of the dough.
(Reminder :   Add in more oil if your dough is drier.  You may replace vegetable shortening with vegetable oil).

6.  Lightly coat cookie mould with plain flour.  Take out about 1/2 tablespoon of dough, press until firm.  Press dough lightly into mould, remove excess dough with small icing spatula (or dough scraper).  Tap the mould lightly on work top table to unmould the cookie dough.
(Reminder :   Pressing the dough until firm before shaping with mould will make it easier to unmould).

7.  Arrange cookie dough slightly apart on a lined baking tray.

8.  Bake in the preheated oven at 150'C/300'F for 15 minutes.  Set aside to cool completely after removing from oven.

9.  Store in airtight container when completely cooled.




Wednesday, January 30, 2019

YOGURT BLUEBERRY MUFFIN...








YOGURT BLUEBERRY MUFFIN
sumber :    tiffinbiru@CMG...
hasil :    12 pieces




Bahan-Bahan :

260  gm  tepung gandum *
100 gm  gula kastor *
1 1/4  sudu teh  baking powder *
1  sudu teh  soda bikarbonate *
1/4  sudu teh  garam halus *  (saya letak secubit jer)
1  biji  telur gred A
240  ml  plain yogurt  (perisa asli)
80  ml  minyak jagung  (atau boleh ganti dengan mentega cair)
1  sudu teh  esen vanilla
1  cawan  blueberry segar


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 190'C.  Alas acuan muffin dengan papercup atau guna papercup jenis keras.  Ketepikan.

2.  Satukan kesemua bahan-bahan bertanda (*) di dalam satu mangkuk, gaul rata dengan whisk.  Ketepikan.

3.  Sementara itu di dalam bekas lain, masukkan telur, yogurt, minyak jagung (atau mentega cair) dan esen vanilla.  Kacau rata dengan whisk sehingga semua sebati.

4.  Tuangkan no. 3 tadi ke dalam mangkuk berisi bahan-bahan kering.  Masukkan blueberry dan gaul rata dengan spatula sehingga sebati.  Sudukan 3/4 penuh dalam acuan dan bakar 15-20 minit atau sehingga masak sepenuhnya.  Sejukkan di atas jaringan dan sedia dihidangkan.




KARIPAP KENTANG AYAM...









KARIPAP KENTANG AYAM
MENGGUNAKAN PUFF PASTRY
sumber :    buat orang lapo.com...




Bahan-Bahan :

Puff Pastry Segera  (saya guna kulit popiah)


Bahan Untuk Inti :

2  biji  kentang  ~  didadu
Segenggam ayam  ~  dipotong kecil
1  biji  bawang besar  ~  didadu
3  ulas  bawang putih  ~  didadu/cincang
2  sudu besar  serbuk kari  ~  bancuh dengan sedikit air
Sedikit garam & gula
Serbuk cili  ~  (optional) ,  jika nak pedas, boleh bancuh sekali dengan serbuk kari
Daun sup/daun bawang  ~  jika suka


Bahan Sapuan :

1  biji  telur
1  sudu besar  susu segar

*  Campurkan bahan ini dan pukul sedikit.


Cara-Cara :

1.  Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.  (kalau ada daun kari boleh tumis sekali).

2.  Masukkan serbuk kari.  Kacau sehingga naik minyak.

3.  Masukkan ayam.  Kacau sehingga ayam setengah masak.

4.  Masukkan kentang.  Tambahkan air secukupnya.

5.  Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

6.  Kacau dan biarkan sehingga kentang lembut dan airnya kering.  Angkat dan ketepikan.

7.  Potong puff pastry kepada 4 bahagian.

8.  Letakkan inti kentang separuh bahagian puff.  Lipatkan puff bentuk segi tiga.

9.  Rapatkan keliling puff supaya inti tidak terkeluar semasa membakar.  Boleh guna garfu.

10.  Sapukan telur di atas puff supaya puff nampak cantik kekuningan setelah dibakar.

11.  Letakkan puff di atas dulang pembakar.  Sapukan mentega di atas dulang terlebih dahulu atau letakkan kertas pembakar.

12.  Bakar puff di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160'C selama 30 minit @ sehingga puff kekuningan.

Info :   Memandangkan saya menggunakan kulit popiah, jadi saya menggoreng sehingga kuning keemasan...

Tuesday, January 29, 2019

MUFFIN PISANG COKLAT CIP...









MUFFIN PISANG COKLAT CIP
sumber :    tiffinbiru@CMG
hasil :    13 biji




Bahan-Bahan :

1 1/2  cawan  tepung gandum *
1  sudu teh  baking powder *
1  sudu teh  soda bikarbonat *  ( * digaul rata & ayak )
5  biji  pisang emas  ~  dilecek hancur
1/2  cawan  gula perang@soft brown sugar
1  biji  telur gred A
1/3  cawan  susu segar
100  gm  mentega  ~  cairkan & sejukkan
Beberapa titis esen pisang atau esen vanilla
1/4  cawan  coklat cip
Badam keping/badam cincang untuk hiasan
Sedikit lagi coklat cip untuk hiasan


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 180'C, alas acuan muffin dengan papercup atau guna papercup jenis keras.  Dalam satu bekas, masukkan telur, gula perang dan susu segar.  Kacau rata dengan whisk sehingga sebati dan gula larut.

2.  Tambahkan pisang lecek dan mentega cair.  Kacau sehingga semua rata.  Masukkan tepung dan gaul.  Tambahkan esen pisang atau esen vanilla.  Masukkan 1/4 coklat cip, gaul rata.  Sudukan ke dalam acuan 3/4 penuh.  Taburkan dengan sedikit coklat cip dan badam keping/cincang.  Buat sehingga siap.

3.  Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 25 minit atau sehingga keemasan.  Bila masak, keluarkan dan biarkan sejuk di atas redai.  Boleh juga dinikmati semasa muffin masih suam.


IKAN TENGGIRI MASAK CUKA...








IKAN TENGGIRI MASAK CUKA
sumber :    Majalah RASA Mei 2017...




Bahan-Bahan :

3  keping  ikan  tenggiri  ~  dilumur sedikit garam & kunyit
1  biji  bawang besar  ~  dipotong baji
3  ulas  bawang putih  ~  dihiris
2  cm  halia  ~  dihiris
1  biji  cili merah  ~  dibelah dua
1  biji  cili hijau  ~  dibelah dua
1  biji  tomato  ~  dibelah empat  (tak letak)
Sedikit serbuk kunyit
2  sudu makan  cuka
1  sudu teh  biji sawi
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak dan goreng ikan sehingga garing.  Angkat dan toskan minyak.
2.  Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, cili merah, cili hijau, tomato dan biji sawi sehingga wangi dan layu.
3.  Kemudian masukkan air dengan secukupnya.  Biarkan mendidih.
4.  Masukkan cuka, serbuk kunyit, garam dan gula dengan secukupnya.
5.  Masukkan ikan dan gaul rata.  Angkat dan hidangkan.




SAYUR BAYAM TUMIS AIR & KELEDEK...








SAYUR BAYAM TUMIS
AIR & KELEDEK





Bahan-Bahan :

1  ikat  sayur bayam hijau  ~  dipotong
1  biji  keledek sederhana  ~  kupas kulit & potong
1  ulas  bawang putih  ~  dihiris
2  ulas  bawang merah  ~  dihiris
2  sudu makan  ikan bilis
1  tangkai  cili merah  ~  dihiris
Serbuk perasa ikan bilis secukupnya
Minyam masak untuk menumis secukupnya
Air secukupnya
Garam secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya di dalam periuk.  Tumis bawang putih, bawang merah, cili merah dan ikan bilis sehingga naik bau.
2.  Masukkan keledek dan air secukupnya.  Biarkan mendidih dan keledek setengah empuk.
3.  Selepas itu masukkan sayur bayam, serbuk perasa ikan bilis dan garam secukup rasa.
4.  Masak sehingga sayur bayam layu sedikit dan keledek empuk.
5.  Angkat dan sedia dihidangkan.



SAMBAL AYAM...









SAMBAL AYAM
sumber :    hanieliza...




Bahan-Bahan :

500  gm  ayam
2  tangkai  serai  ~  diketuk
1  biji  tomato  ~  dipotong dadu atau ikut citarasa
1  labu  bawang besar  ~  dihiris kasar
1/2  cawan  minyak masak
Garam secukup rasa


Bahan Untuk Sambal :

15  biji  cili merah
5  ulas  bawang kecil
3  ulas  bawang putih


Cara Memasak :

1.  Buangkan kulit ayam dan potong kecil.  Basuh dan toskan.
2.  Panaskan minyak masak dan gorengkan serai dan ayam hingga ayam agak garing.
3.  Masukkan bahan untuk sambal dan tumiskan  hingga garing.
4.  Masukkan ayam, bawang besar dan tomato.
5.  Kacau rata dan biarkan hingga bawang layu dan sambal naik minyak.
6.  Sedia dihidangkan.

KUIH BINGKA UBI...








KUIH BINGKA UBI
sumber :    Azlita Masam Manis & Kak Ann Periuk Tanah...
  



Bahan-Bahan :

4  cawan  ubi kayu siap diparut
2  cawan  santan pekat daripada 1 biji kelapa
1  cawan  gula pasir  (saya lebihkan sedikit)
1/2  sudu teh  garam
Sedikit pewarna kuning


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 200'C, api atas dan bawah.  Masukkan semua bahan ke dalam loyang berukuran 7 inci x 7 inci (atau 6x6 inci  ~  bingka agak tebal).  Gaul rata sehingga gula hancur dan santan sekata.  Ratakan.  (* kalau guna loyang 8x8 pun ok).

2.  Masukkan loyang ke dalam oven dan letakkan di rak paling bawah.  Bakar bingka selama 1 jam ~ 1 1/2 jam atau sehingga bahagian atas bingka keperangan.  Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidangkan.

TIPS :   
1.  Jangan tambah atau kurangkan tapi ikut resipi betul-betul untuk dapatkan kuih yang lembut dan lemak.

2.  Loyang tidak perlu di lengser kerana santan pekat menyebabkan kuih tidak melekat dan senang dipotong dengan syarat kuih telah cukup disejukkan.




KEK PISANG LEMBAP...








RESIPI KEK PISANG
sumber :    tiffinbiru...




Bahan-Bahan :


5  biji  pisang  emas
1/2  cawan  gula kastor  (resipi asal guna 1 cawan)
1  cawan  minyak jagung  (saya guna minyak masak)
4  biji  telur gred A
1  sudu besar  susu segar  (boleh ganti dengan air)
Beberapa titik esen pisang  (resipi asal guna esen vanilla dalam 1/2 sudu teh)
1 1/2  cawan  tepung gandum *
1/2  sudu teh  soda bikarbonat *
1/2  sudu teh  baking powder *
Secubit garam halus *  ( * disatukan, gaul rata & diayak )


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 160'C, lenser tin kek berukuran 4"x 8" x 3" dengan mentega atau minyak masak, alas dasar tin dengan kertas minyak (boleh juga guna tin bulat berukuran 8 inci).  Pisang emas dilecek sehingga hancur dan ketepikan.

2.  Putar minyak masak, gula kastor dan telur sehingga berkrim (anggaran 4-5 minit).  Masukkan pisang lecek dan putar rata.  Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis, putar sebati.  Matikan mixer, tambahkan esen pisang dan susu segar, gaul dengan spatula sehingga sebati.

3.  Tuangkan ke dalam tin kek dan bakar dalam oven selama 55 minit sehingga 1 jam atau bila dicucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate keluarnya bersih, bermakna kek telah cukup masak.  Keluarkan dari oven, biarkan 5 minit dan bolehlah dikeluarkan dari tin.  Sejukkan kek sebelum dihidangkan.




SAMBAL SARDIN...









SAMBAL SARDIN
sumber :    hanieliza...




Bahan-Bahan :


1  tin besar  sardin
3  sudu besar  sos tomato
2  biji  tomato  ~  dibelah 4
1  labu  bawang besar  ~  dihiris kasar
5  biji  limau kasturi  ~  diambil jusnya
3  sudu besar  minyak masak
Garam secukup rasa


Bahan Dikisar :

15  tangkai  cili kering  ~  direndam hingga lembut & toskan
10  ulas  bawang merah
2  ulas  bawang putih


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar hingga wangi dan naik minyak.
2.  Masukkan sardin, bawang besar dan sos tomato.  Kemudian kacau rata.
3.  Masukkan buah tomato dan kacau rata.
4.  Tutup api dan masukkan jus limau.
5.  Sedia dihidangkan.

Saturday, January 26, 2019

JEJARI PAF@PUFF FINGERS...







JEJARI PAF@PUFF FINGERS
sumber :    Chef Norzailina Nordin




Bahan-Bahan :

4  keping  paf pastri  (20 cm)
1  cawan  parutan keju Parmesan
1  sudu besar  parsli cincang  (saya guna yang kering)
1  sudu besar  bijan hitam & putih
1  biji  telur  ~  dipukul sedikit
Garam & serbuk lada hitam secukup rasa


Cara Membuat :

1.  Sapu pastri dengan telur.
2.  Taburkan keju, parsli, bijan hitam dan putih, garam dan serbuk lada hitam.
3.  Tutup dengan kertas kalis minyak.  Canai perlahan kemudian potong pastri menjadi 2cm jejari.
4.  Pegang kedua-dua hujungnya, pusingkan beberapa kali.
5.  Letak di atas tin pembakar beralas kertas minyak.  Bakar pada suhu 195'C-200'C selama 15 minit atau sehingga masak (bergantung pada oven masing-masing).