KEK PISANG

Friday, August 31, 2012

Apam Bengawan Solo

Apam Bengawan Solo sebanyak 150 biji
tempahan dari Pn. Mariam (1/9/2012 - Sabtu), tqvm.

Thursday, August 30, 2012

Barang-barang tempahan melalui E-Bay.


 Alphabet & Numbers Cutter Set &
Alphabet Cutter Set Lower Case untuk kegunaan fondant,
order dari Great Britain, dapat pada :  (19 July 2012 - Khamis)


 Silicon Mould untuk fondant
order dari China, dapat pada :  23 July 2012 (Isnin)



 Tart Tamper
order dari Corona, CA, USA, dapat pada :  25 July 2012 (Rabu)



Macaroon Mat
order dari China, dapat pada :  29 August 2012 (Rabu)
juga boleh diguna untuk membuat chocolate chip cookies, whoopie pies,
cream puff dll.

Bingka yang sedap.






KUIH BINGKA CRACKER  (8 inci)


resipi dari  :  buku 'Istimewa Pemanis Mulut' - Dari Dapur CT
dicuba oleh  :   zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

140  gm       biskut cracker (biskut lemak, anggaran 20 keping)
  85  gm       tepung gandum
    1  cawan  gula kastor
    3  biji       telur  (gred 'B')
700  ml        susu cair  +  10 ml  air biasa
    1  tbsp     butter
    1  tsp       pewarna kuning
1/2   tsp       esen vanilla
secubit garam

Hiasan  :     sedikit bijan untuk tabur

Loyang :  8 inci empat segi/bulat

Cara membuat :

1.   Panaskan oven pada suhu :  180'C selama 10 minit.  Lengserkan loyang dengan minyak masak dan masukkan loyang ke dalam oven 5 minit masa terakhir.
2.   Blend biskut cream cracker bersama tepung dalam blender hingga halus, ketepikan.
3.   Blend telur, gula, susu cair, pewarna kuning, esen vanilla dan secubit garam hingga gula larut.  Masukkan tepung yang telah diblender bersama biskut sedikit demi sedikit dan blender lagi hingga sebati kecuali bijan.
4.   Tuangkan ke dalam loyang yang dipanaskan sebentar dalam oven dan taburkan bijan rata-rata di atasnya jika suka.
5.   Bakar selama 1 jam atau hingga atasnya keperangan.
6.   Sejukkan sebelum dipotong.

Brownies






CHEWY GOOEY BROWNIES

resipi dari :   Citarasawan (KI - thanks for sharing this resipi)
dicuba oleh :  zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

300  gm        mentega
  80  gm        serbuk koko
300  gm        coklat masakan  -  dipotong kecil
    6  biji        telur  -  dipukul ringan  
350  gm        gula perang
    2  tsp        esen vanilla
100  gm        tepung gandum
    1  cawan   kekacang  (ikut pilihan dan panggang sebentar & gaul dengan sedikit tepung)

Loyang :   10" x 10" empat segi, alas & gris dengan foil (untuk memudahkan keluar dari acuan)

Cara membuat :

1.   Cairkan coklat masakan secara double boiler hingga cair.  Ketepikan.
2.   Cairkan mentega di dalam periuk hingga mentega cair kemudian masukkan serbuk koko (ayak dulu) dan gaul rata.  Angkat dari api dan masukkan gula perang.  Gaul rata dan sebati.
3.   Masukkan telur, tepung (ayak) dan coklat cair tadi.  Kaupbalik dengan whisk hingga bergaul rata.
4.   Masukkan kekacang dan gaul rata dan sebati.
5.   Tuangkan ke dalam loyang dan ratakan.
6.   Bakar pada suhu :  150'C selama 1 jam atau hingga masak.  (Ketuhar hendaklah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit.)

Wednesday, August 29, 2012

Puding & Lauk

 Puding Trifle




UDANG MASAK SAMBAL TEMPOYAK

oleh :   zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

500  gm         udang sederhana besar (buang kulit, cuci & toskan)
    5  biji         bawang merah
    2  ulas        bawang putih
    4  tangkai   cili merah
    1  cm         kunyit hidup
    1  helai      daun kunyit  -  diracik halus
    2  tbsp       tempoyak
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis

Cara membuat :

     Bawang merah, bawang putih, cili merah dan kunyit hidup dikisar hingga halus.  Panaskan sedikit minyak dalam kuali.  Tumiskan bahan kisar hingga garing dan wangi.  Masukkan udang, gaul sebati.  Kemudian masukkan tempoyak, daun kunyit dan garam secukup rasa.  (Jika pekat masukkan sedikit air).
     SELAMAT MENCUBA

Tuesday, August 28, 2012

Aidilfitri Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI KAMI SEKELUARGA

Assalamualaikum buat semua teman-teman di luar sana!  Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Salam Aidilfitri.  Juga tak lupa saya mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang saja yang sudi singgah di blog saya yang tak seberapa ini.  Minta halal kepada teman-teman kerana sudi berkongsi resipi yang sedap-sedap belaka untuk saya cuba.









Juadah tengahari

 Ayam Masak Serai



AYAM MASAK SERAI 


rujukan dari :  buku 'Penambat Selera' - Chef Hanieliza
dicuba oleh :   zaralovebaking.blogspot.com


Bahan A :

1  kilo       ayam  (dipotong kecil)
6  batang   serai  (diketuk)
2  keping   asam gelugur
1  tbsp       serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
Garam secukup rasa

Bahan B :  (dikisar)

6   biji          bawang merah
1   labu        bawang besar
4   ulas        bawang putih
15 tangkai   cili kering

Cara membuat :

1.   Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit.  Gorengkan separuh masak.  Angkat ayam dan tuskan minyaknya.
2.   Tumiskan serai dan bahan B hingga garing.
3.   Masukkan ayam yang sudah digoreng tadi bersama asam gelugur.
4.   Kacau rata hingga serai kering dan sambalnya nampak berminyak.
5.   Sedia untuk dihidangkan.


 Taugeh goreng udang

Saturday, August 25, 2012

Cheesecake







CHEESE CAKE/KEK KEJU JEPUN

sumber dari :   Norehan Ghazali  (tqvm untuk resipi yg sedap ini)
dicuba oleh :    zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

250  gm   cream cheese (suhu bilik)
    6  biji   kuning telur (gred B)
120  gm   whipping cream
  40  gm   tepung jagung
  60  gm   tepung superfine
    1 tbsp  ovalet  (mumbung)
1/2   tsp   cream of tartar
150  gm   gula kastor
  80  gm   gula kastor (utk diputar dengan putih telur)
    6  biji   putih telur
    1 tbsp  jus lemon

Loyang :  9 inci

Cara-cara :

     Cream cheese, gula kastor (150 gm), kuning telur, whipping cream dan ovalet diputar hingga kembang dan sebati.  Masukkan bahan kering (kedua-dua jenis tepung).  Gaul sebati dan ketepikan dulu.
     Putarkan putih telur bersama cream of tartar sambil dimasukkan gula kastor (80 gm) sedikit demi sedikit. Kemudian kedua-dua adunan ini digaulkan bersama hingga sebati (kaupbalikkan sedikit demi sedikit dengan spatula).
     Tuangkan ke dalam loyang (gris dan alas dengan parchment paper) dan bakar hingga keperangan dengan menggunakan api atas bawah tanpa kipas.  Bakar guna kaedah 'water-bath' dengan suhu : 150'C selama 1 jam atau hingga masak.

Nota :  Jika menggunakan acuan spring-form, balut dasar dan tepi acuan dengan aluminium foil supaya
            air tidak meresap ke dalam acuan ketika membakar. 'Water-bath' ialah acuan berisi adunan
            diletakkan ke dalam loyang yang lebih besar dan di tuangkan ke dalam loyang besar dengan
            air panas separas loyang adunan.  Sedia untuk dibakar.

Marble Butter





MARBLE BUTTER CAKE

adapted from :  book 'I Love Butter Cake' - Kevin Chai
tried by :   zaralovebaking.blogspot.com

Ingredients :

200  gm   butter
100  gm   margarine
200  gm   castor sugar
    4  eggs
200  gm   plain flour
1/2   tsp   baking powder
  20  gm   cocoa powder

Garnishing :

1   tbsp   cocoa powder
1   tbsp   warm water

Tray :  8-inch

Method :

1.   Grease and line a 20cm (8-inch) baking tin.  Preheat oven to 180'C.
2.   Beat butter, margarine and sugar until light and fluffy.  Add in eggs, one at a time, beating thoroughly after each addition.
3.   Fold in sifted flour and baking powder to form a batter.  Reserve 200 gm batter mix with cocoa powder to form chocolate batter.
4.   Spread batters alternately into prepared tin.
5.   For garnishing, mix cocoa powder with water and 1 tbsp batter, mix well.  Sprinkle on top of cake.  Swirl mixture in circles with skewer.  Bake for 40 minutes or until cooked.

Cream Cheese Butter Cake





CREAM CHEESE BUTTER CAKE

source from :   book 'I Love Butter Cake' -  Kevin Chai
tried by  :   zaralovebaking.blogspot.com

Ingredients :

200  gm   butter
200  gm   cream cheese
250  gm   castor sugar
5      eggs
250  gm   plain flour
    1  tsp   baking powder
    3  tbsp strawberry fruit jam

Tray :  8-inch

Method :

1.   Grease and line a 20cm (8-inch) baking tin.  Preheat oven to 180'C.
2.   Beat butter, cream cheese and sugar until light and fluffy.
3.   Add in eggs, one at a time, beating thoroughly after each addition.
4.   Fold in sifted flour and baking powder, mix until well blended.  Spread batter into prepared tin.
5.   Spoon fruit jam into piping bag and pipe circle pattern over the top.
6.   Bake in oven for 35-40 minutes.

Puding Roti








PUDING ROTI MARBLE CHOCOLATE & STRAWBERRY

rujukan dari :   Hanamemories, tqvm utk resipi ini.
dicuba oleh  :   zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

4   keping   roti gardenia, dicarik-carik
2   biji         telur
1/2 cawan   susu pekat manis
170 ml        susu cair
  10 gm       serbuk agar-agar
1/2 cawan   gula pasir
    2 tbsp     mentega/marjerin
3 1/2 cawan air  (230 ml)
    2 tbsp     serbuk koko/chocolate emulco
    1 tbsp     strawberry emulco + sedikit pewarna merah

Acuan :  8-inci

Cara-cara :

1.   Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula pasir didalam periuk.
2.   Blend/kisar, roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air tadi (1/2 cawan) kemudian tuangkan ke dalam periuk yang berisi agar-agar yang telah mendidih tadi.
3.   Masukkan mentega dan kacau rata sampai mendidih.  Tutupkan api.
4.   Bahagikan kepada 2 bahagian.  Satu bahagian, letakkan serbuk koko dan dikacau sebati manakala satu bahagian lagi letakkan perisa strawberry dan sedikit pewarna merah, dan dikacau sebati.
5.   Tuangkan ke dalam loyang 8-inci (basahkan terlebih dahulu untuk memudahkan ketika dikeluarkan), secara berselang-seli hingga habis.  (buat dengan cepat kerana puding ini cepat membeku).
6.   Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.

Cake Prune

Cake yang terhangus sedikit di bahagian permukaannya tetapi ianya sangat sedap.  Bahagian dalamnya ok.  Ini disebabkan leka sampai terlupa untuk intai-intai ketika dalam ketuhar.  Mujur masih boleh makan kerana bahagian dalamnya tidak terjejas.  Kek ini sangat sedap kerana dalamnya ada prune.





PRUNE BUTTER CAKE

source from :  book 'I Love Butter Cake' by Kevin Chai
tried by :  zaralovebaking.blogspot.com

Ingredients :

200  gm   unsalted butter
100  gm   margarine
200  gm   castor sugar
1/4   tsp   salt
4      eggs
300  gm   plain flour
1      tsp   baking powder
200  gm   pitted prunes
2    tbsp   strawberry fruit jam

Tray :  8-inch

Method :

1.   Grease and line a 20 cm (8-in) baking pan; preheat oven to 175'C.
2.   Beat butter, margarine, sugar and salt until light and fluffy.
3.   Add in eggs, one at a time, beating thoroughly after each addition.
4.   Fold in sifted flour and baking powder, mix well.
5.   Arrange prunes onto baking tray.  Spread batter over the prunes.  Pipe diagonal line on top.  Bake in oven for 40 minutes or until cooked.

Masakan yg sempoi utk tengahari.



 Sambal Sardin

Kuah Kacang





KUAH KACANG

rujukan dari :  buku 'Juadah Perayaan' - Norzailina Nordin
dicuba oleh :   zaralovebaking.blogspot.com

Bahan-bahan :

300  gm   kacang tanah
  80   ml   minyak
    2   tsp  jintan putih   )  disangai & tumbuk
    1  tbsp ketumbar     )
    2  tbsp air asam jawa
600   ml   air rebusan daging
2-3   tsp  gula merah
Garam secukup rasa

Bahan Pes (dikisar) :

5   biji       bawang merah
2   ulas      bawang putih
3   batang  serai
3   sm        lengkuas
3   sm        halia
1   sm        kunyit hidup
2-3 tbsp    pes cili

Cara membuat :

1.   Goreng kacang tanah tanpa minyak, buangkan kulitnya.  Kisar halus separuh kacang tadi, tumbuk kasar bakinya.
2.   Panaskan minyak, tumis bahan pes hingga terbit minyak.
3.   Masukkan rempah tumbuk, kacau selama 2 minit.
4.   Masukkan kacang tanah, air asam jawa, air rebusan daging, gula merah dan garam.  Kacau hingga mendidih kemudian perlahankan api.  Renihkan hingga terbit minyak.  Kuah perlu dikacau selalu supaya tidak hangus.

Thursday, August 23, 2012

Red Velvet







RED VELVET CUPCAKES  (approx :  38 pieces size 'small')

source :   Oriental Cuisine Magazine July 2011
tried    :    zaralovebaking.blogspot.com

Ingredients :

120  gm   butter
250  gm   castor sugar
1/2   tsp   salt
2      nos  eggs  -  grade A
1      tsp   baking powder
300  gm   plain flour -  sifted
1      tsp   bicarbonate of soda
2     tbsp  cocoa powder  -  sifted
1     tbsp  red wilton food colouring
1      tsp   vanilla essence
250  ml    milk  +  1 tbsp vinegar

Icing Ingredients :

250  gm   cream cheese  (at room temperature)
100  gm   butter
  80  gm   icing sugar  (sifted)
1 1/2 cup non-dairy whipping cream  (refrigerated)

Method :

1.   Pre-heat oven to 180'C.
2.   Using an electric  beater with a paddle attachment, cream butter, sugar and salt till creamy.
3.   Beat in eggs one at a time until fluffy.
4.   Fold in sifted flour, baking powder & bicarbonate of soda with the cocoa powder.
5.   Slowly mix in red colouring, vanilla essence and the milk mixture until just combined.
6.   Pour into cupcake liner 2/3 full and bake in pre-heated oven for 20-25 minutes or until skewer inserted in the centre comes out clean.

To prepare icing :

1.   Using an electric beater fitted with a whisk attachment, whisk the cold cream until stiff.
2.   Using the same beater, beat the cream cheese, butter & icing sugar until fluffy.
3.   Combine the beaten cream with the cream cheese mixture & use this to pipe on the cool cupcakes as desired.

Rendang Daging






RENDANG PEDAS DAGING

rujukan  :  Majalah Aroma Ogos 2012
dicuba   :  zaralovebaking.blogspot.com

Bahan-bahan :

2      kg.   daging  -  dipotong bersaiz 1 1/2 inci
1      kg.   santan pekat
500  gm   bawang kecil  -  dihiris
3     inci   halia  -  dihiris
8  batang serai  -  dipotong nipis dan ditumbuk kasar
6  helai    daun kunyit  -  dipotong nipis
4  tbsp    kerisik kelapa
1800 ml  air
1 keping  asam gelugur
Garam secukup rasa
300  gm  cili kering  -  direbus & dikisar
1     inci   lengkuas  -  dikisar
2     inci   kunyit hidup  -  dikisar

Cara penyediaan :

1.   Masukkan daging, bawang kecil, daun kunyit, halia dan serai ke dalam kuali di atas api.
2.   Masukkan bahan kisar dan kacau.
3.   Campurkan santan dengan air dan masukkan bersama ke dalam kuali.
4.   Bila mendidih, masukkan kerisik, asam gelugor dan garam.
5.   Masak sehingga kuah menjadi sedikit kering.


Raya Ogos 2012

 Rendang Pedas Daging
 Kuah Kacang
 Puding Trifle
Red Velvet Cupcakes