KEK PISANG

Thursday, February 25, 2016

SMOOTHIE PISANG & MANGGA










SMOOTHIE PISANG & MANGGA
sumber  :   Just Try and Taste...




Bahan-Bahan :

100  gm  pisang beku
200  gm  mangga beku
    1  buah  jeruk sunkist  -  kupas & potong-potong  (tak letak tiada stok)
    3  sudu makan  plain yogurt  (saya guna Greek yogurt)
    3  sudu makan  madu
400  ml  air  (saya guna 300 ml  susu segar + 100 ml air)


Cara-Cara :

     Masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan proses sehingga lembut.  Tuangkan ke dalam gelas.  Hidangkan dingin.  (menghasilkan :  3 gelas seperti di atas..)

AYAM GORENG MENTEGA MADU









AYAM GORENG MENTEGA MADU
Majalah RASA Mac 2016, (sangat sedap)...




Bahan-Bahan :

 1/2  ekor  ayam  -  dipotong kecil, cuci bersih & toskan  (resipi asal menggunakan 10 ketul drummet ayam)
  10  gm  serbuk lada sulah
  10  gm  sos tiram
125  gm  mentega  (resipi asal  250 gm)
    1  biji  bawang besar  -  dimayang
    2  biji  cili merah  -  dihiris nipis  (saya guna lada benggala merah)
    1  tangkai  daun kari
    3  sudu makan  madu


Cara Memasak :

1.  Gaulkan ayam bersama serbuk lada sulah, garam dan sos tiram.  Biarkan seketika.
2.  Panaskan kuali dan goreng ayam sehingga keperangan.  Angkat dan letakkan dalam pinggan bersesuaian.
3.  Di dalam kuali yang bersih, panaskan mentega, goreng bawang besar, cili merah dan daun kari hingga garing.
4.  Taburkan di atas ayam  yang digoreng tadi.
5.  Akhir sekali tuangkan madu di atas gorengan ayam.
6.  Sedia untuk dihidangkan...

SUP TELUR BERSAYUR









SUP TELUR BERSAYUR
Majalah RASA Mac 2016...




Bahan-Bahan :

    5  biji  telur
    1  tiub  tofu telur  (saya tambah  -  dipotong kiub)
    3  ulas  bawang merah  -  hiris
    2  ulas  bawang putih  -  hiris
 2.5  cm  halia  -  hiris
    3  biji  kentang  -  belah 4
    1  batang  lobak merah  -  potong kiub
500  gm  suhun
Garam & bahan perasa secukupnya
Air secukupnya
Sedikit daun sup & daun bawang  -  hiris untuk hiasan


Cara Memasak :

1.  Masukkan air secukupnya dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.

2.  Masak di atas api sederhana hingga kuah mendidih.  Masukkan kentang, lobak merah serta stok kiub ayam.  Kacau sekata.

3.  Setelah kentang dan lobak merah empuk, kecilkan api.

4.  Perlahan-lahan pecahkan telur ke dalam sup satu persatu.

5.  Biarkan dan jangan dikacau supaya telur menjadi keras dan tidak pecah kuningnya.

6.  Kemudian masukkan tofu telur dan suhun, perasakan dengan garam dan bahan perasa secukupnya.  Kacau perlahan dan biar mereneh seketika.

7.  Sebelum dihidangkan, hiaskan dengan hirisan daun bawang dan daun sup...


INFO   :   Untuk mengelakkan telur pecah semasa dimasukkan dalam periuk, boleh pecahkan telur dalam kuali atau periuk lain.  Bila sudah keras masukkan dalam sup..

ROTI GULUNG SOSEJ PENDEK








ROTI GULUNG SOSEJ PENDEK
sumber  :   Majalah RASA Mac 2016...




Bahan-Bahan :

12  biji  sosej koktel
6  keping  roti putih
200  gm  serbuk roti  (warna oren)
1  biji  telur *
Secubit garam * (* dikocok sebati)


Cara Memasak :

1.  Roti putih dibuang bahagian tepi kemudian digelek sehingga nipis dan dipotong dua.

2.  Gulungkan sosej koktel dengan roti yang telah digelek tadi.  Sapukan telur di bahagian hujung untuk melekatkan roti tersebut.

3.  Celupkan gulungan tadi ke dalam telur yang dipukul bersama secubit garam kemudian ke dalam serbuk roti.

4.  Goreng sehingga kuning keemasan.

5.  Sedia untuk dihidangkan bersama sos cili atau mayones... 





Wednesday, February 24, 2016

NASI GORENG CINA









NASI GORENG CINA
oleh   :    zaralovebaking...




Bahan-Bahan :

Nasi putih sejuk secukupnya
3  batang  hotdog@sausage  -  dihiris kecil
4  ulas  bawang putih  -  dicincang
3  biji  telur
Sedikit sayur kobis  -  dihiris-hiris
Garam, serbuk perasa, serbuk lada putih secukup rasa
Bawang goreng untuk hiasan
Daun bawang untuk hiasan  -  dihiris


Cara Memasak :

1.  Tumiskan bawang putih sehingga wangi dan kekuningan.  Masukkan hirisan hotdog@sausage dan goreng sehingga masak.  Masukkan sayur kobis, garam, dan sedikit serbuk lada putih.  Gaul sebati.

2.  Ketepikan rencah tadi ke tepi kuali.  Masukkan telur dan dikacau rata.  Masukkan nasi dan dikacau supaya bersalut dengan telur tadi.  Setelah rata, masukkan lagi serbuk lada putih secukupnya dan serbuk perasa.  Sesuaikan rasa dan tutup api.

3.  Sebelum di hidang, taburkan sedikit bawang goreng dan juga masukkan hirisan daun bawang...

POPIA GORENG BERINTI AYAM










POPIA GORENG BERINTI AYAM
oleh  :   zaralovebaking...




Bahan-Bahan :

200  gm  ayam kisar
    1  biji  bawang besar  -  didadu
    2  ulas  bawang putih  -  dicincang halus
    1  sudu teh  serbuk lada hitam
    1  batang  zucchini @ timun Jepun  -  sagat kasar
 1/2  batang  lobak merah  -  sagat kasar
    1  bungkus  kulit popia
Sedikit air
Garam & gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.  Kemudian masukkan lobak merah.  Masak sehingga lobak merah sedikit empuk.

2.  Masukkan zucchini, ayam kisar, garam dan sedikit lada hitam.  Masakkan dalam 2-3 minit.  Angkat dan sejukkan.

3.  Ambil sekeping kulit popia dan letakkan inti secukupnya kemudian gulung sehingga kemas.  Letakkan sedikit air dihujung kulit popia sebagai pelekat.

4.  Gorengkan popia sehingga kekuningan.  Angkat dan toskan.  Hidangkan bersama sos pilihan...

MILO ICE









MILO GODZILLA @ MILO ICE
sumber  :   Dapur Tanpa Sempadan...




Bahan-Bahan :

    4  camca besar penuh  Milo
    2  camca besar  susu pekat manis
200  ml   susu segar
  10  ketul  ais kiub
    2  camca teh  Milo *
 1/2  camca teh  Nescafe *  (* disatukan & gaul rata)
Ais krim perisa vanilla secukupnya


Cara-Cara :

1.  Masukkan ais kiub ke dalam pengisar/blender, tuangkan susu segar, milo dan susu pekat manis.  Kisarkan sehingga semuanya sebati dan ais kiub hancur.  Kemudian tuangkan ke dalam gelas.

2.  Scoopkan ais krim vanilla ke dalam gelas berisi air milo tadi.  Taburkan sedikit milo yang ditambah dengan serbuk Nescafe di atasnya.  Hidangkan sejuk!!!

Tuesday, February 23, 2016

ACAR TIMUN








ACAR TIMUN
sumber  :   Potret Kasih...




Bahan-Bahan :

   1  biji  timun  -  hiris memanjang  (saya guna timun Jepun@Zucchini)
   2  batang  lobak merah  -  hiris memanjang
   1  labu  bawang besar  -  hiris nipis
   1  biji  cili merah  -  hiris nipis
2-3  sudu besar  gula pasir
   1  sudu teh  garam
4-5  sudu besar  cuka masakan atau jus limau nipis, anggaran 1/2 cawan (saya guna cuka epal)


Cara Penyediaan :

1.  Satukan kesemua bahan di dalam mangkuk.  Sesuaikan rasanya kemudian simpan di dalam peti sejuk selama 1/2 jam atau lebih sebelum menghidang.

2.  Hidangkan bersama nasi tomato, dalca, ayam masak merah dll..

MONGOLIAN BEEF








MONGOLIAN BEEF
sumber  :   Ilham Dapur...




Bahan-Bahan :

300  gm  daging batang pinang  -  dihiris nipis
    2  sudu besar  bawang besar cincang
    1  ulas  bawang putih  -  dicincang
 1/2  inci  halia  -  dicincang
    1  labu  bawang besar  -  didadu besar
    1  batang  lobak merah saiz sederhana  -  dihiris nipis
    1  biji  tomato kuning/belum masak  -  didadu besar
    1  batang  saderi  -  dipotong serong  (tak letak tiada stok)
 1/2  biji  lada benggala kuning  -  dihiris memanjang  (tambahan)
 1-2  sudu besar  sos tiram
    1  sudu besar  gula perang
Sedikit kicap manis
Garam secukupnya (jika guna)


Cara Memasak :

1.  Gaulkan daging dengan sos tiram dan perapkan seketika (anggaran dalam 30 minit).

2.  Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan-bahan cincang dan tumiskan sekejap.  Masukkan sedikit kicap manis dan gula perang, biarkan sehingga gula larut.

3.  Kemudian terus masukkan daging, saderi dan lobak merah, masak sambil di balik sekali sekala sehingga daging lembut (tambahkan sedikit air masa proses ini).

4.  Bila daging sudah lembut, masukkan tomato dan bawang, kacau sebati dan perasakan secukup rasa.  Akhir sekali masukkan hirisan lada benggala kuning (jika guna), masak seketika biarkan sedikit kering.

5.  Tutup api dan sedia dihidangkan..

Monday, February 22, 2016

JUS AVOCADO @ JUS ALPUKAT










JUS AVOCADO @ JUS ALPUKAT
sumber  :   Ilham Dapur...




Bahan-Bahan :

2  biji  avocado masak ranum
1  cawan  susu segar
6  sudu besar  gula pasir atau secukup rasa
Air dari peti sejuk secukupnya  (untuk ditambah jika jus terlalu pekat)
Sedikit garam  -  jangan skip
Sedikit ais kiub (jika perlu)


Cara-Cara :

     Masukkan isi avocado dan kesemua bahan lain secukupnya ke dalam pengisar buah dan kisar sehingga berkrim.  Jus ini kena buat pekat barulah sedap rasanya.  Letakkan sedikit ais kiub untuk dapat menikmati rasa lemak buah avocado ni.  Juga lagi sedap kalau di letakkan sedikit coklat cair di dalamnya...

BINGKA PISANG










KUIH BINGKA PISANG
sumber   :    yatiememories...




Bahan-Bahan :

   1  sisir  pisang masak  -  di lecek kasar  (pisang ikut pilihan anggaran 3 cawan)
   1  cawan  tepung gandum *
3/4  cawan  gula kastor *
   1  cawan  santan *
   1  cawan  susu cair *
   1  biji  telur  gred A/B *
   2  sudu besar  mentega *
Sedikit bijan untuk taburan atas kuih (jika suka)
Sedikit pewarna kuning (jika suka) *
Secubit garam


Loyang :  8 inci, gris & alas dengan kertas minyak   atau
                 Acuan bunga pecah  8  =  3 biji


Cara-Cara :

1.  Blender/kisar kesemua bahan-bahan (*) sehingga sekadar hancur saja.
2.  Tuangkan adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lecek dan digaul rata.
3.  Masukkan ke dalam loyang yang disediakan yang telah dilenser dengan sedikit mentega.
4.  Bakar pada suhu 180'C selama 1 jam atau lebih untuk mendapatkan keraknya.
5.  Sejukkan baru dipotong...

Info  :  saya menggunakan pisang berangan anggaran 6-10 biji bergantung pada saiz pisang, dan menggunakan acuan kemboja (dapat 3 biji)...

JEJARI KETAM









JEJARI KETAM
sumber  :   Dari Dapur Ummi...




Bahan-Bahan :

   2  bungkus  stick ketam
   1  sudu kecil  serbuk secukup rasa
1/2  sudu kecil  serbuk lada putih atau lada hitam
1/2  sudu kecil  serbuk kari
   3  tangkai  daun kari
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng


Cara-Cara :

1.  Stick ketam direndam sekejap di dalam air dan keluarkan ianya dari plastik.

2.  Toskan stick ketam, picit-picit dan carik-carikkan sehingga halus.

3.  Setelah siap di carik-carik stick ketam, campurkan bersama dengan serbuk secukup rasa, serbuk lada putih atau hitam, serbuk kari dan taburkan daun kari secukupnya.  Gaulkan sehingga sebati.

4.  Boleh juga di jemur sekejap kalau cuaca panas.  Tidak jemur pun tidak apa.  Panaskan minyak untuk menggoreng dan goreng sehingga kuning dan rangup.  Angkat dan toskan.  Setelah agak sejuk, bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.  Enak dimakan begitu saja atau enak juga dimakan bersama nasi sebagai sampingan...