Monday, December 31, 2012
Puding Trifle untuk makan-makan bersama keluarga.
TRIFLE
sumber dari : internet
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
1 bungkus swissroll/sebarang jenis kek butter
1 kotak serbuk agar-agar kristal - sebarang perisa
1 tin fruit cocktail - atau ikut suka
2 tbsp tepung kastad/tepung jagung
2 tbsp gula pasir
2 cawan susu segar/susu cair
Cara-cara :
1. Campurkan tepung kastad, gula dan susu. Gaul sebati dengan whisk dan masak hingga mendidih dan pekat. Angkat dan biarkan sejuk sebentar.
2. Potong swissroll dan susun didalam mangkuk kaserol hingga penuh.
3. Ambil sedikit jus buah koktel dan tuang di atas kek tadi.
4. Tuangkan kastad di atas keseluruhan kek hingga rata. Taburkan buah-buahan atas kastad tadi.
5. Bancuh dan masakkan serbuk agar-agar kristal ikut arahan pada pek kotak dan tuang di atas koktel tadi.
6. Masukkan ke dalam peti sejuk. Enak dimakan dengan aiskrim perisa vanilla. Boleh juga dihias dengan whipping cream yang dipukul kental.
Labels:
Puding
Sambal sardin
SAMBAL SARDIN BERKANTAN
sumber dari : nooriahnaim, tq for this recipe
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
1 tin sardin
2 tsp cili kisar
1 kuntum bunga kantan - dihiris
1 biji tomato - dibelah 4 (saya guna tomato ceri)
1 biji limau nipis - ambil jusnya
2 tangkai daun bawang - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
sedikit cili padi (optional)
garam dan gula secukupnya
minyak
Cara memasak :
Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih hingga layu. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Masukkan tomato dan bawang besar serta sardin, kacau perlahan agar sardin tidak pecah. Perahkan limau nipis, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan bunga kantan dan tidak perlu masak lama.
Setelah masak taburkan dengan daun bawang dan hirisan limau nipis juga cili padi sekiranya suka pedas.
Labels:
Ikan
Kek keju
KEK KEJU COKLAT MARMAR
sumber dari : buku 'Hidangan Berkeju' Noraini Zakaria
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan A :
180 gm mentega
190 gm gula kastor
3 biji telur (A)
125 gm tepung superfine )
1 tsp serbuk penaik ) diayak bersama
35 gm serbuk koko )
Bahan B :
250 gm cream cheese - suhu bilik
60 gm gula kastor
1 biji telur (A)
Acuan : 7 inci
Cara membuat :
1. Sediakan tin pembakar empat segi. Griskan dengan sedikit mentega dan lapik kertas serap minyak.
2. Putar bahan A iaitu mentega dan gula kastor hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil diputar sebati.
4. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega sambil digaul hingga rata.
5. Untuk adunan keju : Putar bahan B iaitu cream cheese dan gula kastor hingga kembang dan masukkan telur. Putar sebati.
6. Tuangkan 1/2 adunan A ke dalam tin pembakar. Tuangkan pula adunan B tadi hingga habis diikuti dengan adunan A yang separuh lagi.
7. Ambil lidi dan lorekkan permukaan adunan untuk membuat corak marmar diatasnya.
8. Bakar selama 1 jam pada ketuhar yang telah dipanaskan ke suhu : 170'C.
Labels:
Cheesecake
Sunday, December 30, 2012
Sambal Ikan segera
SAMBAL IKAN SEGERA
Bahan-bahan :
3 ekor ikan kembung (siang, cuci bersih & digoreng)
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
6 biji tomato ceri (dihiris dua)
Pes sambal segera secukupnya (boleh didapati dipasaraya besar)
garam & minyak secukupnya
Cara-cara :
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bawang besar hingga layu. Masukkan pes sambal dan sedikit air. Masukkan tomato ceri dan masak hingga sedikit lembut. Kemudian masukkan ikan goreng dan gaul sebati. Perisakan dengan sedikit garam. Tunggu hingga mendidih dan matikan api. Sedia untuk dihidang dengan nasi putih.
Labels:
Ikan
Brokoli
BROKOLI DENGAN TAUHU JEPUN
Bahan-bahan :
1 kuntum brokoli (potong kecil & dicelur sekejap)
1 batang tauhu jepun ( dihiris & digoreng sedikit)
5 batang jejari ketam (dipotong dua)
3 ulas bawang putih (dicincang)
sedikit sos tiram
sedikit serbuk lada sulah (jika suka)
garam dan minyak secukupnya
Cara-cara :
Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih hingga wangi. Masukkan jejari ketam dan masak hingga lembut. Masukkan tauhu jepun yang telah digoreng dan sayur brokoli yang telah dicelur tadi. Gaul sebati. Masukkan sedikit sos tiram dan serbuk lada sulah (jika suka). Masukkan sedikit air (jika perlu). Perisakan dengan sedikit garam. Tunggu hingga mendidih dan bolehlah dimatikan api. Sedia untuk dihidang dengan nasi putih.
Labels:
Sayur
Sayur Asparagus.
SAYUR ASPARAGUS GORENG BELACAN
Bahan-bahan :
2 pek sayur asparagus (dipotong ikut suka dan cuci bersih)
5 keping jejari ketam (dipotong dua)
3 biji cili merah (kalau nak pedas boleh tambah)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan (dibakar)
sedikit sos tiram
garam & minyak secukupnya
Cara-cara :
1. Cili merah, bawang merah, bawang putih dan belacan bakar dikisar atau ditumbuk halus.
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan berbau wangi.
3. Masukkan jejari ketam dan sayur asparagus. Masak sayur hingga agak lembut.
4. Masukkan sedikit air, sos tiram dan garam secukup rasa. Gaul sebati.
5. Apabila mendidih bolehlah ditutup api dan sedia untuk dihidang dengan nasi putih.
Labels:
Sayur
Masakan berasaskan ayam.
AYAM MASAK LADA HITAM
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam (potong kecil dan cuci bersih)
4 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
6 biji tomato ceri (dihiris dua)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
sedikit kicap pekat
sedikit lada hitam (ikut kepedasan)
sedikit serbuk kunyit & garam
sedikit minyak
Cara-cara :
1. Gaulkan ayam dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng setengah masak atau hingga garing.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
3. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, kicap pekat dan lada hitam. Masak hingga mendidih. Tambahkan sedikit air jika perlu.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan tomato ceri. Gaul sebati. Tunggu hingga mendidih sekali lagi dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan.
Labels:
Ayam
Sunday, December 23, 2012
Puding yang enak.
PUDING ROTI COKLAT STRAWBERRY
PUDING ROTI COKELAT STRAWBERRY
rujukan dari : buku 'Agar-agar & Puding'
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
4 keping roti putih
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170 ml susu cair
10 gm serbuk agar-agar
1/2 cawan gula pasir
2 tbsp butter atau marjerin (dicairkan)
3 1/2 cawan air
2 tbsp serbuk koko
1 tsp pewarna merah jambu dan perisa strawberry
Cara-cara :
1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air tadi (1/2 cawan).
2. Kemudian masukkan ke dalam periuk agar-agar yang sudah dididih tadi. Masukkan butter atau marjerin dan kacau rata sampai mendidih. Matikan api.
3. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian warnakan dengan warna merah jambu dan perisa strawberry dan satu adunan lagi masukkan serbuk koko. Kacau cepat dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul-ketul.
4. Tuangkan ke dalam loyang bahagian coklat kemudian masukkan bahagian yang berwarna merah jambu. Hendaklah dibuat dengan CEPAT kerana puding ini mudah sejuk@membeku.
5. Dah siap bolehlah disimpan didalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam atau hingga keras.
Labels:
Puding
Creme Puff berinti kastad durian.
Creme Puff Durian
rujukan dari : Hanamemories
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan untuk creme puff :
100 gm mentega
250 ml air
150 gm tepung gandum
3 biji telur (A)
1 tsp gula pasir
secubit garam
Cara-cara :
1. Masukkan air, gula dan mentega ke dalam periuk dan didihkan.
2. Tutupkan api, masuskkan tepung serta garam dan kacau hingga sebati.
3. Sejukkan dan masukkan telur satu demi satu sambil dipukul hingga sebati.
4. Masukkan adunan doh ke dalam piping bag dan paipkan ke atas dulang pembakar.
5. Bakar pada suhu : 200'C selama 25-30 hingga berwarna keperangan.
6. Sejukkan puff dahulu kemudian isikan dengan kastad durian.
7. Hidangkan.
Kastad Durian :
2 tbsp tepung kastad
4 tbsp gula kastor
1 cawan susu segar (250 ml)
1 biji telur
1 tbsp mentega
1 tbsp isi durian (jika suka boleh lebihkan, dilecek)
Cara-cara :
Campurkan semua bahan ke dalam periuk kecuali mentega. Kacau sebati. Masak di atas dapur dengan api perlahan hingga pekat dan likat. Matikan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega larut dan sejukkan. Sedia untuk digunakan.
ATAU :
Pukul 200 ml whipping cream hingga kental. Blend 8-10 ulas isi durian dan campurkan ke dalam krim. Sedia untuk digunakan.
Labels:
Creme Puff
Kek Pisang yang enak dan cantik.
KEK PISANG MARBLE
resipi dari : rossitamz-kitchen/Azita Zain,
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
5 biji pisang masak ranum
4 biji telur (B)
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan gula kastor
2 1/2 cawan tepung gandum
2 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
1 tbsp chocolate emulco
Acuan : 8 inci atau ikut pilihan
Cara-cara :
1. Lenserkan loyang dengan sedikit mentega, tabur dengan sedikit tepung. Ketepikan.
2. Panaskan ketuhar pada suhu : 175'C selama 10 minit.
3. Ayakkan bahan kering ke dalam mangkuk besar. Ketepikan.
4. Blend pisang, telur, minyak, susu segar dan gula kastor hingga hancur.
5. Tuangkan bahan kisar ke dalam adunan tepung. Kacau dengan spatula secara kaupbalik hingga sebati.
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian campurkan chocolate emulco dan kacau rata. Manakala satu bahagian lagi dibiarkan asal.
7. Tuangkan adunan ke dalam loyang secara berselang-seli hingga kedua-dua adunan habis.
8. Bakar selama 50 minit atau hingga masak. Tutup permukaan kek dengan aluminium foil untuk mengelakkan kek daripada hangus.
Labels:
Kek
Saturday, December 22, 2012
Acara memotong kek hari jadi
Birthday boy sedang memotong kek hari jadi yang ke !!!
CHOCOLATE CAKE with BUTTERCREAM FROSTING
CHOCOLATE CAKE
resipi dari : dapur CTdelima, tqvm untuk resipi ini, sedap & lazat.
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
1 3/4 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula kastor
3/4 cawan serbuk koko
2 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
1 cawan buttermilk
1/2 cawan minyak jagung
2 biji telur (A)
1 tsp esen vanilla
1 cawan air kopi panas segar (Nescafe)
Hiasan : gula coklat & coklat M&M secukupnya
Loyang : 9 inci, gris dan alas dengan baking paper
Cara membuat :
1. Dalam mangkuk besar, ayakkan bersama tepung gandum, gula, serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder, ketepikan sebentar.
2. Dalam mangkuk besar yang lain, satukan buttermilk, minyak, telur dan vanilla. Pukul bahan-bahan tadi dengan menggunakan mixer/hand whisk supaya bahan-bahan menjadi sebati sahaja.
3. Tambah bahan-bahan kering yang telah diayak dan gaul sebentar sahaja. Perlahan-lahan tuangkan air kopi panas dan kacau rata.
4. Gris loyang 9-inci (23cm) dengan sedikit mentega dan lapik dengan kertas minyak. Bakar pada suhu : 180'C selama 35-40 minit hingga masak.
5. Sejukkan kek terlebih dahulu kemudian hias dengan buttercream dan toppingnya.
Bahan Buttercream :
250 gm mentega - lembutkan
2 cawan gula icing - diayak
2 tsp esen vanilla
Cara-cara :
Putar mentega hingga lembut kemudian masukkan gula icing sedikit demi sedikit dan putar lagi. Masukkan esen vanilla dan putar lagi hingga berkrim dan licin.
Labels:
Kek
Friday, December 21, 2012
Kek Chiffon yang sedap dan gebu
COCO CRUNCH CHIFFON CAKE
COCO CRUNCH CHIFFON CAKE
adapted from : cookbook by Kevin Chai
tried by : zaralovebaking.blogspot.com
Egg yolk batter :
6 egg yolks (B)
60 ml cooking oil
60 ml fresh milk
45 gm milk powder
45 gm coco crunch
90 gm caster sugar
150 gm self-raising flour
1/2 tsp green food colouring (I added)
Egg white foam :
6 egg whites
1 tsp cream of tartar
120 gm caster sugar
Method :
1. To make egg yolk batter : combine egg yolks, cooking oil, fresh milk, milk powder, coco crunch, green food colouring (if using) and sugar in a mixing bowl. Fold in sifted flour until forms batter.
2. To make egg white foam : beat egg whites and cream of tartar until mixture forms soft peaks. Gradually add in sugar, beating at high speed until frothy and stiff peaks form.
3. Gently fold beaten egg white form into egg yolk batter until blended.
4. Pour batter into ungreased 9-in (22cm) tube pan. Bake in preheated oven at 170'C for 30 minutes or until cooked. Remove from oven, invert cake onto table until completely cooled.
Labels:
Chiffon cake
Thursday, December 20, 2012
Banana Cupcake yang moist dan enak
SOFT BANANA CUPCAKE
SOFT BANANA CUPCAKE
rujukan dari : buku 'Istimewa Pemanis Mulut' CTdelima
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
90 gm minyak jagung/minyak masak
50 gm gula kastor
1 biji telur (A) - dipukul ringan
125 gm tepung gandum
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
4 biji pisang berangan masak (dilecek halus) (160 gm)
25 gm susu segar/susu cair
1/2 tsp esen pisang
Cara membuat :
1. Pukul telur dan gula hingga ringan dan berkrim, anggaran 2-3 minit. (guna hand whisk)
2. Masukkan susu segar, pisang lecek halus, minyak jagung dan esen pisang dan putar sekejap.
3. Dalam mangkuk lain, ayakkan tepung, baking powder dan baking soda dan gaul rata.
4. Masukkan bahan ayak (tepung) ke dalam bahan basah dan kaup balik hingga tiada ketulan tepung kelihatan. Jangan digaul terlalu lama, cukup sekadar semua bahan bercampur saja.
5. Sudukan adunan ke dalam acuan muffin atau papercup dan bakar pada suhu : 180'C selama 20-25 minit atau hingga masak.
6. Setelah masak, sejukkan atas rak dawai sepenuhnya.
(menghasilkan : 14 biji)
Labels:
Cupcake/kek cawan
Wednesday, December 19, 2012
Parcel dari London, UK
Akhirnya barang yang berupa acuan untuk fondant tiba juga dari London, UK
setelah agak lama tergendala pengirimannya (lebih kurang hampir sebulan).
Ingatkan dah hilang dalam perjalanan. Barang-barang ini order melalui e-bay dari bulan Nov. 2012
baru tiba hari ini. Syukur akhirnya tiba juga ke pangkuanku, amin....
bunga Petunia
bunga Daisy
bunga Blossom
corak rama-rama & corak daun
Labels:
Acuan
Subscribe to:
Posts (Atom)