KEK PISANG

Thursday, May 30, 2013

APAM POLKA DOT


Tempahan dari jiran ku Pn. Alin (50 pcs) terima kasih.


Juadah untuk tengahari





Juadah untuk tengahari berupa Gulai Ketam Masak Lemak Cili Api 
dan Gorengan Kacang Buncis  berserta Telur Masin dimakan panas-panas dengan nasi putih.

Wednesday, May 29, 2013

CAKE POPS











KEK POP



sumber dari  :   Majalah SAJI April 2013
dicuba oleh   :  zaralovebaking.blogspot.com



Bahan Kek Coklat :

   2  cawan   tepung serbaguna  -  diayak
   1  cawan   serbuk koko  -  diayak
1/2  tsp.       soda bikarbonat  -  diayak
1/2  tsp.       serbuk penaik  -  diayak
   2  cawan   gula kastor
   1  cawan   minyak masak/minyak jagung
   1  cawan   susu cair
   2  biji        telur
   1  cawan   air panas


Bahan Krim Keju :

  227    gm        mentega tanpa garam
  250    gm        cream cheese
1 1/2    cawan   gula aising  -  diayak
      1    tsp.       esen vanilla


Bahan Hiasan :

Coklat masakan putih/hitam
sedikit pewarna pink
beberapa batang lolipop


Cara Menyediakan :

     Satukan kesemua bahan kek kecuali air panas di dalam mangkuk pengadun dan pukul pada kelajuan sederhana sehingga semuanya sebati.
     Akhir sekali masukkan air panas perlahan-lahan ke dalam adunan.  Apabila adunan sudah sebati, tuangkan adunan ke dalam loyang saiz 8/9 inci yang telah disapu/gris dengan mentega.
     Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180'C selama 30 minit atau sehingga masak.
     Untuk membuat krim keju :  Pukul mentega bersama dengan krim keju sehingga sebati dan kembang.  Kemudian masukkan esen vanilla dan gula, pukul pada kelajuan tinggi sehingga menjadi gebu kembang keputihan.
     Cairkan coklat masakan putih/hitam secara 'double boiler'.  Letakkan beberapa titis pewarna pink untuk coklat masakan putih dan sebatikan.  Ketepikan.
     Kek coklat yang sudah masak, disejukkan kemudian dihancurkan.  Kemudian kepal dan bulat-bulatkan dengan krim keju.  Cucukkan batang lolipop.
     Celupkan ke dalam coklat masakan pink.  Hiaskan mengikut kreativiti sendiri.





     

 

NASI MENTEGA KISMIS, RENDANG AYAM & ACAR










NASI MENTEGA KISMIS



sumber dari :   tiffinbiru - CMG, tqvm
dicuba oleh  :   zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :

    4   cawan   beras basmathi  (rendam 25 minit & toskan)
    5   cawan   air
    1   cawan   susu sejat IDEAL
    1   kiub      pati ayam Maggi (optional)
    2   tbsp.     mentega
 1/3   cawan   kismis kuning
Garam  secukup rasa


Bahan Tumis :

1   biji        bawang besar  (dipotong dadu)
2   ulas       bawang putih  (dihiris)
1   batang   serai  (dititik)
1   helai      daun pandan  (disimpul)
1   inci        halia  (dihiris nipis)
1   batang   kulit kayu manis
1   kuntum  bunga lawang
5   kuntum  bunga cengkih
2   biji         buah pelaga


Bahan Hiasan :   hirisan daun bawang/sup & bawang goreng



Cara membuat :

     Dalam kuali, cairkan mentega, masukkan bahan tumis dan tumiskan sehingga berbau harum.  Masukkan beras dan kacau mesra.  Masakkan selama 1-2 minit.  Masukkan pati kuib ayam Maggi (hancurkan - jika guna) dan gaul rata dan sebati.
     Alihkan beras ke dalam rice cooker, tuangkan air dan susu cair.  Kacau rata.  Tambahkan garam secukup rasa dan tanak seperti biasa.  Bila kering, taburkan kismis dan biar nasi betul-betul masak.  Gaulkan dengan chopstick.  Biarkan sebentar.
     Taburkan dengan bahan hiasan sebelum dihidang bersama acar dan lauk kegemaran.


Tuesday, May 28, 2013

KUIH CARA BERLAUK TUNA & TUNA PUFF


 KUIH CARA BERLAUK TUNA


 lebihan inti digunakan untuk buat TUNA PUFF





KUIH CARA BERLAUK TUNA



sumber dari  :   tiffinbiru - CMG, tqvm
dicuba oleh  :   zaralovebaking.blogspot.com



Bahan Inti :

    1  tin         ikan tuna  (tos & hancurkan isinya)
    1  tbsp      rempah kari ikan
    1  biji        bawang besar  (didadukan)
    1  ulas       bawang putih  (didadu halus)
sedikit hirisan halia  (cincang halus)
    1  tbsp       sos cili
 1/2  tsp         serbuk lada hitam
    1  pokok   daun sup  (dihiris halus)
    1  biji         cili merah  (buang biji dan didadu kecil-kecil)
Garam dan gula secukupnya


Bahan Kuih Cara :

  75  gm   tepung gandum
    1  biji   telur  (A)
165  ml    santan
    2  tbsp mentega  (dicairkan)
secubit garam
2-3  titik   pewarna kuning


Cara membuat  :

1.   Untuk Inti :  Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.  Masukkan sos cili dan rempah kari.  Kacau rata dan masak sekejap dengan api perlahan.  Tambahkan ikan tuna, gaul rata.  Tambahkan garam, serbuk lada hitam dan sedikit gula.  Kacau dan masak sekejap.  Tutupkan api, masukkan hirisan daun sup dan cili merah (tinggalkan sedikit untuk hiasan), gaul rata dan sejukkan.

2.   Untuk Adunan Kuih Cara :  Satukan tepung gandum, telur dan santan.  Kacau rata dan masukkan mentega cair, sedikit garam dan pewarna kuning.  Kacau hingga licin, tapis dan ketepikan.  (Atau anda boleh masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam blender dan kisar hingga sebati).

3.   Panaskan acuan cara di atas dapur gas, gunakan api kecil.  Sapukan setiap lubang acuan dengan sedikit minyak.  Tuangkan adunan 3/4 penuh ke dalam setiap lubang acuan.  Bila nampak sedikit pucat, sudukan 1/3 sudu kecil inti di bahagian atas setiap kuih cara tadi.  Taburkan sedikit cili merah dan hirisan daun sup.  Tutupkan permukaan acuan.  Biarkan masak.  Buat hingga habis.

Monday, May 27, 2013

BLUEBERRY SLICE CHEESE CAKE

 sebelum diletak topping
 selepas diletak topping






BLUEBERRY SLICE CHEESE CAKE



sumber dari  :  Hasue & Rahel
dicuba oleh  :   zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :

300  ml         susu segar
    6  keping   keju kraft
    3  biji         telur (A) - asingkan kuning & putih
  90  gm         gula halus
110  gm         tepung gandum
    1  tsp         esen vanilla
110  gm         mentega/marjerin
Blueberry pie filling secukupnya


Acuan :  8 inci


Cara membuat :

1.   Panaskan oven pada suhu 180'C, griskan loyang dan alas dengan baking paper.  Ketepikan.

2.   Dengan api perlahan, panaskan susu dan masukkan kepingan keju.  Kacau hingga cair dan masukkan mentega.  Kacau hingga mentega mencair dan ketepikan.

3.   Asingkan putih dan kuning telur.

4.   Pukul putih telur bersama gula halus hingga menjadi meringue.

5.   Dalam bekas lain, pukul kuning telur hingga berkrim dan tambahkan adunan susu yang dipanaskan tadi, kacau perlahan.

6.   Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik hingga sebati.

7.   Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik hingga sebati.

8.   Masukkan esen vanilla dan sebatikan adunan.

9.   Tuangkan adunan ke dalam loyang.  Bakar menggunakan kaedah 'steam bath' (letakkan loyang adunan di dalam loyang yang besar sedikit berisikan air panas ketika membakar) selama 50 minit atau hingga masak.

10. Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan betul-betul sejuk barulah di letakkan blueberry filling.  Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidang.

Assalam semua.. Memandangkan kelas Drop Cookies ini saya terlepas untuk menghadirinya, maka saya meminta izin dari chef untuk membeli saja set cookies ini.  Cadangnya untuk menghadiri kelas ini pada 26/5/2013 (Ahad) tetapi kelas ini terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir kerana kekurangan peserta.  Agak mengecewakan juga tetapi nasib baik dapat juga membeli resipinya siap dengan samplenya sekali untuk dirasa memandangkan chef kata tinggal 1 set sahaja.  Cepat-cepat saya pergi ke kedainya untuk membeli resipi itu.  Kesemua cookies sangat sedap, rangup dan senang untuk dibuat. Tidak perlu menggunakan mixer.  Apapun terima kasih pada Pn. Azimah kerana sudi menjual resipi pada saya.












Di atas adalah beberapa contoh Drop Cookies.

Nama-nama Drop Cookies adalah :

1.   Choco Almond Cookies
2.   Vanilla Crunchy Cookies
3.   Double Chocolate Chip Cookies
4.   Choc N Chips Cookies
5.   Almond Cookies
6.   Red Pearl Cookies

Percuma :

1.   White Doodless Cookies
2.   Oat & Cashewnut Cookies
3.   Tart Gulung Ana

Sunday, May 26, 2013

Santai dengan famili


 24/5/2013 (Jumaat) - Jalan-jalan ke KLCC dengan Along, Angah & cucu kemudian kami
ke Aquaria ketika cuti umum Hari Wesak kemudian kami ke Jakel Shah Alam beli kain langsir.





24/5/2013 (Jumaat) -  sebelah malamnya pergi makan-makan di Seoul's Garden
di IOI Puchong - makan bbq cara masakan Korea ditaja oleh anak gadisku semasa cuti Hari Wesak.
Ini adalah makan-makan sempena harijadi AJ dan sempena Hari Ibu.