Saturday, December 31, 2016
MENU TERAKHIR SEBELUM MENJELANGNYA TAHUN BARU 2017...
POPCORN BERWARNA
sumber : youtube.com...
Bahan-Bahan :
100 gm bertih jagung
2 sudu makan mentega
2 sudu makan minyak masak
Bahan Karamel :
6 sudu makan gula pasir
Pewarna pilihan
Cara-Cara :
1. Panaskan periuk pemanggang ajaib. Masukkan mentega dan minyak masak.
2. Kemudian masukkan bertih jagung. Kacau-kacau sebati.
3. Tutupkan periuk pemanggang ajaib, biarkan masak sehingga tiada bunyi 'pop' kederangan lagi. Tandanya bertih jagung telah masak dan kembang. Alihkan ke dalam bekas besar untuk memudah menggaulkan karamel.
4. Kemudian sediakan karamel. Panaskan kuali/periuk. Masukkan gula pasir dan pewarna pilihan. Kacau-kacau sehingga gula mencair bersama pewarna.
5. Apabila gula mencair dan sebati dengan pewarna, tutup api dan tuangkan ke dalam bekas berisi popcorn tadi dan gaul sebati.
6. Sementara itu panaskan oven pada suhu 200'C. Tuangkan popcorn tadi ke dalam loyang yang dialas dengan kertas minyak dan masukkan ke dalam oven. Bakar selama 10 minit. (Tujuannya kita akan mendapat popcorn yang kering dan garing tidak lembap)...
Labels:
Kudapan/snack
AYAM MASAK MERAH...
AYAM MASAK MERAH
oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam - potong & cuci bersih
1 biji tomato - belah 6 jika bersaiz besar
3 batang kacang panjang - potong 1cm
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau - hiris
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cili kisar
Garam & gula secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Bahan Kisar :
1 biji tomato
1 biji cili merah
3 biji bawang kecil
1 inci halia
Cara Memasak :
1. Ayam dilumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
2. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.
3. Panaskan 3 sudu besar minyak lebihan menggoreng ayam tadi.
4. Masukkan bahan kisar dan cili kisar. Masak hingga terbit minyak dan garing.
5. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kacang panjang. Kacau rata.
6. Apabila sayur kacang panjang sedikit layu, masukkan cili merah, cili hijau, tomato dan bawang besar.
7. Akhir sekali masukkan ayam yang digoreng dan gaul rata. Hidangkan...
Labels:
Ayam
Friday, December 30, 2016
KARI TELUR...
KARI TELUR
sumber : buku resipi...
Bahan-Bahan :
10 biji telur rebus
2 cawan santan
600 ml air atau secukupnya
3 sudu besar serbuk rempah kari BABAS
1 biji cili merah - belah tanpa putus
1 biji cili hijau - belah tanpa putus
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 inci halia - hiris
3 sudu besar minyak masak
1/2 kiub pati ayam
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 sudu besar cili kisar
1 biji kentang - dipotong kiub
Garam & gula secukup rasa
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang merah, bawang putih dan halia hingga berbau harum dan layu.
2. Masukkan cili kisar, rempah kari (bancuh dengan sedikit air dulu) dan biar hingga terbit minyak.
3. Masukkan air, kiub pati ayam, kentang dan biar hingga mendidih dan kentang empuk.
4. Apabila kentang dah empuk, masukkan santan dan kacau perlahan-lahan hingga mendidih.
5. Akhir sekali masukkan telur, cili merah, garam dan gula secukup rasa.
6. Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia dihidangkan...
Labels:
Telur
KACANG PANJANG GORENG...
KACANG PANJANG GORENG
TELUR HANCUR
Bahan-Bahan :
1 ikat kacang panjang - potong serong atau bulat
1 biji telur
3 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - hiris
1/2 biji bawang besar holland atau merah - hiris bulat
Sedikit sos tiram
Sedikit air jika perlu
Garam & gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga berbau harum.
2. Masukkan telur dan kacau cepat supaya telur hancur.
3. Masukkan kacang panjang, bawang besar dan cili merah.
4. Masukkan sedikit sos tiram, garam dan gula secukup rasa dan sedikit air jika perlu.
5. Kacau rata dan sesuaikan rasa, tutup api dan sedia untuk dihidangkan...
Labels:
Sayur
Thursday, December 29, 2016
SHEPHERD'S PIE...
sebelum dibakar...
selepas dibakar...
SHEPHERD'S PIE
sumber : resipicitarasawan...
Bahan-Bahan :
700 gm ubi kentang - dikupas kulit, direbus & di lecek
2 sudu besar marjerin - cairkan
50 gm parutan keju cheddar
3 sudu besar susu cair/susu segar
Garam & serbuk lada sulah secukup rasa
Bahan Inti Daging :
1 labu bawang besar - dicincang
1 sudu besar marjerin
300 gm daging cincang
150 gm sayur campur beku (frozen mixed vegetable)
1 tin tomato prego ATAU 4 biji tomato segar (celur, buang kulit & kisar halus)
2 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar herba campuran (mixed herbs)
Garam secukup rasa
Parutan keju cheddar & herba campuran secukupnya untuk taburan
Cara Penyediaan :
1. Untuk inti : Panaskan marjerin, tumis bawang besar hingga layu. Masukkan daging cincang dan masak sehingga berubah warna. Masukkan tepung gandum, sayur campur, tomato kisar dan sos tomato. Renehkan sekejap. Masukkan herba campuran dan perasakan dengan garam secukupnya. Angkat dan ketepikan.
2. Masukkan inti daging ke dalam bekas tahan panas atau ramekin yang dilenser dengan marjerin. Ratakan.
3. Untuk ubi kentang : Ubi kentang yang direbus tadi, di lecek ketika masih panas. Kemudian masukkan marjerin cair, parutan keju cheddar dan susu cair. Gaul rata dan perasakan dengan garam secukup rasa dan serbuk lada sulah. Ratakan di atas daging tadi. (boleh juga dipaipkan dengan menggunakan nozle untuk mendapatkan corak yang cantik). Taburkan dengan parutan keju dan herba campuran.
4. Bakar pada suhu 200'C selama 30-35 minit atau sehingga permukaannya keperang-perangan. Hidangkan...
Labels:
Pie/pai
KEK SPAN PANDAN...
KEK SPAN PANDAN SANTAN
sumber : Majalah SAJI November 2016...
Bahan A :
5 biji putih telur gred A/B
1/2 cawan gula kastor
1 sudu kecil krim tartar
Bahan B :
5 biji kuning telur gred A/B
1 biji telur
3/4 cawan tepung kek/tepung gandum
1/4 cawan minyak jagung
1/4 cawan santan kotak
1 sudu kecil perisa pandan
Sedikit pewarna hijau
Secubit garam
Cara-Cara :
1. Pukul putih telur sehingga berbuih dan masukkan gula, krim tartar. Pukul sehingga kental, tetapi jangan terlebih kental sekadar 'soft peaks' saja. Ketepikan.
2. Dalam bekas lain, pukul kuning telur dan 1 biji telur dari bahan B sehingga gebu/kembang.
3. Masukkan minyak, santan, tepung, perisa dan pewarna. Gaul sebati.
4. Tuangkan sedikit demi sedikit bahan A ke dalam bahan B, sambil dikaupbalik rata dengan spatula.
5. Panaskan ketuhar dan griskan loyang bersaiz 8 inci bulat dengan mentega. Lapik dasar loyang dengan kertas minyak.
6. Bakar dengan kaedah 'double boiler'/steam bake selama 70 minit menggunakan api atas dan bawah pada suhu 160'C.
Labels:
Kek
CUCUR BAWANG RANGUP...
CUCUR BAWANG RANGUP
sumber : seripayaku...
Bahan-Bahan :
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
3 cawan air (saya guna 1 1/2 cawan air kerana adunan agak cair)
1 biji telur - dipukul sedikit
1/2 sudu teh baking powder
2 biji bawang besar, saiz sederhana *
1 biji cili merah *
1 biji cili hijau *
1 pokok daun sup * (* dihiris)
1/2 batang lobak merah - disagat (saya tambah)
1 genggam ikan bilis - dicuci bersih, rendam sekejap & toskan
Garam secukup rasa
Minyak untuk goreng terendam
Sos atau sambal tumis untuk dihidangkan bersama cucur
1 sudu teh minyak masak (petua untuk bagi cucur rangup & lembut biarpun ianya dah sejuk)
Cara-Cara :
1. Dalam satu bekas, masukkan bawang besar, daun sup, cili merah, cili hijau, lobak merah dan ikan bilis. Tambahkan garam secukup rasa (anggaran 1 sudu teh) dan baking powder. Gaul rata-rata dan sebati. Masukkan telur, gaul lagi dan masukkan tepung gandum dan tepung beras. Kacau rata.
2. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata dan air habis. Rehatkan sekejap. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Kacau adunan tadi, sudukan 1 sudu besar penuh dan tuangkan di tepi kuali (tuang biarkan sebahagiannya jatuh dalam minyak panas). Buat beberapa cucur bawang untuk sekali goreng dan gorengkan sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya. Sedia untuk dihidangkan bersama sambal tumis atau sos pilihan.
Labels:
Kuih-muih
Wednesday, December 28, 2016
PASTA SPIRAL...
PASTA SPIRAL CORENG SOS SARDIN
sumber : cahayahidupku2569...
Bahan-Bahan :
1/2 peket pasta spiral
1 tin kecil sardin
1 tin sos pasta original Adabi
1 batang lobak merah - disagat
1 biji tomato - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang
1 biji bawang besar - potong dadu
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu kecil serbuk oregano
1 biji telur - digoreng hancur untuk hiasan (optional)
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Rebus pasta spiral hingga lembut, toskan dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih bersama minyak zaitun kemudian masukkan sardin yang telah dihancurkan. Masukkan pula sos pasta Adabi.
3. Kemudian masukkan bawang besar, lobak merah dan tomato. Bila lobak merah dan lembut dan mesra, perasakan dengan garam secukup rasa.
4. Kemudian masukkan pasta yang direbus tadi. Kacau sebati kemudian taburkan serbuk oregano.
5. Apabila semua bahan telah mesra, sesuaikan rasa dan tutup api. Taburkan daun bawang, daun sup dan telur hancur untuk hiasan...
Labels:
Noodles/Pasta
Subscribe to:
Posts (Atom)