KEK PISANG

Friday, August 30, 2013

PUDING ROTI MARBLE





Tempahan Puding Roti Marble dari Pn. Azizah sebanyak 2 loyang saiz 10" x 10", terima kasih.

ROSELLE CHEESE TART

 Cheese Tart berintikan jem Roselle - sangat sedap.

Thursday, August 29, 2013

CHOCOLATE SOFT CHEESECAKE










CHOCOLATE SOFT CHEESE CAKE  (20 cm/8 inch)



Oleh  :  ABM - akubukanmasterchef/Hasue



Bahan-bahan :

300  ml    susu segar
160  gm   cream cheese  (dilembutkan pada suhu bilik atau 6 keping keju cheddar)
    3  biji   telur (gred A -  asingkah putih & kuning)
110  gm   gula kastor
    1  tsp   esen vanilla
  80  gm   tepung gandum
  30  gm   serbuk koko
110  gm   mentega


Cara Penyediaan :

1.     Panaskan oven pada suhu 180'C dan sediakan loyang, dilapik dengan baking paper.

2.     Masukkan susu segar ke dalam periuk.  Panaskan hingga suam.

3.     Masukkan cream cheese.  Kacaukan hingga cream cheese cair dan sebati.

4.     Masukkan pula mentega.  Kacau hingga mentega cair.  Kemudian tutup api dan ketepikan seketika.

5.     Masukkan 2/3 daripada gula kastor ke dalam perik dan kacau rata.

6.     Di dalam bekas lain, masukkan kuning telur dan pukulkan hingga berkrim.  Kemudian masukkan adunan susu dan cream cheese tadi ke dalamnya dan kacau sebati.

7.     Ayakkan serbuk koko dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.  Kemudian ayakkan pula tepung dan kaup balik hingga sebati.  Masukkan esen vanilla dan gaul rata.

8.     Di dalam mangkuk lain, pukul putih telur hingga berbuih, kemudian masukkan lebihan gula kastor tadi sedikit demi sedikit dan pukul hingga kental.

9.     Masukkan putih telur tadi secara tiga (3) peringkat ke dalam adunan coklat dan kaupbalik hingga sebati.

10.   Tuangkan ke dalam loyang dan bakar secara 'water bath' selama 50 minit atau hingga masak.  Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Smoothie yang diidamkan.


 Smoothie maker ni lama dah teringin untuk membelinya.  Akhirnya dapat juga barang yang diidamkan ni.  Hadiah dibelikan oleh anak-anak sempena ulangtahun perkahwinan mama dan papanya pada bulan September ni.  Terima kasih pada anak-anak.  Untuk ayahnya pula dibelikan smartphone.


TART SHELL/CRUST


Tart Shell/Crust yang dapat disiapkan untuk diguna pada bila-bila masa diperlu.

 saiz : 4.5 cm
 saiz : 5 cm

Sunday, August 25, 2013

PINEAPPLE CHEESE TART

 Tart shell sebelum dibakar
 Tart shell selepas dibakar



yang ni untuk dibawa ke rumah kakak ipar di Seksyen 3, Shah Alam




PINEAPPLE CHEESE TART (60 pcs)



Sumber   :  Majalah Aroma September 2013 (blog : tarabozu2)



Tart Crust/Shell :

170  gm   butter
  50  gm   gula aising
    1  biji   telur (gred C)
290  gm   tepung gandum
    1  tsp   esen vanilla
Jem nenas secukupnya sebagai inti


Cara Penyediaan Tart Crust/Shell :

1.   Pukul butter dan gula dengan menggunakan senduk kayu.  Jangan putar lama sangat.
2.   Masukkan telur dan esen vanilla.  Putar lagi dengan senduk kayu.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
3.   Uli hingga menjadi doh yang lembut.
4.   Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.  Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat.
5.   Cucuk dasar crust/shell dengan garfu sebelum dibakar.
6.   Bakar pada suhu 170'C selama 20-24 minit atau sehingga sedikit keperangan.
7.   Biar sejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara sebelum digunakan.  (Untuk mendapatkan doh yang baik, masukkan doh ke dalam plastik bag dan simpan di dalam peti ais semalaman).


Filling Cheese Tart :

250  gm   cream cheese
  50  gm   gula kastor
    1  biji   telur (gred B)
 1/2  tsp   esen vanilla/esen lemon


Cara-cara :

     Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.  Masukkan telur dan esen vanilla.  Putar lagi.  Masukkan ke dalam piping bag.  Bubuhkan 2 tsp inti nenas ke dalam tart shell dan paipkan bancuhan cream cheese di atasnya serta lorekkan dengan lidi sate dan bakar selama 5-10 minit lagi pada suhu 170'C.  



TIPS  :  Ambil sedikit inti cream cheese dan titikkan sedikit pewarna pilihan untuk dilorek di atas inti cheese.
     Keluarkan cream cheese 20-30 minit sebelum digunakan.  JANGAN dibiar cream cheese mencapai ke suhu bilik.  Putar sampai berkilat dan jangan terlebih putar nanti ia terlalu cair dan tidak cantik bila di letakkan di dalam shell sebab ia flat tidak mumbung.  Jangan sekejap pulak nanti tidak licin tidak cantik juga, jadi yang sedang-sedang saja nampak berkilat tu dah OK.





Tempahan Talam Suji Pandan


 Tempahan Talam Suji Pandan dari Pn. Alin - terima kasih.



Saturday, August 24, 2013

KEK LAPIS HOLIDAY INN









KEK LAPIS HOLIDAY INN



Oleh  :   Mommycookin.blogspot (Mommy Ryan)



Bahan-bahan :

350  gm        mentega
    1  cawan   gula halus
    9  biji        telur (gred A)
    2  cawan   tepung Hong Kong atau tepung kek
 1/2  tin         susu pekat manis
    1  tbsp      ovalette
    1  tsp        esen vanilla
    4  tbsp      jem nenas
Pewarna oren, kuning & coklat emulco


Loyang :  8 x 8 inci persegi, gris dengan sedikit mentega & dialas dengan kertas minyak


Cara Penyediaan :

     Pukul mentega, ovalette dan gula halus hingga kembang dan gebu.  Masukkan telur satu demi satu.  Kemudian masukkan tepung dan adunkan hingga sebati.  Kemudian masukkan susu pekat manis.  Putarkan sekejap sahaja dan bahagikan kepada 3 bahagian.

     1 bahagian diletakkan coklat emulco
     1 bahagian oren + jem nenas
     1 bahagian kuning + 1 tsp. esen vanilla

     Ambil 1 senduk kecil adunan oren dan kukus selama 7-10 minit.  Kemudian ambil 1 senduk adunan kuning dan kukus selama 7-10 minit diikuti dengan adunan coklat dan kukus selama 7-10 minit.  Ulang proses yang sama hingga kesemua adunan habis.  Untuk adunan yang terakhir kukus selama 20 minit atau hingga masak dengan sempurna.

NOTA :  cara mencorak kek lapis ini boleh ikut citarasa masing-masing.


Thursday, August 22, 2013

APAM POLKA DOT


 Tempahan Apam Polka Dot sebanyak 200 pcs dari jiranku Pn. Alin, tqvm.




Wednesday, August 21, 2013

PAI TUNA dlm. pelbagai saiz - sangat sedap...















PAI TUNA



Sumber :  buku resipi 'Hidangan Berkeju' oleh : Noraini Zakaria



Bahan Pastri :

450  gm     tepung gandum  (diayak)
250  gm     mentega
    1  biji     telur gred B
    2  tbsp   air
    2  tbsp   gula
 1/2  tsp     garam halus


Bahan Inti Tuna :

    1  tin      kecil kepingan tuna (tuna flake)  -  dilecek
100  gm     parutan keju cheddar
    1  biji     cili benggala      )
    1  biji     bawang besar   )  (dicincang)
    5  biji     cendawan butang  (dihiris)
100  ml      susu segar
    1  biji     telur gred B
    1  tbsp   tepung jagung
Garam & serbuk lada sulah secukup rasa


Acuan Pie :  8 inci


Cara Membuat :


Pastri :   Satukan mentega, gula dan garam.  Putar hingga kembang.  Masukkan telur dan air.  Putar lagi hingga sebati.  Akhir sekali masukkan tepung gandum.  Putar kelajuan perlahan hingga menjadi doh.

Canai doh dan letakkan di dalam acuan pai dan bakar pada suhu 180'C selama 20 minit.  Sebelum dibakar, cucukkan dasar doh dengan garfu untuk mengelakkan ia mengelembung.

Inti :  Ratakan ikan tuna pada kulit pastri.  Taburkan cili benggala, keju cheddar, cendawan butang dan bawang besar.  Ketepikan sebentar.  Sementara itu, satukan susu segar, tepung jagung, garam, lada sulah dan telur di dalam sebuah bekas.  Kacau rata dan tuangkan ke atas inti tadi.  Bakar semula pai ini pada suhu 180'C selama 20 minit lagi hingga keperangan.  Enak dimakan dengan cili sos.

 

GULAI NENAS IKAN MASIN








GULAI NENAS IKAN MASIN


sumber :   Majalah RASA Mei 2012



Bahan-bahan :

300  gm        ikan talang masin atau ikan masin lain (dipotong nipis)
200  gm        nenas (dipotong dadu)
 1/2  kg         santan (600 ml =  400 ml santan cair + 200 ml  santan pekat)
    1  batang   serai  (dititik)
Serbuk kunyit secukupnya
Garam & gula secukupnya


Bahan tumbuk/kisar :

10  biji     cili padi
  1  labu   bawang besar


Cara Memasak :

1.   Masukkan santan cair ke dalam periuk.  Masukkan serai, serbuk kunyit serta bahan tumbuk.  Kacau sebati.
2.   Masukkan ikan masin dan kepingan nenas.  Didihkan sehingga nenas layu.
3.   Tuangkan santan pekat, garam dan gula secukup rasa.
4.   Masakkan dengan api perlahan sehingga mendidih.  Kuah hendaklah sentiasa dikacau agar tidak pecah santan.

Sunday, August 18, 2013

RAYA FAMILY GATHERING







 17/8/2013 (Sabtu) - Raya family gathering (raya ke 10).
Ini sebahagian dari keluarga Kak Long (kakak ipar), anak-anak serta menantu & cucu dari Meru, Klang yang bertandang ke rumah kami, sangat seronok & meriah.