Friday, September 30, 2016
BUBUR DURIAN KACANG HIJAU...
BUBUR DURIAN KACANG HIJAU
sumber : yatiememories...
Bahan-Bahan :
2 cawan kacang hijau - rendam selama 1 jam
Air secukupnya untuk merebus kacang hijau
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir
2 sudu besar sagu mata ikan (tambahan - jika suka, dibasuh dulu)
2 helai daun pandan - disimpul
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam halus
Isi durian secukupnya
Cara-Cara :
1. Rebus kacang hijau bersama air secukupnya, garam dan masukkan 1 sudu besar minyak masak (tujuannya biar cepat empuk).
2. Bila kacang hijau telah empuk dan kembang, masukkan gula pasir. Kemudian masukkan pula gula melaka yang diracik. Kacau hingga gula larut dan sebati.
3. Masukkan sagu mata ikan (jika guna), isi durian secukupnya diikuti pula santan cair ke dalam periuk bersama daun pandan. Kemudian masukkan santan pekat dan kacau sebati. Biarkan mendidih sebentar dan sagu mata ikan kelihatan jernih, tutup api.
4. Sedia untuk dihidangkan...
Labels:
Bubur
KACANG GORENG TELUR HANCUR...
KACANG GORENG TELUR HANCUR
buku 'Ruzita's Kitchen'...
Bahan-Bahan :
1 ikat kacang panjang - potong bulat (saya guna kacang buncis 20 tangkai, potong serong)
1 biji telur
3 ulas bawang putih - hiris
3 ulas bawang merah - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 biji bawang besar saiz sederhana - potong bulat
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga berbau harum.
2. Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata.
3. Masukkan telur dan kacau cepat supaya telur hancur.
4. Masukkan kacang panjang/kacang buncis, bawang besar dan cili merah.
5. Kacau rata dan sesuaikan rasa.
6. Sedia untuk dihidangkan...
Labels:
Sayur
GULAI TEMPOYAK IKAN BAWAL...
GULAI TEMPOYAK IKAN BAWAL
sumber : buku masakan...
Bahan-Bahan :
1 ekor ikan bawal - cuci bersih, potong 3)
1/2 cawan tempoyak
1 helai daun kunyit - dicarik
1 keping asam gelugur
Sedikit asam jawa
Garam & gula secukupnya
Bahan Kisar :
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili padi (boleh leihkan jika mahu pedas)
1 inci kunyit hidup
1 liter air
Cara Memasak :
1. Ikan dicuci dengan air asam jawa sekejap.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk.
3. Masukkan daun kunyit, tempoyak, asam keping, garam dan gula secukup rasa.
4. Bila mendidih, masukkan ikan bawal.
5. Biar mereneh seketika, sesuaikan rasa dan tutup api
6. Sedia dihidangkan...
Labels:
Ikan
Thursday, September 29, 2016
SAMBAL TELUR
SAMBAL TELUR
buku masakan 'Ruzita's Kitchen'...
Bahan-Bahan :
4 biji telur - rebus & kupas kulitnya
3 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun bawang - hiris
Garam & gula secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Telur direbus hingga masak dan kupas kulitnya. Ketepikan.
2. Tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
4. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
5. Masukkan cili kisar dan perlahankan api. Tunggu hingga terbit minyak.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau rata.
7. Masukkan telur, gaul rata. Taburkan daun bawang.
8. Sedia untuk dihidangkan...
Labels:
Telur
ASPARAGUS GORENG...
ASPARAGUS GORENG
oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
1 paket asparagus - potong serong
1 biji tomato - potong kiub
1 sudu besar sos tiram
Bawang goreng secukupnya - untuk taburan
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan Tumbuk Lumat/Kasar :
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar ikan bilis - cuci bersih & rendam seketika
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk hingga berbau harum.
2. Masukkan sos tiram, garam dan gula secukupnya.
3. Masukkan asparagus, kacau rata hingga asparagus sedikit layu. (Tambah sedikit air jika ianya kering).
4. Masukkan tomato, kacau rata dan sesuaikan rasanya, tutup api.
5. Akhir sekali tabur sedikit bawang goreng.
6. Hidangkan...
Labels:
Sayur
Wednesday, September 28, 2016
PENGAT KELEDEK
PENGAT KELEDEK
sumber : Myresipi.com...
Bahan-Bahan :
3 biji keledek - saiz sederhana, dipotong kecil
1/2 cawan sagu mata ikan - dibasuh & toskan
1 biji kelapa - ambil santannya atau 1 paket santan serbuk
2 helai daun pandan - dibasuh & disimpul
1/2 sudu kecil garam
Gula Melaka & gula pasir secukup rasa
Air secukupnya
Cara-Cara :
1. Rebus keledek yang telah dipotong kecil dengan air yang mencukupi. Rebus hingga empuk.
2. Masukkan gula melaka dan gula pasir secukupnya. Masukkan juga sagu mata ikan yang telah dibasuh.
3. Masukkan daun pandan, santan dan garam akhir sekali. Kacau. Tunggu hingga mendidih seketika dan bolehlah tutup api.
4. Hidangkan...
Labels:
Bubur
IKAN MASIN SEPAT SAMBAL TUMIS PETAI
IKAN MASIN SEPAT
SAMBAL TUMIS PETAI
sumber : myresipi.com...
Bahan-Bahan :
3 ekor ikan sepat masin
sedikit cili kering dikisar atau cili boh
sedikit halia - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
1 biji bawang putih - dihiris
1 papan petai - dikupas ambil isinya
garam & gula secukup rasa
sedikit asam jawa dibancuh dengan sedikit air
Cara Memasak :
1. Goreng ikan masin sepat sampai garing, angkat dan letakkan di dalam pinggan, ketepikan.
2. Tumis kesemua bahan-bahan hiris bersama cili boh hingga berbau harum dan garing.
3. Masukkan garam, gula secukup rasa, air asam jawa secukupnya.
4. Masak hingga garing kemudian masukkan isi petai, biarkan seketika dan tutup api.
5. Curahkan sambal tadi di atas ikan sepat masin yang telah digoreng tadi.
6. Siap untuk dihidangkan.
Labels:
Ikan
KAILAN GORENG BELACAN
KAILAN GORENG BELACAN
sumber : buku masakan...
Bahan-Bahan :
1 paket sayur kailan - cuci & potong
1 biji bawang besar - hiris bulat & leraikan
1 biji cili merah - hiris
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk pati ikan bilis
1 biji tomato - belah 6
Minyak untuk menumis
Bahan Ditumbuk Lumat :
1 inci belacan bakar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 biji cili padi
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan garam, serbuk pati ikan bilis dan gula secukup rasa.
3. Masukkan kailan. Goreng hingga kailan layu.
4. Masukkan hirisan cili merah, bawang besar dan tomato. Kacau rata dan tutup api.
5. Sedia untuk dihidangkan...
Labels:
Sayur
Tuesday, September 27, 2016
AIR/JUS LOBAK MERAH
AIR/JUS LOBAK MERAH
sumber : dari Majalah SAJI...
Bahan-Bahan :
2 batang lobak merah
1 gelas air atau secukupnya
5 sudu besar susu pekat manis atau ikut kemanisan yang diingini
Ais kiub secukupnya
Cara Membuatnya :
1. Masukkan lobak merah dan air ke dalam pengisar/blender.
2. Kisar hingga hancur.
3. Tapiskan ke dalam gelas.
4. Masukkan susu pekat dan kacau rata.
5. Masukkan ais kiub secukupnya.
6. Hidangkan...
Labels:
Minuman/Jus
ASAM PEDAS IKAN KURAU
ASAM PEDAS IKAN KURAU
oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
1 ekor ikan kurau - cuci bersih dan dipotong beberapa bahagian
1 ikat daun kesum
1 batang bunga kantan - dibelah 2
2 batang serai - dititik
3 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris nipis
1 sudu kecil halba
1 biji tomato - belah 4
4 helai daun limau purut
Air asam jawa secukupnya
Garam & gula secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan Kisar :
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
1 inci kunyit hidup tua
8 biji lada kering - rendam seketika dalam air panas untuk melembutkan
Sedikit belacan bakar
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga berbau harum.
2. Masukkan halba dan bahan kisar, kacau rata. Biarkan hingga cili garing dan naik minyak.
3. Masukkan serai. Bila naik bau masukkan air asam jawa, daun kesum dan bunga kantan.
4. Bila mendidih, masukkan ikan kurau tadi. Biar mereneh hingga ikan masak.
5. Masukkan garam dan gula, sesuaikan rasa.
6. Masukkan daun limau purut dan tomato, biarkan mereneh seketika.
7. Sedia untuk dihidang...
Labels:
Ikan
BROKOLI GORENG
BROKOLI GORENG
buku masakan...
Bahan-Bahan :
400 gm brokoli
100 gm lobak merah - kupas kulit & hiris
100 gm udang kering - cuci bersih, rendam & tumbuk hancur
2 sudu besar minyak masak
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Bahan Hiris & Tumis :
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah
Cara Memasak :
1. Sayur dipotong kecil dan dicuci bersih kemudian toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan bahan hiris tumis dan udang kering hingga berbau wangi.
3. Masukkan lobak merah, garam dan sedikit air atau secukupnya, kemudian kacau rata.
4. Masukkan brokoli, kacau rata dan tutup kuali.
5. Apabila mendidih dan sayur sedikit lembut, tutup api dan bolehlah dihidangkan..
Labels:
Sayur
Subscribe to:
Posts (Atom)