KEK PISANG

Tuesday, July 31, 2018

HOMEMADE MANGO ICE CREAM RECIPE...




 Delicious & yummy !!!





HOMEMADE MANGO ICE CREAM RECIPE
adapted from :    recipetineats.com


A magic way to make a creamy scoopable ice cream without an ice cream maker!!!
It's truly creamy and scoopable like ice cream you buy in tubs...


Ingredients :

2  large  mangoes  ~  ripe and juicy  ~  to make 2 cups puree
395  gm  sweetened condensed milk  (14 oz ~  1 can)
2  cups  thickened cream/heavy cream/ dairy whipping cream  ~  cold
1/8  tsp  yellow liquid food colouring  (optional)


Directions :

1.  Dice the flesh of the mangoes.  Puree using a blender then measure out 2 cups of mango puree (about 2 1/4 cups of diced mango).

2.  Pour puree into a non-stick skillet/pan over medium-low heat.  Cook,  stirring constantly, for 8-10 minutes or until it reduces by half.  (The test is when you can drag a wooden spoon across the skillet/pan and the path remains there for a second.  OR measure out the puree to ensure it's reduced to at least 1 cup ~ less is even better!).
3.  Cool puree.


Directions For Ice Cream :

1.  Combine cooled mango and sweetened condensed milk in a bowl.  Add food colouring is using.  Whisk until combined.

2.  Beat cream with a hand held beater or stand mixer until stiff peaks form.

3.  Take a scoop of cream and put it in the mango mixture.  Fold through until mostly combined - lumps is fine (this is just to lighten it up a bit).

4.  Then pour the mango mixture into the cream.  Fold through rather than mixing vigorously like you would cake batter,  until lump free.  This will take a few minutes.

5.  Pour into a container (preferably with a lid).  I recommend glass, if you can, or other non reactive container.

6.  Place a piece of baking/parchment paper on the surface.  Then place lid on or using cling wrap.  Freeze for 12+ hours or overnight.

7.  Remove parchment paper.  Stand for 5 minutes to soften slightly, then scoop and serve!!!

8.  If frozen for 24 hours or longer, it will need a couple of extra minutes to soften to a scoop able consistency.


Other Flavors :   You can skip the mango and just fold condensed milk into the whipped cream and add 2 tsp pure vanilla ---- this will make a creamy vanilla ice cream.  You may add chocolate chips, nuts if you like...

RESEPI PUFF DURIAN...










RESEPI PUFF DURIAN
sumber :    hanamemories...




Bahan Pastri :

100  gm  mentega
250  ml  air
150  gm  tepung gandum  ~  diayak
3  biji  telur gred A  (jika guna gred B =  4 biji)
Secubit garam


Bahan Inti Kastad Durian :

2  sudu besar  tepung kastad
4  sudu besar  gula pasir
1  cawan  susu segar  (250 ml)
1  biji  telur gred A/B
1  sudu besar  mentega
1  sudu besar  isi durian  ~  jika suka boleh lebihkan


Cara-Cara :

1.  Untuk Penyediaan Inti Kastad Durian :   Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk.  Kacau sebati.  Masak di atas dapur menggunakan api perlahan sehingga pekat dan likat.  Matikan api dan sejukkan.  (Tutup bahagian atas inti dengan plastik wrap agar bahagian atasnya tidak berkulit).

2.  Di dalam periuk lain, satukan air, mentega dan garam.  Masak sehingga air mendidih dan mentega cair.  Masukkan tepung gandum sekaligus dan kacau  dengan pantas sehingga menjadi doh.  Angkat dan ketepikan sehingga suam.

3.  Panaskan oven pada suhu 200'C.  Lenser dulang pembakar dengan mentega atau alas dengan baking paper.

4.  Masukkan adunan doh ke dalam mixer dan masukkan telur satu persatu sambil memukul dengan kelajuan sederhana sehingga menjadi pes yang lembut.

5.  Masukkan adunan ke dalam piping bag menggunakan nozzle pilihan.  Paipkan di atas dulang pembakar yang disediakan tadi.

6.  Bakar selama 20 minit atau sehingga keperangan.  Sejukkan di atas redai.

7.  Untuk Penyediaan Puff Durian :   Belah puff tanpa putus.  Masukkan/paipkan inti kastad, buat sehingga habis dan bolehlah dihidangkan...

Monday, July 30, 2018

SAMBAL TERUNG UDANG KERING...










RESEPI SAMBAL TERUNG UDANG KERING
rujukan :    tiffinbiru@CMG...




Bahan-Bahan :

3  biji  terung ungu saiz sederhana
1  camca teh  pes asam jawa
5  biji  cili merah
5  biji  cili padi  (optional)
1  biji  bawang besar
1  pokok  daun bawang  ~  hiris
2  ulas  bawang putih
3  biji  buah keras
1  genggam  udang kering  ~  cuci & rendam 10 minit & toskan
1  biji  tomato  ~  dibuang bijinya  atau  10 biji tomato ceri tanpa perlu dibuang biji)
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Terung dicuci dan keringkan.  Kemudian kerat 2 bahagian dan setiap bahagian dibelah 4, buat kaedah sama untuk baki terung.  Gaul dengan sedikit garam kemudian goreng sekejap dalam minyak panas sambil dibalik-balikkan, angkat dan toskan.

2.  Dalam lesung batu, masukkan buah keras dan bawang putih,  tumbuk hingga halus, masukkan pula bawang besar dan daun bawang, tumbuk lagi.  Tambahkan cili padi dan cili merah, terus menumbuk hingga cili hancur.  Akhir sekali masukkan udang kering dan tumbuk hingga udang lumat.  Ketepikan.

3.  Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan anggaran 1/4 cawan.  Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi, kacau rata dan masak dengan api kecil hingga garing.  Masukkan pes asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.  Kacau rata dan masak sekejap.  Akhir sekali masukkan tomato dan terung, gaul rata dan rasa,  jika 'ok' matikan api.  Hiaskan dengan daun sup, jika suka sebelum dihidangkan...

AYAM MASAK PAT PET...










RESEPI AYAM MASAK PAT PET
rujukan :    tiffinbiru@CMG...




Bahan-Bahan :

2  keping  dada ayam  ~  dipotong kiub, cuci bersih & toskan
5  tangkai  kacang panjang  ~  kerat pendek, cuci & toskan  (saya guna 1/2 batang lobak merah ~ hiris bulat)
3  helai  daun limau purut
1  biji  limau nipis  ~  perah jusnya
1  camca besar  sos ikan
Garam & gula secukup rasa
Sedikit hirisan cili padi merah  ~  untuk hiasan  (saya guna lada merah ~  hiris)


Bahan-Bahan Kisar Hancur :

5  biji  bawang merah
3  ulas  bawang putih
3  biji  cili merah
20  biji  cili padi hijau
1/2  inci  kunyit hidup
3  batang  serai  ~  dihiris


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak dalam kuali, anggaran 1/4 cawan.  Tumis bahan-bahan kisar hancur sehingga harum dan naik minyak.  Tambah sedikit lagi minyak jika tidak cukup, gunakan api sederhana dan dikacau sentiasa.

2.  Masukkan isi ayam, kacau rata dan masak sehingga ayam kecut (kalau guna ayam bertulang, sila masukkan sedikit air dalam 1 cawan macam tu).  Masukkan sos ikan, gula dan garam secukup rasa.  Kacau rata.

3.  Tambahkan kacang panjang/lobak merah dan daun limau purut, kacau dan masak sehingga kacang/lobak merah lembut.  Akhir sekali masukkan jus limau nipis, gaul rata dan masak sekejap.  Alihkan ke dalam bekas sesuai dan hiaskan dengan hirisan cili padi merah/lada merah...

NASI KUNING...









RESEPI NASI KUNING
sumber :    Majalah RASA Edisi Bumper Julai 2018
saiz hidangan :    5 orang




Bahan-Bahan :

2  cawan  beras  ~  cuci bersih & tos
2  biji  bawang merah  ~  hiris halus
2  ulas  bawang putih  ~  hiris halus
1  sudu makan  serbuk kunyit
400  gm  santan
3  cawan  air
1  batang  serai  ~  ketuk
1  helai  daun pandan  ~  cuci & simpul
2  helai  daun bay
2  helai  daun limau purut
1  sudu makan  minyak masak
1  sudu teh  garam atau secukupnya


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak dan masukkan bawang merah dan bawang putih.  Masak sehingga wangi.

2.  Masukkan serai, daun pandan, daun bay, daun limau purut, beras dan serbuk kunyit.  Gaul rata.  Biarkan seketika anggaran 5-10 minit.

3.  Kemudian alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi automatik/letrik.

4.  Masukkan santan, air dan garam.  'ONkan' periuk dan masak seperti nasi biasa...





KUAH DURIAN...









RESEPI KUAH DURIAN




Bahan-Bahan :

10  ulas  durian atau secukupnya
Santan dari sebiji kelapa atau secukupnya
2  sudu besar  gula pasir
1  sudu kecil  garam halus
Sedikit air, jika perlu


Cara-Cara :

Masukkan beberapa ulas durian ke dalam periuk.
Tambahkan santan, gula dan garam juga sedikit air.
Jika suka, boleh juga dimasukkan susu pekat sedikit.
Kacau sampai mendidih dengan api perlahan, jangan sampai pecah minyak.
Jika rasa terlalu pekat, masukkan air secukupnya.  Sesuaikan rasa kemanisannya sesuai selera.
Tutup api, bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan pulut kukus, roti, roti jala dan lain-lain ikut selera...

Sunday, July 29, 2018

BISKUT...


 BISKUT CHOCO BALL...


KEK PISANG...








KEK PISANG VERSI IRFAN
sumber :    FB@MAHN ~  Chef Irfan Syazwan Shah




Bahan-Bahan :

7-8  biji  pisang berangan atau susu/1  cawan  (lenyek)
1  cawan  tepung gandum
1/2  sudu teh  soda bikarbonat
1  sudu teh  baking powder
3  biji  telur gred A/B
1/2  cawan  gula kastor
1/2  cawan  gula perang
1/2  cawan  minyak masak
1/2  sudu besar  ovalatte


Cara-Cara :

Masukkan kesemua bahan di atas di dalam mangkuk pengadun dan putar/mix sehingga gebu.
Tuangkan ke dalam acuan loaf tin.
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu dengan suhu 180'C, api atas bawah selama 50 minit sehingga masak...




Saturday, July 28, 2018

PUDING ROTI + SOS KASTAD DURIAN...










PUDING ROTI & SOS KASTAD DURIAN
sumber :    buku resepi




Bahan Puding Roti :

6  keping  roti sandwic  ~  dipotong kiub
2  cawan  susu segar
1/2  cawan  gula kastor
1  sudu makan  mentega
1/4  sudu teh  garam
3  biji  telur  ~  dipukul  (saya guna gred A)
1  sudu teh  esen vanilla
Sedikit kismis  (saya guna mixfruit@buah-buah campuran kering)


Cara-Cara :

1.  Panaskan susu sehingga mendidih.  Tutup api, masukkan roti dan kacau rata sehingga terendam.

2.  Masukkan mentega, garam dan gula.  Kacau rata.

3.  Masukkan telur dan esen vanilla.  Kacau rata.  Masukkan kismis/mixfruit.  Kacau perlahan-lahan.

4.  Tuangkan ke dalam loyang saiz 8 inci yang dilengser dengan sedikit mentega.

5.  Bakar pada suhu 180'C selama 45 minit sehingga 1 jam.

6.  Sedia dihidangkan bersama Sos Kastad Durian atau enak juga dimakan begitu saja...

INFO :  boleh menggunakan acuan foil seperti di atas...


Bahan Sos Kastad Durian
rujukan :    Fiza's Cooking...


Bahan-Bahan :

1  tin  susu cair
1  ulas  isi durian  ~  dihaluskan  (saya letak 3 ulas)
2  sudu besar  tepung kastad
2  sudu besar  gula pasir
Setitis pewarna kuning  (jika suka)


Cara-Cara :

Tuangkan susu cair ke dalam periuk.  Panaskan dengan api yang sederhana sambil dikacau.  Masukkan pula isi durian, gula pasir, tepung kastad dan setitis pewarna kuning (jika guna - untuk mencantikkan jer).  Kacau tanpa berhenti sehingga sos menjadi pekat dan matikan api dapur...

SPIRAL IKAN TUNA...









RESEPI SPIRAL IKAN TUNA




Bahan-Bahan :

4  cawan  pasta spirals
1 1/2  liter  air
1  sudu besar  minyak masak
1/2  sudu kecil  garam
2  tangkai  daun sup  ~  dihiris kasar
1  tin  Tuna Spicy Flakes in Olive Oil
1/2  sudu kecil  garam  (untuk menumis)
1  biji  bawang besar *
3  biji  bawang putih *
1  biji  cili merah *  ( * dicincang )
3  batang  sosej  ~  dipotong menyerong
6  tangkai  kacang sepat@snowpeas  ~  dipotong 2
1/2  batang  lobak merah  ~  dipotong memanjang
4  sudu besar  minyak zaitun
1/2  sudu teh  thyeme
1/2  sudu teh  oregano


Cara Penyediaan :

1.  Pasta spirals direbus sehingga lembut@ala dante bersama minyak masak, air serta 1/2 sudu kecil garam.  Angkat dan toskan.

2.  Panaskan minyak.  Tumis bawang merah, bawang putih sehingga layu.  Masukkan sosej, biarkan masak seketika.  Masukkan garam secukup rasa. 

3.  Masukkan kacang sepat dan lobak merah.  Biarkan sekejap.  Jangan sampai layu sangat.

4.  Angkat.  Gaulkan pasta spirals yang direbus dan ditoskan bersama bahan yang ditumis/goreng tadi, kacau sebati.

5.  Masukkan ikan tuna dan gaulkan rata-rata.

6.  Hidang dan taburkan dengan thyeme, oregano, cili merah dan hirisan daun sup...

Friday, July 27, 2018

TELUR GULUNG KUCAI PEDAS...










RESEPI TELUR GULUNG KUCAI
PEDAS@KOREAN EGG ROLL
sumber :    diahdidi.com




Bahan-Bahan :

4  buah  telur  (saya guna gred A)
10  batang  kucai  ~  iris halus
3  buah  cabai merah keriting  ~  iris halus  (saya guna cili merah)
1/4  buah  bawang bombay  ~  iris halus
1/4  sendok teh  kaldu jamur  (saya guna Maggi Secukup Rasa)
1/8  sendok teh  merica bubuk@serbuk lada sulah


Cara-Cara :

Kocok asal rata telur, kaldu jamur dan merica bubuk, kemudian masukkan bahan lain.  Aduk rata.
Panaskan pan anti-lengket.
Tuang satu sendok sayur adonan telur tadi, ratakan, gulung, sisihkan di pinggir pan.
Tuang lagi adonan telur, ratakan.
Gulung telur pertama ke telur dadar kedua sambil dipadatkan, sisihkan kembali ke pinggir wajan.
Tuang adonan telur lagi, gulung lagi sehingga menjadi gulungan telur yang tebal.
Kecilkan api, masak bolak balik sebentar agar matang sempurna.
Potong-potong, sajikan...