Monday, October 31, 2016
ROTI GULUNG SOSEJ AYAM BERKEJU...
ROTI GULUNG SOSEJ AYAM BERKEJU
sumber : SAJI April 2016...
Bahan-Bahan :
5 keping roti putih
5 ketul sosej ayam
5 keping keju cheddar
1 biji telur - dipukul
100 gm serbuk roti oren/putih atau secukupnya
Cara-Cara :
1. Potong tepi roti dan gelek/canai hingga nipis. Kemudian letakkan sekeping keju cheddar bersama seketul sosej ayam.
2. Gulung dengan kemas dan dihujung roti tersebut sapukan sedikit telur sebagai bahan pelekat. Lakukan dengan kemas.
3. Selepas itu celupkan roti sosej ke dalam telur dan salutkan dengan serbuk roti. Lakukan kesemua pada baki bahan hingga selesai.
4. Simpan di dalam peti sejuk selama 5 minit sebelum digoreng dengan api sederhana kecil sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
5. Sedia untuk dihidangkan bersama sos pilihan...
Labels:
Roti
Sunday, October 30, 2016
IKAN MASIN SAMBAL...
IKAN MASIN SAMBAL
oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
100 gm isi ikan masin jenahak atau kurau - dipotong dadu
1 biji bawang besar - dihiris
3 biji bawang merah - dikisar kasar
2 ulas bawang putih - dikisar kasar
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan sos cili
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak :
1. Cuci ikan masin, rendamkan seketika untuk kurangkan masinnya kemudian toskan.
2. Panaskan minyak, goreng ikan masin dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bawang merah dan bawang putih kisar hingga wangi kemudian masukkan pes cili.
5. Masukkan air asam jawa, sos cili, garam dan gula secukup rasa dan pecah minyak.
6. Masukkan ikan masin dan hirisan bawang besar kemudian gaul rata hingga bawang sedikit layu.
7. Tutup api dan hidangkan.
Labels:
Sambal & Sos
Saturday, October 29, 2016
OATMEAL CHOCOLATE CHIP...
BISKUT OATMEAL CHOCOLATE CHIP
sumber : Majalah MIDI Julai 2007
olahan : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
250 gm mentega
1 1/2 cawan gula kastor
1 biji telur gred A/B
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan chocolate chip
1 cawan kelapa goreng/kering - kisar sedikit (saya guna bijirin oats)
3 sudu besar serbuk koko
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan kacang walnut - sangai & cincang)
Cara-Cara :
1. Pukul mentega bersama gula kastor hingga kembang.
2. Masukkan telur dan kacau hingga rata. Masukkan esen vanilla, gaul sebati.
3. Ayak serbuk koko, tepung naik sendiri dan tepung gandum bersama dan kemudian masukkan ke dalam adunan yang telah dipukul tadi. Kacau/gaul hingga rata.
4. Masukkan chocolate chip, kelapa kering/oats dan walnut, gaul rata dan sebati.
5. Sudukan ke atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 170'C selama 25 minit atau hingga masak.
Labels:
Biskut/Cookies
LEMAK DAGING SALAI KENTANG..
LEMAK DAGING SALAI BELIMBING
BULUH/KENTANG
sumber : Majalah SAJI September 2013...
Bahan-Bahan :
1.2 kg daging lembu (saya guna daging lembu yang telah siap disalai)
1 1/2 biji kelapa - diambil santan secukupnya
18 tangkai cili padi *
3 cm kunyit hidup * ( * ditumbuk )
2 batang serai - di ketuk
150 gm belimbing buluh (saya guna 2 biji kentang - direbus hingga empuk)
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Lumurkan rata daging dengan garam halus. Bakar atas api atau dalam oven atau salai hingga daging masak. Kemudian hiris nipis-nipis.
2. Campurkan kesemua bahan kecuali belimbing buluh/kentang rebus di dalam periuk. Didihkan sambil dikacau selalu di atas api sederhana.
3. Setelah mendidih, masukkan belimbing buluh/kentang rebus. Masak sehingga belimbing/kentang lembut dan kuah menjadi pekat.
4. Perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan ia mendidih sebentar. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan...
Labels:
Daging
SAMBAL GORENG...
SAMBAL GORENG IKAN BILIS,
TAUHU DAN TEMPE
oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
1 paket tempe
1 keping tauhu
1 cawan ikan bilis - digoreng garing
1/2 cawan minyak masak
Garam & gula secukup rasa
Bahan Kisar :
15 tangkai cili kering - direndam seketika
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Tempe dan tauhu dipotong kecil dan digoreng garing.
2. Tumiskan bahan kisar hingga garing.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Apabila naik minyak, masukkan ikan bilis, tempe dan tauhu
5. Gaul rata dan angkat dari kuali.
6. Sedia dihidangkan...
Labels:
Sambal & Sos
KOBIS GORENG KUNYIT...
KOBIS GORENG KUNYIT
oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
1/4 biji kobis - hiris
1 sudu makan ikan bilis
2 biji bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh biji sawi
Garam & serbuk perasa ikan bilis Knorr secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan hiris, ikan bilis, dan biji sawi hingga terbit bau.
2. Masukkan kobis, sedikit air dan serbuk kunyit. Kacau rata.
3. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa ikan bilis Knorr.
4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan...
Labels:
Sayur
KEK PISANG YANG MUDAH & SEDAP...
KEK PISANG
sumber : seripayaku...
Bahan-Bahan :
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1 cawan gula kastor
3 biji telur gred B (jika A guna 2 biji saja)
4 biji pisang berangan - dilecek
1 cawan minyak masak atau minyak jagung
1 sudu teh soda bikarbonate
Secubit garam
Sedikit kacang walnut, jika suka untuk hiasan atas kek
Cara-Cara :
Lecekkan pisang. Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan tepung gandum, tepung jagung yang telah diayak bersama soda bikarbonate dan sebatikan. Masukkan pisang yang dilecekkan tadi, garam dan minyak, sebatikan.
Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci, griskan dengan sedikit mentega/marjerin dan taburkan sedikit tepung (saya guna acuan loaf tin). Taburkan dengan sedikit kacang walnut di atasnya, jika suka.
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu pada suhu 170'C selama 45-50 minit atau hingga kek masak sepenuhnya (bergantung pada oven masing-masing)...
Labels:
Kek
CUCUR PISANG...
CUCUR PISANG
oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
4 biji pisang berangan
5 sudu besar gula (kurangkan jika pisang manis)
1/2 cawan air atau secukupnya
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Cara-Cara :
1. Pisang dilecek atau boleh juga dikisar bersama sedikit air.
2. Dalam mangkuk, campurkan tepung gandum, soda bikarbonat dan pisang tadi.
3. Kacau dan tambah air dan gula. Kalau pekat sangat, boleh tambah air lagi.
4. Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng terendam.
5. Sudukan adunan dengan menggunakan sudu ke dalam minyak panas.
6. Goreng hingga masak keperangan.
7. Angkat, toskan dan sedia untuk dihidangkan...
Labels:
Kuih-muih
Friday, October 28, 2016
KACANG PANJANG GORENG BERLADA...
KACANG PANJANG GORENG BERLADA
sumber : Aroma April 2013...
Bahan-Bahan :
20 tangkai kacang panjang - potong 2 inci
2 keping tauhu - potong kecil
2 sudu besar air asam jawa
Garam & gula secukupnya
Sedikit minyak untuk menggoreng
Bahan Kisar :
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
50 gm ikan bilis
1 cm belacan bakar
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan tauhu dan kacang panjang, kacau sehingga kacang panjang bertukar warna.
3. Masukkan air asam jawa dan sesuaikan rasanya.
4. Angkat dan hidangkan...
Labels:
Sayur
SAMBAL SOTONG...
SAMBAL SOTONG
sumber : Ruzita's Kitchen cookbook...
Bahan-Bahan :
400 gm sotong merah - hiris kecil
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1/2 kiub pati ayam Knorr
1 sudu besar sos tomato/sos cili
1 sudu besar kicap
1 biji bawang besar - potong bulat
1 biji cili hijau - hiris
2 sudu besar santan pekat
1 senduk kecil minyak masak
Bahan Kisar :
6 tangkai cili kering - dipotong & rendam dalam air panas hingga kembang
1 biji bawang besar
1 inci halia
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
2. Masukkan garam, gula, kiub pati ayam dan kacau rata.
3. Masukkan kicap dan sos tomato/sos cili dan kacau rata.
4. Masukkan sotong dan perlahankan api. Biar hingga sotong masak.
5. Masukkan santan dan kacau hingga pekat. Sesuaikan rasa.
6. Masukkan cili hijau dan bawang besar dan kacau rata.
7. Sedia dihidangkan...
Labels:
Sotong
Subscribe to:
Posts (Atom)