KEK PISANG

Monday, October 31, 2016

ROTI GULUNG SOSEJ AYAM BERKEJU...










ROTI GULUNG SOSEJ AYAM BERKEJU
sumber  :    SAJI April 2016...





Bahan-Bahan :

    5  keping  roti putih
    5  ketul  sosej ayam
    5  keping  keju cheddar
    1  biji  telur  -  dipukul
100  gm  serbuk roti oren/putih atau secukupnya


Cara-Cara :

1.  Potong tepi roti dan gelek/canai hingga nipis.  Kemudian letakkan sekeping keju cheddar bersama seketul sosej ayam.

2.  Gulung dengan kemas dan dihujung roti tersebut sapukan sedikit telur sebagai bahan pelekat.  Lakukan dengan kemas.

3.  Selepas itu celupkan roti sosej ke dalam telur dan salutkan dengan serbuk roti.  Lakukan kesemua pada baki bahan hingga selesai.

4.  Simpan di dalam peti sejuk selama 5 minit sebelum digoreng dengan api sederhana kecil sehingga kuning keemasan.  Angkat dan toskan.

5.  Sedia untuk dihidangkan bersama sos pilihan...

Sunday, October 30, 2016

IKAN MASIN SAMBAL...










IKAN MASIN SAMBAL
oleh   :     zaralovebaking...





Bahan-Bahan :

100  gm  isi ikan masin jenahak atau kurau  -  dipotong dadu
    1  biji  bawang besar  -  dihiris
    3  biji  bawang merah  -  dikisar kasar
    2  ulas  bawang putih  -  dikisar kasar
    3  sudu makan  pes cili kering
    1  sudu makan  air asam jawa
    1  sudu makan  sos cili
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya


Cara Memasak :

1.  Cuci ikan masin, rendamkan seketika untuk kurangkan masinnya kemudian toskan.
2.  Panaskan minyak, goreng ikan masin dan ketepikan.
3.  Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
4.  Tumiskan bawang merah dan bawang putih kisar hingga wangi kemudian masukkan pes cili.
5.  Masukkan air asam jawa, sos cili, garam dan gula secukup rasa dan pecah minyak.
6.  Masukkan ikan masin dan hirisan bawang besar kemudian gaul rata hingga bawang sedikit layu.
7.  Tutup api dan hidangkan.

Saturday, October 29, 2016

OATMEAL CHOCOLATE CHIP...











BISKUT OATMEAL CHOCOLATE CHIP
sumber  :    Majalah MIDI Julai 2007
olahan   :    zaralovebaking...





Bahan-Bahan :

  250  gm  mentega
1 1/2  cawan  gula kastor
      1  biji  telur gred A/B
      1  sudu teh  esen vanilla
      1  cawan  chocolate chip
      1  cawan  kelapa goreng/kering  -  kisar sedikit (saya guna bijirin oats)
      3  sudu besar  serbuk koko
1 1/2  cawan  tepung naik sendiri
      1  cawan  tepung gandum
   1/2  cawan  kacang walnut  -  sangai & cincang)


Cara-Cara :

1.  Pukul mentega bersama gula kastor hingga kembang.
2.  Masukkan telur dan kacau hingga rata.  Masukkan esen vanilla, gaul sebati.
3.  Ayak serbuk koko, tepung naik sendiri dan tepung gandum bersama dan kemudian masukkan ke dalam adunan yang telah dipukul tadi.  Kacau/gaul hingga rata.
4.  Masukkan chocolate chip, kelapa kering/oats dan walnut, gaul rata dan sebati.
5.  Sudukan ke atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 170'C selama 25 minit atau hingga masak.

LEMAK DAGING SALAI KENTANG..










LEMAK DAGING SALAI BELIMBING 
BULUH/KENTANG
sumber  :    Majalah SAJI September 2013...





Bahan-Bahan :

   1.2  kg  daging lembu  (saya guna daging lembu yang telah siap disalai)
1 1/2  biji  kelapa  -  diambil santan secukupnya
    18  tangkai  cili padi *
      3  cm  kunyit hidup *  ( * ditumbuk )
      2  batang  serai  -  di ketuk
  150  gm  belimbing buluh  (saya guna 2 biji kentang - direbus hingga empuk)
Garam secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Lumurkan rata daging dengan garam halus.  Bakar atas api atau dalam oven atau salai hingga daging masak.  Kemudian hiris nipis-nipis.

2.  Campurkan kesemua bahan kecuali belimbing buluh/kentang rebus di dalam periuk.  Didihkan sambil dikacau selalu di atas api sederhana.

3.  Setelah mendidih, masukkan belimbing buluh/kentang rebus.  Masak sehingga belimbing/kentang lembut dan kuah menjadi pekat.

4.  Perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan ia mendidih sebentar.  Tutup api dan sedia untuk dihidangkan...

SAMBAL GORENG...











SAMBAL GORENG IKAN BILIS,
TAUHU DAN TEMPE
oleh  :    zaralovebaking...





Bahan-Bahan :

   1  paket  tempe
   1  keping  tauhu
   1  cawan  ikan bilis  -  digoreng garing
1/2  cawan  minyak masak
Garam & gula secukup rasa


Bahan Kisar :

15  tangkai  cili kering  -  direndam seketika
  4  biji  bawang merah
  2  ulas  bawang putih


Cara Memasak :

1.  Tempe dan tauhu dipotong kecil dan digoreng garing.
2.  Tumiskan bahan kisar hingga garing.
3.  Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4.  Apabila naik minyak, masukkan ikan bilis, tempe dan tauhu
5.  Gaul rata dan angkat dari kuali.
6.  Sedia dihidangkan...

KOBIS GORENG KUNYIT...









KOBIS GORENG KUNYIT
oleh   :     zaralovebaking...





Bahan-Bahan :

1/4  biji  kobis  -  hiris
   1  sudu makan  ikan bilis
   2  biji  bawang merah  -  hiris
   1  ulas  bawang putih  -  hiris
1/2  sudu teh  serbuk kunyit
1/2  sudu teh  biji sawi
Garam & serbuk perasa ikan bilis Knorr secukupnya
Minyak untuk menumis


Cara Memasak :

1.  Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.  Tumis bahan-bahan hiris, ikan bilis, dan biji sawi hingga terbit bau.
2.  Masukkan kobis, sedikit air dan serbuk kunyit.  Kacau rata.
3.  Perasakan dengan garam dan serbuk perasa ikan bilis Knorr.
4.  Tutup api dan sedia untuk dihidangkan...

KEK PISANG YANG MUDAH & SEDAP...











KEK PISANG
sumber  :    seripayaku...





Bahan-Bahan :

1 3/4  cawan  tepung gandum
   1/4  cawan  tepung jagung
      1  cawan  gula kastor
      3  biji  telur gred B  (jika A guna 2 biji saja)
      4  biji  pisang berangan  -  dilecek
      1  cawan  minyak masak atau minyak jagung
      1  sudu teh  soda bikarbonate
Secubit garam
Sedikit kacang walnut, jika suka untuk hiasan atas kek


Cara-Cara :

     Lecekkan pisang.  Pukul telur dan gula hingga kembang.  Masukkan tepung gandum, tepung jagung yang telah diayak bersama soda bikarbonate dan sebatikan.  Masukkan pisang yang dilecekkan tadi, garam dan minyak, sebatikan.
     Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci, griskan dengan sedikit mentega/marjerin dan taburkan sedikit tepung (saya guna acuan loaf tin).  Taburkan dengan sedikit kacang walnut di atasnya, jika suka.
     Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu pada suhu 170'C selama 45-50 minit atau hingga kek masak sepenuhnya (bergantung pada oven masing-masing)...

CUCUR PISANG...










CUCUR PISANG
oleh  :    zaralovebaking...





Bahan-Bahan :

   4  biji  pisang berangan
   5  sudu besar  gula  (kurangkan jika pisang manis)
1/2  cawan  air atau secukupnya
   1  cawan  tepung gandum
1/2  sudu teh  soda bikarbonat


Cara-Cara :

1.  Pisang dilecek atau boleh juga dikisar bersama sedikit air.
2.  Dalam mangkuk, campurkan tepung gandum, soda bikarbonat dan pisang tadi.
3.  Kacau dan tambah air dan gula.  Kalau pekat sangat, boleh tambah air lagi.
4.  Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng terendam.
5.  Sudukan adunan dengan menggunakan sudu ke dalam minyak panas.
6.  Goreng hingga masak keperangan.
7.  Angkat, toskan dan sedia untuk dihidangkan...

Friday, October 28, 2016

KACANG PANJANG GORENG BERLADA...










KACANG PANJANG GORENG BERLADA
sumber  :    Aroma April 2013...




Bahan-Bahan :

20  tangkai  kacang panjang  -  potong 2 inci
  2  keping  tauhu  -  potong kecil
  2  sudu besar  air asam jawa
Garam & gula secukupnya
Sedikit minyak untuk menggoreng


Bahan Kisar :

   1  biji  bawang besar
   2  ulas  bawang putih
1/2  inci  lengkuas
 50  gm  ikan bilis
   1  cm  belacan bakar


Cara Memasak :

1.  Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
2.  Masukkan tauhu dan kacang panjang, kacau sehingga kacang panjang bertukar warna.
3.  Masukkan air asam jawa dan sesuaikan rasanya.
4.  Angkat dan hidangkan...

SAMBAL SOTONG...










SAMBAL SOTONG
sumber  :   Ruzita's Kitchen cookbook...





Bahan-Bahan :

400  gm  sotong merah  -  hiris kecil
    1  sudu kecil  garam
    1  sudu besar  gula
 1/2  kiub  pati ayam Knorr
    1  sudu besar  sos tomato/sos cili
    1  sudu besar  kicap
    1  biji  bawang besar  -  potong bulat
    1  biji  cili hijau  -  hiris
    2  sudu besar  santan pekat
    1  senduk kecil  minyak masak


Bahan Kisar :

6  tangkai  cili kering  -  dipotong & rendam dalam air panas hingga kembang
1  biji  bawang besar
1  inci  halia


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
2.  Masukkan garam, gula, kiub pati ayam dan kacau rata.
3.  Masukkan kicap dan sos tomato/sos cili dan kacau rata.
4.  Masukkan sotong dan perlahankan api.  Biar hingga sotong masak.
5.  Masukkan santan dan kacau hingga pekat.  Sesuaikan rasa.
6.  Masukkan cili hijau dan bawang besar dan kacau rata.
7.  Sedia dihidangkan...