Thursday, October 30, 2014
Kuih yang sedang hangat ditayangkan di FB sekarang ni!!!
CUCUR KEMBUNG MANIS
sumber dari : FB - Noraslinda Bugal & Citarasawan ; thanks...
tried & tested : zaralovebaking.blogspot.com..sedap
Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
3 cawan air panas (air yang mendidih)
1/2 cawan susu pekat manis
secubit garam
Cara-cara :
1. Satukan kesemua bahan di atas dan gaulkan sebati. Adun sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
2. Biarkan adunan doh suam dahulu supaya senang di bulat-bulatkan.
3. Basahkan tangan dengan air supaya adunan tidak melekat dan ambil doh mengikut saiz yang disukai dan bulat-bulatkan.
4. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum digoreng dengan api sederhana.
5. Goreng dalam minyak yang banyak. Bila adunan timbul balik-balikkan dan goreng sehingga keperangan.
6. Hidangkan dengan taburan gula aising di atasnya atau drizzle dengan sos coklat Hershey...
Labels:
Kuih-muih
SERIMUKA GULA MERAH
percubaan mengukus dalam bekas plastik..
SERIMUKA GULA MERAH
sumber dari : Azlita Masam Manis dll ;
tried & tested : zaralovebaking.blogspot.com..(sedap)
Bahan Lapisan Bawah : (Pulut)
2 cawan beras pulut (direndam semalaman)
2 1/2 cawan santan cair
1 sudu teh garam
Cara-cara :
Satukan beras pulut yang telah direndam dengan santan dan garam, kemudian kacau rata dan sebati. Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci yang disapu sedikit minyak dan di alas dengan plastik. Ratakan, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak. Bila pulut telah masak, tekan-tekankan bagi ia mampat.
Bahan Lapisan Atas :
1 biji telur A/B
2 sudu besar gula pasir
1 1/4 cawan pati santan
1/2 cawan gula merah
1 1/2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil garam
1 helai daun pandan (disimpul)
Cara Penyediaan :
Mula-mula masakkan santan, gula merah, gula pasir dan daun pandan sehingga gula larut, kemudian ditapis. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung jagung, garam dan juga telur. Kacau rata dan sebati. Kemudian satukan dengan adunan santan gula merah tadi dan kacau sehingga tiada berbintil.
Kemudian tuangkan adunan gula merah di atas lapisan pulut tadi. Tutup permukaannya dengan aluminium foil dan sambung kukus selama 20-30 minit atau sehingga masak sepenuhnya. Biarkan sejuk sepenuhnya barulah dipotong dengan pisau plastik.
Labels:
Kuih-muih
SAMBAL KICAP AYAM
SAMBAL KICAP AYAM
sumber : Chef Hanieliza
tried by : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan A :
500 gm ayam (1/2 ekor - dipotong-potong)
2 batang serai (dititik)
5 helai daun limau purut (dikoyak)
1 biji tomato (dibelah 6)
5 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar minyak masak
Garam (sekiranya perlu)
Bahan B : (dikisar)
15 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1/2 cawan air
Cara Memasak :
1. Buangkan kulit ayam dan potong kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar dengan serai hingga wangi dan garing.
3. Masukkan ayam dan kacau. Biarkan hingga ayam lembut dan naik minyak.
4. Masukkan daun limau purut, sos tomato, kicap dan tomato.
5. Masakkan hingga naik minyak. Tambahkan sedikit air jika perlu.
6. Sedia dihidangkan.
Labels:
Ayam
Wednesday, October 29, 2014
UDANG MASAK LEMAK KACANG PANJANG
UDANG MASAK LEMAK KACANG PANJANG
sumber : Majalah SAJI Julai 2010
tried by : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
300 gm udang
10 tangkai cili api - tumbuk
1 cawan santan
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 labu bawang besar - tumbuk
4 batang kacang panjang - dipotong 5 cm
1 batang serai - titik
1 helai daun kunyit - disiat
1 keping asam gelugur
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Cara Menyediakan :
1. Didihkan santan, masukkan sedikit serbuk kunyit.
2. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili api yang telah ditumbuk. Kacau perlahan-lahan dan kecilkan api.
3. Masukkan serai dan asam gelugur.
4. Setelah mendidih, masukkan udang dan daun kunyit.
5. Kemudian masukkan pula kacang panjang dan garam secukup rasa.
Labels:
Udang
TUMIS BAYAM
TUMIS BAYAM
Oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
1 ikat bayam hijau
1 tangkai cili merah (dihiris)
2 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu makan udang kering
1/2 batang carrot (dikupas & dihiris)
1/2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Cara-cara :
1. Bayam diasingkan dari batangnya dan basuh. Kemudian toskan.
2. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga wangi.
3. Masukkan carrot, bayam, cili merah, sos tiram dan garam. Kemudian kacau rata.
4. Apabila carrot sudah sedikit empuk dan sayur bayam layu, tutup api dan hidangkan.
Labels:
Sayur
Tuesday, October 28, 2014
PUDING PERMATA NESCAFE
PUDING PERMATA NESCAFE
buku : Senangnya Memasak Puding by Chef Hanieliza
tried by : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan A :
5 gm serbuk agar-agar (1/2 paket)
500 ml air (2 cawan)
130 gm gula (1 cawan)
200 ml susu cair (1 cawan)
2 sudu makan Nescafe
Bahan B :
5 gm serbuk agar-agar
500 ml air
130 gm gula
200 ml susu cair
2 sudu makan tepung jagung
Cara Membuat (Bahan A) :
1. Masakkan serbuk agar-agar, gula dan air sehingga mendidih. Tutupkan api.
2. Masukkan susu cair dan Nescafe yang sudah dibancuhkan bersama. Kacau sehingga sebati.
3. Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan sehingga keras.
4. Potongkan dadu dan ketepikan dulu.
Cara Membuat (Bahan B) :
1. Masakkan serbuk agar-agar, air dan gula sehingga mendidih.
2. Masukkan susu cair dan tepung jagung. Kacau rata sehingga agak pekat sedikit.
3. Tuangkan ke dalam acuan pilihan dan taburkan potongan bahan A tadi. Kemudian sejukkan.
4. Sedia dihidangkan.
Labels:
Puding
PUDING ROTI LAICI
PUDING ROTI LAICI
cookbook : Senangnya Memasak Puding - Chef Hanieliza
tried by : zaralovebaking.blogspot.com ; sedap sangat...
Bahan A : (Puding)
1 buku roti bersaiz kecil (450 gm)
1 tin susu cair (400 ml)
2 cawan air
1 tin buah laici saiz sedang (brand ADABI - diasingkan airnya)
1/2 cawan gula halus
2 biji telur 'B' (dipukul ringan)
2 sudu makan tepung jagung
Cara Membuat Puding :
1. Koyakkan isi buah laici dan roti pada saiz yang kecil.
2. Rendamkan roti dan laici bersama susu cair dan air laici selama 1/2 hingga 1 jam.
3. Kemudian campurkan dengan kesemua bahan A (yang masih berbaki) dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan ke dalam loyang bersaiz 9 inci yang sudah disapukan dengan sedikit minyak/mentega.
5. Bakar pada suhu 180'C selama 1 jam.
6. Sejukkan dan potong semasa menghidang.
7. Hidangkan dengan sos karamel.
Bahan B : (Sos Karamel)
1 cawan gula perang
1/2 cawan air
Cara Membuat Sos Karamel :
1. Masukkan gula perang dan air ke dalam kuali non-stick.
2. Kemudian masak sehingga pekat.
Labels:
Puding
Monday, October 27, 2014
PAI SHEPHERD
PAI SHEPHERD
sumber dari : Chef Hanieliza
tried by : zaralovebaking.blogspot.com..sangat sedap
Bahan A : (Inti)
500 gm daging kisar
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 cawan kacang panggang (tak letak)
8 biji cendawan butang (dihiris)
5 biji tomato masak ranum (dipotong dadu)
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
1 pokok daun parsli (dicincang)
1 sudu makan tepung jagung *
1 cawan air * (* dibancuh bersama)
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 kiub stok daging
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Cara Membuat Inti :
1. Panaskan minyak kemudian tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan daging kisar dan cendawan butang. Kacau rata sehingga daging masak.
3. Masukkan tomato dan semua bahan lain kecuali bancuhan tepung jagung.
4. Apabila mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga masak.
5. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk kaca ataupun ke dalam mangkuk kecil.
Bahan B : (Pai)
1 kilogram kentang (dikupas kulit, dicuci bersih & dipotong dadu)
1/2 cawan susu segar
2 sudu makan mentega
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Air secukupnya (bagi merebus kentang)
Cara Membuat Pai :
1. Rebus kentang dengan air dan garam sehingga air rebusan kering.
2. Lecek kentang dan gaulkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan mentega.
3. Masukkan sedikit kentang ke dalam mangkuk aluminium foil kecil atau bekas pilihan.
4. Masukkan inti dan tutupkan dengan kentang yang dilecek tadi.
5. Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 200'C selama 30 minit atau sehingga bahagian permukaan kelihatan keperangan.
6. Sejukkan sebentar dan sedia dihidangkan. Enak dimakan dengan sos pilihan.
Labels:
Pie/pai
JERUK MANGGA dan ASAM BOI
Jeruk yang sedang hangat diperkatakan/ditayangkan di FB. Rata-rata ramai yang telah mencubanya. Feedbacknya, ramai yang mengatakan sangat sedap. Maka, saya juga tidak ketinggalan teruja juga untuk mencubanya. Memang sedap jugalah..tak rugi juga mencubanya. Membuatnya pun senang dan tidaklah mengambil masa yang lama..
JERUK MANGGA dan ASAM BOI
sumber dari : BukuResipi/FB
tried by : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
3-4 biji mempelam (dipotong-potong)
7 biji asam boi putih atau merah (ikut suka)
3 biji cili padi (lebihkan jika suka pedas)
Sedikit garam
Gula secukupnya (lebihkan jika suka)
Cara-cara :
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam balang/bekas.
2. Gaulkan sebati/goncangkan bekas.
3. Masukkan ke dalam peti sejuk lebih kurang 5 jam atau semalaman.
4. Sedia untuk dimakan/dihidangkan.
INFO : boleh cuba gantikan mangga dengan epal atau jambu...
Labels:
Acar
Sunday, October 26, 2014
MINI BLUEBERRY MUFFINS (makes 12)
MINI BLUEBERRY MUFFINS (makes 12)
source from : dailydelicious.com ; thanks...
tried by : zaralovebaking.blogspot.com
Ingredients :
160 gm All-purpose flour
80 gm caster sugar
1 1/4 tsp baking powder
1/8 tsp baking soda
1/4 tsp salt
1/2 tsp ground cinnamon
125 ml fresh milk
65 gm unsalted butter (melted)
1 egg A/B
100 gm blueberry (fresh or frozen - if using frozen, thawed first)
Method :
1. Preheat the oven to 200'C. Line the mini cheese cake pan with papercups. Set aside.
2. Pour the milk and egg into the melted butter and whisk to combine.
3. Whisk the dry ingredients together. Pour the butter mixture into the dry ingredients, mix together with spatula. Stir just until well blended. Add 65 gm of the blueberry.
4. Stir just until evenly incorporated (DO NOT OVER MIX), then scoop the batter into the prepared pans. Sprinkle with the reserved blueberry on top.
5. Bake for 15-20 minutes or until a toothpick inserted into the center comes out clean.
Labels:
Muffin
Friday, October 24, 2014
SERIKAYA PANDAN MUDAH
sedap disapu pada roti....
SERIKAYA PANDAN MUDAH
sumber : jintanmanis.com/Pn. Ros ; thanks...
tested : zaralovebaking.blogspot.com ; sangat sedap..
Bahan-bahan :
350 ml santan pekat (sebaiknya guna santan segar)
3/4 cawan gula kastor
1 1/2 sudu besar tepung kastad
3 biji kuning telur gred 'B'
1 helai daun pandan (disimpul)
Beberapa titik pandan emulco
Beberapa titik pewarna hijau
Cara-cara :
1. Campurkan santan, kuning telur, gula, pandan emulco dan pewarna hijau di dalam bekas, kacau sebati menggunakan whisk.
2. Kemudian ambil tepung kastad dan bancuhkan dengan 2 sudu besar air, selepas itu curahkan bancuhan tersebut ke dalam bekas berisi adunan santan tadi. Kacau lagi kemudian tapiskan adunan ke dalam periuk dan masukkan daun pandan.
3. Masak dengan api perlahan dan perlu di ingat, hendaklah dikacau selalu dan jangan ditinggalkan. Kacau sehingga serikaya menjadi pekat dan berkilat (masa mengacau lebih kurang 20-25 minit). Setelah pekat, angkat dan sejukkan. Kemudian bolehlah disimpan di dalam bekas kaca dan simpan di dalam peti ais.
Labels:
Homemade
Subscribe to:
Posts (Atom)