KEK PISANG

Sunday, July 19, 2015

AYAM KICAP BERMADU








AYAM KICAP BERMADU
sumber   :   DapurTanpaSempadan ; thanks...



Bahan-bahan :

1/2  ekor  ayam  (kuraang lebih, dipotong ikut suka, cuci & toskan) *
3/4  camca teh  garam *
   1  camca besar  serbuk kunyit *  (* digaul rata & perap sekejap)
   3  biji  ubi kentang  -  kupas kulit, potong 4 setiap satu & rendam
   1  biji  bawang besar  -  hiris bulat & leraikan
   5  ulas  bawang putih  -  diketuk
1/2  inci  halia  -  hiris
   1  tangkai  cili merah  -  hiris memanjang
   1  tangkai  cili hijau  -  hiris memanjang
   1  biji  tomato  -  hiris  (tambahan)
   1  batang  leek  -  potong & rendam
   3  camca besar  kicap pekat Jalen
   4  camca besar  kicap lemak manis Jalen
   1  camca besar  madu
   1  camca besar  cili sos Jalen
   1  camca teh  serbuk lada sulah atau 'aji-shio'
   1  batang  kulit kayu manis
   1  kuntum  bunga lawang
Sedikit hirisan daun sup  -  untuk hiasan


Cara Memasak :

1.  Toskan ubi kentang kemudian lap kering.  Goreng ubi kentang hingga empuk dan kuning keemasan, menggunakan api kecil dan kacau sekali sekala.  Angkat dan toskan.  Di dalam minyak yang sama, gorengkan pula ayam hingga masak, tidak perlu sampai garing.  Angkat dan toskan.

2.  Cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 4 camca besar.  Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bawang putih dan halia hingga harum.  Masukkan cili sos, kicap pekat dan kicap lemak manis.  Kacau rata dan masak dengan api kecil.

3.  Masukkan leek (toskan) dan ayam.  Gaul rata-rata.  Tambahkan lada sulah, bawang besar, tomato dan cili merah/cili hijau.  Tuangkan sedikit air, kacau rata dan masak hingga pekat.  Akhir sekali masukkan madu, gaul rata, rasa dan jika ok bolehlah tutup api.  Taburkan hirisan daun sup dan hidangkan bersama nasi putih dan lauk lain-lain.

Saturday, July 18, 2015

17/7/2015 (JUMAAT) - SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI JULAI 2015...



ARFAN NAIMAN, AFNAN NAJWAN & MUHAMMAD ZAYIN ASHRAFF,
cucu-cucu kesayangan tok & nenek...


NASI HUJAN PANAS & ACAR TIMUN LOBAK MERAH





NASI HUJAN PANAS
sumber  :  DapurTanpaSempadan ; thanks (sedap & a keeper)...




Bahan-bahan :

4  cawan  beras basmathi  -  cuci, rendam selama 30 minit & toskan
5  cawan  air atau air rebusan ayam
1  kiub  pati ayam Knorr jika menggunakan air biasa -  tambahan
1  cawan  susu sejat IDEAL
1  helai  daun pandan  -  disimpul
1  inci  halia  -  hiris
3  ulas  bawang putih  -  titik
1  biji  bawang besar  -  hiris
2  helai  daun pandan  -  disimpul
1  batang  kulit kayu manis
1  kuntum  bunga lawang
5  kuntum  bunga cengkih
3  biji  buah pelaga
2  sudu makan penuh  minyak sapi atau mentega
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna merah, hijau & kuning


Bahan hiasan :

Hirisan daun sup & daun bawang
Gajis goreng, bawang goreng, kismis & kacang pis


Cara Penyediaan :

     Panaskan minyak sapi di dalam kuali.  Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga hingga berbau harum.  Masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan 1 helai daun pandan.  Tumiskan hingga layu dan wangi.  Masukkan beras dan kacau rata.  Gorengkan beras tadi selama 1 minit dan matikan api.
     Alihkan beras ke dalam periuk nasi elektrik.  Tuangkan air dan susu sejat, garam secukup rasa dan gaul rata.  Masak nasi seperti biasa.  Bila nasi hampir kering, buatkan beberapa lubang dan letakkan warna-warna berbeza.  Biarkan sekejap, bila nasi masak sepenuhnya matikan suis.
     Taburkan kismis dan gajus (tinggalkan sedikit untuk hiasan), dengan menggunakan chopstick, gemburkan nasi tadi hingga menjadi berwarna-warni.  Berhati-hati agar nasi tidak patah.  Biarkan sekejap.  Taburkan dengan baki kismis, gajus dan juga hirisan daun sup dan daun bawang, kacang pis dan bawang goreng.








ACAR TIMUN LOBAK MERAH
sumber  :  SAJI Disember 2013



Bahan-bahan :

2  batang  timun
2  batang  lobak merah
6  keping  nanas dalam tin  -  dipotong dadu (tambahan)
1  biji  buah tomato  -  dipotong dadu  (tambahan)
1  labu  bawang besar
2  tangkai  cili merah
1  sudu besar  cuka masakan
Garam & gula secukup rasa
Sedikit kapur


Cara Menyediakan :

1.  Timun dan lobak merah dihiris.  Rendam seketika di dalam air kapur kemudian toskan.
2.  Bawang besar dimayang halus dan cili merah dihiris.
3.  Campurkan ke semua bahan di dalam mangkuk besar.
4.  Tambahkan cuka masakan, garam dan gula secukup rasa.  Gaul sebati.
5.  Sedia untuk dihidangkan...




 18/7/2015 (Sabtu) Juadah untuk raya ke 2...

AYAM MASAK BRIYANI







AYAM MASAK BRIYANI
sumber  :  Paty's Kitchen; thanks....



Bahan-bahan :

   1  ekor  ayam  dipotong 4
   3  biji  bawang besar  -  dihiris nipis
   3  sudu besar  minyak sapi atau minyak masak
   4  sudu besar  rempah briyani
1/2  cawan  bawang goreng
   2  sudu besar  tomato puree
   3  biji  buah tomato  -  dihiris
   3  sudu besar  serbuk badam
1/2  cawan  tairu/yogurt atau susu cair
Sedikit daun ketumbar  -  hiris kasar


Bahan kisar :

4  ulas  bawang putih
2  inci  halia
4  biji  cili hijau
4  biji  cili merah


Bahan tumis :

5  kuntum  bunga cengkih
4  biji  buah pelaga
1  batang  kulit kayu manis


Cara Memasak :

1.  Gaulkan ayam bersama bahan yang dikisar.  Perapkan selama lebih kurang 1 jam.

2.  Panaskan minyak sapi/minyak masak, masukkan bahan tumis dan masak hingga naik bau.  Kemudian masukkan rempah briyani dan masak hingga pecah minyak.

3.  Masukkan ayam bersama bahan perap tadi, tomato puree, tomato hiris, bawang goreng dan sedikit daun ketumbar.  Kacau seketika hingga sebati.

4.  Masukkan sedikit air dan tairu ataunpun susu cair dan serbuk badam.

5.  Masak hingga ayam empuk dan kuah menjadi pekat.

KEK KUKUS COKLAT LEMBAB





 17/7/2015 (Jumaat) -  Kek yang sangat sedap. Dibuat untuk anak gadis sulung ku sempena hari jadinya yang kebetulan jatuh pada hari raya pertama tahun ini dengan hiasan kek yang serba simple sahaja.





KEK KUKUS COKLAT LEMBAB
sumber dari  :  Fizalgk; thanks...



Bahan A :

   1  cawan  serbuk koko
   1  cawan  gula pasir
   1  cawan  susu cair
   1  cawan  minyak masak
1/2  cawan  susu pekat manis


Bahan B :

1 1/2  cawan  tepung gandum
      1  sudu teh  soda bicarbonate
      1  sudu teh  baking powder


Bahan C :

1  sudu teh  esen vanilla
3  biji  telur (suhu bilik) (gred A = 3 biji, B = 4 biji)


Cara-cara :

1.  Ayakkan kesemua bahan B dan ketepikan seketika.

2.  Masukkan kesemua bahan A ke dalam periuk dan kacau hingga sebati dan dengan menggunakan api yang kecil masak hingga gula larut dan sejukkan.

3.  Pecahkan telur ke dalam mangkuk besar dan pukul hingga kembang.  Tuangkan bahan A tadi bersama esen vanilla ke dalam adunan telur tadi sambil dikacau hingga sebati.

4.  Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder dan soda bicarbonate (bahan B) dan kacau lagi hingga sebati selama 5 minit.

5.  Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci bulat/persegi yang telah digris dengan mentega dan dialas dengan kertas minyak.  Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam 10 minit dengan api sederhana atau hingga masak sepenuhnya.  (Pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu.  Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa).


Bahan topping (Ganache) :

300  gm  coklat masakan  -  potong kecil
    1  sudu besar  susu pekat manis
 1/2  cawan  susu cair
    2  sudu besar  mentega


Cara-cara :

1.  Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler.

2.  Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.  Padamkan api dan masukkan mentega.  Kacau lagi hingga mentega cair.

3.  Curahkan ganache di atas kek yang masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.

4.  Bila kek dan ganache telah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.  Boleh juga dinikmati ketika suam.

NUTELLA CHOCOLATE CHEESE TART








NUTELLA CHOCOLATE CHEESE TART
sumber  :   sariyusa ; thanks...



Bahan Tart Shell :

170  gm  marjerin  (Buttercup dalam tin kuning)
  50  gm  gula aising  (2 1/2 sudu besar)
    1  biji  telur gred 'B'
 1/2  tsp  esen vanilla
    1  tsp  perisa coklat
    2  tbsp  serbuk koko
270  gm  tepung gandum

Filling  :  Nutella secukupnya


Cara-cara :

1.  Pukul sekejap marjerin dan gula aising dengan senduk kayu.

2.  Masukkan telur dan esen vanilla, pukul dengan senduk kayu hingga sebati.

3.  Masukkan serbuk koko diikuti dengan tepung dan uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat ditangan.  (TIPS :  Cairan di dalam telur yang berbeza mungkin menjadikan sukatan tepung tidak semestinya 270 gm.  Masukkan tepung sedikit demi dan apabila ia hampir hendak menjadi doh; BERHENTI meletakkan tepung apabila apabila doh menjadi lembut dan tidak melekat di jari dan mangkuk adunan.  Jika terus letak tepung ia akan menyebabkan doh menjadi agak keras).

4.  Bakar pada suhu 170'C selama 25-30 minit.  Disebabkan crust berwarna coklat, selepas 25 minit cuba keluarkan satu crust, terbalikkan, jika keluar maknanya crust sudah masak.


Bahan Cream Cheese :

250  gm  cream cheese
    2  tbsp  gula kastor
    1  biji  telur gred 'B'
Sedikit esen vanilla
Sedikit chocolate emulco


Cara-cara :

     Putar cream cheese bersama gula hingga lembut dan gula hancur (dalam 1 minit).  Masukkan telur, chocolate emulco dan esen vanilla.  Putar lagi hingga licin dan sebati.  Jangan terlalu lama.  Dua tiga minit sudah memadai.  Masukkan ke dalam piping bag.  Sedia untuk digunakan.
     Susun tart shell di dalam dulang pembakar, picitkan Nutella ke dalam setiap tart shell kemudian paipkan cream cheese hingga ke tebing tart shell.  Taburkan dengan sedikit chocolate rice di atasnya (jika suka).  Bakar semula pada suhu 170'C selama 10 minit.

TIPS :   Sebaiknya guna telur dari peti sejuk.  Keluarkan cream cheese 15-20 minit sebelum ia diputar/digunakan.  Pastikan krim anda tidak mengalir dari spatula selepas diputar.

RENDANG DAGING ALA MINANG








RENDANG DAGING ALA MINANG
sumber  :  DapurTanpaSempadan ; thanks..(sangat sedap)



Bahan-bahan :

1  kg.  daging batang pinang
1  liter  pati santan
2  camca besar  kerisik
1  keping  asam gelugur
1  camca besar  gula melaka
2  helai  daun kunyit  -  dimayang halus
3  camca besar  cili kisar
Garam secukup rasa


Bahan-bahan kisar halus :

10  biji  bawang merah
  4  ulas  bawang putih
  1  inci  kunyit hidup
  2  inci  halia
  1  inci  lengkuas
  4  batang  serai  -  hiris halus
  4  biji  buah keras  -  titik
30  biji  cili padi kampung


Cara Memasak :

1.  Daging batang pinang dipotong kiub, cuci bersih dan toskan.  Masukkan ke dalam kuali bersama bahan-bahan kisar halus dan cili kisar, kacau rata dan masak sehingga daging kecut dan airnya sedikit kering.  Tuangkan santan, kacau rata dan masak sehingga mendidih.

2.  Masukkan kerisik, kacau dan teruskan memasak dengan api sederhana sehingga pekat.  Tambahkan asam gelugur, garam secukup rasa dan gula melaka.  Kacau dan teruskan memasak sehingga rendang kering.  Masukkan daun kunyit dan kacau.  Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok bolehlah tutup api.

Catatan CMG :  Kalau menggunakan daging pejal biasa dan jika daging masih belum empuk semasa proses memasak, anda boleh tambahkan air panas dan sambung memasak sehingga daging empuk.  Pastikan rendang diisikan di dalam bekas yang bersh dan kering, biarkan betul-betul sejuk barulah ditutup untuk mengelakkan rendang cepat rosak.

Thursday, July 16, 2015

KEK PISANG LEMBAP TABURAN BADAM







KEK PISANG LEMBAP TABURAN BADAM
sumber  :  cute oven, small kitchen ; thanks ...
tried  :   zaralovebaking.. (lembap & sedap) ...




Bahan-bahan :

      4  biji  pisang emas/awak  -  dilecek  (atau 5 biji pisang berangan)
      1  cawan  gula kastor atau gula perang, lagi sedap (saya guna gula perang)
      1  cawan  minyak masak atau minyak jagung
      4  biji  telur gred A
1 1/2  cawan  tepung gandum *
      1  sudu teh  baking powder *
      1  sudu teh  soda bicarbonate *  (* satukan & ayak bersama)
      1  sudu besar  air limau nipis atau cuka masakan
      1  sudu teh  esen pisang atau esen vanilla


Cara-cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 170'C api atas bawah.
2.  Sediakan loyang 4 segi (8"x8").  Lenser dengan marjerin dan alas dengan kertas minyak.
3.  Putar gula, telur dan minyak sehingga putih (3-5 minit).
4.  Masukkan bahan ayak dan kaupbalik rata dengan spatula.
5.  Masukkan pisang lecek, esen dan air limau.  Gaul sebati.
6.  Tuangkan adunan ke dalam loyang.  Taburkan dengan sedikit badam cincang (jika suka) di atasnya.
7.  Bakar di dalam oven selama 40 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.

IKAN SIAKAP TIGA RASA



 IFTAR 28 :  (15/7/2015 - Rabu)




IKAN SIAKAP TIGA RASA
sumber dari  :   yatiememories ; thanks...
tried by  :   zaralovebaking ; (sedap)...



Bahan-bahan :

   1  ekor  ikan siakap
   3  ulas  bawang putih  -  cincang halus
1/2  biji  bawang besar  -  cincang halus/hiris kasar
Sedikit halia  -  cincang halus
   2  helai  daun limau purut  -  buang urat tengah & hiris halus
   1  batang  bunga kantan  -  ambil bahagian bunga & hiris halus
   5  biji  cili padi  -  hiris halus (boleh tambah lagi kalau nak pedas)
   1  sudu besar  gula pasir
   1  sudu besar  sos ikan/nampla/sos tiram
   2  sudu besar  sos cili
   2  sudu besar  sos tomato
   1  cawan  nanas dalam tin atau cendawan butang  (tak letak tiada stok) *
   1  biji  buah tomato *
1/2  batang  timun *  (* dipotong dadu)
Sedikit garam & jus lemon/limau nipis/limau kasturi


Cara Memasak :

1.  Ikan siakap dibelah bahagian tengah, bersihkan, lumurkan dengan garam, tepung jagung dan sebiji telur (yang dipukul sedikit) kemudian digoreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.

2.  Kemudian ambil sedikit minyak gorengan ikan tadi dan tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia sehingga berbau harum.  Masukkan sos tomato, sos cili, cili padi dan bunga kantan.

3.  Setelah layu, masukkan sos ikan, timun, nanas, tomato, jus lemon dan daun limau purut.  Kacau rata dan sebati.

4.  Masukkan sedikit air, kacau rata, tambahkan garam secukup rasa dan gula.

5.  Setelah mendidih, angkat dan tuangkan ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.  Hiaskan ikut selera.

KUIH BADAK BERENDAM CERIA








KUIH BADAK BERENDAM CERIA
buku '100 Puding & Desert' - Chef Fazalina Hj Ismail




Bahan Kuah Santan :

   3  cawan  santan pekat
   2  sudu besar  tepung beras
   1  sudu besar  gula pasir
   1  helai  daun pandan  -  dikoyakkan & simpul
1/2  sudu teh  garam
   1  sudu teh  halba  (jika suka)


Bahan Doh :

2  cawan  tepung pulut
Secubit garam
2  sudu besar  pes pandan  (tak letak)
1  cawan  air  (ikut kesesuaian doh)
Sedikit gula melaka  -  dipotong dadu kecil
Pewarna merah & hijau  (tambahan  -  optional)


Cara Membuat :

1.  Kuah Santan :  Satukan kesemua bahan, kacau rata dan masak atas api sederhana.  Masak sampai pekat sedikit.

 2.  Doh :  Dalam mangkuk, gaulkan tepung pulut, garam dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul menjadi doh lembut.  Bahagi 2 adunan dan letakkan  pewarna merah dan hijau pada setiap bahagian.  Gaulkan sebati.

3.  Panaskan air sehingga mendidih.  Bentukkan bebola dan leperkan masukkan pula gula melaka.  Gumpalkan dan golek bulat-bulat di kedua belah tapak tangan.  Bentukkan lebih besar sedikit dari ondeh-ondeh.

4.  Masukkan ke dalam air didih, bila timbul angkat dan tuskan.  Letakkan ke dalam kuah santannya terus.

5.  Siap untuk dihidangkan.  Enak dihidang sejuk atau suam.

Tuesday, July 14, 2015

KEK BUAH KUKUS





KEK BUAH KUKUS
sumber   :   DapurTanpaSempadan ; thanks...
tried by  :   zaralovebaking ; (sedap & moist)...



Bahan-bahan :

375  gm  buah-buahan campuran  (mix fruit)
250  gm  mentega 'Golden Churn' 
300  gm  tepung gandum *
    1  tsp  soda bicarbonate *
    1  tsp  cream of tartar *   (* satukan & diayak )
    3  biji  telur gred A
150  gm  gula aising atau gula perang  (saya guna gula perang)
150  gm  gula pasir  (untuk buat gula hangus)
 1/4  cawan  badam keping  (almond flake)
    1  biji  pala @ nutmeg  -  diparut
Sedikit serbuk kayu manis  (saya tambah)
Ceri merah/hijau  -  untuk hiasan


Cara Membuat :

1.  Gaulkan buah-buahan campuran bersama tepung yang diayak, kepingan badam, sedikit serbuk kayu manis  dan juga parutan biji pala.  Ketepikan.

2.  Putar mentega dan gula aising sehingga putih berkrim.  Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul sehingga adunan kembang.

3.  Dengan speed perlahan, masukkan bancuhan buah-buahan bersama tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga habis.  Gaul rata.  Tutup mixer.

4.  Sementara itu, masak 150 gm gula pasir sehingga bertukar menjadi perang/coklat keemasan.

5.  Dengan pantas, tuangkan air gula hangus ke dalam adunan sambil diputar.  Gaul sehingga rata dan sebati.

6.  Tuangkan ke dalam loyang 8x8x3 inci yang telah digris dan dialas dasarnya dengan baking paper.  Hiaskan dengan ceri merah/hijau dan tutup permukaannya dengan aluminium foil.

7.  Kukus selama 4 jam atau sehingga masak sepenuhnya.






MASAK LEMAK LABU MANIS








MASAK LEMAK LABU MANIS
sumber  :  DapurTanpaSempadan ; thanks...




Bahan-bahan :

    1  biji  labu manis bersaiz kecil  (anggaran lebih kurang  700 gram)
    8  tangkai  kacang panjang  -  potong pendek
    2  batang  serai  -  dititik
    2  helai  daun kunyit  -  disiat
    1  liter  santan cair
400  ml  pati santan
Air jika perlu
    1  camca teh  lada hitam  -  tumbuk halus
 1/3  camca teh  serbuk kunyit
    1  biji  bawang besar  -  hiris halus
    4  ulas  bawang putih  -  diketuk
    2  camca besar  udang kering  -  rendam 10 minit & tumbuk kasar  (saya guna ikan bilis)
Garam & gula secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Labu dibelah, keluarkan bijinya, kupas kulit dan potong kiub pada saiz besar.  Cuci bersih, toskan dan masukkan ke dalam periuk bersama serai, bawang besar hiris, bawang putih dan udang kering yang ditumbuk tadi.  Tuangkan santan cair, kacau perlahan dan masak sehingga mendidih.  Jika kurang kuahnya, bolehlah tambahkan sedikit air.

2.  Bila labu 1/2 empuk, tambahkan kacang panjang dan daun kunyit.  Masak sekejap dan tuangkan pati santan.  Perasakan dengan garam secukupnya, sedikit gula dan lada hitam.  Kacau perlahan dan masak dengan api kecil sehingga mendidih dan labu empuk, tetapi tidak terlalu lembut.  Hendaklah sentiasa dikacau agar tidak pecah santan.  Hidangkan bersama sambal belacan, ikan masin @ ikan goreng.