Sunday, February 24, 2013
NASI HUJAN PANAS
NASI HUJAN PANAS
sumber dari : Majalah RASA Mac. 2013 & tiffinbiru, CMG
Bahan-bahan :
4 cawan beras basmathi (rendam 30 minit & toskan)
5 cawan air (atau air rebusan ayam)
1 cawan susu sejat IDEAL
2 helai daun pandan - disimpul
1 inci halia - dihiris
3 ulas bawang putih - dititik
1 biji bawang besar - dihiris
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 ketul kiub ayam
2 tbsp minyak sapi/mentega
Garam secukup rasa
sedikit pewarna merah, hijau & kuning
Hiasan :
hirisan daun sup/bawang
gajus goreng, bawang goreng, kismis & kacang pis
Cara memasak :
Panaskan minyak sapi didalam periuk nasi letrik (rice cooker). Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga hingga berbau harum. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan daun pandan. Tumiskan hingga layu dan wangi. Masukkan beras dan kacau rata. Goreng beras tadi selama 1 minit.
Tuangkan air dan susu sejat, kiub ayam, garam secukup rasa dan gaul rata. Masak nasi seperti biasa. Bila nasi hampir kering, buatkan beberapa lubang dan titikkan warna-warna berbeza. Biarkan sekejap dan bila nasi masak matikan suis.
Taburkan kismis dan gajus (tinggalkan sedikit untuk hiasan), guna chopstick, gemburkan nasi tadi hingga menjadi berwarna-warni. Berhati-hati agar nasi tidak patah. Biarkan sekejap. Taburkan dengan baki kismis, gajus dan juga hirisan daun sup/bawang, kacang pis dan bawang goreng.
Labels:
Nasi
ACAR TIMUN & CARROT
ACAR TIMUN DAN CARROT
sumber dari : Hanamemories
1 biji timun
1/2 batang carrot
1 tangkai lada merah
1 biji bawang besar
Garam & gula secukupnya
Sedikit cuka masakan
Cara-cara :
Hiriskan timun dan carrot. Potong lada merah menyerong. Mayang bawang besar. Dalam mangkuk, satukan kesemua bahan. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan.
Labels:
Acar
AYAM MASAK HABANG
AYAM MASAK HABANG/(AYAM MASAK SAMBAL MERAH)
sumber dari : Majalah RASA Mac. 2013)
Bahan-bahan :
1 ekor ayam - dipotong 12
60 gm cili kisar
3 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
1 helai daun limau purut
1 tbsp gula merah
1 tbsp kicap manis
2.5 cm belacan bakar
1/2 biji lemon - diambil jusnya
500 ml air
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Bahan dikisar halus :
2.5 cm halia segar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Cara-cara :
1. Bersihkan ayam dan lumurkan dengan sedikit jus lemon dan diperap selama 15 minit. Bilas dan tos airnya. Ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, daun limau purut dan bahan kisar halus. Kacau sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan cili kisar dan bahan-bahan lain. Gaul rata dan biarkan sehingga pecah minyak.
4. Seterusnya masukkan ayam dan gaul rata hingga bersatu dengan rempah. Perlahankan api.
5. Apabila ayam berubah warna, masukkan air secukupnya dan digaul rata. Didihkan hingga kuah menjadi pekat sedikit.
6. Akhir sekali, taburkan kacang pis (jika suka). Sedia untuk dihidangkan.
Labels:
Ayam
FRESH BLUEBERRY CUPCAKE
FRESH BLUEBERRY CUPCAKE
sumber dari : dapurtanpasempadan (CMG, tqvm)
Bahan-bahan :
180 gm mentega
140 gm gula halus
2 biji telur (A)
100 ml susu segar
220 gm tepung gandum *
2 tsp baking powder * (* diayak bersama)
100 gm buah blueberry segar
1 tsp esen vanilla
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 180'C. Buah blueberry dicuci dan ditoskan. Lap dengan kitchen towel hingga betul-betul kering. Ketepikan.
2. Putar mentega dan gula halus hingga putih, masukkan telur satu demi satu dan terus diputar hingga kembang. Masukkan vanilla, putar rata. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan tepung selang-seli dengan susu segar hingga habis. Putar sebati. Kemudian masukkan buah blueberry segar dan kaupbalik dengan spatula hingga sebati. DO NOT OVERMIX.
3. Sudukan 3/4 penuh dalam acuan muffin dan bakar selama 25 minit atau hingga masak.
Labels:
Cupcake/kek cawan
LASAGNA DAGING
LASAGNA DAGING
sumber : buku resipi
Bahan-bahan :
6 keping lasagna segera (instant lasagna, sebaiknya dicelur sedikit)
Bahan Inti :
400 gm daging kisar
2 biji tomato - dipotong dadu
1/2 batang lobak merah - dipotong dadu
3 tbsp minyak masak - untuk menumis
1/2 biji bawang besar - dicincang
1 ulas bawang putih - dicincang
1/2 cawan pes tomato
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan air
sedikit serbuk oregano
garam dan gula pasir secukupnya
Bahan Sos Keju :
20 gm mentega
2 tbsp tepung gandum
240 gm susu segar kotak
50 gm keju Mozzarella atau keju Cheddar
garam dan serbuk lada sulah secukupnya
Cara membuat :
INTI : tumis bawang besar dan bawang putih hingga berbau. Masukkan lobak merah dan kacau hingga lembut. Kemudian masukkan air, daging kisar, pes tomato dan sos cili. Masak hingga daging empuk. Masukkan tomato, garam, gula pasir dan serbuk oregano. Biarkan mendidih perlahan-lahan selama 20 minit hingga kering airnya. Angkat dari api dan sejukkan.
CARA MEMBUAT SOS KEJU : Panaskan mentega hingga cair dan masukkan tepung gandum dan kacau rata. Perlahankan api dan masukkan air susu. Kacau hingga adunan menjadi agak pekat lalu masukkan keju. Akhir sekali, masukkan garam dan lada sulah secukupnya. Angkat dari api.
Cara menyusun lasagna :
1. Sediakan tin berukuran 8" x 8" persegi. Boleh juga gunakan mangkuk tahan panas. Sapukan sedikit minyak disekeliling tin tersebut.
2. Susun lasagna dua keping. Letakkan ini dan tuangkan sos keju di atasnya. Taburkan keju Mozarella.
3. Susun lasagna dua keping lagi. Buatlah proses yang sama hingga 3 lapisan. Di atas sekali taburkan keju Mozarella.
4. Panaskan oven selama 15 minit pada suhu 180'C. Bakar lasagna dengan api atas dan bawah selama 45 mninit - 1 jam. Keluarkan dari oven dan hidangkan.
NOTA : sangat sedap, anak-anak suka.
Labels:
Noodles/Pasta
CARAMEL
CARAMEL
Resepi yang enak ini diberi oleh seorang pensyarah MEDEC, UITM Shah Alam untuk dikongsi
bersama dengan stafnya ketika saya bekerja disana. Sudah lama resipi ini dalam simpanan saya, sejak dari 1990 sehinggalah ke hari ini.
Caramel ini sangat sedap dimakan dengan fruit cocktail dan juga dengan ice cream. Anak-anak saya
sangat menyukainya. Hari ini saya membuatnya di atas permintaan anak-anak kerana sudah lama
tidak membuatnya.
CARAMEL
sumber : Pn. Norela Nuruddin (MEDEC, UITM Shah Alam - 1990)
Bahan-bahan :
5 biji telur
1 tin susu cair
1 tin air biasa (sukat dengan menggunakan tin susu cair)
1/2 cawan susu pekat manis
1 tsp esen vanilla
1 tbsp tepung kastad
Bahan untuk gula hangus :
1 1/2 cawan gula pasir
sedikit air panas
Tray : 8 inci bulat disapu dengan sedikit mentega
Cara-cara :
Mula-mula cairkan gula didalam periuk. Bila sudah cair masukkan 2 sudu besar air panas, kacau rata kemudian tuangkan ke dalam bekas-bekas kecil yang menjadi pilihan (atau acuan pilihan), ketepikan dulu.
Pukul telur sedikit sahaja, cukup sekadar kuning dan putih telur sebati. Masukkan esen vanilla, tepung kastad, susu cair dan susu pekat. Kacau rata dan sebati barulah dimasukkan air.
Akhir sekali tuangkan ke dalam bekas-bekas yang berisi air gula hangus yang sudah beku tadi. Kukus sampai masak, anggaran 35-45 minit. Enak dimakan sejuk bersama fruit cocktail atau ice cream pilihan.
TIPS : boleh juga dibakar secara water-bath iaitu masukkan bekas puding ke dalam bekas yang lebih besar yang telah diisi dengan air panas. Bakar pada suhu 170'C selama 40-50 minit. Bila dah sejuk telangkupkan ke dalam pinggan. Simpan didalam peti ais untuk rasa yang dingin. (Guna telur yang segar untuk membuat puding ini bagi mengelakkan bau hanyir telur).
Labels:
Puding
Wednesday, February 20, 2013
KEK OMBAK RINDU
KEK OMBAK RINDU
resipi dari : Majalah RASA Mac 2013, sangat sedap & lembut
Bahan-bahan :
300 gm tepung naik sendiri
200 gm gula kastor
250 gm mentega
50 gm serbuk biskut Oreo
100 ml susu cair
5 biji telur (B)
2 tbsp susu pekat manis
1 tsp esen vanilla
1 tsp ovalette
Pewarna biru, merah jambu & kuning secukupnya
Loyang : 8 inci persegi, alas dengan kertas kek
Cara memasak :
1. Putar mentega, gula kastor dan ovalette hingga lembut.
2. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus diputar.
3. Seterusnya masukkan tepung naik sendiri, esen vanilla, susu pekat dan susu cair. Gaul sebati.
4. Setelah itu, bahagikan adunan kepada tiga bahagian (3) dan letakkan pewarna biru, merah jambu dan kuning pada setiap bahagian itu.
5. Sediakan loyang berukuran 8 inci yang dilapikkan dengan kertas kek dan disapu dengan sedikit mentega.
6. Tuangkan adunan lapisan biru dan taburkan serbuk Oreo.
7. Kemudian tuangkan pula adunan lapisan merah jambu dan taburkan serbuk oreo.
8. Seterusnya tuangkan adunan lapisan kuning. Tutupkan loyang dengan kertas aluminium foil.
9. Akhir sekali, kukus kek selama 1 jam atau hingga kek masak sempurna.
Labels:
Kek
AGAR-AGAR KEMENYAN
AGAR-AGAR KEMENYAN
AGAR-AGAR KEMENYAN
resipi dari : Majalah RASA Mac 2013, sangat sedap
Bahan-bahan :
10 gm serbuk agar-agar
200 gm gula Melaka - dihiris
60 gm gula pasir
1 biji telur - dipukul ringan
1 liter air
250 ml santan
2 helai daun pandan - disimpul
Garam secukup rasa
Acuan : 8 inci, dibasahkan
Cara memasak :
1. Didikan sebahagian air (500 ml) di dalam periuk bersama hirisan gula Melaka dan daun pandan hingga gula larut. Tapis dan asingkan sebentar.
2. Kemudian di dalam periuk yang lain pula, masukkan baki air tadi (500 ml) dan didihkan serbuk agar-agar bersama gula pasir sehingga agar-agar menjadi larut.
3. Seterusnya masukkan air gula Melaka ke dalam adunan agar-agar dan masak sehingga mendidih.
4. Setelah itu masukkan santan. Biarkan mendidih dan santan pecah minyak.
5. Masukkan pula telur yang dipukul sedikit dan kecau sehingga ia betul-betul berketul.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang berukuran lapan (8") yang telah dibasahkan. Biarkan ia mengeras.
7. Akhir sekali, simpan di dalam peti sejuk untuk rasa yang dingin.
Labels:
Puding
NASI LEMAK
NASI LEMAK SERI PANDAN
NASI LEMAK SERI PANDAN
resipi oleh : rohaisha, tqvm untuk resipi yang enak ini
Bahan-bahan :
2 cawan beras
3 cawan santan *
6 helai daun pandan * (* dikisar bersama)
1/2 labu bawang besar**
3 inci halia** (** dihiris nipis)
2 batang serai - diketuk
sedikit pewarna hijau
garam secukup rasa
Cara membuat :
1. Kisarkan santan bersama daun pandan. Tapiskan.
2. Cuci bersih beras dan toskan. Masukkan santan yang dikisar bersama daun pandan tadi, hirisan bawang, serai, halia, sedikit pewarna hijau dan garam ke dalam periuk nasi. Gaul rata.
3. Tanak nasi seperti biasa. Sesekali dikacau. Biarkan masak sepenuhnya. Sedia untuk dihidangkan bersama bahan sampingannya.
Bahan sampingan :
( kacang tanah goreng, ikan bilis goreng, timun, telur rebus, sambal ikan bilis )
******************************
SAMBAL IKAN BILIS
oleh : rohaisha
Bahan-bahan :
50 gm ikan bilis, cuci bersih & toskan
30 gm cili kering - dikisar
1 labu bawang besar - dihiris
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia* (* ditumbuk bersama)
sedikit asam jawa
air secukupnya
garam & gula secukupnya
minyak masak
Cara-cara :
1. Tumiskan hirisan bawang besar, bahan tumbuk dan cili kisar hingga beraroma dan naik minyak.
2. Masukkan ikan bilis dan kacau rata. Biarkan sekejap.
3. Masukkan air yang dibancuh bersama asam jawa secukupnya. Renehkan.
4. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biarkan sekejap dan tutup api.
Labels:
Nasi
Monday, February 18, 2013
STRAWBERRY BROWNIES
STRAWBERRY BROWNIES
sedap dimakan bersama ais krim vanilla
STRAWBERRY BROWNIES
adapted from : Joy of Baking (original recipe : Raspberry Brownies)
Ingredients :
150 gm semisweet chocolate - coarsely chopped
113 gm unsalted butter (1/2 cup), diced
2 tbsp cocoa powder (15 gm)
1 cup granulated white sugar (200 gm - I reduced to 150 gm because too sweet)
1 tsp vanilla essence
3 large eggs (A)
3/4 cup all-purpose flour, sifted ( 95 gm )
1/4 tsp salt
3/4 cup strawberry jam (225 gm), original recipe use raspberry jam
Method :
Preheat oven to 350'F (180'C). Butter or spray an 8" (20cm) square baking pan, and line bottom of the baking pan with parchment paper. Set aside.
Melt the chocolate and butter in a large heatproof bowl placed over a saucepan of simmering water. Remove from heat and whisk in cocoa powder and sugar. Next, whisk in the vanilla essence and eggs, one at a time. Finally, stir in flour and salt. Stir just until combined.
Pour into prepared baking pan. Place the jam in a piping bag and pipe 16 small dollops on top of the brownies batter. Run a knife back and forth until you get a marble effect.
Bake for about 30-35 minutes until done.
Labels:
Brownies
Masakan berasaskan ikan salai
16/2/2013 (Sabtu) - pergi majlis perkahwinan di Palong, N.S.
Dalam perjalan balik beli ikan keli & daging salai. Hari ni buat
masak lemak ikan keli salai bersama belimbing buluh.
Labels:
Ikan
CHEESY MACARONI
Cheesy Macaroni yang sangat sedap. Resipi diambil dari rancangan
AsianFoodChannel (AFC) - Paula Deen
Labels:
Noodles
Saturday, February 16, 2013
KEK AIS KRIM OREO
KEK AIS KRIM OREO -
kek ini saya buat sempena hari jadi anak kedua saya
Fatin Bazilah (16/2/2013 - Sabtu). resipi ini saya dapati dari
blog 'rahelcake'. tqvm kepada Pn. Rahel di atas perkongsian resipi yang sangat
sedap ini. Kelima-lima anak saya menyukainya.
izinkan saya menyalin resipi ini disini pula untuk kegunaan anak-anak saya kelak.
KEK AIS KRIM OREO
resipi dari : rahelcake - Pn. Rahel, tqvm sekali lagi
Sponge Cake :
Bahan A :
120 gm gula kastor
4 biji telur (B)
1/4 tsp esen vanilla
Bahan B :
110 gm tepung gandum - diayak
Bahan C :
70 gm mentega cair atau minyak masak
Cara membuat :
1. Pukul bahan A hingga ringan dan gebu.
2. Masukkan bahan B dan sebatikan dengan rata.
3. Masukkan bahan C dan gaulkan. Warnakan adunan ikut pilihan. (saya guna warna merah seperti Rahel). Bahagikan kepada 2 bahagian.
4. 1 bahagian adunan dibakar didalam loyang bulat 8 inci (yang ini untuk base aiskrim) selama 20 minit pada suhu 175'C.
5. Manakala 1 bahagian lagi dibakar didalam loyang empat segi 8"x8" (yang ini untuk dialas bahagian tepi loyang) selama 20 minit juga pada suhu 175'C.
NOTA: Setelah kek masak, segera dikeluarkan dari loyang dan biarkan sejuk sepenuhnya. Kek ini sangat lembut dan gebu, jadi tidak perlu diletak baking powder didalam adunan ini.
Bahan Kek Ais Krim :
1.5 liter ice cream vanilla (ikut pilihan)
50 gm coklat masakan (disagat)
16 keping biskut oreo yang sudah dibuang krimnya dan dipotong kecil-kecil
Sponge cake : 1 biji
Acuan : Springform 8 inci, lapik dasarnya dengan plastik
Cara-cara :
1. Ambil kek yang dibakar tadi (dalam loyang bulat 8 inci), letakkan dalam acuan springform 8 inci.
2. Kemudian ambil kek yang dibakar (dalam loyang empat segi 8"x8") dan potong ikut ketinggian tepi loyang. Alaskan tepi loyang dengan kemas agar adunan ice cream tidak meleleh keluar.
3. Satukan ice cream dan potongan biskut oreo, kaupbalik kemudian tuangkan ke dalam acuan yang berisi kek tadi, isikan sampai penuh, taburkan dengan coklat sagat (saya tabur dengan baki oreo crumbs) dipermukaan atasnya. Bungkus kemas dengan cling wrap plastic dan simpan dalam peti sejuk beku (freezer) selama 6 jam atau semalaman.
Labels:
Kek
Subscribe to:
Posts (Atom)