KEK PISANG

Sunday, February 24, 2013

NASI HUJAN PANAS








NASI HUJAN PANAS


sumber dari  :   Majalah RASA Mac. 2013 & tiffinbiru, CMG


Bahan-bahan :

4  cawan   beras basmathi  (rendam 30 minit & toskan)
5  cawan   air (atau  air rebusan ayam)
1  cawan   susu sejat IDEAL
2  helai      daun pandan  -  disimpul
1  inci        halia  -  dihiris
3  ulas       bawang putih  -  dititik
1  biji        bawang besar  -  dihiris
1  batang   kulit kayu manis
1  kuntum  bunga lawang
5  kuntum  bunga cengkih
3  biji         buah pelaga
1  ketul      kiub ayam
2  tbsp       minyak sapi/mentega
Garam secukup rasa
sedikit pewarna merah, hijau & kuning


Hiasan :

hirisan daun sup/bawang
gajus goreng, bawang goreng, kismis & kacang pis


Cara memasak :

     Panaskan minyak sapi didalam periuk nasi letrik (rice cooker).  Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga hingga berbau harum.  Masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan daun pandan.  Tumiskan hingga layu dan wangi.  Masukkan beras dan kacau rata.  Goreng beras tadi selama 1 minit.
     Tuangkan air dan susu sejat, kiub ayam, garam secukup rasa dan gaul rata.  Masak nasi seperti biasa.  Bila nasi hampir kering, buatkan beberapa lubang dan titikkan warna-warna berbeza.  Biarkan sekejap dan bila nasi masak matikan suis.
     Taburkan kismis dan gajus (tinggalkan sedikit untuk hiasan), guna chopstick, gemburkan nasi tadi hingga menjadi berwarna-warni.  Berhati-hati agar nasi tidak patah.  Biarkan sekejap.  Taburkan dengan baki kismis, gajus dan juga hirisan daun sup/bawang, kacang pis dan bawang goreng.

ACAR TIMUN & CARROT







ACAR TIMUN DAN CARROT


sumber dari  :  Hanamemories


   1  biji        timun
1/2  batang   carrot
   1  tangkai  lada merah
   1  biji        bawang besar
Garam & gula secukupnya
Sedikit cuka masakan


Cara-cara :

    Hiriskan timun dan carrot.  Potong lada merah menyerong.  Mayang bawang besar.  Dalam mangkuk, satukan kesemua bahan.  Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan.

AYAM MASAK HABANG







AYAM MASAK HABANG/(AYAM MASAK SAMBAL MERAH)


sumber dari  :  Majalah RASA Mac. 2013)


Bahan-bahan :

  1   ekor      ayam  -  dipotong 12
60   gm        cili kisar
  3   kuntum  bunga cengkih
  1   batang   kulit kayu manis
  1   helai      daun limau purut
  1   tbsp      gula merah
  1   tbsp      kicap manis
2.5  cm        belacan bakar
1/2  biji        lemon  -  diambil jusnya
500 ml         air
garam secukup rasa
minyak untuk menumis


Bahan dikisar halus :

2.5  cm   halia segar
   5  biji   bawang merah
   3  ulas  bawang putih


Cara-cara :

1.   Bersihkan ayam dan lumurkan dengan sedikit jus lemon dan diperap selama 15 minit.  Bilas dan tos airnya.  Ketepikan.
2.   Panaskan minyak di dalam kuali.  Tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, daun limau purut dan bahan kisar halus.  Kacau sehingga wangi.
3.   Kemudian masukkan cili kisar dan bahan-bahan lain.  Gaul rata dan biarkan sehingga pecah minyak.
4.   Seterusnya masukkan ayam dan gaul rata hingga bersatu dengan rempah.  Perlahankan api.
5.   Apabila ayam berubah warna, masukkan air secukupnya dan digaul rata.  Didihkan hingga kuah menjadi pekat sedikit.
6.   Akhir sekali, taburkan kacang pis (jika suka).  Sedia untuk dihidangkan.

FRESH BLUEBERRY CUPCAKE







FRESH BLUEBERRY CUPCAKE


sumber dari  :  dapurtanpasempadan (CMG, tqvm)


Bahan-bahan :

180  gm     mentega
140  gm     gula halus
    2  biji     telur  (A)
100  ml      susu segar
220  gm     tepung gandum *
    2  tsp     baking powder *  (* diayak bersama)
100  gm     buah blueberry segar
    1  tsp     esen vanilla


Cara-cara :

1.   Panaskan oven pada suhu 180'C.  Buah blueberry dicuci dan ditoskan.  Lap dengan kitchen towel hingga betul-betul kering.  Ketepikan.

2.   Putar mentega dan gula halus hingga putih, masukkan telur satu demi satu dan terus diputar hingga kembang.  Masukkan vanilla, putar rata.  Perlahankan kelajuan mixer, masukkan tepung selang-seli dengan susu segar hingga habis.  Putar sebati.  Kemudian masukkan buah blueberry segar dan kaupbalik dengan spatula hingga sebati.  DO NOT OVERMIX.

3.   Sudukan 3/4 penuh dalam acuan muffin dan bakar selama 25 minit atau hingga masak.


LASAGNA DAGING







LASAGNA DAGING


sumber  :   buku resipi


Bahan-bahan :

6   keping   lasagna segera (instant lasagna, sebaiknya dicelur sedikit)


Bahan Inti :

400  gm        daging kisar
    2  biji        tomato  -  dipotong dadu
 1/2  batang   lobak merah  -  dipotong dadu
    3  tbsp       minyak masak  -  untuk menumis
 1/2  biji         bawang besar  -  dicincang
    1  ulas        bawang putih  -  dicincang
 1/2  cawan    pes tomato
 1/2  cawan    sos cili
 1/2  cawan    air
sedikit serbuk oregano
garam dan gula pasir secukupnya


Bahan Sos Keju :

  20  gm   mentega
    2  tbsp tepung gandum
240  gm   susu segar kotak
  50  gm   keju Mozzarella atau keju Cheddar
garam dan serbuk lada sulah secukupnya


Cara membuat :

INTI  :   tumis bawang besar dan bawang putih hingga berbau.  Masukkan lobak merah dan kacau hingga lembut.  Kemudian masukkan air, daging kisar, pes tomato dan sos cili.  Masak hingga daging empuk.  Masukkan tomato, garam, gula pasir dan serbuk oregano.  Biarkan mendidih perlahan-lahan selama 20 minit hingga kering airnya.  Angkat dari api dan sejukkan.


CARA MEMBUAT SOS KEJU :   Panaskan mentega hingga cair dan masukkan tepung gandum dan kacau rata.  Perlahankan api dan masukkan air susu.  Kacau hingga adunan menjadi agak pekat lalu masukkan keju.  Akhir sekali, masukkan garam dan lada sulah secukupnya.  Angkat dari api.


Cara menyusun lasagna :

1.   Sediakan tin berukuran 8" x 8" persegi.  Boleh juga gunakan mangkuk tahan panas.  Sapukan sedikit minyak disekeliling tin tersebut.
2.   Susun lasagna dua keping.  Letakkan ini dan tuangkan sos keju di atasnya.  Taburkan keju Mozarella.
3.   Susun lasagna dua keping lagi.  Buatlah proses yang sama hingga 3 lapisan.  Di atas sekali taburkan keju Mozarella.
4.   Panaskan oven selama 15 minit pada suhu 180'C.  Bakar lasagna dengan api atas dan bawah selama 45 mninit - 1 jam.  Keluarkan dari oven dan hidangkan.

NOTA :  sangat sedap, anak-anak suka.

CARAMEL



 CARAMEL
Resepi yang enak ini diberi oleh seorang pensyarah MEDEC, UITM Shah Alam untuk dikongsi
bersama dengan stafnya ketika saya bekerja disana. Sudah lama resipi ini dalam simpanan saya, sejak dari 1990 sehinggalah ke hari ini.
Caramel ini sangat sedap dimakan dengan fruit cocktail dan juga dengan ice cream.  Anak-anak saya 
sangat menyukainya.  Hari ini saya membuatnya di atas permintaan anak-anak kerana sudah lama
tidak membuatnya.








CARAMEL


sumber  :  Pn. Norela Nuruddin (MEDEC, UITM Shah Alam - 1990)


Bahan-bahan :

   5   biji        telur
   1   tin         susu cair
   1   tin         air biasa (sukat dengan menggunakan tin susu cair)
1/2   cawan   susu pekat manis
   1   tsp        esen vanilla
   1   tbsp      tepung kastad


Bahan untuk gula hangus :

1 1/2  cawan   gula pasir
sedikit air panas

Tray :  8 inci bulat disapu dengan sedikit mentega


Cara-cara :

     Mula-mula cairkan gula didalam periuk.  Bila sudah cair masukkan 2 sudu besar air panas, kacau rata kemudian tuangkan ke dalam bekas-bekas kecil yang menjadi pilihan (atau acuan pilihan), ketepikan dulu.
     Pukul telur sedikit sahaja, cukup sekadar kuning dan putih telur sebati.  Masukkan esen vanilla, tepung kastad, susu cair dan susu pekat.  Kacau rata dan sebati barulah dimasukkan air.
     Akhir sekali tuangkan ke dalam bekas-bekas yang berisi air gula hangus yang sudah beku tadi.  Kukus sampai masak, anggaran 35-45 minit.  Enak dimakan sejuk bersama fruit cocktail atau ice cream pilihan.

TIPS  :  boleh juga dibakar secara water-bath iaitu masukkan bekas puding ke dalam bekas yang lebih besar yang telah diisi dengan air panas.  Bakar pada suhu 170'C selama 40-50 minit.  Bila dah sejuk telangkupkan ke dalam pinggan.  Simpan didalam peti ais untuk rasa yang dingin.  (Guna telur yang segar untuk membuat puding ini bagi mengelakkan bau hanyir telur).

Wednesday, February 20, 2013

KEK OMBAK RINDU








KEK OMBAK RINDU


resipi dari  :  Majalah RASA Mac 2013, sangat sedap & lembut



Bahan-bahan :

300  gm   tepung naik sendiri
200  gm   gula kastor
250  gm   mentega
  50  gm   serbuk biskut Oreo
100  ml    susu cair
    5  biji   telur  (B)
    2  tbsp susu pekat manis
    1  tsp   esen vanilla
    1  tsp   ovalette
Pewarna biru, merah jambu & kuning secukupnya

Loyang :  8 inci persegi, alas dengan kertas kek


Cara memasak :

1.   Putar mentega, gula kastor dan ovalette hingga lembut.
2.   Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus diputar.
3.   Seterusnya masukkan tepung naik sendiri, esen vanilla, susu pekat dan susu cair.  Gaul sebati.
4.   Setelah itu, bahagikan adunan kepada tiga bahagian (3) dan letakkan pewarna biru, merah jambu dan kuning pada setiap bahagian itu.
5.   Sediakan loyang berukuran 8 inci yang dilapikkan dengan kertas kek dan disapu dengan sedikit mentega.
6.   Tuangkan adunan lapisan biru dan taburkan serbuk Oreo.
7.   Kemudian tuangkan pula adunan lapisan merah jambu dan taburkan serbuk oreo.
8.   Seterusnya tuangkan adunan lapisan kuning.  Tutupkan loyang dengan kertas aluminium foil.
9.   Akhir sekali, kukus kek selama 1 jam atau hingga kek masak sempurna.

AGAR-AGAR KEMENYAN

 AGAR-AGAR KEMENYAN







AGAR-AGAR KEMENYAN


resipi dari  :  Majalah RASA Mac 2013, sangat sedap



Bahan-bahan :

  10  gm     serbuk agar-agar
200  gm     gula Melaka  -  dihiris
  60  gm     gula pasir
    1  biji     telur  -  dipukul ringan
    1  liter    air
250  ml      santan
    2  helai   daun pandan  -  disimpul
Garam secukup rasa

Acuan :  8 inci, dibasahkan


Cara memasak :

1.   Didikan sebahagian air (500 ml) di dalam periuk bersama hirisan gula Melaka dan daun pandan hingga gula larut.  Tapis dan asingkan sebentar.
2.   Kemudian di dalam periuk yang lain pula, masukkan baki air tadi (500 ml) dan didihkan serbuk agar-agar bersama gula pasir sehingga agar-agar menjadi larut.
3.   Seterusnya masukkan air gula Melaka ke dalam adunan agar-agar dan masak sehingga mendidih.
4.   Setelah itu masukkan santan.  Biarkan mendidih dan santan pecah minyak.
5.   Masukkan pula telur yang dipukul sedikit dan kecau sehingga ia betul-betul berketul.
6.   Tuangkan adunan ke dalam loyang berukuran lapan (8") yang telah dibasahkan.  Biarkan ia mengeras.
7.   Akhir sekali, simpan di dalam peti sejuk untuk rasa yang dingin.

NASI LEMAK

 NASI LEMAK SERI PANDAN





NASI LEMAK SERI PANDAN


resipi oleh :   rohaisha, tqvm untuk resipi yang enak ini



Bahan-bahan :

    2   cawan   beras
    3   cawan   santan  *
    6   helai      daun pandan  *  (* dikisar bersama)
 1/2   labu       bawang besar**
    3   inci        halia**  (**  dihiris nipis)
    2   batang   serai  -  diketuk
sedikit pewarna hijau
garam secukup rasa


Cara membuat :

1.   Kisarkan santan bersama daun pandan.  Tapiskan.

2.   Cuci bersih beras dan toskan.  Masukkan santan yang dikisar bersama daun pandan tadi, hirisan bawang, serai, halia, sedikit pewarna hijau dan garam ke dalam periuk nasi.  Gaul rata.

3.   Tanak nasi seperti biasa.  Sesekali dikacau.  Biarkan masak sepenuhnya.  Sedia untuk dihidangkan bersama bahan sampingannya.

Bahan sampingan :

( kacang tanah goreng, ikan bilis goreng, timun, telur rebus, sambal ikan bilis )

******************************


SAMBAL IKAN BILIS


oleh :  rohaisha


Bahan-bahan :

50  gm      ikan bilis, cuci bersih & toskan
30  gm      cili kering -  dikisar
  1  labu    bawang besar  -  dihiris
  3  ulas    bawang merah*
  2  ulas    bawang putih*
  1  inci     halia*  (* ditumbuk bersama)
sedikit asam jawa
air secukupnya
garam & gula secukupnya
minyak masak


Cara-cara :

1.   Tumiskan hirisan bawang besar, bahan tumbuk dan cili kisar hingga beraroma dan naik minyak.
2.   Masukkan ikan bilis dan kacau rata.  Biarkan sekejap.
3.   Masukkan air yang dibancuh bersama asam jawa secukupnya.  Renehkan.
4.   Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.  Biarkan sekejap dan tutup api.

Monday, February 18, 2013

STRAWBERRY BROWNIES


 STRAWBERRY BROWNIES



 sedap dimakan bersama ais krim vanilla





STRAWBERRY BROWNIES


adapted from :  Joy of Baking (original recipe :  Raspberry Brownies)



Ingredients :

150  gm     semisweet chocolate -  coarsely chopped
113  gm     unsalted butter  (1/2 cup), diced
    2  tbsp   cocoa powder  (15 gm)
    1  cup    granulated white sugar  (200 gm - I reduced to 150 gm because too sweet)
    1  tsp     vanilla essence
    3  large  eggs  (A)
 3/4  cup    all-purpose flour, sifted ( 95 gm )
 1/4  tsp     salt
 3/4  cup    strawberry jam (225 gm), original recipe use raspberry jam


Method :

     Preheat oven to 350'F (180'C).  Butter or spray an 8" (20cm) square baking pan, and line bottom of the baking pan with parchment paper.  Set aside.
     Melt the chocolate and butter in a large heatproof bowl placed over a saucepan of simmering water.  Remove from heat and whisk in cocoa powder and sugar.  Next, whisk in the vanilla essence and eggs, one at a time.  Finally, stir in flour and salt.  Stir just until combined.
     Pour into prepared baking pan.  Place the jam in a piping bag and pipe 16 small dollops on top of the brownies batter.  Run a knife back and forth until you get a marble effect.
     Bake for about 30-35 minutes until done.

Masakan berasaskan ikan salai


 16/2/2013 (Sabtu) - pergi majlis perkahwinan di Palong, N.S.
Dalam perjalan balik beli ikan keli & daging salai. Hari ni buat 
masak lemak ikan keli salai bersama belimbing buluh.


CHEESY MACARONI



 Cheesy Macaroni yang sangat sedap.  Resipi diambil dari rancangan
AsianFoodChannel (AFC) - Paula Deen


Saturday, February 16, 2013

KEK AIS KRIM OREO



 KEK AIS KRIM OREO  -
kek ini saya buat sempena hari jadi anak kedua saya
Fatin Bazilah (16/2/2013 - Sabtu). resipi ini saya dapati dari
blog 'rahelcake'.  tqvm kepada Pn. Rahel di atas perkongsian resipi yang sangat
sedap ini.  Kelima-lima anak saya menyukainya.
izinkan saya menyalin resipi ini disini pula untuk kegunaan anak-anak saya kelak.








KEK AIS KRIM OREO


resipi dari :   rahelcake - Pn. Rahel, tqvm sekali lagi


Sponge Cake :

Bahan A :

120  gm   gula kastor
    4  biji   telur  (B)
 1/4  tsp   esen vanilla

Bahan B :

110  gm   tepung gandum  -  diayak

Bahan C :

  70  gm   mentega cair atau minyak masak


Cara membuat :

1.   Pukul bahan A hingga ringan dan gebu.
2.   Masukkan bahan B dan sebatikan dengan rata.
3.   Masukkan bahan C dan gaulkan.  Warnakan adunan ikut pilihan.  (saya guna warna merah seperti Rahel).  Bahagikan kepada 2 bahagian.
4.   1 bahagian adunan dibakar didalam loyang bulat 8 inci (yang ini untuk base aiskrim) selama 20 minit pada suhu 175'C.
5.   Manakala 1 bahagian lagi dibakar didalam loyang empat segi 8"x8" (yang ini untuk dialas bahagian tepi loyang) selama 20 minit juga pada suhu 175'C.

NOTA:  Setelah kek masak, segera dikeluarkan dari loyang dan biarkan sejuk sepenuhnya.  Kek ini sangat lembut dan gebu, jadi tidak perlu diletak baking powder didalam adunan ini.


Bahan Kek Ais Krim :

1.5  liter      ice cream vanilla (ikut pilihan)
 50  gm       coklat masakan (disagat)
 16  keping  biskut oreo yang sudah dibuang krimnya dan dipotong kecil-kecil
Sponge cake :  1  biji
Acuan :  Springform 8 inci, lapik dasarnya dengan plastik


Cara-cara :

1.   Ambil kek yang dibakar tadi (dalam loyang bulat 8 inci), letakkan dalam acuan springform 8 inci.
2.   Kemudian ambil kek yang dibakar (dalam loyang empat segi 8"x8") dan potong ikut ketinggian tepi loyang.  Alaskan tepi loyang dengan kemas agar adunan ice cream tidak meleleh keluar.
3.   Satukan ice cream dan potongan biskut oreo, kaupbalik kemudian tuangkan ke dalam acuan yang berisi kek tadi, isikan sampai penuh, taburkan dengan coklat sagat (saya tabur dengan baki oreo crumbs) dipermukaan atasnya.  Bungkus kemas dengan cling wrap plastic dan simpan dalam peti sejuk beku (freezer) selama 6 jam atau semalaman.