KEK PISANG

Tuesday, July 30, 2019

OREO CHOCOLATE CHIP MUFFINS ...








OREO CHOCOLATE CHIP MUFFINS
adapted from :    elmundoeats.com & you tube ...




Ingredients :

150  gm  all-purpose flour
2  tsp.  baking powder
80  gm  chocolate chips
100  gm  granulated sugar
1  egg,  room temperature  (me :  grade A)
50  gm  Sunflower oil  (me :  corn oil)
50  gm  plain yogurt,  room temperature
1/2  tsp.  vanilla essence
8  Oreo cookies  (me :  12)
additional chocolate chips,  to sprinkle on top


Directions :

1.  In a bowl, sift the flour and baking powder.  Set aside.

2.  Add 1 tablespoon of sifted flour into a bowl of chocolate chips.  Coat the chocolate chips well with flour.  This will prevent them from sinking to the bottom of the muffins.

3.  In another bowl, add in sugar and egg.  Mix until the mixture turns pale.  Add Sunflower oil, yogurt, and vanilla essence.  Mix until everything is well combined.

4.  Add in previously sifted flour.  Mix just until everything is combined, Do not overmix to avoid hard, dense muffins.  Add in the chocolate chips that have been coated with flour.  Fold everything in just to combine, again Do not overmix.

5.  Place muffin cups inside 8 muffin tin (mine 12).  Put 1 Oreo cookie at the bottom in each muffin cup.  Scoop and divide the batter evenly into the muffin cups.  Sprinkle some chocolate chips on top, just for good measure.  Bake at 170'C/340'F in a preheated oven for about 15-20 minutes or until golden brown and fully cooked.




IKAN KUKUS ASAM BOI ...








RESIPI IKAN KUKUS ASAM BOI
sumber :    Fiza's Cooking
kredit :    hanamemories ...




Bahan-Bahan :

1  ekor  ikan siakap  ~  dibersihkan dengan air limau nipis, cuci bersih & toskan
1/2  biji  bawang besar  ~  dihiris
2  ulas  bawang putih  ~  diketuk
2  batang  serai  ~  dihiris
1  inci  halia  ~  dihiris memanjang halus
5  biji  asam boi putih atau lebih
1/4  batang  lobak merah  ~  dihiris memanjang halus
Cendawan tiram secukupnya  (tak letak sebab tiada)
Tomato ceri@biasa secukupnya  ~  dibelah 2, ceri & tomato biasa dibelah 4
Daun ketumbar secukupnya
Daun bawang secukupnya
Hirisan limau
7  tangkai  cili padi  ~  diketuk


Bahan Sos :

1  sudu besar  sos ikan
1  sudu besar  kicap cair
1  sudu besar  sos tiram


Cara Memasak :

1.  Rendamkan asam boi dalam 1/4 cawan air panas sehingga kembang kemudian kikiskan isinya sedikit.

2.  Letakkan ikan ke dalam pinggan tahan panas yang sesuai, taburkan bahan-bahan lain ke atas ikan.

3.  Satukan dalam mangkuk kecil sos ikan, kicap cair dan sos tiram kemudian curahkan ke atas ikan tadi.

4.  Akhir sekali masukkan asam boi berserta dengan air rendaman asam boi sekali.

5.  Kukus ikan selama 15 minit atau sehingga masak sepenuhnya.

6.  Angkat dan hidangkan dengan menaburkan daun ketumbar dan daun bawang sekali lagi.  Sedia dihidangkan.  Enak dimakan panas-panas.




KEK BATIK INDULGENCE ...






Bahagian lapisan adunan cream cheese kurang menyerlah memandangkan saya buat 1/2 adunan untuk lapisan cream cheese sebab kekurangan cream cheese di dalam peti ais...






KEK BATIK INDULGENCE
sumber :    you tube@Limau Nipis Official ...




Bahan-Bahan :

300  gm  biskut Marie  ~  patah-patah dua setiap keping
1/2  tin  susu pekat manis  (200 gm)
3/4  cawan  susu cair
1/2  cawan  serbuk koko
3/4  cawan  serbuk Milo
1  biji  telur gred A
250  gm  mentega  ~  cairkan


Bahan Lapisan Cream Cheese :

250  gm  cream cheese
1  sudu kecil  esen vanilla
50  gm  gula kastor
120  gm  Whipping Cream 'Dairy'
12  gm  gelatin halal
50  ml  air panas mendidih


Bahan Lapisan Coklat Ganache :

3/4  cawan  UHT Whipping Cream 'Dairy'  ~  dipanaskan
200  gm  coklat masakan gelap  ~  dicincang
1  sudu besar  mentega


Acuan :    8 inci bulat (springform pan)


Cara-Cara :

1.  Mentega cair, susu pekat manis, susu cair/UHT/segar, Milo, serbuk koko dan telur disatukan dalam kuali.  Buka api sederhana perlahan.  Kacau sehingga semua bahan larut dan sebati.  Tutup api.  Masukkan biskut, gaul sebati.  Tuangkan ke dalam loyang, padatkan.  Sejukkan di dalam peti ais seketika.

2.  Gelatin + air panas (mendidih).  Kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.  Biarkan seketika.

3.  Cream cheese, gula kastor, esen vanilla, putar sehingga sebati.  Masukkan gelatin yang sudah dicairkan, pukul sebati.  Masukkan whipping cream, pukul sekadar sebati jer.

4.  Tuangkan lapisan adunan cream cheese di atas lapisan kek batik.  Ratakan.  Sejukkan di dalam peti ais selama 30 minit.

5.  Dalam bekas, masukkan dark chocolate, butter, whipping cream (panas), biarkan selama 2-5 minit kemudian kacau sehingga larut dan sebati.  Sejukkan selama 10 minit sebelum dituangkan ke atas kek batik (lapisan cream cheese tadi).  Sejukkan kek selama 3-4 jam sebelum dinikmati.

Monday, July 29, 2019

SHEPHERD PIE (COTTAGE PIE) ...










SHEPHERD PIE (COTTAGE PIE)
sumber :    buat orang lapo@you tube...




Bahan Kentang Lenyek :

4  biji  kentang saiz sederhana
1  sudu besar  butter
50  gm  keju cheddar  ~  disagat  (me :   tambahan)
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit garam
4-5  sudu besar  susu segar  (boleh tambahkan atau kurangkan)


Bahan Inti :

300  gm  ayam/daging cincang
2  sudu besar  butter
1  biji  bawang besar  ~  didadu
3  ulas  bawang putih  ~  dicincang
1  biji  tomato  ~  didadu
150  gm  tomato puree
Cendawan butang secukupnya  ~  dihiris
Daun ketumbar/bawang/sup secukupnya  ~  dihiris
Serbuk lada hitam
Serbuk oregano/mixed herbs
Garam


Cara-Cara Membuat Kentang Lenyek :

1.  Kupas kulit kentang, potong kepada beberapa bahagian dan rebus kentang sehingga lembut.  Bila dah lembut, angkat dan toskan.

2.  Lenyekkan kentang semasa masih panas sehingga hancur.

3.  Masukkan butter, parutan keju cheddar (jika guna), lada sulah, lada hitam dan garam secukup rasa.  Gaul rata.

4.  Masukkan susu segar sedikit demi sedikit dan kacau rata sehingga mendapat tekstur yang diinginkan (lembut ala-ala kentang lenyek KFC gitu).


Cara-Cara Membuat Inti :

1.  Panaskan butter dalam kuali sehingga cair.  Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.

2.  Masukkan ayam/daging cincang.  Kacau rata sehingga ayam/daging separuh masak.

3.  Masukkan tomato puree.  Tambahkan lada hitam, oregano/mixed herbs dan garam secukup rasa.  Kacau rata.

4.  Masukkan cendawan.  Kacau sebentar.  Kemudian masukkan tomato yang didadu.  Kacau sebentar sehingga tomato sedikit layu.

5.  Akhir sekali masukkan daun ketumbar/bawang/sup dan kacau sehingga rata.  Sesuaikan rasa dan tutup api.


Cara-Cara Penyediaan & Bakar :

1.  Letakkan inti separuh bekas.  Boleh letakkan dalam bekas kecil-kecil atau 1 loyang yang besar.  (8 inci/aluminium foil).

2.  Letakkan kentang lenyek di atas inti tadi sehingga penuh.  Lorek-lorekkan kentang menggunakan garfu.  (Saya taburkan dengan sedikit parutan keju cheddar di atasnya, terpulang pada citarasa masing-masing).

3.  Bakar selama lebih kurang 30 minit pada suhu 180'C atau sehingga permukaan atas nampak keperangan.

4.  Siap!!! untuk dihidangkan panas-panas atau sedap juga dimakan suam-suam/sejuk.

CHOCOLATE CHEESE CUPCAKE ...










CHOCOLATE CHEESE CUPCAKES
adapted from :    dailydelicious.com & you tube...
makes :    16 pcs
(moist & delicious)




Cream Cheese Batter :

60  gm  cream cheese,  room temperature
35  gm  icing sugar
20  gm  whipping cream 'Dairy'
1  egg  yolk  (me :  grade A)
1/2  tsp.  vanilla extract
1  tbsp.  cake flour


Chocolate Batter :

50  gm  milk
1  tbsp.  Instant coffee granules
1  tbsp.  rum  (me :  omit)
50  gm  cake flour
3  gm  baking powder
20  gm  cocoa powder
70  gm  unsalted butter
pinch of salt
60  gm  granulated sugar
1  egg  (grade A)
60  gm  chocolate chips


Directions :

Preheat oven to 180'C.  Put papercups into muffin tins.
Heat milk in a microwave (600 W) for 30 seconds.
Mix in Instant coffee granules and stir, let it cool before using.
Beat cream cheese until soft, put icing sugar into the bowl, beat to combine.
Put the egg yolk, whipping cream and vanilla extract into the bowl, beat to combine.
Mix in the flour, mix to combine, set aside.
Chocolate Batter :   Sift flour, baking powder and cocoa powder together, set aside.
Beat the butter and salt until soft, put the sugar into the bowl, beat until light in color.
Put the egg into the bowl, beat to combine.
Pour half of the sifted flour mixture into the bowl, mix to combine.
Pour milk and coffee mixture into the bowl, beat to combine.
Pour the rest of the sifted flour into the bowl with chocolate chips, fold to combine.
Pour cream cheese batter into the bowl.  Fold only 1-2 times.
Divide the batter into the prepared tins.
Bake for 20-25 minutes, or until the toothpick insert into the center comes out clean.

INFO :   you may watch 'video' for more detail.

Sunday, July 28, 2019

PILAF YOGURT KETUMBAR ...










PILAF YOGURT KETUMBAR
sumber :    tiffinbiru@CMG ...




Bahan-Bahan :

4  cawan  beras basmathi  ~  cuci bersih, rendam 30 minit & toskan
1/2  cawan  yogurt
1/2  cawan  susu segar
5  cawan  air
1  helai  daun pandan  ~  cuci & disimpul
2  pokok  daun ketumbar dengan akar-akarnya sekali  ~  cuci bersih
1  batang  kulit kayu manis
1  kuntum  bunga lawang
1  biji  bawang besar  ~  hiris
3  ulas  bawang putih  ~  dititik/ketuk
1  inci  halia  ~  hiris
2  sudu makan  mentega
1  sudu teh  pewarna makanan hijau
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang *
Bawang goreng *   ( * untuk hiasan )


Cara Memasak :

1.  Cairkan mentega di dalam kuali, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang besar, bawang putih, halia dan daun pandan hingga harum dan bawang layu.  Masukkan beras yang ditoskan, goreng beras dengan bahan-bahan tadi selama 1 minit.  Kacau rata.

2.  Alihkan beras ke dalam rice cooker.  Sementara itu, satukan yogurt, susu segar dan air, kacau rata.  Tuangkan ke dalam rice cooker berisi beras tadi.  Tambah garam secukup rasa dan masukkan daun ketumbar sekali dengan akarnya (kerat dua).  Tekankan 'ON' dan biar nasi masak hingga kering.

3.  Kemudian buatkan beberapa lubang pada nasi tadi dan titik-titikkan pewarna makanan hijau ke dalamnya.  Biarkan hingga nasi betul-betul kering.  Gunakan chopstick dan gemburkan nasi tadi.  Matikan suis rice cooker.  Bolehlah dihidangkan bersama lauk-pauk yang digemari.

AYAM TUMIS LENGKUAS ...









RESIPI AYAM TUMIS LENGKUAS
sumber :    Majalah RASA Jun 2019 ...




Bahan-Bahan :

1  kg  ayam  ~  potong sederhana & bersihkan
3  batang  serai  ~  titik
1  biji  bawang besar  ~  hiris
3  helai  daun salam
3  helai  daun limau purut
1  biji  limau nipis  ~  ambil jus sahaja
Garam & gula secukup rasa
Air secukupnya
4  sudu makan  minyak masak


Bahan Kisar :

5  biji  cili merah
10  biji  cili padi
2  cm  halia
4  cm  lengkuas
4  cm  kunyit hidup
2  batang  serai  ~  hiris
4  biji  buah keras


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak di dalam periuk, tumis hirisan bawang besar dengan serai.
2.  Setelah wangi masukkan bahan kisar, tumis hingga garing dan pecah minyak.
3.  Masukkan pula ayam, kacau rata hingga ayam kecut.
4.  Tambahkan secawan air, kacau rata dan tutup periuk.  Biarkan seketika.
5.  Setelah air tumisan agak kering dan ayam masak, masukkan daun salam dan daun limau purut.
6.  Perasakan dengan jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
7.  Jika ingin sedikit berkuah, tambah sedikit lagi air.  Jika tidak tutup api.
8.  Ayam Tumis Lengkuas sedia dihidangkan.

BEBOLA DAGING LADA HITAM ...









BEBOLA DAGING LADA HITAM
sumber :    Majalah RASA Jun 2019 ...




Bahan-Bahan :

500  gm  bebola daging segera
1  biji  bawang besar  ~  hiris dadu
6  ulas  bawang putih  ~  cincang halus
3  cm  halia muda  ~  hiris
4  sudu makan  sos lada hitam
2  sudu makan  sos tiram
1/2  cawan  kicap pekat manis
1  kiub  pati daging
1  sudu makan  lada hitam  ~  kisar kasar
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng & menumis
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit hirisan daun ketumbar


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak menggunakan api sederhana, goreng bebola daging.  Angkat dan ketepikan.

2.  Menggunakan kuali lain, panaskan minyak masak secukupnya, tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.

3.  Kemudian masukkan stok@kiub pati daging yang dibancuh dengan sedikit air.  Kacau rata.

4.  Masukkan pula sos lada hitam, sos tiram dan kicap pekat manis.  Kacau sebati.

5.  Kecilkan api, gaul rata dan perasakan dengan sedikit garam dan gula ikut keperluan.

6.  Masukkan bebola daging dan taburkan lada hitam yang telah dikisar tadi.  Gaul rata.

7.  Tutup api dan tabur hirisan daun bawang dan ketumbar sebelum sedia dihidangkan.

Saturday, July 27, 2019

KARI TELUR ...









KARI TELUR & UBI KEMILI
sumber :    Insta@resepi sedap ...




Bahan-Bahan :

8  biji  telur ayam
1/2  kilo  ubi kemili  (saya ganti dengan 2 biji ubi kentang)
5  cawan  santan  ~  boleh tambah
1  paket kecil  rempah kari daging  ~  dibancuh dengan sedikit air
3  cm  halia
2  biji  bawang merah
1  ulas  bawang putih
1  batang  kulit kayu manis  (2 cm)
1  biji  bunga cengkih
3  kuntum  bunga lawang
3  biji  buah pelaga
Garam secukup rasa
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Rebus semua telur sampai masak kemudian dikupas kulit dan dikelar keliling telur.  Bersihkan ubi kemili dan direbus sampai empuk/lembut kemudian siat semua kulit ubi kemili dan ketepikan dulu.  Kupas semua bawang (bawang merah, bawang putih), halia dan ditumbuk lumat.

2.  Panaskan sedikit minyak masak anggaran 6 sudu besar dalam periuk dan tumis semua rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga) dan kacau sekejap kemudian boleh la dimasukkan semua bahan tumbuk iaitu bawang dan halia tadi.  Kacau lagi sampai bawang layu dan masukkan bancuhan rempah kari ke dalam periuk.  Boleh ditambah minyak jika rempah nampak agak kering.  Biarkan sampai terbit minyak dan menjadi wangi.

3.  Masukkan santan dan biarkan kuah mendidih serta dikacau kuah.  Boleh la dimasukkan semua telur bersama ubi kemili serta garam secukup rasa.  Biarkan kari terus mendidih sambil dikacau dengan perlahan.  Bila nampak ubi telah sebati dengan kuah bolehlah ditutup api dapur.  Sedia dihidangkan.

CONGO BAR ...




CONGO BAR...hasil dari PJJ Kelas Online


POPIA INTI SARDIN ...










POPIA INTI SARDIN
sumber :    FB@Resepi Senang Masak




Bahan-Bahan :

1  tin kecil  sardin jenama Adabi  ~  dihancurkan bersama sos
1  biji  bawang besar  ~  dipotong dadu
3  biji  ubi kentang  ~  dipotong dadu
1  biji  limau kasturi@limau nipis
Cili padi secukupnya  ~  dihiris kecil  (ikut kepedasan yang diingini)
Sedikit sos cili  (jika suka)
Garam secukup rasa
Kulit popia secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng


Cara-Cara :

1.  Panaskan minyak masak, masukkan bawang besar dan juga cili padi.  Tumis sehingga bawang layu.

2.  Masukkan ubi kentang dan ikan yang telah dihancurkan.  Masukkan juga sedikit air@secukupnya dan perahan limau.

3.  Masak sehingga ubi kentang empuk@lembut dan airnya kering.  Tutup api dan campurkan sedikit sos cili (jika suka).

4.  Kacau sehingga sebati dan biarkan ianya agak sejuk.

5.  Ambil sehelai kulit popia, letakkan inti sardin secukupnya di atas kulit popia dan gulungkan dengan kemas.  Buat sehingga kesemua inti habis.

6.  Panaskan minyak masak secukupnya dan goreng popia sehingga masak@kekuningan.  Sedia untuk dinikmati begitu saja atau bersama sos pilihan.