KEK PISANG

Monday, June 30, 2014

JUADAH BERBUKA UNTUK HARI KE 2 RAMADAN KAREEM








KUIH SAGU DELIMA
buku resipi 'Senangnya Memasak Kuih-Muih Minum Petang' - Chef Hanieliza



Bahan A :

1   cawan  sagu biji
3   cawan  air
1   cawan  gula
1   sudu kecil  pewarna merah
1   helai  daun pandan  (disimpulkan)


Bahan B :

1/2   biji   kelapa parut muda (putih) dan
sedikit garam digaul rata


Cara Membuat :

1.   Sagu biji dibersihkan, kemudian rendam sebentar (anggaran 20 minit) dan ditoskan,
2.   Masakkan air, gula dan daun pandan hingga mendidih.  Buangkan daun pandan.
3.   Masukkan sagu serta pewarna merah.  Kacau hingga sagu kembang.
4.   Apabila sagu kembang, angkat dan masukkan ke dalam loyang bersaiz 8 inci dan sejukkan.
5.   Apabila sejuk, potong dan gaulkan dengan kelapa parut muda putih yang digaulkan dengan garam.
6.   Sedia untuk dihidangkan,

RAMADAN KE 2


Kek Coklat Amerika & Kek Badam - bekalan untuk
anak-anak bawa balik ke asrama setiap satu seorang...








KEK BADAM
buku resipi 'Jamuan Kek' - Chef Zubaidah



Bahan-bahan :

250  gm     mentega
150  gm     gula kastor
    5  biji     telur 'B'
250  gm     tepung naik sendiri
100  gm     serbuk badam
  50  gm     susu pekat manis
    1  tbsp   sirap emas (golden syrup)
    1  tsp     esen vanilla
sedikit kepingan badam untuk hiasan


Cara-caranya :

1.   Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan gebu.
2.   Masukkan telur satu persatu.  Kemudian masukkan serbuk badam, sirap emas dan esen vanilla.
3.   Masukkan tepung naik sendiri dan susu pekat manis.
4.   Gaulkan adunan sehingga rata dan tuangkan ke dalam acuan bersaiz 8 inci yang telah digris & dialas dengan kertas minyak.
5.   Taburkan kepingan badam di atas adunan dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150'C selama 50 minit atau sehingga masak sepenuhnya.

KEK COKLAT AMERIKA







KEK COKLAT AMERIKA
buku resipi 'Jamuan Kek' - Chef Zubaidah



Bahan-bahan :

250  gm    mentega
300  gm    gula kastor
    1  tbsp  ovalette
    4  biji    telur 'B'
250  gm    tepung naik sendiri *
    1  tsp    serbuk penaik *
    1  tsp    soda bikarbonat *
  80  gm    serbuk koko *  ( * diayak )
100  gm    susu UHT perisa coklat
    1  tbsp  emulco coklat
sedikit kepingan badam untuk hiasan


Cara-cara :

1.   Pukul mentega, gula kastor dan ovalette sehingga sebati.
2.   Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati.
3.   Masukkan tepung naik sendiri bersama soda bikarbonat, serbuk penaik dan serbuk koko, gaulkan sehingga sebati.
4.   Masukkan susu perisa coklat dan emulco coklat, gaulkan sehingga rata.
5.   Tuangkan adunan ke dalam acuan bersaiz 8 inci dan taburkan kepingan badam di atasnya.  Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150'C selama 1 jam atau hingga masak sepenuhnya.

Saturday, June 28, 2014

KEK MINYAK








KEK MINYAK
sumber dari :  DapurTanpaSempadan, thanks



Bahan-bahan :

   5   biji   telur gred 'A'
1/2   cawan   gula halus
   1   camca besar  ovalet
   2   cawan   tepung gandum *
   1   camca teh  baking powder * (* disatukan & diayak)
   1   cawan   susu pekat manis
   1   cawan   minyak jagung
Perisa & pewarna yang digemari
Sedikit gula aising untuk hiasan (jika suka)


Cara-cara :

1.   Panaskan oven pada suhu 170'C, lenserkan tin/acuan berukuran 8 inci dengan sedikit mentega dan alaskan dasarnya dengan kertas minyak, lenserkan juga kertas minyak tadi.

2.   Putar gula dan ovalet sehingga rata.  Kemudian masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi sehingga kembang dan pekat.  Masukkan susu pekat manis dan putar rata.

3.   Masukkan minyak, kacau rata.  Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar sehingga rata, jangan lama-lama sekadar sebati saja.  Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan letakkan perisa dan pewarna pilihan, kacau rata setiap pewarna.

4.   Tuangkan adunan ke dalam tin/acuan secara berselang-seli.  Bakar selama 40-45 minit atau sehingga masak sepenuhnya.  Sejukkan kek sekejap sebelum dikeluarkan dari tin/acuan.  Ayakkan dengan sedikit gula aising sebagai hiasan jika suka.

PAVLOVA WARNA BIRU !!!









PAVLOVA BIRU
dari buku 'Koleksi Terbaik Norzailina Nordin'



Bahan-bahan :

   4   biji   putih telur, suhu bilik
146  gm   gula kastor  (2/3  cawan)
    1  sudu teh  krim tartar
    1  sudu teh  tepung jagung
    1  sudu makan  esen vanilla
sedikit pewarna biru (jika suka)

Hiasan :  hirisan strawberi/raspberi/blueberi/delima dll.


Bahan Krim :

250  ml   krim putar jenis 'non-dairy'  (1 cawan)
    2  sudu makan  gula aising


Cara-cara :

1.   Panaskan ketuhar pada suhu 160'C selama 10 minit.
2.   Putar putih telur sehingga kembang.
3.   Masukkan gula sedikit demi sedikit, pukul sebati.  Masukkan krim tartar, tepung jagung dan esen vanilla, putar lagi sehingga kental.
4.   Ratakan adunan dalam bentuk bulatan 22 sm di atas kertas kalis minyak.  Turunkan suhu kepada 100'C, bakar selama 1 1/2 jam.  Biar sejuk di dalam ketuhar.
5.   Untuk krim :  Putar krim dan gula sehingga kental.  Sapukan ke atas pavlova.  Hiaskan dengan hirisan buah-buahan pilihan.

SALAM RAMADAN BUAT SEMUA TEMAN-TEMAN DI LUAR SANA !!!!










AYAM KICAP BEREMPAH
dari buku resipi 101 Resipi menggunakan Pemanggang Ajaib Chef Hanieliza ; sedapp



Bahan-bahan :

1/2   ekor   ayam  (anggaran 1 kg)  -  dipotong sederhana ; buangkan kulit & potong kecil
   2   sudu makan  serbuk rempah kari
   3   sudu makan  kicap lemak manis
   3   sudu makan  sos tiram
   2   biji  cili merah  -  dihiris
   2   biji  cili hijau  -  dihiris
Garam (sekiranya perlu)
   3   sudu makan   minyak masak


Bahan Tumisan :

3  tangkai  daun kari
1  labu  bawang besar *
1  inci  halia *
2  ulas  bawang putih *  (* dihiris)


Cara Memasak :

1.   Panaskan minyak masak di dalam pemanggang ajaib dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2.   Masukkan ayam, tutup pemanggang dan goreng selama 5 minit.
3.   Masukkan serbuk rempah kari dan gaul rata.
4.   Masukkan kicap, sos tiram, cili merah dan cili hijau.  Masukkan garam sekiranya perlu.  Gaul rata, tutup semula pemanggang dan masak selama 5 minit lagi.
5.   Masukkan ke dalam pinggan dan sedia dihidangkan.




NASI MENTEGA KISMIS









NASI MENTEGA KISMIS
sumber dari  :  yatiememories ; thanks



Bahan-bahan :

   4   cawan   beras basmathi ; cuci bersih & direndam selama 25 minit ; toskan
   5   cawan   air
   1   cawan   susu cair
   1   kiub      pati ayam 'Maggi/Knorr'
   2   tbsp      mentega
1/3   cawan   kismis kuning


Bahan Tumis :

1   biji   bawang besar  -  dipoting dadu
2   ulas  bawang putih  -  dihiris
1   batang   serai  -  dititik
1   helai   daun pandan  -  disimpul
1   inci   halia  -  dihiris nipis
1   batang   kulit kayu manis
1   kuntum  bunga lawang
2   kuntum  bunga cengkih
2   biji   buah pelaga


Bahan Hiasan :

Hirisan daun bawang & daun sup
Bawang goreng


Cara Memasak :

1.   Di dalam kuali, cairkan mentega, masukkan bahan tumis dan tumiskan sehingga harum.  Masukkan beras dan kacaukan sehingga mesra, masak anggaran 1-2 minit.  Masukkan pati kiub ayam (hancurkan dulu) dan gaulkan rata.  Tutupkan api.

2.   Alihkan beras ke dalam periuk rice cooker, tuangkan air dan susu cair, kacau rata.  Tambahkan garam secukup rasa dan tanak nasi seperti biasa.  Bila nasi telah kering taburkan kismis dan biarkan nasi betul-betul masak.  Gaulkan nasi dengan chopstick secara perlahan-lahan agar nasi tidak patah.  Biarkan sebentar.

3.   Taburkan bahan-bahan hirisan sebelum dihidangkan bersama lauk kegemaran.

Thursday, June 26, 2014

BINGKA NESTUM










BINGKA NESTUM
sumber dari  :  kayumaniskorner563 ; terima kasih (sedap)



Bahan-bahan :

      2  cawan  tepung gandum *
1 1/2  cawan  Nestum original
      2  cawan  santan *
      1  cawan  susu segar *
      5  biji  telur 'B' *
   3/4  cawan  gula pasir *
   3/4  cawan  susu pekat manis *
      1  sudu besar  tepung jagung *
      1  sudu kecil  garam halus *
      2  sudu besar  mentega * -  dicairkan
      1  sudu kecil  esen vanilla
Sedikit pewarna kuning

Loyang :  8 inci atau acuan  bunga pecah 8 =  4 biji


Cara-cara :

     Panaskan oven pada suhu 170'C.  Kisarkan bahan-bahan yang bertanda *.  Kemudian masukkan Nestum, esen vanilla, sedikit pewarna kuning dan gaulkan sebati dengan whisk tangan.  Sediakan loyang/acuan, masukkan 1 sudu besar mentega dan panaskan di atas api kecil.  Tuangkan adunan ke dalam loyang/acuan dan taburkan bijirin Nestum di atasnya.
     Bakar selama 40-45 minit atau sehingga masak sepenuhnya.  Untuk permukaan yang garing, 5-10 minit terakhir guna api grill/atas hingga permukaannya kelihatan perang.

Juadah yang agak simple tapi menyelerakan apalagi dimakan panas-panas!!!!










TELUR GORENG HANCUR ALA CINA
sumber dari  :  Try Masak.com



Bahan-bahan :

4  biji  telur ayam
2  tangkai  daun bawang  -  dicincang kasar
1  tangkai  daun kucai  -  dipotong panjang
2  ulas  bawang putih  -  dihiris nipis
1  biji  cili merah  -  dihiris nipis
1  sudu kecil serbuk lada putih
Garam & minyak masak secukupnya


Cara Memasak :

     Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih hingga wangi.  Masukkan cili merah dan daun bawang.  Gaulkan dan masak sekata.  Masukkan telur dan kacaukan telur bersama campuran bahan tadi.  Taburkan garam secukup rasa dan sedikit serbuk lada putih.  Masukkan sayur kucai yang telah dipotong dan gaulkan lagi.  Sedia untuk dihidangkan.

Wednesday, June 25, 2014

JEJARI OREN/ORANGE FINGER








JEJARI OREN / ORANGE FINGER
buku resipi 'Jamuan Biskut' - Chef Zubaidah -  sedap & rangup



Bahan A :

125  gm  mentega
  10  gm  lelemak/shortening
  50  gm  gula aising


Bahan B :

 1/2  tsp  pes oren


Bahan C :

  25  gm  serbuk badam
120  gm  tepung gandum
  25  gm  tepung kentang
  25  gm  tepung susu
  30  gm  tepung jagung


Hiasan :

coklat oren (dicairkan)
serbuk roti putih


Cara-cara :

1.   Sebatikan bahan-bahan A.
2.   Masukkan bahan B dan gaulkan sehingga rata.
3.   Masukkan semua bahan C dan uli hingga menjadi doh.
4.   Canai dan terap doh dengan acuan segi empat panjang.
5.   Susunkan di atas dulang pembakar yang telah digris dan bakar pada suhu 150'C selama 30 minit.
6.   Setelah biskut sejuk, celupkan biskut ke dalam coklat oren dan golekkan biskut ke dalam serbuk roti putih.

BISKUT MOCCA CRUNCH







BISKUT MOCCA CRUNCH
sumber dari  :  Majalah RASA Jun 2014 -  Chef Anuar Draman



Bahan-bahan :

100  gm  mentega
  20  gm  lemak sayuran (shortening)
  80  gm  gula kastor
140  gm  tepung gandum
  30  gm  tepung jagung
  20  gm  tepung kentang
 1/8  tsp  soda bikarbonat
 1/8  tsp  emplex
  40  gm  Koko Krunch  -  dikisar
  30  gm  chocolate rice
    1  tsp  esen mocca
100  gm  badam hiris  -  untuk hiasan
    2  biji  kuning telur  -  untuk hiasan


Cara Penyediaan :

1.   Putar mentega, lemak sayuran dan gula kastor hingga kembang.
2.   Masukkan semua tepung bersama soda bikarbonat, emplex, Koko Krunch dan juga chocolate rice.  Gaulkan sebati.
3.   Uli adunan sehingga menjadi doh.  Canai dan terapkan menggunakan acuan berbentuk empat segi.
4.   Letakkan di atas dulang pembakar dan sapukan kuning telur berserta hirisan badam di atasnya.
5.   Bakar selama 25 minit atau sehingga masak pada suhu 150'C.

STRAWBERRY, MANGO SMOOTHIE







STRAWBERRY, MANGO SMOOTHIE
by  :  zaralovebaking.blogspot.com



Ingredients :

 16   strawberries , hulled & cut into chunks
   1   ripe   mango , peel, seeded & cut into chunks
1/2   cup   fresh milk
1/2   cup   greek or plain yogurt
   4   tbsp  white sugar
   2   tsp    vanilla extract
   8   ice cubes, crushed or 1 cup crushed ice


Method :

     In a blender ; combine strawberries, mango, fresh milk, yogurt, sugar and vanilla extract.  Toss in the crushed ice.  Blend until smooth and creamy.  Pour into glasses and serve.
( 2 serving )