KEK PISANG
▼
Monday, June 30, 2014
JUADAH BERBUKA UNTUK HARI KE 2 RAMADAN KAREEM
KUIH SAGU DELIMA
buku resipi 'Senangnya Memasak Kuih-Muih Minum Petang' - Chef Hanieliza
Bahan A :
1 cawan sagu biji
3 cawan air
1 cawan gula
1 sudu kecil pewarna merah
1 helai daun pandan (disimpulkan)
Bahan B :
1/2 biji kelapa parut muda (putih) dan
sedikit garam digaul rata
Cara Membuat :
1. Sagu biji dibersihkan, kemudian rendam sebentar (anggaran 20 minit) dan ditoskan,
2. Masakkan air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Buangkan daun pandan.
3. Masukkan sagu serta pewarna merah. Kacau hingga sagu kembang.
4. Apabila sagu kembang, angkat dan masukkan ke dalam loyang bersaiz 8 inci dan sejukkan.
5. Apabila sejuk, potong dan gaulkan dengan kelapa parut muda putih yang digaulkan dengan garam.
6. Sedia untuk dihidangkan,
RAMADAN KE 2
Kek Coklat Amerika & Kek Badam - bekalan untuk
anak-anak bawa balik ke asrama setiap satu seorang...
KEK BADAM
buku resipi 'Jamuan Kek' - Chef Zubaidah
Bahan-bahan :
250 gm mentega
150 gm gula kastor
5 biji telur 'B'
250 gm tepung naik sendiri
100 gm serbuk badam
50 gm susu pekat manis
1 tbsp sirap emas (golden syrup)
1 tsp esen vanilla
sedikit kepingan badam untuk hiasan
Cara-caranya :
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan gebu.
2. Masukkan telur satu persatu. Kemudian masukkan serbuk badam, sirap emas dan esen vanilla.
3. Masukkan tepung naik sendiri dan susu pekat manis.
4. Gaulkan adunan sehingga rata dan tuangkan ke dalam acuan bersaiz 8 inci yang telah digris & dialas dengan kertas minyak.
5. Taburkan kepingan badam di atas adunan dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150'C selama 50 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
KEK COKLAT AMERIKA
KEK COKLAT AMERIKA
buku resipi 'Jamuan Kek' - Chef Zubaidah
Bahan-bahan :
250 gm mentega
300 gm gula kastor
1 tbsp ovalette
4 biji telur 'B'
250 gm tepung naik sendiri *
1 tsp serbuk penaik *
1 tsp soda bikarbonat *
80 gm serbuk koko * ( * diayak )
100 gm susu UHT perisa coklat
1 tbsp emulco coklat
sedikit kepingan badam untuk hiasan
Cara-cara :
1. Pukul mentega, gula kastor dan ovalette sehingga sebati.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati.
3. Masukkan tepung naik sendiri bersama soda bikarbonat, serbuk penaik dan serbuk koko, gaulkan sehingga sebati.
4. Masukkan susu perisa coklat dan emulco coklat, gaulkan sehingga rata.
5. Tuangkan adunan ke dalam acuan bersaiz 8 inci dan taburkan kepingan badam di atasnya. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150'C selama 1 jam atau hingga masak sepenuhnya.
Saturday, June 28, 2014
KEK MINYAK
KEK MINYAK
sumber dari : DapurTanpaSempadan, thanks
Bahan-bahan :
5 biji telur gred 'A'
1/2 cawan gula halus
1 camca besar ovalet
2 cawan tepung gandum *
1 camca teh baking powder * (* disatukan & diayak)
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak jagung
Perisa & pewarna yang digemari
Sedikit gula aising untuk hiasan (jika suka)
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 170'C, lenserkan tin/acuan berukuran 8 inci dengan sedikit mentega dan alaskan dasarnya dengan kertas minyak, lenserkan juga kertas minyak tadi.
2. Putar gula dan ovalet sehingga rata. Kemudian masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis dan putar rata.
3. Masukkan minyak, kacau rata. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar sehingga rata, jangan lama-lama sekadar sebati saja. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan letakkan perisa dan pewarna pilihan, kacau rata setiap pewarna.
4. Tuangkan adunan ke dalam tin/acuan secara berselang-seli. Bakar selama 40-45 minit atau sehingga masak sepenuhnya. Sejukkan kek sekejap sebelum dikeluarkan dari tin/acuan. Ayakkan dengan sedikit gula aising sebagai hiasan jika suka.
PAVLOVA WARNA BIRU !!!
PAVLOVA BIRU
dari buku 'Koleksi Terbaik Norzailina Nordin'
Bahan-bahan :
4 biji putih telur, suhu bilik
146 gm gula kastor (2/3 cawan)
1 sudu teh krim tartar
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu makan esen vanilla
sedikit pewarna biru (jika suka)
Hiasan : hirisan strawberi/raspberi/blueberi/delima dll.
Bahan Krim :
250 ml krim putar jenis 'non-dairy' (1 cawan)
2 sudu makan gula aising
Cara-cara :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 160'C selama 10 minit.
2. Putar putih telur sehingga kembang.
3. Masukkan gula sedikit demi sedikit, pukul sebati. Masukkan krim tartar, tepung jagung dan esen vanilla, putar lagi sehingga kental.
4. Ratakan adunan dalam bentuk bulatan 22 sm di atas kertas kalis minyak. Turunkan suhu kepada 100'C, bakar selama 1 1/2 jam. Biar sejuk di dalam ketuhar.
5. Untuk krim : Putar krim dan gula sehingga kental. Sapukan ke atas pavlova. Hiaskan dengan hirisan buah-buahan pilihan.
SALAM RAMADAN BUAT SEMUA TEMAN-TEMAN DI LUAR SANA !!!!
AYAM KICAP BEREMPAH
dari buku resipi 101 Resipi menggunakan Pemanggang Ajaib Chef Hanieliza ; sedapp
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam (anggaran 1 kg) - dipotong sederhana ; buangkan kulit & potong kecil
2 sudu makan serbuk rempah kari
3 sudu makan kicap lemak manis
3 sudu makan sos tiram
2 biji cili merah - dihiris
2 biji cili hijau - dihiris
Garam (sekiranya perlu)
3 sudu makan minyak masak
Bahan Tumisan :
3 tangkai daun kari
1 labu bawang besar *
1 inci halia *
2 ulas bawang putih * (* dihiris)
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak di dalam pemanggang ajaib dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan ayam, tutup pemanggang dan goreng selama 5 minit.
3. Masukkan serbuk rempah kari dan gaul rata.
4. Masukkan kicap, sos tiram, cili merah dan cili hijau. Masukkan garam sekiranya perlu. Gaul rata, tutup semula pemanggang dan masak selama 5 minit lagi.
5. Masukkan ke dalam pinggan dan sedia dihidangkan.
NASI MENTEGA KISMIS
NASI MENTEGA KISMIS
sumber dari : yatiememories ; thanks
Bahan-bahan :
4 cawan beras basmathi ; cuci bersih & direndam selama 25 minit ; toskan
5 cawan air
1 cawan susu cair
1 kiub pati ayam 'Maggi/Knorr'
2 tbsp mentega
1/3 cawan kismis kuning
Bahan Tumis :
1 biji bawang besar - dipoting dadu
2 ulas bawang putih - dihiris
1 batang serai - dititik
1 helai daun pandan - disimpul
1 inci halia - dihiris nipis
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Bahan Hiasan :
Hirisan daun bawang & daun sup
Bawang goreng
Cara Memasak :
1. Di dalam kuali, cairkan mentega, masukkan bahan tumis dan tumiskan sehingga harum. Masukkan beras dan kacaukan sehingga mesra, masak anggaran 1-2 minit. Masukkan pati kiub ayam (hancurkan dulu) dan gaulkan rata. Tutupkan api.
2. Alihkan beras ke dalam periuk rice cooker, tuangkan air dan susu cair, kacau rata. Tambahkan garam secukup rasa dan tanak nasi seperti biasa. Bila nasi telah kering taburkan kismis dan biarkan nasi betul-betul masak. Gaulkan nasi dengan chopstick secara perlahan-lahan agar nasi tidak patah. Biarkan sebentar.
3. Taburkan bahan-bahan hirisan sebelum dihidangkan bersama lauk kegemaran.
Thursday, June 26, 2014
BINGKA NESTUM
BINGKA NESTUM
sumber dari : kayumaniskorner563 ; terima kasih (sedap)
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum *
1 1/2 cawan Nestum original
2 cawan santan *
1 cawan susu segar *
5 biji telur 'B' *
3/4 cawan gula pasir *
3/4 cawan susu pekat manis *
1 sudu besar tepung jagung *
1 sudu kecil garam halus *
2 sudu besar mentega * - dicairkan
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit pewarna kuning
Loyang : 8 inci atau acuan bunga pecah 8 = 4 biji
Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 170'C. Kisarkan bahan-bahan yang bertanda *. Kemudian masukkan Nestum, esen vanilla, sedikit pewarna kuning dan gaulkan sebati dengan whisk tangan. Sediakan loyang/acuan, masukkan 1 sudu besar mentega dan panaskan di atas api kecil. Tuangkan adunan ke dalam loyang/acuan dan taburkan bijirin Nestum di atasnya.
Bakar selama 40-45 minit atau sehingga masak sepenuhnya. Untuk permukaan yang garing, 5-10 minit terakhir guna api grill/atas hingga permukaannya kelihatan perang.
Juadah yang agak simple tapi menyelerakan apalagi dimakan panas-panas!!!!
TELUR GORENG HANCUR ALA CINA
sumber dari : Try Masak.com
Bahan-bahan :
4 biji telur ayam
2 tangkai daun bawang - dicincang kasar
1 tangkai daun kucai - dipotong panjang
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 biji cili merah - dihiris nipis
1 sudu kecil serbuk lada putih
Garam & minyak masak secukupnya
Cara Memasak :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih hingga wangi. Masukkan cili merah dan daun bawang. Gaulkan dan masak sekata. Masukkan telur dan kacaukan telur bersama campuran bahan tadi. Taburkan garam secukup rasa dan sedikit serbuk lada putih. Masukkan sayur kucai yang telah dipotong dan gaulkan lagi. Sedia untuk dihidangkan.
Wednesday, June 25, 2014
JEJARI OREN/ORANGE FINGER
JEJARI OREN / ORANGE FINGER
buku resipi 'Jamuan Biskut' - Chef Zubaidah - sedap & rangup
Bahan A :
125 gm mentega
10 gm lelemak/shortening
50 gm gula aising
Bahan B :
1/2 tsp pes oren
Bahan C :
25 gm serbuk badam
120 gm tepung gandum
25 gm tepung kentang
25 gm tepung susu
30 gm tepung jagung
Hiasan :
coklat oren (dicairkan)
serbuk roti putih
Cara-cara :
1. Sebatikan bahan-bahan A.
2. Masukkan bahan B dan gaulkan sehingga rata.
3. Masukkan semua bahan C dan uli hingga menjadi doh.
4. Canai dan terap doh dengan acuan segi empat panjang.
5. Susunkan di atas dulang pembakar yang telah digris dan bakar pada suhu 150'C selama 30 minit.
6. Setelah biskut sejuk, celupkan biskut ke dalam coklat oren dan golekkan biskut ke dalam serbuk roti putih.
BISKUT MOCCA CRUNCH
BISKUT MOCCA CRUNCH
sumber dari : Majalah RASA Jun 2014 - Chef Anuar Draman
Bahan-bahan :
100 gm mentega
20 gm lemak sayuran (shortening)
80 gm gula kastor
140 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung
20 gm tepung kentang
1/8 tsp soda bikarbonat
1/8 tsp emplex
40 gm Koko Krunch - dikisar
30 gm chocolate rice
1 tsp esen mocca
100 gm badam hiris - untuk hiasan
2 biji kuning telur - untuk hiasan
Cara Penyediaan :
1. Putar mentega, lemak sayuran dan gula kastor hingga kembang.
2. Masukkan semua tepung bersama soda bikarbonat, emplex, Koko Krunch dan juga chocolate rice. Gaulkan sebati.
3. Uli adunan sehingga menjadi doh. Canai dan terapkan menggunakan acuan berbentuk empat segi.
4. Letakkan di atas dulang pembakar dan sapukan kuning telur berserta hirisan badam di atasnya.
5. Bakar selama 25 minit atau sehingga masak pada suhu 150'C.
STRAWBERRY, MANGO SMOOTHIE
STRAWBERRY, MANGO SMOOTHIE
by : zaralovebaking.blogspot.com
Ingredients :
16 strawberries , hulled & cut into chunks
1 ripe mango , peel, seeded & cut into chunks
1/2 cup fresh milk
1/2 cup greek or plain yogurt
4 tbsp white sugar
2 tsp vanilla extract
8 ice cubes, crushed or 1 cup crushed ice
Method :
In a blender ; combine strawberries, mango, fresh milk, yogurt, sugar and vanilla extract. Toss in the crushed ice. Blend until smooth and creamy. Pour into glasses and serve.
( 2 serving )