KEK PISANG
▼
Saturday, June 28, 2014
KEK MINYAK
KEK MINYAK
sumber dari : DapurTanpaSempadan, thanks
Bahan-bahan :
5 biji telur gred 'A'
1/2 cawan gula halus
1 camca besar ovalet
2 cawan tepung gandum *
1 camca teh baking powder * (* disatukan & diayak)
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak jagung
Perisa & pewarna yang digemari
Sedikit gula aising untuk hiasan (jika suka)
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 170'C, lenserkan tin/acuan berukuran 8 inci dengan sedikit mentega dan alaskan dasarnya dengan kertas minyak, lenserkan juga kertas minyak tadi.
2. Putar gula dan ovalet sehingga rata. Kemudian masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis dan putar rata.
3. Masukkan minyak, kacau rata. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar sehingga rata, jangan lama-lama sekadar sebati saja. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan letakkan perisa dan pewarna pilihan, kacau rata setiap pewarna.
4. Tuangkan adunan ke dalam tin/acuan secara berselang-seli. Bakar selama 40-45 minit atau sehingga masak sepenuhnya. Sejukkan kek sekejap sebelum dikeluarkan dari tin/acuan. Ayakkan dengan sedikit gula aising sebagai hiasan jika suka.
No comments:
Post a Comment