KEK PISANG
▼
Monday, June 30, 2014
KEK COKLAT AMERIKA
KEK COKLAT AMERIKA
buku resipi 'Jamuan Kek' - Chef Zubaidah
Bahan-bahan :
250 gm mentega
300 gm gula kastor
1 tbsp ovalette
4 biji telur 'B'
250 gm tepung naik sendiri *
1 tsp serbuk penaik *
1 tsp soda bikarbonat *
80 gm serbuk koko * ( * diayak )
100 gm susu UHT perisa coklat
1 tbsp emulco coklat
sedikit kepingan badam untuk hiasan
Cara-cara :
1. Pukul mentega, gula kastor dan ovalette sehingga sebati.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati.
3. Masukkan tepung naik sendiri bersama soda bikarbonat, serbuk penaik dan serbuk koko, gaulkan sehingga sebati.
4. Masukkan susu perisa coklat dan emulco coklat, gaulkan sehingga rata.
5. Tuangkan adunan ke dalam acuan bersaiz 8 inci dan taburkan kepingan badam di atasnya. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150'C selama 1 jam atau hingga masak sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment