KEK PISANG
▼
Saturday, June 28, 2014
SALAM RAMADAN BUAT SEMUA TEMAN-TEMAN DI LUAR SANA !!!!
AYAM KICAP BEREMPAH
dari buku resipi 101 Resipi menggunakan Pemanggang Ajaib Chef Hanieliza ; sedapp
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam (anggaran 1 kg) - dipotong sederhana ; buangkan kulit & potong kecil
2 sudu makan serbuk rempah kari
3 sudu makan kicap lemak manis
3 sudu makan sos tiram
2 biji cili merah - dihiris
2 biji cili hijau - dihiris
Garam (sekiranya perlu)
3 sudu makan minyak masak
Bahan Tumisan :
3 tangkai daun kari
1 labu bawang besar *
1 inci halia *
2 ulas bawang putih * (* dihiris)
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak di dalam pemanggang ajaib dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan ayam, tutup pemanggang dan goreng selama 5 minit.
3. Masukkan serbuk rempah kari dan gaul rata.
4. Masukkan kicap, sos tiram, cili merah dan cili hijau. Masukkan garam sekiranya perlu. Gaul rata, tutup semula pemanggang dan masak selama 5 minit lagi.
5. Masukkan ke dalam pinggan dan sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment