KEK PISANG
▼
Sunday, July 19, 2015
AYAM KICAP BERMADU
AYAM KICAP BERMADU
sumber : DapurTanpaSempadan ; thanks...
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam (kuraang lebih, dipotong ikut suka, cuci & toskan) *
3/4 camca teh garam *
1 camca besar serbuk kunyit * (* digaul rata & perap sekejap)
3 biji ubi kentang - kupas kulit, potong 4 setiap satu & rendam
1 biji bawang besar - hiris bulat & leraikan
5 ulas bawang putih - diketuk
1/2 inci halia - hiris
1 tangkai cili merah - hiris memanjang
1 tangkai cili hijau - hiris memanjang
1 biji tomato - hiris (tambahan)
1 batang leek - potong & rendam
3 camca besar kicap pekat Jalen
4 camca besar kicap lemak manis Jalen
1 camca besar madu
1 camca besar cili sos Jalen
1 camca teh serbuk lada sulah atau 'aji-shio'
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Sedikit hirisan daun sup - untuk hiasan
Cara Memasak :
1. Toskan ubi kentang kemudian lap kering. Goreng ubi kentang hingga empuk dan kuning keemasan, menggunakan api kecil dan kacau sekali sekala. Angkat dan toskan. Di dalam minyak yang sama, gorengkan pula ayam hingga masak, tidak perlu sampai garing. Angkat dan toskan.
2. Cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 4 camca besar. Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan cili sos, kicap pekat dan kicap lemak manis. Kacau rata dan masak dengan api kecil.
3. Masukkan leek (toskan) dan ayam. Gaul rata-rata. Tambahkan lada sulah, bawang besar, tomato dan cili merah/cili hijau. Tuangkan sedikit air, kacau rata dan masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan madu, gaul rata, rasa dan jika ok bolehlah tutup api. Taburkan hirisan daun sup dan hidangkan bersama nasi putih dan lauk lain-lain.
Saturday, July 18, 2015
NASI HUJAN PANAS & ACAR TIMUN LOBAK MERAH
NASI HUJAN PANAS
sumber : DapurTanpaSempadan ; thanks (sedap & a keeper)...
Bahan-bahan :
4 cawan beras basmathi - cuci, rendam selama 30 minit & toskan
5 cawan air atau air rebusan ayam
1 kiub pati ayam Knorr jika menggunakan air biasa - tambahan
1 cawan susu sejat IDEAL
1 helai daun pandan - disimpul
1 inci halia - hiris
3 ulas bawang putih - titik
1 biji bawang besar - hiris
2 helai daun pandan - disimpul
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu makan penuh minyak sapi atau mentega
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna merah, hijau & kuning
Bahan hiasan :
Hirisan daun sup & daun bawang
Gajis goreng, bawang goreng, kismis & kacang pis
Cara Penyediaan :
Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga hingga berbau harum. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan 1 helai daun pandan. Tumiskan hingga layu dan wangi. Masukkan beras dan kacau rata. Gorengkan beras tadi selama 1 minit dan matikan api.
Alihkan beras ke dalam periuk nasi elektrik. Tuangkan air dan susu sejat, garam secukup rasa dan gaul rata. Masak nasi seperti biasa. Bila nasi hampir kering, buatkan beberapa lubang dan letakkan warna-warna berbeza. Biarkan sekejap, bila nasi masak sepenuhnya matikan suis.
Taburkan kismis dan gajus (tinggalkan sedikit untuk hiasan), dengan menggunakan chopstick, gemburkan nasi tadi hingga menjadi berwarna-warni. Berhati-hati agar nasi tidak patah. Biarkan sekejap. Taburkan dengan baki kismis, gajus dan juga hirisan daun sup dan daun bawang, kacang pis dan bawang goreng.
ACAR TIMUN LOBAK MERAH
sumber : SAJI Disember 2013
Bahan-bahan :
2 batang timun
2 batang lobak merah
6 keping nanas dalam tin - dipotong dadu (tambahan)
1 biji buah tomato - dipotong dadu (tambahan)
1 labu bawang besar
2 tangkai cili merah
1 sudu besar cuka masakan
Garam & gula secukup rasa
Sedikit kapur
Cara Menyediakan :
1. Timun dan lobak merah dihiris. Rendam seketika di dalam air kapur kemudian toskan.
2. Bawang besar dimayang halus dan cili merah dihiris.
3. Campurkan ke semua bahan di dalam mangkuk besar.
4. Tambahkan cuka masakan, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
5. Sedia untuk dihidangkan...
18/7/2015 (Sabtu) Juadah untuk raya ke 2...
AYAM MASAK BRIYANI
AYAM MASAK BRIYANI
sumber : Paty's Kitchen; thanks....
Bahan-bahan :
1 ekor ayam dipotong 4
3 biji bawang besar - dihiris nipis
3 sudu besar minyak sapi atau minyak masak
4 sudu besar rempah briyani
1/2 cawan bawang goreng
2 sudu besar tomato puree
3 biji buah tomato - dihiris
3 sudu besar serbuk badam
1/2 cawan tairu/yogurt atau susu cair
Sedikit daun ketumbar - hiris kasar
Bahan kisar :
4 ulas bawang putih
2 inci halia
4 biji cili hijau
4 biji cili merah
Bahan tumis :
5 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
Cara Memasak :
1. Gaulkan ayam bersama bahan yang dikisar. Perapkan selama lebih kurang 1 jam.
2. Panaskan minyak sapi/minyak masak, masukkan bahan tumis dan masak hingga naik bau. Kemudian masukkan rempah briyani dan masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam bersama bahan perap tadi, tomato puree, tomato hiris, bawang goreng dan sedikit daun ketumbar. Kacau seketika hingga sebati.
4. Masukkan sedikit air dan tairu ataunpun susu cair dan serbuk badam.
5. Masak hingga ayam empuk dan kuah menjadi pekat.
KEK KUKUS COKLAT LEMBAB
17/7/2015 (Jumaat) - Kek yang sangat sedap. Dibuat untuk anak gadis sulung ku sempena hari jadinya yang kebetulan jatuh pada hari raya pertama tahun ini dengan hiasan kek yang serba simple sahaja.
KEK KUKUS COKLAT LEMBAB
sumber dari : Fizalgk; thanks...
Bahan A :
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis
Bahan B :
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Bahan C :
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (suhu bilik) (gred A = 3 biji, B = 4 biji)
Cara-cara :
1. Ayakkan kesemua bahan B dan ketepikan seketika.
2. Masukkan kesemua bahan A ke dalam periuk dan kacau hingga sebati dan dengan menggunakan api yang kecil masak hingga gula larut dan sejukkan.
3. Pecahkan telur ke dalam mangkuk besar dan pukul hingga kembang. Tuangkan bahan A tadi bersama esen vanilla ke dalam adunan telur tadi sambil dikacau hingga sebati.
4. Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder dan soda bicarbonate (bahan B) dan kacau lagi hingga sebati selama 5 minit.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci bulat/persegi yang telah digris dengan mentega dan dialas dengan kertas minyak. Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam 10 minit dengan api sederhana atau hingga masak sepenuhnya. (Pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu. Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa).
Bahan topping (Ganache) :
300 gm coklat masakan - potong kecil
1 sudu besar susu pekat manis
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar mentega
Cara-cara :
1. Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler.
2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair. Padamkan api dan masukkan mentega. Kacau lagi hingga mentega cair.
3. Curahkan ganache di atas kek yang masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
4. Bila kek dan ganache telah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais. Boleh juga dinikmati ketika suam.
NUTELLA CHOCOLATE CHEESE TART
NUTELLA CHOCOLATE CHEESE TART
sumber : sariyusa ; thanks...
Bahan Tart Shell :
170 gm marjerin (Buttercup dalam tin kuning)
50 gm gula aising (2 1/2 sudu besar)
1 biji telur gred 'B'
1/2 tsp esen vanilla
1 tsp perisa coklat
2 tbsp serbuk koko
270 gm tepung gandum
Filling : Nutella secukupnya
Cara-cara :
1. Pukul sekejap marjerin dan gula aising dengan senduk kayu.
2. Masukkan telur dan esen vanilla, pukul dengan senduk kayu hingga sebati.
3. Masukkan serbuk koko diikuti dengan tepung dan uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat ditangan. (TIPS : Cairan di dalam telur yang berbeza mungkin menjadikan sukatan tepung tidak semestinya 270 gm. Masukkan tepung sedikit demi dan apabila ia hampir hendak menjadi doh; BERHENTI meletakkan tepung apabila apabila doh menjadi lembut dan tidak melekat di jari dan mangkuk adunan. Jika terus letak tepung ia akan menyebabkan doh menjadi agak keras).
4. Bakar pada suhu 170'C selama 25-30 minit. Disebabkan crust berwarna coklat, selepas 25 minit cuba keluarkan satu crust, terbalikkan, jika keluar maknanya crust sudah masak.
Bahan Cream Cheese :
250 gm cream cheese
2 tbsp gula kastor
1 biji telur gred 'B'
Sedikit esen vanilla
Sedikit chocolate emulco
Cara-cara :
Putar cream cheese bersama gula hingga lembut dan gula hancur (dalam 1 minit). Masukkan telur, chocolate emulco dan esen vanilla. Putar lagi hingga licin dan sebati. Jangan terlalu lama. Dua tiga minit sudah memadai. Masukkan ke dalam piping bag. Sedia untuk digunakan.
Susun tart shell di dalam dulang pembakar, picitkan Nutella ke dalam setiap tart shell kemudian paipkan cream cheese hingga ke tebing tart shell. Taburkan dengan sedikit chocolate rice di atasnya (jika suka). Bakar semula pada suhu 170'C selama 10 minit.
TIPS : Sebaiknya guna telur dari peti sejuk. Keluarkan cream cheese 15-20 minit sebelum ia diputar/digunakan. Pastikan krim anda tidak mengalir dari spatula selepas diputar.
RENDANG DAGING ALA MINANG
RENDANG DAGING ALA MINANG
sumber : DapurTanpaSempadan ; thanks..(sangat sedap)
Bahan-bahan :
1 kg. daging batang pinang
1 liter pati santan
2 camca besar kerisik
1 keping asam gelugur
1 camca besar gula melaka
2 helai daun kunyit - dimayang halus
3 camca besar cili kisar
Garam secukup rasa
Bahan-bahan kisar halus :
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai - hiris halus
4 biji buah keras - titik
30 biji cili padi kampung
Cara Memasak :
1. Daging batang pinang dipotong kiub, cuci bersih dan toskan. Masukkan ke dalam kuali bersama bahan-bahan kisar halus dan cili kisar, kacau rata dan masak sehingga daging kecut dan airnya sedikit kering. Tuangkan santan, kacau rata dan masak sehingga mendidih.
2. Masukkan kerisik, kacau dan teruskan memasak dengan api sederhana sehingga pekat. Tambahkan asam gelugur, garam secukup rasa dan gula melaka. Kacau dan teruskan memasak sehingga rendang kering. Masukkan daun kunyit dan kacau. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok bolehlah tutup api.
Catatan CMG : Kalau menggunakan daging pejal biasa dan jika daging masih belum empuk semasa proses memasak, anda boleh tambahkan air panas dan sambung memasak sehingga daging empuk. Pastikan rendang diisikan di dalam bekas yang bersh dan kering, biarkan betul-betul sejuk barulah ditutup untuk mengelakkan rendang cepat rosak.
Thursday, July 16, 2015
KEK PISANG LEMBAP TABURAN BADAM
KEK PISANG LEMBAP TABURAN BADAM
sumber : cute oven, small kitchen ; thanks ...
tried : zaralovebaking.. (lembap & sedap) ...
Bahan-bahan :
4 biji pisang emas/awak - dilecek (atau 5 biji pisang berangan)
1 cawan gula kastor atau gula perang, lagi sedap (saya guna gula perang)
1 cawan minyak masak atau minyak jagung
4 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum *
1 sudu teh baking powder *
1 sudu teh soda bicarbonate * (* satukan & ayak bersama)
1 sudu besar air limau nipis atau cuka masakan
1 sudu teh esen pisang atau esen vanilla
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 170'C api atas bawah.
2. Sediakan loyang 4 segi (8"x8"). Lenser dengan marjerin dan alas dengan kertas minyak.
3. Putar gula, telur dan minyak sehingga putih (3-5 minit).
4. Masukkan bahan ayak dan kaupbalik rata dengan spatula.
5. Masukkan pisang lecek, esen dan air limau. Gaul sebati.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Taburkan dengan sedikit badam cincang (jika suka) di atasnya.
7. Bakar di dalam oven selama 40 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.
IKAN SIAKAP TIGA RASA
IFTAR 28 : (15/7/2015 - Rabu)
IKAN SIAKAP TIGA RASA
sumber dari : yatiememories ; thanks...
tried by : zaralovebaking ; (sedap)...
Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap
3 ulas bawang putih - cincang halus
1/2 biji bawang besar - cincang halus/hiris kasar
Sedikit halia - cincang halus
2 helai daun limau purut - buang urat tengah & hiris halus
1 batang bunga kantan - ambil bahagian bunga & hiris halus
5 biji cili padi - hiris halus (boleh tambah lagi kalau nak pedas)
1 sudu besar gula pasir
1 sudu besar sos ikan/nampla/sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 cawan nanas dalam tin atau cendawan butang (tak letak tiada stok) *
1 biji buah tomato *
1/2 batang timun * (* dipotong dadu)
Sedikit garam & jus lemon/limau nipis/limau kasturi
Cara Memasak :
1. Ikan siakap dibelah bahagian tengah, bersihkan, lumurkan dengan garam, tepung jagung dan sebiji telur (yang dipukul sedikit) kemudian digoreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
2. Kemudian ambil sedikit minyak gorengan ikan tadi dan tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia sehingga berbau harum. Masukkan sos tomato, sos cili, cili padi dan bunga kantan.
3. Setelah layu, masukkan sos ikan, timun, nanas, tomato, jus lemon dan daun limau purut. Kacau rata dan sebati.
4. Masukkan sedikit air, kacau rata, tambahkan garam secukup rasa dan gula.
5. Setelah mendidih, angkat dan tuangkan ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi. Hiaskan ikut selera.
KUIH BADAK BERENDAM CERIA
KUIH BADAK BERENDAM CERIA
buku '100 Puding & Desert' - Chef Fazalina Hj Ismail
Bahan Kuah Santan :
3 cawan santan pekat
2 sudu besar tepung beras
1 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan - dikoyakkan & simpul
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh halba (jika suka)
Bahan Doh :
2 cawan tepung pulut
Secubit garam
2 sudu besar pes pandan (tak letak)
1 cawan air (ikut kesesuaian doh)
Sedikit gula melaka - dipotong dadu kecil
Pewarna merah & hijau (tambahan - optional)
Cara Membuat :
1. Kuah Santan : Satukan kesemua bahan, kacau rata dan masak atas api sederhana. Masak sampai pekat sedikit.
2. Doh : Dalam mangkuk, gaulkan tepung pulut, garam dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul menjadi doh lembut. Bahagi 2 adunan dan letakkan pewarna merah dan hijau pada setiap bahagian. Gaulkan sebati.
3. Panaskan air sehingga mendidih. Bentukkan bebola dan leperkan masukkan pula gula melaka. Gumpalkan dan golek bulat-bulat di kedua belah tapak tangan. Bentukkan lebih besar sedikit dari ondeh-ondeh.
4. Masukkan ke dalam air didih, bila timbul angkat dan tuskan. Letakkan ke dalam kuah santannya terus.
5. Siap untuk dihidangkan. Enak dihidang sejuk atau suam.
Tuesday, July 14, 2015
KEK BUAH KUKUS
KEK BUAH KUKUS
sumber : DapurTanpaSempadan ; thanks...
tried by : zaralovebaking ; (sedap & moist)...
Bahan-bahan :
375 gm buah-buahan campuran (mix fruit)
250 gm mentega 'Golden Churn'
300 gm tepung gandum *
1 tsp soda bicarbonate *
1 tsp cream of tartar * (* satukan & diayak )
3 biji telur gred A
150 gm gula aising atau gula perang (saya guna gula perang)
150 gm gula pasir (untuk buat gula hangus)
1/4 cawan badam keping (almond flake)
1 biji pala @ nutmeg - diparut
Sedikit serbuk kayu manis (saya tambah)
Ceri merah/hijau - untuk hiasan
Cara Membuat :
1. Gaulkan buah-buahan campuran bersama tepung yang diayak, kepingan badam, sedikit serbuk kayu manis dan juga parutan biji pala. Ketepikan.
2. Putar mentega dan gula aising sehingga putih berkrim. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul sehingga adunan kembang.
3. Dengan speed perlahan, masukkan bancuhan buah-buahan bersama tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga habis. Gaul rata. Tutup mixer.
4. Sementara itu, masak 150 gm gula pasir sehingga bertukar menjadi perang/coklat keemasan.
5. Dengan pantas, tuangkan air gula hangus ke dalam adunan sambil diputar. Gaul sehingga rata dan sebati.
6. Tuangkan ke dalam loyang 8x8x3 inci yang telah digris dan dialas dasarnya dengan baking paper. Hiaskan dengan ceri merah/hijau dan tutup permukaannya dengan aluminium foil.
7. Kukus selama 4 jam atau sehingga masak sepenuhnya.
MASAK LEMAK LABU MANIS
MASAK LEMAK LABU MANIS
sumber : DapurTanpaSempadan ; thanks...
Bahan-bahan :
1 biji labu manis bersaiz kecil (anggaran lebih kurang 700 gram)
8 tangkai kacang panjang - potong pendek
2 batang serai - dititik
2 helai daun kunyit - disiat
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
1 camca teh lada hitam - tumbuk halus
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 biji bawang besar - hiris halus
4 ulas bawang putih - diketuk
2 camca besar udang kering - rendam 10 minit & tumbuk kasar (saya guna ikan bilis)
Garam & gula secukup rasa
Cara Memasak :
1. Labu dibelah, keluarkan bijinya, kupas kulit dan potong kiub pada saiz besar. Cuci bersih, toskan dan masukkan ke dalam periuk bersama serai, bawang besar hiris, bawang putih dan udang kering yang ditumbuk tadi. Tuangkan santan cair, kacau perlahan dan masak sehingga mendidih. Jika kurang kuahnya, bolehlah tambahkan sedikit air.
2. Bila labu 1/2 empuk, tambahkan kacang panjang dan daun kunyit. Masak sekejap dan tuangkan pati santan. Perasakan dengan garam secukupnya, sedikit gula dan lada hitam. Kacau perlahan dan masak dengan api kecil sehingga mendidih dan labu empuk, tetapi tidak terlalu lembut. Hendaklah sentiasa dikacau agar tidak pecah santan. Hidangkan bersama sambal belacan, ikan masin @ ikan goreng.