KEK PISANG

Thursday, October 30, 2014

Kuih yang sedang hangat ditayangkan di FB sekarang ni!!!








CUCUR KEMBUNG MANIS
sumber dari  :  FB - Noraslinda Bugal & Citarasawan ; thanks...
tried & tested  :   zaralovebaking.blogspot.com..sedap



Bahan-bahan :

   3  cawan   tepung gandum
   1  sudu teh   baking powder
   3  cawan   air panas (air yang mendidih)
1/2  cawan   susu pekat manis
secubit garam


Cara-cara :

1.   Satukan kesemua bahan di atas dan gaulkan sebati.  Adun sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
2.   Biarkan adunan doh suam dahulu supaya senang di bulat-bulatkan.
3.   Basahkan tangan dengan air supaya adunan tidak melekat dan ambil doh mengikut saiz yang disukai dan bulat-bulatkan.
4.   Pastikan minyak betul-betul panas sebelum digoreng dengan api sederhana.
5.   Goreng dalam minyak yang banyak.  Bila adunan timbul balik-balikkan dan goreng sehingga keperangan.
6.   Hidangkan dengan taburan gula aising di atasnya atau drizzle dengan sos coklat Hershey...

SERIMUKA GULA MERAH

 percubaan mengukus dalam bekas plastik..






SERIMUKA GULA MERAH
sumber dari  :  Azlita Masam Manis dll ;
tried & tested :  zaralovebaking.blogspot.com..(sedap)



Bahan Lapisan Bawah :  (Pulut)

      2  cawan  beras pulut   (direndam semalaman)
2 1/2  cawan  santan cair
      1  sudu teh  garam


Cara-cara :

     Satukan beras pulut yang telah direndam dengan santan dan garam, kemudian kacau rata dan sebati.  Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci yang disapu sedikit minyak dan di alas dengan plastik.  Ratakan, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak.  Bila pulut telah masak, tekan-tekankan bagi ia mampat.


Bahan Lapisan Atas :

      1  biji  telur A/B
      2  sudu besar  gula pasir
1 1/4  cawan  pati santan
   1/2  cawan  gula merah
1 1/2  sudu besar  tepung gandum
1 1/2  sudu besar  tepung jagung
   1/2  sudu kecil  garam
      1  helai  daun pandan  (disimpul)


Cara Penyediaan :

     Mula-mula masakkan santan, gula merah, gula pasir dan daun pandan sehingga gula larut, kemudian ditapis.  Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung jagung, garam dan juga telur.  Kacau rata dan sebati.  Kemudian satukan dengan adunan santan gula merah tadi dan kacau sehingga tiada berbintil.
     Kemudian tuangkan adunan gula merah di atas lapisan pulut tadi.  Tutup permukaannya dengan aluminium foil dan sambung kukus selama 20-30 minit atau sehingga masak sepenuhnya.  Biarkan sejuk sepenuhnya barulah dipotong dengan pisau plastik.

SAMBAL KICAP AYAM








SAMBAL KICAP AYAM
sumber   :   Chef Hanieliza
tried by  :   zaralovebaking.blogspot.com



Bahan A :

500  gm   ayam  (1/2  ekor  - dipotong-potong)
    2  batang   serai  (dititik)
    5  helai   daun limau purut  (dikoyak)
    1  biji   tomato  (dibelah 6)
    5  sudu besar   kicap
    2  sudu besar   sos tomato
    3  sudu besar   minyak masak
Garam (sekiranya perlu)


Bahan B :  (dikisar)

 15  tangkai  cili kering
   5  ulas  bawang merah
   1  labu  bawang besar
   3  ulas  bawang putih
   2  cm   halia
1/2  cawan  air


Cara Memasak :

1.   Buangkan kulit ayam dan potong kecil.  Basuh dan toskan.
2.   Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar dengan serai hingga wangi dan garing.
3.   Masukkan ayam dan kacau.  Biarkan hingga ayam lembut dan naik minyak.
4.   Masukkan daun limau purut, sos tomato, kicap dan tomato.
5.   Masakkan hingga naik minyak.  Tambahkan sedikit air jika perlu.
6.   Sedia dihidangkan.

Wednesday, October 29, 2014

CREME PUFF

 Creme Puff berintikan homemada kaya pandan...


UDANG MASAK LEMAK KACANG PANJANG







UDANG MASAK LEMAK KACANG PANJANG
sumber   :   Majalah SAJI Julai 2010
tried by  :   zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :

300  gm   udang
  10  tangkai   cili api  -  tumbuk
    1  cawan   santan
    2  ulas   bawang putih  -  tumbuk
    1  labu   bawang besar  -  tumbuk
    4  batang   kacang panjang  -  dipotong 5 cm
    1  batang   serai  -  titik
    1  helai   daun kunyit  -  disiat
    1  keping   asam gelugur
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam


Cara Menyediakan :

1.   Didihkan santan, masukkan sedikit serbuk kunyit.
2.   Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili api yang telah ditumbuk.  Kacau perlahan-lahan dan kecilkan api.
3.   Masukkan serai dan asam gelugur.
4.   Setelah mendidih, masukkan udang dan daun kunyit.
5.   Kemudian masukkan pula kacang panjang dan garam secukup rasa.

TUMIS BAYAM







TUMIS BAYAM
Oleh   :   zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :

   1  ikat   bayam hijau
   1  tangkai   cili merah  (dihiris)
   2  ulas   bawang merah  (dihiris)
   1  ulas   bawang putih  (dihiris)
   1  sudu makan   udang kering
1/2  batang   carrot  (dikupas & dihiris)
1/2  sudu makan   sos tiram
   2  sudu makan   minyak masak
Garam secukup rasa


Cara-cara :

1.   Bayam diasingkan dari batangnya dan basuh.  Kemudian toskan.
2.   Panaskan minyak.  Tumiskan bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga wangi.
3.   Masukkan carrot, bayam, cili merah, sos tiram dan garam.  Kemudian kacau rata.
4.   Apabila carrot sudah sedikit empuk dan sayur bayam layu, tutup api dan hidangkan.

Tuesday, October 28, 2014

PUDING PERMATA NESCAFE









PUDING PERMATA NESCAFE
buku   :   Senangnya Memasak Puding by Chef Hanieliza
tried by   :   zaralovebaking.blogspot.com



Bahan A :

    5  gm   serbuk agar-agar  (1/2  paket)
500  ml    air  (2  cawan)
130  gm   gula  (1  cawan)
200  ml    susu cair  (1  cawan)
    2  sudu makan  Nescafe


Bahan B :

    5  gm   serbuk agar-agar
500  ml    air
130  gm   gula
200  ml    susu cair
    2  sudu makan  tepung jagung


Cara Membuat (Bahan A) :

1.   Masakkan serbuk agar-agar, gula dan air sehingga mendidih.  Tutupkan api.
2.   Masukkan susu cair dan Nescafe yang sudah dibancuhkan bersama.  Kacau sehingga sebati.
3.   Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan sehingga keras.
4.   Potongkan dadu dan ketepikan dulu.


Cara Membuat (Bahan B) :

1.   Masakkan serbuk agar-agar, air dan gula sehingga mendidih.
2.   Masukkan susu cair dan tepung jagung.  Kacau rata sehingga agak pekat sedikit.
3.   Tuangkan ke dalam acuan pilihan dan taburkan potongan bahan A tadi.  Kemudian sejukkan.
4.   Sedia dihidangkan.

PUDING ROTI LAICI









PUDING ROTI LAICI
cookbook : Senangnya Memasak Puding - Chef Hanieliza
tried by  :   zaralovebaking.blogspot.com ; sedap sangat...



Bahan A :  (Puding)

   1  buku   roti bersaiz kecil  (450 gm)
   1  tin   susu cair  (400 ml)
   2  cawan   air
   1  tin   buah laici saiz sedang (brand ADABI - diasingkan airnya)
1/2  cawan   gula halus
   2  biji   telur 'B' (dipukul ringan)
   2  sudu makan  tepung jagung


Cara Membuat Puding :

1.   Koyakkan isi buah laici dan roti pada saiz yang kecil.
2.   Rendamkan roti dan laici bersama susu cair dan air laici selama 1/2 hingga 1 jam.
3.   Kemudian campurkan dengan kesemua bahan A (yang masih berbaki) dan kacau sehingga sebati.
4.   Masukkan ke dalam loyang bersaiz 9 inci yang sudah disapukan dengan sedikit minyak/mentega.
5.   Bakar pada suhu 180'C selama 1 jam.
6.   Sejukkan dan potong semasa menghidang.
7.   Hidangkan dengan sos karamel.


Bahan B :  (Sos Karamel)

   1  cawan  gula perang
1/2  cawan  air

 Cara Membuat Sos Karamel :

 1.  Masukkan gula perang dan air ke dalam kuali non-stick.
 2.  Kemudian masak sehingga pekat.

Monday, October 27, 2014

PAI SHEPHERD











PAI SHEPHERD
sumber dari :  Chef Hanieliza
tried by  :   zaralovebaking.blogspot.com..sangat sedap



Bahan A :  (Inti)

500  gm    daging kisar
    1  labu   bawang besar  (dipotong dadu)
    1  ulas   bawang putih  (dicincang halus)
    1  cawan   kacang panggang  (tak letak)
    8  biji   cendawan butang  (dihiris)
    5  biji   tomato masak ranum  (dipotong dadu)
    1  batang   lobak merah  (dipotong dadu)
    1  pokok   daun parsli  (dicincang)
    1  sudu makan  tepung jagung *
    1  cawan   air *  (* dibancuh bersama)
    1  sudu makan   serbuk lada hitam
    1  kiub   stok daging
    2  sudu makan   minyak masak
Garam secukup rasa


Cara Membuat Inti :

1.   Panaskan minyak kemudian tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
2.   Masukkan daging kisar dan cendawan butang.  Kacau rata sehingga daging masak.
3.   Masukkan tomato dan semua bahan lain kecuali bancuhan tepung jagung.
4.   Apabila mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga masak.
5.   Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk kaca ataupun ke dalam mangkuk kecil.


Bahan B :  (Pai)

   1  kilogram  kentang  (dikupas kulit, dicuci bersih & dipotong dadu)
1/2  cawan   susu segar
   2  sudu makan   mentega
   1  sudu teh   serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Air secukupnya  (bagi merebus kentang)


Cara Membuat Pai :

1.   Rebus kentang dengan air dan garam sehingga air rebusan kering.
2.   Lecek kentang dan gaulkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan mentega.
3.   Masukkan sedikit kentang ke dalam mangkuk aluminium foil kecil atau bekas pilihan.
4.   Masukkan inti dan tutupkan dengan kentang yang dilecek tadi.
5.   Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 200'C selama 30 minit atau sehingga bahagian permukaan kelihatan keperangan.
6.   Sejukkan sebentar dan sedia dihidangkan.  Enak dimakan dengan sos pilihan.

JERUK MANGGA dan ASAM BOI



 Jeruk yang sedang hangat diperkatakan/ditayangkan di FB.  Rata-rata ramai yang telah mencubanya.  Feedbacknya, ramai yang mengatakan sangat sedap.  Maka, saya juga tidak ketinggalan teruja juga untuk mencubanya.  Memang sedap jugalah..tak rugi juga mencubanya.  Membuatnya pun senang dan tidaklah mengambil masa yang lama..






JERUK MANGGA dan ASAM BOI
sumber dari  :  BukuResipi/FB
tried by  :  zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :

3-4  biji   mempelam  (dipotong-potong)
    7  biji   asam boi putih atau merah (ikut suka)
    3  biji   cili padi  (lebihkan jika suka pedas)
Sedikit garam
Gula secukupnya  (lebihkan jika suka)


Cara-cara :

1.   Masukkan kesemua bahan ke dalam balang/bekas.
2.   Gaulkan sebati/goncangkan bekas.
3.   Masukkan ke dalam peti sejuk lebih kurang 5 jam atau semalaman.
4.   Sedia untuk dimakan/dihidangkan.

INFO  :    boleh cuba gantikan mangga dengan epal atau jambu...

Sunday, October 26, 2014

MINI BLUEBERRY MUFFINS (makes 12)








MINI BLUEBERRY MUFFINS (makes 12)
source from :   dailydelicious.com ; thanks...
tried by  :   zaralovebaking.blogspot.com



Ingredients :

  160  gm   All-purpose flour
    80  gm   caster sugar
1 1/4  tsp   baking powder
   1/8  tsp   baking soda
   1/4  tsp   salt
   1/2  tsp   ground cinnamon
  125  ml    fresh milk
    65  gm   unsalted butter (melted)
      1  egg  A/B
  100  gm   blueberry  (fresh or frozen - if using frozen, thawed first)


Method :

1.   Preheat the oven to 200'C.  Line the mini cheese cake pan with papercups.  Set aside.

2.   Pour the milk and egg into the melted butter and whisk to combine.

3.   Whisk the dry ingredients together.  Pour the butter mixture into the dry ingredients, mix together with spatula.  Stir just until well blended.  Add 65 gm of the blueberry. 

4.   Stir just until evenly incorporated (DO NOT OVER MIX), then scoop the batter into the prepared pans.  Sprinkle with the reserved blueberry on top.

5.   Bake for 15-20 minutes or until a toothpick inserted into the center comes out clean.

Friday, October 24, 2014

SERIKAYA PANDAN MUDAH





 sedap disapu pada roti....





SERIKAYA PANDAN MUDAH
sumber   :  jintanmanis.com/Pn. Ros ; thanks...
tested     :  zaralovebaking.blogspot.com ; sangat sedap..




Bahan-bahan :

  350  ml   santan pekat  (sebaiknya guna santan segar)
   3/4  cawan   gula kastor
1 1/2  sudu besar   tepung kastad
      3  biji   kuning telur gred 'B'
      1  helai  daun pandan  (disimpul)
Beberapa titik pandan emulco
Beberapa titik pewarna hijau


Cara-cara :

1.   Campurkan santan, kuning telur, gula, pandan emulco dan pewarna hijau di dalam bekas, kacau sebati menggunakan whisk.

2.   Kemudian ambil tepung kastad dan bancuhkan dengan 2 sudu besar air, selepas itu curahkan bancuhan tersebut ke dalam bekas berisi adunan santan tadi.  Kacau lagi kemudian tapiskan adunan ke dalam periuk dan masukkan daun pandan.

3.   Masak dengan api perlahan dan perlu di ingat, hendaklah dikacau selalu dan jangan ditinggalkan.  Kacau sehingga serikaya menjadi pekat dan berkilat (masa mengacau lebih kurang 20-25 minit).  Setelah pekat, angkat dan sejukkan.  Kemudian bolehlah disimpan di dalam bekas kaca dan simpan di dalam peti ais.