Monday, October 8, 2018
SARDIN MASAK KICAP PEDAS...
RESIPI SARDIN MASAK KICAP PEDAS
sumber : qaseyhoney.blogspot.my
Bahan-Bahan :
1 tin besar sardin ~ asingkan kuahnya
2 biji ubi kentang ~ dikupas kulit & dibelah 6 setiap satu
Bahan-Bahan Tumis :
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 biji bawang besar *
2 sudu besar lada hitam * ( * dikisar )
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji lada putih (tak letak, tiada stok)
2 biji buah pelaga
3-4 sudu besar kicap atau secukupnya
Sedikit air
Garam & gula secukup rasa
1 biji bawang besar ~ hiris bulat
10 tangkai cili padi ~ diketuk
Cara Memasak :
1. Kupas kentang, bersihkan dan dibelah enam. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Di dalam kuali yang sama, goreng ikan sardin yang telah ditoskan kuahnya. Goreng sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Tumiskan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, lada putih dan buah pelaga sehingga naik bau.
4. Kemudian masukkan pula bahan-bahan kisar. Kacau dan tumis sehingga naik bau.
5. Masukkan kuah sardin dan kicap secukupnya. Kacau rata. Jika kuah pekat atau ingin berkuah, tambahkan sedikit air.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
7. Masukkan pula cili padi dan bawang besar. Kacau rata sehingga bawang sedikit layu.
8. Akhir sekali masukkan ikan sardin dan kentang yang telah digoreng tadi. Kacau rata dan siap untuk dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment