PUDING ROTI SOS KASTAD
sumber : seripayaku.blogspot.com
Bahan-Bahan Puding Roti :
8 keping roti
2 cawan susu segar
4 sudu besar gula halus@gula kastor
2 biji telur (saya guna gred A)
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar mentega ~ dicairkan
1 kotak kecil kismis (saya guna kranberi kering & sedikit kuaci)
Cara-Cara :
1. Masukkan susu segar, gula halus, telur dan esen vanilla ke dalam satu bekas besar. Kacau sebati, guna mixer, senang nak sebatikan semuanya, (tidak perlu kembang), memadai sekadar telur dah pecah mesra dengan bahan-bahan yang lain. (saya guna whisk tangan jer).
2. Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam bekas adunan tadi, biarkan terendam dan meresap sekejap. Masukkan mentega yang dicairkan serta separuh kismis ke dalam bekas tadi dan gaul sedikit.
3. Sapukan sedikit mentega ke dalam loyang bersaiz 8 inci bulat/persegi (saya guna acuan aluminium foil) untuk membakar. Tuangkan roti yang telah direndam tadi ke dalam loyang pembakar. Taburkan baki kismis di atas adunan. Bakar pada suhu 180'C selama 30 minit, (bergantung pada oven masing-masing)...
Bahan Sos Kastad :
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula
Cara-Cara :
Masukkan susu cair, tepung kastad dan gula ke dalam periuk. Gaul sebati kemudian kacau-kacau menggunakan api perlahan tanpa henti. Bila adunan sos dah sebati atau kelihatan sedikit pekat, tutup api. Biarkan sejuk dan sedia dihidangkan bersama Puding Roti tadi.!!!!