KEK PISANG
▼
Wednesday, September 26, 2018
SUP SAYUR CAMPUR DENGAN TAUHU TELUR...
RESIPI SUP SAYUR CAMPUR
DENGAN TAUHU TELUR
Bahan-Bahan :
2 paket tauhu telur ~ dipotong kecil
1 sudu besar ikan bilis atau secukupnya ~ ditumbuk kasar
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih * ( * dihiris atau ditumbuk )
Sayur campur ikut pilihan (saya guna : karot, bunga kobis & fucuk yang direndam kembang)
1 tangkai cili merah ~ hiris
Garam & serbuk lada sulah secukupnya
Daun bawang ~ hiris
Minyak masak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng tauhu telur sehingga kuning keemasan. Balik-balikkan, angkat dan ketepikan.
2. Menggunakan minyak yang sama, tumiskan bawang putih, bawang merah dan ikan bilis sehingga naik bau.
3. Masukkan air secukupnya, masak sehingga mendidih. Masukkan karot. Apabila karot sudah agak lembut, masukkan bunga kobis dan fucuk (toskan airnya).
4. Apabila semua sayuran sudah agak lembut, masukkan tauhu yang telah digoreng tadi. Masukkan garam dan serbuk lada sulah secukup rasa.
5. Sesuaikan rasa. Sebelum dihidangkan, taburkan cili merah dan daun bawang. Sedia untuk dihidangkan. (Boleh juga ditaburkan sedikit bawang goreng jika suka)...
No comments:
Post a Comment