KEK PISANG
▼
Wednesday, September 26, 2018
AYAM GORENG KUNYIT...
RESIPI AYAM GORENG KUNYIT
Bahan-Bahan :
Isi ayam secukupnya ~ potong kecil, dilumur garam & serbuk kunyit (saya guna 1/2 ekor ayam dipotong kecil-kecil)
4 batang kacang panjang ~ dipotong 2 inci
1 biji tomato ~ dibelah enam
1 biji bawang besar kuning ~ hiris panjang
1 tangkai cili merah ~ hiris
2-3 tangkai cili padi ~ jika suka
2 ulas bawang putih ~ titik
Gula secukup rasa
Sedikit minyak masak
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak menggunakan api yang besar. Kemudian masukkan bawang putih, kacang panjang, cili merah dan bawang besar. Kacau rata sehingga sayuran lembut.
2. Masukkan tomato diikuti dengan sedikit gula. Kacau sehingga tomato sedikit layu. Sesuaikan rasa. Angkat dan sedia untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment