KEK PISANG
▼
Friday, November 30, 2012
Cake In A Jar
RAINBOW CAKE IN JAR
resipi dari : Juicycafe, tqvm for this delicious recipe
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
200 gm mentega
330 gm gula kastor
5 biji putih telur (A)
2 tsp esen vanilla
400 gm tepung gandum )
4 tsp baking powder ) diayak bersama
290 gm susu segar
1 tsp pewarna ungu
1 tsp pewarna biru
1 tsp pewarna hijau
1 tsp pewarna kuning
1 tsp pewarna oren
1 tsp pewarna merah
Cara membuat :
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan putih.
2. Masukkan putih telur dan esen vanilla, kemudian pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan tepung secara selang-seli dengan susu segar. Gaul sebati dengan spatula.
4. Bahagikan kepada 6 bahagian (setiap bahagian anggaran 210 gm) dan letakkan pewarna dan masukkan setiap adunan berwarna tadi ke dalam piping bag.
5. Paipkan adunan ungu ke dalam balang diikuti dengan tiap-tiap adunan warna yang lain. Jangan 'paip' tebal sangat nanti kek akan mengembang.
6. Bakar secara 'water bath' pada suhu : 170'C selama 35 minit.
7. Sejukkan kek dahulu barulah dipaipkan adunan cheese di atas kek dan hias ikut kreativiti.
Icing Cheese :
250 gm cream cheese - suhu bilik
50 gm mentega
100 gm gula aising - ayak
Cara membuat :
Sebatikan cream cheese dan butter hingga lembut. Masukkan gula aising dan pukul hingga adunan rata. Siap untuk diguna.
Nota : boleh korek bahagian atas kek sedikit kemudian hancurkan kek tersebut dan tabur atas cheese.
Menghasilkan : 13 balang
Juadah untuk tengahari ini.
PAPRIK AYAM
resipi dari : majalah SAJI Disember 2012, Azizah Zulkifli
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
3 ulas bawang merah - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
40 gm kubis bunga
1 batang lobak merah - hiris memanjang
4 tangkai kacang panjang
20 gm isi ayam - potong dadu
3 helai daun limau purut
1 kiub pati ayam
Sos cili, sos tomato & sos tiram secukupnya
3 tbsp kicap manis
200 ml air
3 tbsp minyak masak
Garam secukup rasa
Cara menyediakan :
1. Panaskan minyak, tumis bawang hingga layu.
2. Masukkan air, sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap manis.
3. Masukkan kubis bunga, lobak merah, kacang panjang dan ayam ke dalam kuah tersebut.
4. Masukkan kiub pati ayam dan sedikit garam. Tunggu hingga 5-10 minit, sekiranya sayur sudah layu, bolehlah diangkat dan hidangkan.
Thursday, November 29, 2012
Durian Crepe
DURIAN CREPES
DURIAN CREPES
sumber resepi : yatiememories & blogger-blogger yg. lain
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
4 tbsp rata tepung gandum/Hong Kong
4 tbsp rata tepung kastad
2 tbsp rata tepung jagung
2 tbsp rata tepung ubi
2 tbsp rata tepung hoen kwee/kentang/sagu
3 biji telur
1/4 tsp garam
250 ml susu cair (suhu bilik)
1 tbsp mentega cair/minyak masak
Pewarna kuning
Bahan filling :
1 cawan non-dairy whipping cream ( pukul hingga kental)
Isi durian secukupnya ( dilenyek )
Cara membuat :
1. Satukan semua bahan, kacau rata dan tapis. Rehatkan selama 20 minit. Adunan yang agak cair menghasilkan dadar yang tipis.
2. Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, sapukan dengan sedikit minyak dengan menggunakan tisu dapur.
3. Ambil satu senduk kecil dan lenggangkan dalam kuali secara kiri dan kanan. Masakkan hingga mengering. Tidak perlu di terbalikkan.
4. Angkat dan ulang/buat hingga adunan dadar habis.
1. Bentangkan 1 keping crepe.
2. Letakkan sedikit whipping cream.
3. Letakkan sedikit isi durian.
4. Tutupkan semula dengan whipping cream.
5. Lipatkan dan sejukkan dalam peti sejuk.
Kuih talam
TALAM PANDAN
TALAM PANDAN
sumber dari : buku 'Aneka Minuman Petang'
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan Lapisan Bawah :
170 gm gula pasir
130 gm tepung beras
10 helai daun pandan ) dikisar untuk mendapatkan
200 ml air ) air/jus pandan
200 ml santan (dari 1/4 biji kelapa)
200 ml air
1 tbsp tepung gandum
1 tsp air kapur (cair)
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna hijau
Bahan Lapisan Atas :
85 gm tepung beras
450 ml santan ( dari 3/4 biji kelapa)
Garam secukup rasa
Loyang : 22 sm/9 inci
Cara membuat :
1. Lapisan bawah : masak gula dan air hingga gula larut. Biarkan sejuk. Satukan semua bahan hingga sebati. Jerangkan dengan api sederhana sambil dikacau hingga naik wap.
2. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang dilengser dengan sedikit minyak. Kukuskan selama 20 minit atau hingga masak. (loyang boleh juga dialas dengan plastik untuk memudahkan talam dikeluarkan dari loyang).
3. Lapisan atas : satukan semua bahan hingga sebati. Kacau atas api perlahan hingga naik wap. Tuangkan ke atas lapisan yang telah dikukus tadi. Kemudian kukus lagi selama 20 minit. ( sebelum menuang adunan lapisan atas, cakar dulu permukaan lapisan bawah agar lapisan bawah dan lapisan atas tidak terpisah).
4. Apabila sejuk, barulah dipotong.
Nota : bahagian lapisan atas kelihatan tidak cantik, walau apapun talam ini sangat sedap. Akan cuba lagi sehingga mendapat permukaan yang cantik.
Monday, November 26, 2012
Masakan berasaskan ayam.
AYAM ASAM PEDAS
sumber dari : Majalah SAJI Julai 2010 - Marhaini Ashari
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
500 gm ayam (potong kecil-kecil, dibersih & toskan)
1 batang serai (ketuk)
1 biji terung panjang
2 keping asam gelugur
Sedikit garam
Air secukupnya
Minyak masak untuk menumis
Bahan dikisar halus :
10 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
4 cm belacan bakar
Cara menyediakan :
1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kering, belacan dan serai. Tumiskan sehingga pecah minyak.
3. Tuangkan sedikit air dan asam gelugur. Kacau perlahan-lahan.
4. Masukkan ayam dan garam secukup rasa.
5. Setelah ayam masak, barulah dimasukkan terung. Biarkan seketika dan kecilkan api. Apabila sudah mendidih, tutupkan api.
Sunday, November 25, 2012
Kuih Muih
KUIH SERIMUKA PANDAN
sumber dari : buku 'Tempting Kuih' - Azimah Mansor
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Lapisan bawah :
700 gm beras pulut (direndam 6 jam)
500 ml santan cair
1/2 tsp garam
Cara-cara :
1. Toskan beras pulut, masukkan ke dalam loyang (10 x 10") yang dialas plastik (14 x 14").
2. Masukkan santan cair yang dicampur dengan garam. Kukus selama 30 minit ATAU hingga pulut kembang dan kacau sebati.
Lapisan atas :
5 biji telur
600 ml santan pekat yang telah dicampur dengan jus pandan
350 gm gula pasir
30 gm tepung jagung
60 gm tepung gandum
1 tsp perisa pandan
Cara-cara :
1. Masukkan kesemua bahan di atas dan kacau di atas api sederhana hingga naik wap.
2. Turunkan pulut dan tekan padat. Bancuh 1 tbsp. tepung jagung dan 2 tbsp. air. Sapukan rata di atas permukaan pulut. Kukus sebentar.
3. Tuangkan adunan hijau tadi dan kukus semula dengan api sederhana perlahan selama 25 minit.
Tempahan Kuih-Muih
SERIMUKA PANDAN (tempahan dari Pn. Normala,
Kondo Taman Kenari (25/11/2012 - Ahad)
begitu juga dengan Kuih Talam Pandan,
kenapa ya bahagian atasnya kurang menarik.
Selalu bila buat talam yang bahagian kepalanya putih mesti merekah. Ada sesiapa yang boleh bagi tips
supaya bahagian atas kuih kelihatan cantik? tolonggggg....
Saturday, November 24, 2012
Puding pisang yang enak
BANANA LAYERED BREAD PUDDING
sumber dari : buku 'Istimewa Pemanis Mulut' CTdelima
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
12 keping roti putih (tak perlu buang kulit tepi)
200 ml santan kotak
2 1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir (boleh dikurangkan jika tidak suka manis)
3 biji telur (pukul sedikit dengan garfu)
1/2 tsp esen vanilla
1 tsp pandan paste
1 tsp pewarna hijau
sedikit garam
sedikit kismis (saya tambah - optional)
sedikit chocolate chip (saya tambah - optional)
Hiasan : 5 biji pisang berangan masak - hiris serong
Loyang : 8 inci bulat atau segiempat
Cara membuat :
1. Didihkan air dalam periuk kukusan. Sapu loyang dengan sedikit minyak, ketepikan. (boleh juga alas dengan plastik bersih dalam loyang tadi. Lebihkan sedikit plastik supaya mudah dikeluarkan dari loyang nanti).
2. Dalam mangkuk besar masukkan semua bahan-bahan kecuali roti. Pukul dengan whisk hingga gula larut dan rata.
3. Rendamkan kepingan roti dalam adunan tadi dan susun ke dalam loyang sekeping demi sekeping. Kemudian susun hirisan pisang di atasnya dan susun lagi kepingan roti yang direndam tadi sekeping demi sekeping. Ulang proses menyusun hingga habis.
4. Kukus selama 15-20 minit dengan api sederhana. Buka penutup kukus biarkan roti yang dikukus itu berada dalam periuk kukus selama 3 minit lagi barulah dimatikan api.
5. Biar betul-betul sejuk dahulu barulah boleh dipotong dan sedia untuk dihidangkan.
Friday, November 23, 2012
Thursday, November 22, 2012
Apam yg. gebu dan enak.
APAM BERAS. sedap dimakan dengan kelapa parut.
Tapi, bila dalam cuaca yang sejuk ni makan tanpa kelapa pun tetap sedap
apalagi sambil minum kopi panas.
yang ini untuk hubby bawa ke surau.
Sesiapa yang nak resepi ini sila ke label Apam.
Tuesday, November 20, 2012
Brownies, moist, chocolatey and so.....yummy.
BROWNIES
BROWNIES
sumber rujukan : dari majalah 'SEDAP'
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan :
100 gm marjerin
200 gm coklat masakan hitam - dipotong-potong
2 biji telur
120 gm gula kastor
50 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko
1/4 tsp serbuk penaik
75 gm kacang gajus sangai - cincang kasar
15 gm hirisan badam untuk taburan
Acuan : 7 inci bulat, gris dan alas dengan baking paper
Cara membuat :
1. Panaskan marjerin. Matikan api. Masukkan potongan coklat masakan hitam. Kacau hingga larut. Ketepikan dan biarkan memekat.
2. Pukul telur dan gula kastor selama 2 minit hingga pekat.
3. Masukkan campuran marjerin sedikit demi sedikit sambil dipukul rata.
4. Masukkan tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik sambil diayak dan dipukul perlahan. Masukkan kacang gajus. Kacau rata.
5. Tuangkan ke dalam loyang dan taburkan dengan hirisan badam.
6. Bakar dengan api bawah suhu ketuhar : 180'C selama 30 minit hingga masak. Sejukkan.
Sunday, November 18, 2012
Majlis Perkahwinan
18/11/2012 (Ahad) menghadiri majlis perkahwinan di Mambau, N.S.
anak kepada Kamal, saudara sebelah ayah ku. Pergi dgn. adikku Zaid & isteri.
MRSM Parit Buntar
di MRSM Parit Buntar ketika menghantar anak ku AJ
balik ke asrama selepas cuti sempena Hari Raya Haji. (28/10/2012 - Ahad)
Saturday, November 17, 2012
Thursday, November 15, 2012
Kek Balbu Merah
RED VELVET CAKE, dari Kak Halimah, Tmn. Andalas,
Kelang untuk majlis perkahwinan anaknya pada hari Sabtu (17/11/2012), tqvm.