KEK PISANG
▼
Friday, November 30, 2012
Juadah untuk tengahari ini.
PAPRIK AYAM
resipi dari : majalah SAJI Disember 2012, Azizah Zulkifli
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
3 ulas bawang merah - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
40 gm kubis bunga
1 batang lobak merah - hiris memanjang
4 tangkai kacang panjang
20 gm isi ayam - potong dadu
3 helai daun limau purut
1 kiub pati ayam
Sos cili, sos tomato & sos tiram secukupnya
3 tbsp kicap manis
200 ml air
3 tbsp minyak masak
Garam secukup rasa
Cara menyediakan :
1. Panaskan minyak, tumis bawang hingga layu.
2. Masukkan air, sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap manis.
3. Masukkan kubis bunga, lobak merah, kacang panjang dan ayam ke dalam kuah tersebut.
4. Masukkan kiub pati ayam dan sedikit garam. Tunggu hingga 5-10 minit, sekiranya sayur sudah layu, bolehlah diangkat dan hidangkan.
sedapnya lauk pauk kt sini yer..
ReplyDeleteterima kasih adda.. kak ni memang suka mencuba resipi majalah & teman blogger yg lain sekadar mengisi masa dari asyik tidur..hehe...
ReplyDelete