KEK PISANG

Thursday, April 26, 2018

KEK COKLAT CHEESE LAVA...




 Kek sangat moist & sangat sedap...





KEK COKLAT CHEESE LAVA BERHANTU
rujukan :    kakzusemanisgula & Norazlita Aziz@Masam Manis...




Kek Chocolate Moist Anis


Bahan A :

1  cawan  susu cair *
1  cawan  minyak jagung/minyak masak *
1  cawan  susu pekat manis *
1  cawan  serbuk koko *
1  cawan  gula halus/gula kastor *

---  bahan-bahan bertanda * disatukan dalam periuk...

2  biji  telur gred A  ~  dikocok dengan whisk & ketepikan seketika


1  cawan  tepung gandum *
1/2  sudu teh  baking soda@soda bikarbonate *
1/2  sudu teh  baking powder *
1/4  sudu teh  garam halus *   ( * disatukan & diayak )


Cara-Cara :

Satukan bahan A di dalam bekas.
Masak di atas api (double boiler) sehingga sebati dan gula hancur.
Masukkan telur yang telah dikocok terlebih dahulu.  Kacau sebati.
Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak.
Kemudian masukkan ke dalam bekas yang disukai (masukkan separuh bekas).
Kukus selama 30-45 minit dengan api sederhana atau sehingga masak.  (untuk bekas seperti di atas, kukus selama 20 minit sehingga masak).
Sejukkan kek sebentar.


Bahan Keju :

250  gm  cream cheese  (lembutkan disuhu bilik dahulu)
500  ml  Dairy UHT Whipping Cream
3  sudu besar  susu pekat manis


Cara-Cara :

Satukan cream cheese dengan susu pekat manis.  Putar sehingga lembut.
Masukkan UHT Whipping Cream.  Putar sehingga adunan cheese menjadi lebih kembang dan menggebu (jangan putar lama sangat takut UHT Whipping Cream mencair semula).
Asingkan/simpankan sedikit adunan cheese untuk lorekan di atas kek nanti.


Bahan Coklat Leleh :

250  gm  coklat masakan gelap  ~  potong kecil-kecil
250  ml  Dairy UHT Whipping Cream
1  sudu besar  mentega
1  sudu besar  paste Hazelnut/Nutella
1  sudu teh  esen vanilla


Cara-Cara :

Satukan kesemua bahan kecuali esen vanilla dalam mangkuk tahan panas dan masak di atas api (secara double boiler) sehingga menjadi ganache.  Akhir sekali tambahkan esen vanilla dan gaul rata.  Biarkan sejuk seketika.


Penyediaan Melapis Kek Berhantu :

1.  Kek yang telah disejukkan.
2.  Tuangkan adunan cheese ke atas kek, ratakan.  Biarkan adunan cheese mengeras dahulu baru dituangkan adunan ganache.

3.  Lorekkan dengan baki adunan cheese yang diasingkan tadi ikut citarasa.

4.  Ketebalan adunan setiap lapisan terpulang dan agak-agak sahaja...

Sunday, April 22, 2018

ROTI JALA COKLAT...











RESEPI ROTI JALA COKLAT
rujukan  :    Fiza's Cooking...




Bahan-Bahan :

2  cawan  tepung gandum
2  cawan  susu segar perasa coklat ~  Dutch Lady
1/2  sudu teh  esen vanilla
1  sudu teh  garam
2  biji  telur gred A/B


Cara-Cara :

1.  Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk besar.  Kacau sehingga sebagi dengan menggunakan whisk tangan dan pastikan tidak ada tepung yang berbintil.  Tapis jika perlu.

2.  Panaskan kuali non-stick@anti lekat, masukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan bolehlah mula menjala.  Buat sehingga habis.

3.  Setelah masak bolehlah dilipat atau digulung ikut pilihan.  Hidangkan bersama sos kastad/sos coklat...


Bahan Kuah Kastad :

2  sudu besar  tepung kastad
2  sudu besar  gula kastor
1  tin  susu cair
30  gm  mentega


Cara-Cara :

1.  Di dalam kuali masukkan tepung kastad, gula kastor dan susu cair.  Kacau sehingga sebati kemudian buka api dapur dan panaskan menggunakan api kecil.

2.  Kacau dengan api perlahan sehingga semua bahan cair dan pekat.

3.  Tutup api dapur dan masukkan pula mentega.  Kacau sehingga sebati dan bolehlah dihidangkan dengan roti jala coklat...


Bahan Sos Coklat :

200  gm  coklat masakan  (jenama Selbourne atau Beryl's)
200  gm  susu full cream/susu cair


***  Masak menggunakan kaedah double boiler sehingga cair dan sebati...

SUP TELUR DAN KENTANG...









RESEPI SUP TELUR & KENTANG
rujukan :    tiffinbiru@CMG...




Bahan-Bahan :

3  biji  kentang  ~  kupas kulit, potong 8 setiap biji & rendam
30  gm  fucuk kering  ~  potong kecil & rendam hingga lembut, toskan
1/2  cekak  soo hoon kering  ~  kerat pendek & rendam hingga lembut
4-5  biji  telur
1  liter  stok ayam @ 1  kiub pati ayam Knorr/Maggi
Air secukupnya
5  biji  bawang merah  ~  hiris
2  ulas  bawang putih  ~  hiris
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup & daun bawang secukupnya untuk hiasan  (tak letak tiada stok)
Bawang goreng secukupnya untuk hiasan
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.  Tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga berbau harum.  Masukkan kentang (toskan) dan kacau rata.  Masak sekejap kemudian tuangkan stok ayam.  Tambah sedikit lagi air jika perlu. Bila mendidih,perlahan api.

2.  Bila kentang dah 1/2 empuk, pecahkan telur satu persatu tapi pastikan ianya tidak bertindih diantara satu sama lain.  Kecilkan api dan masak hingga telur mengeras. Kacau perlahan-lahan.  Tambah fucuk (toskan) dan jika perlu tuangkan sedikit air lagi.

3.  Masukkan soo hoon (toskan), tambah garam secukup rasa dan juga serbuk lada hitam.  Masak sekejap, sesuaikan rasa dan matikan api.  Taburkan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan...

Saturday, April 21, 2018

CHOCOLATE PANNA COTTA...










CHOCOLATE PANNA COTTA
adapted from :    homecookingadventure.com @youtube...




Ingredients :

200  ml  fresh milk
200  ml  dairy whipping cream
1/2  tbsp  gelatin powder  (7.5 gm)
2  tbsp  water  (30 ml)
2  tbsp  sugar  (30 gm)
Pinch of salt
1  tsp  vanilla extract  (5 gm)
120  gm  semisweet chocolate, good quality  (4 oz)


Chocolate Syrup :  (optional)

120  gm  semisweet chocolate, good quality  (4 oz)
2/3  cup  dairy whipping cream  (160 ml)


Direction :

1.  Coat four (5.5 oz/150 ml) ramekins or glassed with flavorless oil.

2.  Dissolve gelatin in 2 tablespoon cold water and let it swell for about 5 to 10 minutes.

3.  In a medium saucepan bring the cream, milk, sugar and salt to a simmer over medium-low heat (DO NOT BOIL).  Remove from heat and add vanilla extract and chocolate cut in smaller pieces.  Stir until chocolate is completely melted.

4.  Add gelatin and stir until the gelatin has completely dissolved.  Pour it in the prepared molds and refrigerate to set for about 4 hours or better overnight.

5.  Before serving prepare the chocolate syrup.  Melt chocolate (cut in smaller pieces) and cream over bain-marie/double boiler until completely melted.

6.  Dip the molds into a bowl of hot water for few seconds, run a sharp knife around the edges and invert onto a plate.

7.  Pour chocolate syrup on top of the panna cotta and decorate with fresh berries.  Enjoy!!!

Friday, April 20, 2018

STEW AYAM...










RESEPI STEW AYAM
rujukan :    Teratak Mutiara Kasih@linaPg...




Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam  ~  dipotong kecil-kecil
2  biji  kentang  ~  dipotong kiub
1/2  batang  lobak merah  ~  dipotong baji
2  ulas  bawang putih  ~  ketuk & cincang
1/2  labu  bawang besar  ~  dipotong dadu atau cincang
1/2  inci  halia  ~  dihiris halus
1  kuntum  bunga lawang
1  batang  kulit kayu manis
2  helai  daun bay
1  sudu besar  tepung jagung/tepung ubi atau tepung gandum
1  sudu besar  kicap pekat manis
1  sudu besar  sos tiram
4  tangkai  cili kering  ~  jika suka pedas letak lebih
1  kiub  pati ayam
Minyak masak
Air secukupnya
Garam & gula secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Panaskan 1 senduk minyak masak.  Masukkan ayam, goreng sekejap sehingga pucat.  Angkat dan ketepikan.

2.  Gunakan minyak yang sama (jika kurang tambah sedikit lagi).  Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, halia, cili kering,bawang putih, bawang besar dan daun bay.  Tumis sehingga terbit bau dan sedikit garing.  (Jangan lama sangat nanti pahit).

3.  Kemudian masukkan tepung jagung, kacau laju-laju dan buat browning proses juga sehingga tepung agaj masak menggunakan api perlahan.  Kemudian bolehlah masukkan bahan-bahan lain (lobak merah, kentang, kicap pekat manis dan sos tiram.

4.  Masukkan ayam (yang telah dibuat browning tadi), kacau sebati.  Masukkan air secukupnya dan kiub pati ayam.  Kacau lagi.

5.  Masak sehingga ayam dan sayur-sayuran empuk.  Sesuaikan rasa, tambah garam dan gula jika perlu.  Renehkan sekejap lagi supaya kuah pekat.

6.  Setelah siap, tutup api.  Sedia untuk dihidangkan.  Stew ini sedap dimakan bersama roti, nasi putih atau nasi berperisa...

KURMA TELUR...










RESEPI KURMA TELUR
sumber :    Majalah RASA Mei 2016...




Bahan-Bahan :

4  biji  telur  ~  direbus & kupas kulitnya
5  biji  bawang merah *
2  ulas  bawang putih *
1/2  inci  halia *  ( * dikisar )
1  inci  kulit kayu manis
2  biji  buah pelaga
2  biji  bunga cengkih
1  kuntum  bunga lawang
1  mangkuk  santan
3  sudu teh  serbuk rempah kurma
1  helai  daun pandan  ~  cuci bersih & disimpul
1  tangkai  cili hijau  (tak letak)
1  tangkai  cili merah  ~  dibelah tanpa putus
1  biji  tomato  ~  dibelah 4  (tambahan)
Minyak masak untuk menumis
Garam secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak di dalam kuali/periuk.  Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga seketika.  Masukkan bahan kisar dan serbuk rempah kurma.  Kacau sekata.

2.  Bila bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan santan.  Masukkan juga daun pandan.  Kacau perlahan-lahan.

3.  Apabila mendidih, masukkan telur, tomato, cili merah dan cili hijau.  Masukkan garam secukup rasa.  Biarkan selama kira-kira 3 minit, bolehlah diangkat...

Wednesday, April 18, 2018

COFFEE CHIFFON CAKE...


 Dust with sifted icing sugar if you prefer...








COFFEE CHIFFON CAKE
adapted from :    thedomesticgoddesswannabe...




Ingredients :

5  egg  yolks grade A/B ( I used grade B 60 gm each with shell)
83  ml  fresh milk
2 1/2  tbsp  instant coffee
75  ml  oil
33  gm  caster sugar
117  gm  cake flour
1  tsp  baking powder


5  egg  whites  (grade A/B)
83  gm  caster sugar
1/2  tsp  cream of tartar


Directions :

1.  Before baking, prepare the coffee mixture by bringing the milk almost to a boil in a saucepan/pot.  (You will see tiny bubbles at the edges of the saucepan/pot).  Dissolve the instant coffee in the milk, stir well  and allow this mixture to cool before using.

2.  In a mixing bowl, beat the egg yolks and sugar (33 gm) until the mixture turns a lighter shade.

3.  Into this, add the oil and continue to beat until the oil has been incorporated into the mixture.

4.  Add the coffee/milk mixture.  Mix until combined.

5.  Fold in the sifted dry ingredients.  Set this aside.

6.  In a clean mixing bowl, whisk the egg whites until foamy.  Add the cream of tartar and continue whisking until soft peaks form.

7.  Gradually add the sugar (83 gm), whisking all the while until stiff peaks form.

8.  Transfer 1/3 of the meringue into the yolk mixture.  Beat it in.  This will lighten the mixture.

9.  Gently fold in the remaining meringue in two batches until no white streaks remain.

10.  Pour the batter into a 21 cm UNGREASED tube pan.  Drop the pan from a height of about 10 cm to remove any large air bubbles.

11.  Bake this in a preheated oven at 160'C for about 45 minutes until done.  If the top becomes too brown, place a piece of aluminium foil over the pan and continue baking.

12.  When baked, immediately invert the pan until the cake is completely cool before unmoulding.  Cut and serve the cake...ENJOY!!!!

GULAI TERUNG...










RESEPI GULAI TERUNG
rujukan :    daridapurkecah.blogspot.my




Bahan-Bahan :

5  ulas  bawang merah ***
3  ulas  bawang putih ***
1  inci  halia ***
Rempah 4 serangkai  (1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 2 biji buah pelaga, 3 biji bunga cengkih  ~  anggaran jer)
1  paket  serbuk rempah kari BABAS atau cap lain ikut pilihan  (saya guna rempah kari ikan Adabi)
1  kotak  santan
4-5  biji  terung bulat  ~  dipotong 4 setiap satu
1/2  cawan  air
2  sudu makan  cili mesin
Sedikit gula nisan/gula melaka
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Kisarkan bahan yang bertanda ***.  Kemudian bahagikan kepada dua bahagian.  Satu bahagian untuk ditumis dan satu bahagian lagi dicampurkan dalam serbuk rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air...


Cara Memasaknya :

1.  Panaskan minyak secukupnya dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.  Selepas itu masukkan 2 sudu makan cili mesin dan kacau sehingga pecah minyak.  Masukkan rempah kari yang telah dibancuh tadi dan kacau tunggu sehingga rempah tersebut masak dan pecah minyak.

2.  Kemudian masukkan air dan juga santan.  Apabila telah menggelegak, masukkan terung.  Kacau sekali sekala, apabila terung hampir masak, masukkan rempah 4 serangkai (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih).

3.  Masukkan nisan/gula melaka dan juga garam secukup rasa.  Apabila terung telah masak dan kuah menjadi pekat, tutup api dan bolehlah dihidangkan...

Tuesday, April 17, 2018

PUDING KASTARD TIRAMISU...










RESEPI PUDING KASTARD TIRAMISU
sumber dari :    FB@Resepi Meletop...




Bahan-Bahan :

1  tin  susu pekat manis  (tin yang tinggi)
1  tin  susu cair
5  tin  air  ~   sukat menggunakan tin susu
11  sudu makan  tepung kastad  (membukit)
Biskut Marie perisa kopi secukupnya
Serbuk Milo secukupnya


Cara-Cara :

1.  Campurkan kesemua kecuali biskut dan Milo di dalam periuk, kacau sampai sebati, selepas itu barulah buka api, api sederhana saja, kacau sampai menjadi pekat dan likat.  Jangan berhenti mengacau, kalau tidak kastard akan menjadi berketul-ketul, tutup api dan masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian.

2.  Cara Penyediaan :   Mula-mula masukkan adunan kastard ke dalam bekas plastik kemudian taburkan biskut hancur bercampur Milo.  Ulang sehingga penuh dan diakhiri dengan taburan biskut campur Milo.  Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dinikmati...