KEK PISANG
▼
Sunday, April 22, 2018
SUP TELUR DAN KENTANG...
RESEPI SUP TELUR & KENTANG
rujukan : tiffinbiru@CMG...
Bahan-Bahan :
3 biji kentang ~ kupas kulit, potong 8 setiap biji & rendam
30 gm fucuk kering ~ potong kecil & rendam hingga lembut, toskan
1/2 cekak soo hoon kering ~ kerat pendek & rendam hingga lembut
4-5 biji telur
1 liter stok ayam @ 1 kiub pati ayam Knorr/Maggi
Air secukupnya
5 biji bawang merah ~ hiris
2 ulas bawang putih ~ hiris
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup & daun bawang secukupnya untuk hiasan (tak letak tiada stok)
Bawang goreng secukupnya untuk hiasan
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga berbau harum. Masukkan kentang (toskan) dan kacau rata. Masak sekejap kemudian tuangkan stok ayam. Tambah sedikit lagi air jika perlu. Bila mendidih,perlahan api.
2. Bila kentang dah 1/2 empuk, pecahkan telur satu persatu tapi pastikan ianya tidak bertindih diantara satu sama lain. Kecilkan api dan masak hingga telur mengeras. Kacau perlahan-lahan. Tambah fucuk (toskan) dan jika perlu tuangkan sedikit air lagi.
3. Masukkan soo hoon (toskan), tambah garam secukup rasa dan juga serbuk lada hitam. Masak sekejap, sesuaikan rasa dan matikan api. Taburkan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan...
No comments:
Post a Comment