KEK PISANG
▼
Friday, April 20, 2018
KURMA TELUR...
RESEPI KURMA TELUR
sumber : Majalah RASA Mei 2016...
Bahan-Bahan :
4 biji telur ~ direbus & kupas kulitnya
5 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia * ( * dikisar )
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 mangkuk santan
3 sudu teh serbuk rempah kurma
1 helai daun pandan ~ cuci bersih & disimpul
1 tangkai cili hijau (tak letak)
1 tangkai cili merah ~ dibelah tanpa putus
1 biji tomato ~ dibelah 4 (tambahan)
Minyak masak untuk menumis
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak di dalam kuali/periuk. Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga seketika. Masukkan bahan kisar dan serbuk rempah kurma. Kacau sekata.
2. Bila bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan santan. Masukkan juga daun pandan. Kacau perlahan-lahan.
3. Apabila mendidih, masukkan telur, tomato, cili merah dan cili hijau. Masukkan garam secukup rasa. Biarkan selama kira-kira 3 minit, bolehlah diangkat...
No comments:
Post a Comment