KEK PISANG
▼
Tuesday, July 28, 2020
KARI TELUR
RESEPI KARI TELUR
Bahan-Bahan :
6 biji telur yang telah direbus & dikupas kulit
2 biji tomato ~ dibelah 4 setiap satu
1 paket kecil serbuk kari daging/ayam, dibancuh dengan sedikit air
1 cawan santan atau secukupnya
1/2 sudu kecil halba campur
1 biji cili merah ~ hiris serong
1 biji cili hijau ~ hiris serong
1 tangkai daun kari
Garam & gula secukupnya
Minyak masak
Bahan Dihiris :
2 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
2 cm halia
Cara Memasak :
1. Panaskan kuali dengan lebih kurang 1 cawan minyak masak dan goreng telur yang telah direbus tadi kemudian angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan yang telah dihiris tadi, daun kari dan halba campur sehingga kekuningan dan naik bau.
3. Kemudian masukkan bancuhan pes kari tadi. Tunggu sehingga pecah minyak. Apabila kari sudah pecah minyak bolehlah dimasukkan santan dan sedikit air ikut kepekatan kuah yang dikehendaki.
4. Perasakan dengan sedikit garam, gula dan boleh juga ditambah sedikit serbuk perasa, jika suka. Setelah mendidih masukkan telur, tomato, cili merah dan cili hijau. Biarkan masak seketika dan tutup api. Sedia dihidangkan ..... SIAP!
TIPS : Cara mudah untuk kupas telur rebus ialah dengan merendamkan telur yang baru mendidih di dalam air sejuk (air paip) dan kemudian kupas seperti biasa.
CREAM PUFF MONTOK !
RESEPI CREAM PUFF MONTOK
sumber : Azlina Ina Fans
Bahan-Bahan & Cara-Cara :
1 cawan air
1 sudu besar gula kastor
Panaskan sampai berwap kemudian masukkan 100 gm marjerin (pakai marjerin tak perlu letak garam tapi kalau pakai Buttercup letakkan garam sikit). Biarkan cair sampai mendidih. Masukkan 100 gm tepung gandum dan kacau laju-laju, api kecil. Setelah menjadi doh, masukkan adunan ke dalam mangkuk. Semasa adunan masih panas, masukkan esen vanilla (anggaran 1/2 sudu teh) dan 3 biji telur (saya guna gred A) satu persatu (letak pewarna kalau nak).
Paipkan adunan ke dalam loyang yang dah di alas baking paper dan renjis-renjiskan air masak sebelum bakar bagi merangsang puff naik gebu. Bakar suhu 150'C selama 20 minit api atas bawah (bergantung pada oven masing-masing) (saya guna suhu 200'C selama 20 minit api atas bawah dan 'ON' kipas).
Bahan Inti Kastad :
200 gm whipping cream 'Dairy'
200 gm Instand Custard
200 gm air sejuk
(Mix sampai kental, ketepikan seketika).
Dalam mangkuk berasingan, mix 200 gm fresh cream sejuk (whipping cream Non-Dairy jenama 'VIVO') sampai soft peak. Kemudian masukkan ke dalam adunan custard tadi. Mix sampai sebati.
Belah tepi puff dan letakkan fillingnya ke dalam piping bag yang berisi nozzle lubang bulat, paipkan dari dalam menghala keluar, taburkan Snow Powder, jika suka.
SIAP !
SAMBAL SOTONG
RESEPI SAMBAL SOTONG
( Mariana Zainal )
Bahan-Bahan :
1 kg. sotong
2 sudu besar membukit gula pasir
1 sudu kecil garam
1 keping asam keping@asam gelugor atau air asam jawa
Sedikit halia (hiris)
1 biji bawang besar (hiris bulat)
1/2 cawan air (untuk kuah)
3 senduk sayur minyak masak, untuk menumis sambal
Garam, gula, serbuk perasa
Bahan-Bahan Kisar :
20-25 tangkai cili kering (boleh tambah jika suka lebih pedas)
1 1/2 biji cili besar
5 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil belacan (sikit saja)
Cara Memasak :
1. Goreng sekejap sotong (tanpa minyak) untuk keringkan air sotong. Kemudian toskan.
2. Panaskan 3 senduk sayur minyak masak, masukkan sedikit hirisan halia (tujuannya untuk bagi cili yang kita tumis nanti cepat garing naik minyak) jangan buang ..... terus masukkan bahan kisar.
3. Masukkan bahan kisar, gula, garam, bahan perasa, asam keping. Tumis sehingga betul-betul masak dan naik minyak menggunakan api sederhana. Dah elok naik minyak, masukkan sotong dan bawang besar, gaul rata, boleh masukkan air 1/2 cawan untuk kuah. Dah mendidih ganas, bolehlah tutup api ..... SIAP!
Sunday, July 26, 2020
NASI LEMAK BUNGA TELANG
NASI LEMAK BUNGA TELANG
sumber : qaseyhoney
Bahan-Bahan :
1 cawan air bunga telang (15-20 kuntum bunga telang rendam dalam air panas)
2 cawan beras Basmathi (rendam 20-30 minit)
3/4 - 1 cawan santan
1 biji bawang besar (hiris)
1 inci halia (hiris kasar)
2 batang serai (titik)
2 helai daun pandan (simpul)
1 sudu besar minyak masak
Bahan Pelengkap :
Ikan bilis ~ goreng garing
Timun ~ hiris
Telur dadar/telur rebus/telur mata
Kacang goreng ~ jika suka
Sambal pilihan
Cara Memasak :
1. Rendamkan terlebih dahulu bunga telang dalam air panas. Nakkan warna yang lebih terang tambahkan lagi bunga telang tersebut. Tetapi jangan terlalu banyak nanti rasanya jadi lain dan warnanya akan pekat dan tidak cantik.
2. Jika menggunakan beras Basmathi, rendamkan terlebih dahulu selama 20-30 minit. Beras biasa basuh seperti biasa dan tidak perlu direndam. Toskan airnya.
3. Dalam periuk masukkan beras yang telah dibersihkan. Masukkan halia, bawang besar, daun pandan, serai dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan air bunga telang tadi (yang telah ditapiskan dan ambil airnya sahaja).
4. Tambahkan santan dan sukat airnya seperti biasa. Jika suka boleh tambahkan minyak masak. Tak letak pun tak ape. Kacau sehingga rata dan masak dengan menggunakan rice cooker dan masaklah seperti biasa sehingga nasi masak.
5. Apabila dah masak, gemburkan dengan menggunakan garfu. SIAP ! ... dan bolehlah dihidangkan terus.
ROTI JALA + KARI AYAM
RESIPI ROTI JALA
sumber : FB@BIKMM@Zainab Abu Bakar
Bahan-Bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1/4 cawan minyak masak
1 biji telur gred A
Secubit garam
Pewarna ikut citarasa
Cara-Cara :
Satukan semua bahan, kisar sehingga sebati.
Sedia untuk dimasak (guna pan/kuali non-stick).
Jika guna kuali leper yang masak daging burger tu lenser dengan sedikit minyak masak pada kiraian yang pertama, yang seterusnya tidak perlu lenser minyak.
KARI AYAM BERSAMA KENTANG
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam (potong ikut suka, cuci bersih & toskan)
2 biji kentang (kupas kulit & belah empat)
3 sudu besar serbuk rempah kari (bancuh dengan sedikit air)
2 tangkai daun kari *
1 inci halia (hiris)
3 ulas bawang merah (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
1 batang kulit kayu manis *
3 kuntum bunga lawang *
2 biji buah pelaga *
1 sudu kecil halba *
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
2 sudu besar cili kisar
200 ml santan pekat atau santan kotak
700 ml air
1 senduk minyak masak
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang merah, bawang putih dah halia sehingga layu.
2. Masukkan bahan bertanda(*) dan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan rempah kari dan tumis sekejap.
4. Masukkan ayam dan kentang, perlahankan api dan tutup periuk.
5. Bila ayam empuk, masukkan air, garam, gula, cili kisar dan masak sehingga mendidih.
6. Masukkan santan dan kacau perlahan-lahan sehingga mendidih.
7. Sesuaikan rasa, tutup api. SIAP !
Friday, July 24, 2020
KEK KEJU JEPUN
KEK KEJU JEPUN BUDGET
sumber : FB@Azlina Ina resepi
kredit : permata pink
Step 1 :
200 ml susu segar full cream
5 keping cheese slice
70 gm butter
Panaskan susu segar dan cheese slice sehingga larut, matikan api, masukkan butter kacau sehingga butter cair. Biarkan suam.
Step 2 :
3 biji putih telur (saya guna gred A)
70 gm gula icing
1 sudu teh cream of tartar atau 1 sudu teh lemon juice
Pukul putih telur sampai berbuih sedikit, masukkan gula icing dan cream of tartar, mix sampai bertanduk sedikit (bila terbalikkan mangkuk adunan putih telur tak jatuh) jangan overbeat.
Step 3 :
3 biji kuning telur (gred A)
Esen Creamy Vanilla/Esen Vanilla secukupnya
70 gm tepung gandum
10 gm tepung jagung
1 sudu teh baking powder
Mix kuning telur dengan esen creamy vanilla, masukkan adunan susu yang dah suam tadi (Step 1) mix sebati, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan baking powder (ayak dulu), mix sehingga sebati lagi. Kemudian, masukkan adunan putih telur (Step 2) tadi, kaupbalik sehingga adunan rata.
Masukkan ke dalam loyang (saiz 7 inci). Loyang pastikan sapu butter dahulu sekeliling dan bawah, alaskan baking paper pada bahagian bawah sahaja.
Bakar secara 'water-bath' (loyang kek isi dalam loyang berisi air panas) selama 60 minit suhu 150'C - 170'C hingga masak (ikut oven masing-masing). Pastikan panaskan oven dahulu dan air dalam loyang panas juga.
SIAP !
Thursday, July 23, 2020
BASIC MUFFIN RECIPE
BASIC MUFFIN RECIPE
adapted from : bakebyanintrovert.com
Ingredients :
2 cups all-purpose flour (260 gm)
1/2 cup granulated sugar (100 gm)
2 tsp baking powder
1/2 tsp salt
3/4 cup fresh milk, room temperature (180 ml)
1/2 cup unsalted butter, melted and cooled (114 gm)
2 large eggs, room temperature
2 tbsp coarse sugar, optional
Instructions :
1. Preheat the oven to 350'F/176'C. Line a muffin pan with paper liners; set aside.
2. In a small bowl, whisk the flour, sugar, baking powder and salt together.
3. In a medium bowl, whisk the milk, melted butter and eggs together until well combined.
4. Add the flour mixture and stir with a silicone spatula just until combined.
5. Divide the batter evenly between the muffin cups and sprinkle the tops with coarse sugar if using.
6. Bake for 20-25 minutes, or until a toothpick inserted into the center comes out with only a few moist crumbs attached.
7. Transfer muffins to a wire rack to cool completely. Muffins are best the day they are made but they can be stored for later use.
Notes :
You can use oil instead of butter but keep in mind that the texture of the muffins will be much softer.
SUP AYAM SIMPLE
RESEPI SUP AYAM SIMPLE
sumber : cookpad.com@Nurul Razali
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil, cuci bersih & toskan
1 biji bawang besar ~ dimayang
3 ulas bawang putih ~ hiris
1 ruas/bahagian halia ~ hiris
1 bunjut rempah sup
4 biji kentang ~ dipotong ikut suka
1 batang lobak merah saiz sederhana ~ dipotong ikut suka
1 sudu besar minyak masak
2 sudu kecil garam
Sedikit serbuk lada hitam
Daun sup & daun bawang ~ dihiris untuk taburan
Cara Memasak :
1. Sediakan bahan-bahan. Panaskan minyak masak dalam periuk dan tumis bawang, halia, bawang putih dan sup bunjut sampai naik bau.
2. Masukkan lobak merah dan kentang. Masukkan sedikit air dan biarkan masak sehingga empuk. Masukkan ayam dan tambah air sehingga menutupi ayam.
3. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau. Biarkan mendidih sehingga ayam masak. Masukkan garam. Sesuaikan rasa, tutup api dan taburkan daun sup dan daun bawang ... SIAP !
Wednesday, July 22, 2020
KOREAN CHEESE BREAD
KOREAN CHEESE BREAD (VIRAL)!
sumber : FB@Zuita Aisyah
Bahan-Bahan :
Roti bun secukupnya (guna yang readymade seperti gambar dibawah)
Bahan Sos Garlic :
3 sudu besar butter atau marjerin
6 ulas bawang putih (cincang halus)
1/2 cawan susu segar
1 biji telur (saya guna gred A)
2 sudu besar madu
Sedikit parsley kering atau mixed herb pun boleh
Cara-Cara :
Cairkan butter atau marjerin dalam periuk dengan menggunakan api yang perlahan sahaja. Kemudian masukkan semua bahan sos garlic kecuali telur. Sebelum masukkan telur tutup api terlebih dahulu. Biarkan sedikit suam, selepas itu masukkan telur baru dikacau bagi sebati...Siap!
Bahan Topping Cheese :
200 gm cream cheese (suhu bilik)
1/2 cawan whipping cream 'dairy'
2 sudu besar gula
Cara-Cara :
Campurkan semua bahan dan kisar dalam pengisar. Apabila dah selesai kisar dan sebati, tuangkan ke dalam piping bag.
Cara Menyediakan Roti Korean Garlic Bread :
Roti Bun dibelah 6 tetapi jangan sampai putus. Kemudian paipkan sos cream cheese di celah-celah belahan roti itu. Mahu lagi sedap paip la banyak-banyak, melimpah gitu. Kemudian celupkan atau curahkan sos garlic supaya kena dikeseluruhan bun yang telah di letakkan di dalam dulang pembakar. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu 160'C (ikut oven masing-masing).
Siap!...untuk dihidangkan.
AYAM SAMBAL BALI
RESEPI AYAM SAMBAL BALI
sumber : resepichenom.com
Bahan Kisar Halus :
5-6 biji bawang merah kecil
4-5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 cm halia
1 sudu kecil belacan
Bahan Untuk Ayam (Separuh Masak ) :
Minyak masak
1/2 ekor ayam * (dipotong ikut suka)
Sedikit garam *
Sedikit serbuk kunyit * ( * gaul sebati & goreng separuh masak )
Bahan-Bahan Lain :
4 batang serai (dititik)
2 tangkai daun kari
3 sudu besar cili kisar (boleh lebihkan jika suka pedas)
Sedikit air (untuk berkuah)
Sedikit gula nisan/gula melaka
Sedikit air asam jawa
2-3 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Sediakan bahan-bahan untuk kisar halus. Hiris kasar bawang merah, bawang putih, halia dan bawang besar. Masukkan semuanya ke dalam blender, tambah air sedikit dan belacan, kisar sehingga halus.
2. Di dalam kuali, panaskan minyak masak secukupnya, tumis serai sampai naik bau. Masukkan daun kari, bila dah wangi masukkan bahan kisar tadi. Kacau sekejap kemudian tambah cili kisar. Masak sampai pecah minyak.
3. Kemudian masukkan air dari blender tadi dan sambung masak sampai sambal pecah minyak dan warna bertukar sedikit gelap.
4. Masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi, masukkan gula nisan/gula melaka dan kicap manis.
5. Tambah sedikit air asam jawa, garam dan serbuk perasa (jika suka). Tutup kuali sekejap supaya ayam cepat masak. Boleh tambah sedikit air kalau masakan kelihatan kering.
Tuesday, July 21, 2020
CHEESE TART
Mango Filling
Nutella Filling
RESIPI CHEESE TART
sumber : Insta@zulfaza_loves_cooking
Shell Tart :
125 gm marjerin
50 gm gula aising
1 sudu teh esen vanilla
1/2 biji kuning telur gred A
250 gm tepung gandum
5 gm susu tepung Nespray full cream
1/2 sudu besar air sejuk dari peti ais
Cara-Cara :
Pukul marjerin dan gula aising sehingga sebati. Tambahkan 1/2 biji kuning telur, esen vanilla, susu tepung, air sejuk dan tepung. Uli sebati dengan senduk kayu sehingga menjadi doh. Tekan doh ke dalam acuan tart 4.5 cm. Buang lebihan doh tepi acuan sehingga kemas. Cucuk bahagian tengah dengan garfu. Buat sehingga habis adunan doh.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 15 minit awal dengan suhu 170'C menggunakan api atas bawah selama 20-25 minit.
Bahan Filling :
250 gm cream cheese (suhu bilik)
50 gm gula kastor
25 gm mentega
1 biji telur gred A/B
25 gm whipping cream 'dairy'
20 gm tepung gandum
Inti :
Jem blueberry/strawberry
Apricot gel untuk glaze (optional)
Cara-Cara :
1. Satukan gula kastor, cream cheese dan mentega. Pukul sehingga ringan dan licin.
2. Masukkan telur dan pukul sebati.
3. Tambahkan whipping cream dan gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan kacau sehingga adunan sebati.
5. Masukkan adunan cheese ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam shell yang telah diisikan dengan inti. Paipkan sedikit blueberry jem sebagai hiasan - guna pencungkil gigi untuk mencorakkannya.
6. Bakar pada suhu 180'C selama 8-10 minit. Kalau terlebih bakar, filling cheese akan merekah. Bila dah sejuk bolehlah disapu dengan glaze nak bagi nampak berkilat jika suka.