HOKKAIDO BAKED CHEESE
TART DURIAN
sumber : (Insta@duniaresepi)
kredit : azizi zamani
(hasil : 18 pcs)
Bahan Kulit Tart :
100 gm marjerin
30 gm gula kastor
150 gm tepung gandum
1 biji kuning telur gred B (saya guna gred A)
Cara-Cara :
Kacau marjerin dan gula kastor dengan sudip kayu sehingga rata. Masukkan kuning telur, kacau sebati. Masukkan tepung gandum dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Masukkan ke dalam acuan tart dan trim bahagian atasnya sehingga kemas. Simpan selama 15 minit di dalam peti sejuk. Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit. Angkat dan sejukkan dahulu sebelum di isikan dengan filling cheese.
Bahan Filling Cream Cheese :
250 gm cream cheese (suhu bilik)
200 gm isi durian
40 gm mentega
1 biji putih telur
1 sudu teh esen vanilla
1 biji kuning telur (untuk sapuan)
120 gm Dairy Whipping Cream
60 gm gula kastor
Cara-Cara :
1. Satukan cream cheese, mentega, whipping cream, isi durian dan gula kastor ke dalam periuk. Whisk di atas api perlahan sehingga licin dan tidak berketul.
2. Tutup api, masukkan putih telur dan esen vanilla. Kacau rata. Kalau berketul, saya kacau pakai hand mixer dan mixer sehingga licin.
3. Masukkan dalam plastic piping bag dan paipkan ke dalam kulit tart. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit dan selepas itu sapukan dengan kuning telur.
4. Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan suhu 200'C selama 6 minit sehingga sedikit keperangan bahagian atas.