KEK PISANG
▼
Saturday, June 27, 2020
AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS
RESIPI AYAM GORENG CILI
HALIA MASAM MANIS
sumber : FB/O Resepi@angelic.argan
Bahan-Bahan :
1/4 ekor ayam (potong ikut suka, lumur garam kunyit & goreng) ~ ketepikan
3 biji bawang merah (sederhana besar)
2 biji bawang putih
1 inci halia
1/2 inci belacan
4 biji lada merah
6 biji cili padi
1-2 keping asam keping
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil cuka makan
1 sudu kecil sos ikan
1 batang serai (diketuk)
Hirisan bawang besar (me : guna bawang Holland)
Minyak masak untuk menggoreng
Garam, gula/gula merah (jika suka)
Cara Memasak :
Kupas dan blend (saya tumbuk tapi jangan lumat sangat) bawang merah/putih, halia, cili padi, lada merah dan belacan. Kemudian masukkan ke dalam minyak masak yang dipanaskan (api sederhana). Goreng/tumis sehingga naik bau, masukkan sedikit air supaya tidak kering sangat sambil masukkan garam. Kacau sekejap dan masukkan gula 1/2 sudu kecil dan sedikit jer gula merah, masukkan juga sos ikan, sos tiram, asam keping, cuka makan dan serai yang diketuk tadi, goreng/masak sampai naik bau, kalau kering sangat masukkan air sedikit mengikut keadaan. Masukkan ayam yang dah digoreng tadi dengan hirisan bawang besar, gaul sehingga bawang besar layu dan bolehlah tutup api.
Sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment