KEK PISANG

Thursday, July 21, 2016

ACAR IKAN










ACAR IKAN
sumber  :    Chef Hanieliza...




Bahan-Bahan :

   2  ekor  ikan selar atau ikan tenggiri  (saya guna 5 ekor ikan selar saiz kecil)
1/2  cawan  air asam jawa
1/2  sudu kecil  serbuk kunyit
   1  biji  tomato  -  belah 4/6
Garam & gula secukup rasa
Minyak secukupnya


Bahan Hiris :

3  biji  bawang merah
2  ulas  bawang putih
1  inci  halia
2  tangkai  cili hijau
1  tangkai  cili merah
1  labu  bawang besar
1  sudu kecil  biji sawi  -  jika suka


Cara Memasak :

1.  Gaul ikan dengan garam dan serbuk kunyit.  Goreng hingga masak.  Angkat dan ketepikan.
2.  Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan hiris hingga berbau wangi.
3.  Masukkan air asam jawa, tomato dan serbuk kunyit.  Kemudian masukkan garam dan sedikit gula untuk mengimbangi rasa masam dan masin.
4.  Apabila mendidih, masukkan ikan yang digoreng tadi, gaul sebati dan tutup api.
5.  Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih dan lauk sampingan...

   

MASAK LEMAK SAYUR KOBIS









MASAK LEMAK KOBIS
oleh  :    zaralovebaking...




Bahan-Bahan :

1/4  biji  kobis  -  hiris kasar, cuci & toskan
   3  ulas  bawang merah  -  hiris
   2  ulas  bawang putih  -  hiris
   1  biji  cili merah  -  hiris
   1  cawan  air
   2  cawan  santan pekat  (dari 1/2 biji kelapa atau 2 peket saiz kecil)
Garam secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Sayur kobis dipotong mengikut kesesuaian.  Basuh dan toskan.
2.  Masukkan kesemua bahan kecuali santan pekat ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
3.  Kemudian masukkan santan pekat dan sentiasa dikacau supaya tidak pecah minyak (naik minyak).
4.  Apabila mendidih, tutup api dan hidangkan.

Wednesday, July 20, 2016

BINGKA ROTI PANDAN








BINGKA ROTI PANDAN
oleh  :    zaralovebaking...
sumber asal  :  My Resipi...




Bahan-Bahan :

   5  keping  roti putih  -  dicarik-carik
   3  cawan  santan/susu segar/susu cair
   2  biji  telur gred B
1/2  cawan  gula pasir
   1  sudu teh  garam
   1  cawan  tepung gandum
   1  sudu teh  emulco pandan
Sedikit pewarna hijau
Sedikit kranberi kering/kismis  -  hiasan


Cara Membuat :

1.  Carik-carik kecil roti dan rendam sekejap bersama 2 cawan santan, tekan sedikit dengan sudu bagi roti terendam.

2.  Sementara itu blend/kisar baki 1 cawan santan, telur, gula, emulco pandan, pewarna hijau dan tepung gandum.  Blend/kisar jangan lama sangat cukup sekadar sebati semuanya.  Tuangkan bahan yang di blender ke dalam roti yang terendam tadi, kacau rata kesemuanya.

3.  Loyang saiz 8"x8" persegi/bulat disapu dengan minyak dan alas dengan kertas minyak.  (Kalau ada acuan bingka boleh juga digunakan, sapukan dengan minyak/marjerin untuk elakkan dari melekat).

4.  Tuangkan adunan ke dalam loyang.  Taburkan dengan sedikit kranberi kering atau kismis (jika guna).  Oven hendaklah dipanaskan terlebih dulu dalam 8-10 minit.

5.  Bakar di dalam oven pada suhu 180'C selama 45 minit hingga 1 jam.  Kalau sukakan permukaan atasnya garing, sambung masa bakar hingga 1 jam.

6.  Setelah siap baru keluarkan dari oven.  Sejukkan dalam 2-3 jam baru dipotong.








KOBIS GORENG INDIAN STYLE









KOBIS GORENG INDIAN STYLE
sumber  :    resepicikguani.blogspot...




Bahan-Bahan :

1/4  biji  kobis  -  dihiris
   1  sudu teh  biji sawi
   2  sudu teh  serbuk kunyit
   2  tangkai  cili kering  -  dipotong 1 cm
   2  tangkai  daun kari
   2  biji  bawang merah  -  hiris halus
   2  tangkai  cili hijau  -  hiris halus
Garam secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Panaskan 2 sudu makan minyak masak.  Tumiskan bawang merah, cili hijau dan cili kering sehingga berbau wangi.

2.  Masukkan biji sawi dan daun kari.  Kacau rata.

3.  Masukkan kobis, serbuk kunyit dan garam secukup rasa.  Masukkan juga sedikit air untuk melayukan/melembutkan kobis.  Kacau rata sehingga kobis layu.

4.  Tutup api dan sedia untuk dihidangkan...

KARI AYAM









KARI AYAM
Oleh  :    zaralovebaking...




Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam  -  potong kecil, buang kulit, cuci bersih & toskan
   2  biji  ubi kentang  -  potong 4 setiap satu
   1  labu  bawang besar  -  hiris
   4  ulas  bawang putih  -  hiris
   2  inci  halia  -  hiris/titik
   1  keping  asam gelugur
   2  paket  santan  (dalam 400 ml)
   1  paket  serbuk rempah kari BABAS (saiz kecil)
   2  pelepah  daun kari
   1  batang  kulit kayu manis
   2  kuntum  bunga lawang
   3  biji  buah pelaga
Gula & garam secukupnya
Air secukupnya


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak dan tumiskan rempah penumis bersama bawang besar, bawang putih, halia sehingga berbau harum dan kekuningan.

2.  Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan sedikikit air supaya rempah cair.  Teruskan memasak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan terbit minyak.  Kemudian masukkan daun kari dan ubi kentang.

3.  Selepas itu masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut sebelum di tambah sedikit air lagi dan biarkan mendidih.

4.  Masukkan santan, teruskan masak dengan api perlahan.  Setelah ubi kentang empuk, masukkan asam gelugur, gula dan garam.  Renihkan sehingga pecah minyak.  Sesuaikan rasa dan kepekatan kuah yang diingini.  Jika terlebih pekat, tambahkan air panas secukupnya dan masak lagi.

JUS EPAL ASAM BOI









JUS EPAL ASAM BOI
oleh  :    zaralovebaking...




Bahan-Bahan :

2  biji  epal hijau  -  potong 4 setiap satu
1  gelas  air
3  biji  limau kasturi
4  biji  asam boi warna putih
Gula atau air gula secukupnya
Ais kiub secukupnya


Cara-Cara :

     Kisarkan kesemua bahan kecuali asam boi  sehingga hancur kemudian tapiskan.  Tuangkan ke dalam gelas, masukkan ais kiub secukupnya.  Akhir sekali masukkan beberapa biji asam boi ikut citarasa dan hidangkan...

RESIPI BUBUR NASI AYAM ALA MC. D YANG SEDAP & SIMPLE...









RESIPI BUBUR NASI AYAM ALA MC.D
YANG SEDAP & MUDAH
sumber  :    FB :  resipimasakanlengkap.com...




Bahan-Bahan :

   1  cawan  beras  -  cuci bersih & toskan
   1  inci  halia  -  dihiris
1/2  batang  lobak merah  -  dihiris memanjang seperti mancis@julienne
   1  biji  lada merah  -  hiris
Isi ayam secukupnya  -  direbus & dicarik-carik, air rebusannya digunakan untuk nasi nanti
Serbuk secukup rasa Maggi/pati ayam secukupnya
Ikan bilis goreng
Daun sup & daun bawang  -  hiris
Bawang Goreng
Sedikit minyak bijan
Air secukupnya


Cara Memasak :

1.  Pertama sekali, rebus isi ayam sehingga empuk.  Pastikan air rebusannya banyak untuk memasak nasi dan untuk 'kuah' bubur.

2.  Kemudian asingkan ayam dan air rebusan ayam.  Isi ayam yang direbus tadi dicarik-carik dan ketepikan seketika.

3.  Tanak beras dengan air rebusan ayam tadi.  Kacau dan masukkan air rebusan ayam sedikit demi sedikit sehingga nasi kembang dan lembik.  Tambahkan air lagi jika perlu.

4.  Selepas bubur sudah masak, masukkan halia, hirisan lobak merah, serbuk secukup rasa Maggi/pati ayam dan garam secukupnya.  Sesuaikan rasanya.

5.  Masukkan hirisan isi ayam yang dicarik-carik tadi ke dalam bubur.

6.  Hidangkan di dalam mangkuk, hiaskan dengan ikan bilis goreng, serta masukkan beberapa titik minyak bijan, daun sup dan daun bawang, bawang goreng, hirisan lada merah.  Boleh juga ditambah dengan sedikit lada putih/sulah sebagai perasa jika suka...

Tuesday, July 19, 2016

AYAM PAPRIK...










AYAM PAPRIK
sumber  :   FB :  Resipi Orang Kampung...




Bahan-Bahan :

   2  keping  isi ayam bahagian dada  -  dipotong kecil atau dihiris memanjang
   4  biji  bawang merah  -  hiris halus
   4  ulas  bawang putih  -  hiris halus
1/2  inci  halia  -  hiris halus
   1  batang  serai  -  titik
   1  sudu besar  cili kering kisar
1/2  batang  lobak merah  -  hiris memanjang seperti mancis
   4  batang  kacang panjang  -  dipotong dalam 2 inci atau beberapa batang kacang buncis dipotong 2
   2  biji  buah tomato  -  di belah 4
Sedikit bunga kobis  -  dipotong kecil
   6  biji  cili padi  -  titik
   5  helai  daun limau purut
   2  sudu besar  sos tiram
   2  sudu besar  sos cili
   1  sudu besar  sos tomato
   2  sudu besar  gula pasir
   1  sudu besar  garam atau secukupnya
   1  labu  bawang besar  -  dimayang bulat
   1  biji  lada benggala  -  dipotong bulat atau 1 tangkai cili merah - hiris serong
Sedikit sos ikan jika suka
Sedikit air jika perlu


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya.  Tumiskan bawang merah, bawang putih dan serai sehingga berbau wangi dan bawang kekuningan.

2.  Masukkan cili kisar, cili api dan kacau sampai cili masak, garing dan pecah minyak.

3.  Masukkan isi ayam dan biarkan sampai ayam agak masak.

4.  Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, sedikit sos ikan (jika guna), gula dan garam secukup rasa.  Masukkan sedikit air jika perlu.

5.  Masukkan lobak merah, bunga kobis dan kemudian barulah dimasukkan kacang panjang atau kacang buncis.  Biarkan seketika sehingga sayur-sayuran agak lembut.

6.  Kacau sampai masak sebelum dimasukkan tomato dan daun limau purut, hirisan bawang besar dan lada benggala atau cili merah tadi.

7.  Angkat dan sedia untuk dihidangkan...

KUIH PUTRI AYU CERIA










KUIH PUTRI AYU
sumber  :   FB...




Bahan-Bahan :

3  biji  telur gred A
1  cawan  gula kastor
2  cawan  tepung gandum
1  cawan  santan
2  sudu teh  baking powder
1  sudu besar  ovallete
Pewarna pilihan


Cara Membuat :

     Pukul telur, gula kastor dan ovallete sehingga gebu dan putih.  Masukkan santan dan pukul sehingga berbuih dan matikan mixer.  Masukkan tepung gandum, baking powder dan kaup balik sehingga sebati.  Bahagikan kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna pilihan pada setiap bahagian adunan tadi.
     Letakkan sedikit kelapa (bahan inti) ke dalam acuan putri ayu yang telah disapu dengan sedikit minyak, tekankan padat dan tuangkan adunan secara berselang-seli dan kukus selama 8-10 minit dengan api sederhana.


Bahan Inti :

1 1/2  biji  kelapa parut putih
      3  sudu besar  tepung ubi
Sedikit garam

#  kesemua bahan inti digaul sebati sebelum digunakan..

KEK PISANG CHOCOLATE RICE








KEK PISANG CHOCOLATE RICE
sumber  :    DapurTanpaSempadan...





Bahan-Bahan :

150  gm  mentega
200  gm  tepung kek/tepung naik sendiri *
 1/4  sudu teh  soda bikarbonate *  ( * diayak bersama)
100  gm  gula perang atau 150 gm  gula kastor
    3  biji  telur gred A/B
100  ml   susu segar
100  gm  pisang  -  dilecek halus
  50  gm  coklat urai@chocolate rice
 1/3  cawan  pisang  -  didadu besar
 1/4  cawan  kekacang pilihan secukupnya  -  dicincang untuk hiasan
Beberapa titik esen pisang


Cara Membuat :

1.  Panaskan oven pada suhu 170'C.  Lenser acuan bersaiz 8 inci dengan mentega , alas dasar acuan dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi.  Ketepikan.

2.  Putar mentega dengan gula sehingga sebati.  Masukkan telur satu demi satu sambil terus memutar sehingga kembang dan berkrim.  Masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar sehingga habis, putar rata.

3.  Masukkan pisang lecek dan esen pisang, gaul dengan spatula.  Tambahkan coklat urai dan pisang dadu, gaul rata dan sebati.

4.  Tuangkan ke dalam acuan, ratakan dan taburkan dengan cincangan kekacang pilihan di atasnya.

5.  Bakar selama 40-50 minit atau sehingga masak sepenuhnya.

DOUBLE CHOCOLATE MUFFIN










DOUBLE CHOCOLATE MUFFIN
Majalah AROMA April 2013...




Bahan-Bahan :   (makes :  24 pcs)

1 3/4  cawan  tepung gandum
      2  sudu teh  baking powder
   1/4  cawan  serbuk koko
      1  cawan  gula halus@gula kastor
   1/2  cawan  chocolate chips
    75  gm  mentega  -  cairkan
      2  biji  telur gred A/B
   3/4  cawan  susu sejat@susu cair
Twin chocolate chips untuk tabur  -  hiasan


Cara Membuat :

1.  Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko.  Ketepikan dulu.
2.  Pukul mentega, telur, gula dan susu sejat menggunakan garfu/whisk sampai sebati.
3.  Masukkan bahan yang diayak bersama chocolate chips dan kaupbalik sehingga sebati.  (Jangan terlebih gaul nanti muffin keras selepas dibakar).
4.  Masukkan adunan ke dalam acuan muffin yang sesuai dan taburkan twin chocolate chip di atasnya.
5.  Bakar pada suhu 180'C selama 15-20 minit bergantung kepada saiz muffin.