KEK PISANG

Saturday, April 30, 2016

AISKRIM LAGI!!!!



 Aiskrim sumi jeli perisa mangga.  Enak dinikmati ketika cuaca sedang panas sekarang ni.  Resipi diambil dari rakan FB : Norien Kitchen.  Buat banyak sedikit di atas permintaan anak-anak.  Sekejap saja habis di makan oleh mereka.  Alhamdulillah, terima kasih pada penyumbang resipi...


Friday, April 29, 2016

TEMPAHAN...



 29/4/2016 (Jumaat) - Tempahan Apam B Solo sebanyak 100 biji (berintikan kelapa)
dari Pn. Jaja, terima kasih...


KUIH KETAYAP POLKA DOT & BELANG







KUIH KETAYAP POLKA DOT & BELANG
sumber   :    bicara kak noor...




Bahan Dadar :

1  cawan  tepung gandum
2  biji  telur
2  helai  daun pandan  (tak letak)
1 1/2  cawan  susu cair atau santan
1  tsp  garam
Pewarna hijau atau pilihan
1  tbsp  marjerin  -  dicairkan
Sedikit minyak untuk disapu pada kuali


Cara-Cara :

1.  Satukan kesemua bahan di atas dan kisar dengan blender sehingga halus dan tidak berketul.  (Asingkan sedikit adunan kemudian campurkan sedikit tepung lagi biar pekat, kacau sebati dan letakkan masing-masing dengan warna pilihan, masukkan ke dalam piping bag dan gunting kecil muncung beg).

2.  Panaskan kuali, lenser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 adunan tadi layangkan kuali agar adunan tadi menjadi bulat (kemudian dengan cepat-cepat dot-dotkan atau buat corak belang-belang di atas adunan dengan warna pilihan anda).

3.  Biarkan masak sehingga 2-3 minit, angkat, jangan terlalu lama (angkat dan terbalikkan bahagian yang bercorak letak ke bawah).  Terus letakkan inti dan gulung.  Ulangi sehingga adunan tadi habis.


Bahan Inti :

160  gm  gula merah *
125  ml   air *
1-2  helai  daun pandan *  ( *  dimasak sehingga gula larut & tapis.  Sejukan )
300  gm  kelapa parut putih
    1  tbsp  tepung ubi/pulut  (untuk memekat)
Sedikit garam


Cara-Cara :

     Air gula merah, kelapa dan sedikit garam digaul sebati.  Masak sehingga kering.  Bila agak kering, taburkan tepung ubi dan gaul sebati.  (Inti boleh dibuat awal dan simpan di dalam peti ais.  Gunakan bila perlu).

Thursday, April 28, 2016

SWEET PINK MERINGUE COOKIES











SWEET PINK MERINGUE COOKIES
sumber  :    Paty's Kitchen...




Bahan-Bahan :

    3  biji  putih telur gred A, suhu bilik
 1/4  tsp  cream of tartar
 1/4  tsp  garam halus
100  gm  gula halus@superfine sugar
100  gm  gula icing  -  diayak
 1/4  tsp  esen vanilla
Pewarna pilihan


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 110'C.  Sediakan loyang pembakar beralaskan kertas minyak.  Ketepikan.

2.  Pukul putih telur dan cream of tartar sehingga kembang@berbuih.

3.  Masukkan sedikit garam dan teruskan memukul sehingga menjadi soft peak.  Kemudian sambil pukul sambil masukkan gula halus sehingga habis.  Pastikan tiada rasa berbintil bila dirasakan diantara dua jari.

4.  Kemudian kaupbalikkan gula icing perlahan-lahan sehingga sekata dan sebati.

5.  Masukkan juga esen vanilla, pewarna pilihan dan kaupbalik rata dan sebati.

6.  Masukkan ke dalam piping bag dan paip di atas loyang yang telah disediakan tadi.

7.  Bakar selama 1 - 1 1/2 jam sehingga meringue  betul-betul kering dan mudah ditanggalkan dari loyang pembakar, tutup api oven dan biarkan meringue di dalam oven selama 1 jam lagi dengan pintu oven dibuka sedikit.

8.  Sejukkan dulu sebelum di masukkan ke dalam bekas kedap udara dan simpan.

BLUEBERRY SMOOTHIE









BLUEBERRY SMOOTHIE
source  :    MyBasilLeaf.com...




Ingredients :

   1  cup  fresh or frozen blueberries
   1  cup  vanilla yogurt
   2  tbsp  milk
   1  tbsp  condensed milk
1/2  cup  crushed ice


Method :

Blend all ingredients together in a blender until smooth and serve chill...

ROTI KAPIT CHEESE









ROTI KAPIT CHEESE
sumber  :    FB: Dapur Kecil Zaira..




Bahan-Bahan :

Roti putih secukupnya
Mayones secukupnya
Keju Mozzarella
Sosej pilihan dihiris  (saya guna Lof Daging Ayam brand 'Ayamas' digoreng sedikit tidak perlu garing
2  biji  telur
Garam secukupnya
Serbuk lada hitam
Cili flakes
Daun sup dihiris kasar


Cara-Cara :

1.  Sapu mayones pada sekeping roti.
2.  Taburkan keju Mozzarella sepenuh roti.
3.  Susun hirisan sosej/lof daging ayam.
4.  Taburkan sedikit serbuk cili + serbuk lada hitam + daun sup.
5.  Taburkan lagi keju Mozzarella.
6.  Letakkan sekeping lagi roti di atasnya.  Tekankan sedikit.
7.  Celupkan ke dalam telur (yang dikocok dengan garam + serbuk lada hitam + cili flake).
8.  Gorengkan di dalam sedikit minyak menggunakan api sederhana kecil.
9.  Balikkan, masak sehingga kuning keemasan, angkat dan siap untuk dihidangkan bersama sos pilihan.

Tips :

1.  Mayones boleh digantikan dengan garlic spread
2.  Boleh di pelbagaikan inti dan keju
3.  Untuk 'citarasa malaysia'; letak sedikit sos cili atau hirisan cili merah di dalamnya..

Tuesday, April 26, 2016

APAM NASI WARNA WARNI...










APAM NASI WARNA WARNI KAK NOOR
sumber  :   bicara kak noor...




Bahan-Bahan :

3  cawan  tepung beras
1  cawan  tepung gandum
1  cawan  gula pasir atau secukupnya
1  paket  yis Mauripan
2  cawan  nasi sejuk  (nasi semalam)
3  cawan  air
Kelapa parut putih secukupnya


Cara-Cara :

1.  Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk besar kecuali nasi dan air, gaul dan ketepikan seketika.  Sementara itu, kisar nasi bersama air sehingga betul-betul hancur dan campurkan dengan bahan-bahan yang digaul tadi dan biarkan sebati.

2.  Perapkan selama 3 jam atau lebih sehingga adunan naik dan berawan.

3.  Panaskan kukusan terlebih dahulu.  Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pilihan dan gaul sebati setiap satu bahagian sehingga sebati.  Masukkan adunan ke dalam acuan kecil-kecil dan kukus selama 10-15 minit.  Setelah masak keluarkan dari acuan, gaulkan dengan kelapa parut yang telah dicampurkan dengan sedikit garam...

JUS KEDONDONG@AMRA ASAM BOI









JUS KEDONDONG@AMRA ASAM BOI
sumber  :    Fiza's Cooking...




Bahan-Bahan :

    10  biji  buah kedondong@amra  -  dibelah 4, jika buah yang agak tua potong & keluarkan empulurnya
1 1/2  cawan  air
   1/2  cawan  gula pasir
      5  biji  asam boi warna putih
      3  biji  asam boi warna merah  -  untuk hiasan
Ais kiub secukupnya


Cara-Cara :

1.  Masukkan buah kedondong@amra, air, gula pasir dan asam boi putih ke dalam blender dan kisar sehingga halus.  (Kisar sekali dengan kulit buah kedondong@amra tanpa mengupasnya tetapi harus dibersihkan terlebih dulu kulitnya (jika suka).

2.  Tapis dan tuangkan ke dalam gelas.  Masukkan ais kiub dan taburkan asam boi merah untuk mendapatkan warna yang menarik dan rasa yang lebih sedap. 

3.  Sedia untuk dihidangkan sejuk..

Monday, April 25, 2016

SUP AYAM MUDAH










SUP AYAM MUDAH




Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam  -  dipotong ikut citarasa, cuci bersih & toskan
   2  biji  ubi kentang  -  dipotong kiub
1/2  batang  lobak merah  -  dibelah 2 & potong kiub
   1  sup  bunjut ADABI
   1  biji  bawang besar  -  hiris nipis
   3  ulas  bawang putih  -  hiris nipis
   1  inci  halia  -  hiris halus
   1  pokok  daun sup  -  cincang kasar
Bawang goreng secukupnya
Garam & gula secukupnya
Air secukupnya


Cara Memasak :

1.  Masukkan kesemua bahan kecuali daun sup, bawang goreng ke dalam periuk dan didihkan di atas api@dapur.
2.  Bila sudah mendidih, masukkan garam dan sedikit serbuk perasa.  Kacau rata.
3.  Teruskan memasak menggunakan api sederhana kecil sehingga ayam dan sayur-sayuran lembut/empuk.
4.  Masukkan daun sup, kacau rata.  Tutup api.
5.  Taburkan sedikit bawang goreng dan sedia untuk dihidangkan...

TUMIS BROKOLI








TUMIS BROKOLI




Bahan-Bahan :

400  gm  brokoli 
    1  paket  jagung muda  -  dipotong serong
100  gm  isi ayam  -  dihiris
    1  tangkai  cili merah  -  dihiris
 1/2  cawan  air
    1  sudu makan  tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
    2  sudu makan  minyak masak
Sedikit sos tiram
Garam@serbuk perasa Maggi secukup rasa


Bahan Tumis :  (dihiris atau ditumbuk)

3  ulas  bawang merah
2  ulas  bawang putih


Cara Memasak :

1.  Sayur brokoli dipotong kecil, dicuci bersih dan dicelur di dalam air panas seketika (anggaran 5 minit) kemudian diangkat dan ditoskan.

2.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga berbau wangi.  Masukkan sedikit sos tiram, kacau rata.

3.  Masukkan hirisan ayam.  Biarkan masak seketika dan ayam berubah warna.

4.  Masukkan brokoli, jagung muda, garam@serbuk perasa Maggi secukup rasa dan air, kacau rata.  Biarkan mendidih seketika.

5.  Akhir sekali masukkan hirisan cili merah dan bancuhan air + tepung jagung tadi.  Kacau rata, sesuaikan rasa dan tutup api.  Sedia untuk dihidangkan...

JUS TEMBIKAI LONGAN










JUS TEMBIKAI LONGAN




Bahan A :

1/4  biji  buah tembikai merah  -  ambil isinya
   4  tbsp  gula pasir secukupnya
 50  ml   air sejuk
Isi buah longan 


Bahan B :

Sirap longan dalam tin
1/2  tsp  sirap ros  (saya guna pati oren Sunquick)


Cara-Cara :

1.  Kisar buah tembikai, gula pasir, buah longan (asingkan sedikit untuk hiasan) dan air sehingga halus.
2.  Tuangkan ke dalam jag dan masukkan bahan B serta buah longan yang diasingkan tadi.
3.  Kacau sebati dan sejukkan di dalam peti sejuk.
4.  Sedia untuk dinikmati.

Sunday, April 24, 2016

CHIKOO MILKSHAKE@SAPOTA MILKSHAKE









CHIKOO MILKSHAKE@ SAPOTA MILKSHAKE
source   :    wererecipes.com..(serves :  2/3 glasses)




Ingredients :

   4  medium  chikoo
   1  cup  milk
1/2  cup  crushed ice
1/8  tsp  vanilla essence  -  optional
   1  tbsp  sugar  -  optional


Method :

1.  Remove the skin of chikoo properly.
2.  Cut the chikoos in quarters and remove the seeds.
3.  Put chikoo in a juicer or mixer and add milk.  Add sugar if you feel the chikoo are not to sweet.
4.  Add a drop of vanilla essence.  Alternatively you can add vanilla ice cream too.
5.  Blitz into smooth milkshake.
6.  Open the jar and add ice cubes.  Blitz again.
7.  Pour the milkshake into serving glasses and serve chilled...

PULUT MANGGA THAI











PULUT MANGGA THAI
sumber  :   citarasawan...




Bahan-Bahan :

    2  biji  mangga  -  potong ikut suka
250  gm  beras pulut susu  -  rendam seketika anggaran 30 minit & toskan
150  ml   santan + 1/4 tsp  garam
    2  helai  daun pandan  -  carik-carikkan


Bahan Sos Santan :

150  ml   santan KARA
150  ml   air
    4  sudu besar  gula perang
 1/4  sudu kecil  garam
    2  helai  daun pandan  -  disimpul
    4  sudu kecil  tepung jagung  -  larutkan dengan sedikit air


Cara-Cara :

1.  Toskan pulut dan kukus selama 15 minit.  Angkat dan masukkan ke dalam bekas bersesuaian.

2.  Gaulkan bersama santan sehingga rata.  Masukkan kembali ke dalam pengukus bersama daun pandan.

3.  Kukus semula selama 20 minit atau sehingga masak.

4.  Sos Santan :   Satukan kesemua bahan kecuali bancuhan tepung jagung.  Masak sehingga gula larut.  Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan masak sehingga sos nampak pekat.

5.  Hidangkan pulut bersama mangga dan sos santan.

Nota  :  Jika pulut di rendam selama 4 jam, tambahkan masa mengukusnya.