KEK PISANG
▼
Friday, April 29, 2016
KUIH KETAYAP POLKA DOT & BELANG
KUIH KETAYAP POLKA DOT & BELANG
sumber : bicara kak noor...
Bahan Dadar :
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 helai daun pandan (tak letak)
1 1/2 cawan susu cair atau santan
1 tsp garam
Pewarna hijau atau pilihan
1 tbsp marjerin - dicairkan
Sedikit minyak untuk disapu pada kuali
Cara-Cara :
1. Satukan kesemua bahan di atas dan kisar dengan blender sehingga halus dan tidak berketul. (Asingkan sedikit adunan kemudian campurkan sedikit tepung lagi biar pekat, kacau sebati dan letakkan masing-masing dengan warna pilihan, masukkan ke dalam piping bag dan gunting kecil muncung beg).
2. Panaskan kuali, lenser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 adunan tadi layangkan kuali agar adunan tadi menjadi bulat (kemudian dengan cepat-cepat dot-dotkan atau buat corak belang-belang di atas adunan dengan warna pilihan anda).
3. Biarkan masak sehingga 2-3 minit, angkat, jangan terlalu lama (angkat dan terbalikkan bahagian yang bercorak letak ke bawah). Terus letakkan inti dan gulung. Ulangi sehingga adunan tadi habis.
Bahan Inti :
160 gm gula merah *
125 ml air *
1-2 helai daun pandan * ( * dimasak sehingga gula larut & tapis. Sejukan )
300 gm kelapa parut putih
1 tbsp tepung ubi/pulut (untuk memekat)
Sedikit garam
Cara-Cara :
Air gula merah, kelapa dan sedikit garam digaul sebati. Masak sehingga kering. Bila agak kering, taburkan tepung ubi dan gaul sebati. (Inti boleh dibuat awal dan simpan di dalam peti ais. Gunakan bila perlu).
No comments:
Post a Comment